Sunday, 4 April 2010

Peperangan

Salam,

Aku rasa ramai umur baya aku ni dah berkeluarga.....aku lihat kasih sayang ibubapa mmg melimpah2 kepada anak2. Aku rasa masa zaman perang kasih sayang yang ditunjukkan sekarang tak sama. Ibubapa yang hidup dalam zaman perang dan kanak2 yang hidup dalam era perang dilayan tidak seperti hari ini. Aku melihat dalam keamanan sekarang di negara ini, satu rahmat besar. Kanak2 palestine, iraq, afghanistan mmg tak dapat merasai apa yang anak2 di Malaysia rasakan.

Aku terpikir.....kalau lah jadik peperangan di negara ini aku, keluarga aku dan anak2 aku boleh survie atau tidak? AKu akui cubaan hidup dan dugaan hidup yang aku lalui sekarang tidak lah sehebat mana kalau dibandingkan dengan saudara aku di sesetengah negara lain yang bergolak. Sebab itu aku amat benci dengan orang yang cuba memporak peranda kan negara ini demi kepentingan peribadi.

Selain itu, kalau anak aku nak susu, nak makan KFC..apa2 la...insya Allah aku boleh tunaikan. Aku terbayang kalau anak2 aku berada dalam zaman peperangan, betapa hancurnya hati aku tidak dapat menunaikan permintaan mereka. ENtahla aku berharapa supaya aku tidak diduga seperti mereka di sana. Adakah kekentalan semangat aku.....anak2 aku bila dewasa akan setabah seperti yang dikehendaki oleh Islam...aku sendiri tak pasti. Aku lihat gambar dalam internet bagaimana seorang kanak2 dan bapanya (aku rasa) berlindung di sebalik tong dari dibedil dari kekejaman tentera...akhirnya mereka berdua rebah dalam keadaan berpelukan. Sedih aku lihatnya. Dan aku tak tahu kenapa orang suka sangat berperang....

Setakat aku hidup ini, masih belum ada satu peperangan yang aku rasa justify kenapa mereka berperang...dari perang telok 1 dan 2, Afghanistan.. Palestine, Sudan, Somalia dan lain2 negara. Yang aku heran yang teramat semua peperangan sama ada dengan negara lain atau perang saudara...kebanyakkan negara Islam di mana Islam itu indah. Islam itu aman...dan Islam hanya berperang untuk mempertahankan diri apabila terancam. SAMA2 KITA FIKIRKAN!! :)