Friday, 11 July 2014

Strategi Politik Dalam Malaysia (Part 2)

Salam to all,

Selamat berpuasa!!. Semoga bulan Ramadhan ini membawa barakah dan kesejahteraan kepada kita semua. Dah hampir dua minggu puasa....dan Syawal mula dirasai. Ramai dah start cerita balik kampung dan masakan apa di hari raya. Anyway aku ucapkan semoga bahagia dan ceria selalu.

Hari ni aku nak sambung mengenai strategi yang dimainkan oleh parti politik di dalam Malaysia. Apa yang aku tulis ni hanya pendapat aku melalui pemerhatian aku sendiri. Aku mulai dengan Dyana Sofea.....nama ni aku rasa dah tak asing lagi dah kan? Beliau kalah PRK Teluk Intan....ramai kata dia kalah bermaruah...but aku cakap dia tu dah hilang maruah bila bertanding atas tiket DAP. :) itu nanti la aku kupas...aku nak cerita mengenai strategi sahaja. DAP meletakkan Dyana Sofea kerana  bersebab.......Strategi ni amat memeranjatkan BN. Sedang BN masih memainkan cara permainan yang boleh diagak, DAP mengorak langkah maju kehadapan menampilkan calon muda dari keluarga UMNO sendiri!!. Malah Ibbu dyana yang dikatakan mendapat nikmat di bawah UMNO juga menyokong UMNO. Dyana boleh dikatakan membesar dengan duit UMNO kini tampil melawan UMNO kembali. BN berjuang menjaga maruahnya. Jika kalah, akibatnya amatlah buruk. Jika menang kesannya tidak la terasa. Walau bagaimanapun sedar tak sedar, makin ramai golongan Melayu memasuki DAP selepas kekalahan Dyana. Strategi DAP ini amat bisa. Jika mereka kalah, mereka masih lagi menyerang. Selepas Dyana kalah, ramai lak aku baca yang ikut jejak Dyana. Yang paling menakutkan ialah, Dyana cuba menarik golongan UiTM untuk join mereka. Kubu kuat Melayu UiTM jika dapat ditembusi DAP, amatlah malang bagi Melayu di generasi akan datang. Even Dyana telah kalah, beliau tidak berhenti dari membawa calon, kawan2 beliau untuk bersama beliau dengan DAP. Bayangkan la selepas ini suara-suara dari graduan UiTM yang sendiri meminta UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera. Dan golongan Bumiputera sekiranya ingin memohon masuk hendaklah berdasarkan merit. So tiada lagi keistimewaan kepada Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Universiti. Heheheh dengar kata MRSM dah dibuka.... Now the focus on UiTM. So aku rasa jika Dyana menang lebih mudah untuk DAP melaksanakan tugas tersebut tetapi jika Dyana kalah, usaha tersebut tidak berhenti disitu lagi. Itu misi Dyana dan DYana pon dah berulangkali dia cakap yang dia nak semua sama. Graduan UiTM, membesar dengan bantuan UMNO dari kecil hingga ke besar, suddenly dia kata semua yang dia terima itu tidak betul amalannya!! Huh??!!! camna tu??so fikir-fikirkan la ye....dia kata semua ni tak betul selepas dia dah peroleh semua kejayaan.... baru dia cakap apa yang dia nikmati selama ini adalah tidak betul. Sistem yang diguna semasa dia membesar ini salah!!

Bagi BN jangan la pula setelah menang anggap mereka benar-benar menang. Jangan lupa, dalam setiap pertempuran luka-luka dan kecederaan yang dialami perlu dirawat. Seperti yang saya kata tadi, DAP masih merobek-robek UMNO dan BN walaupun setelah dia kalah. Ini lah virus dan luka sertra kcederaan yang perlu dirawat. Jika tidak dirawat, maka ia akan menyebabkan kecederaan tersebut menjadi lebih parah dan boleh mengakibatkan kematian. So berhati-hati lah yer BN. Bak orang putih cakap, the nest defence is to offence. So BN juga kene start menyerang....maksud menyerang ialah memastikan semua janji ditunaikan dan dilihat keberkesanannya. Ingat bukan setakat menjayakan tetapi memastikan dia beroperasi dengan effisyen.

Now taktik terkini, Ambiga muncul semula setelah lama mendiamkan diri. Kali ni dengan NEGARAKU??!! tak silap aku la. Apa yang menarik perhatian aku ni adalah cycle telah bermula...Ambiga diminta aktif kembali. Kemelut PKR perlu disingkirkan dari media perdana. Ambiga diminta untuk membuat kerajaan menggelabah. Sebelum ini Ambiga diminta untuk buat BERSIH. Nak BERSIH camna jika pemilihan PKR pon sampai sudah tak abih2 lagi. So AMBIGA diperlukan untuk membuat benda lain janji alihkan perhatian media kepada PKR, Anwar dan perebutan kuasa MB selangor. So kita akan lihat kelibat Ambiga lebih aktif hingga aku rasa penghujung bulan Oktober tahun ni. Ini tugas baru Ambiga.....Ingat tak dulu lepas BERSIH 3.0 dan PRU 13 mereka nak buat secepat mungkin demo BERSIH tetapi kini dibatalkan la.....mana nak demo, sendiri tak betul. kikikikiki. Ambiga seorang peguam dan pejuang hak asasi manusia (kononnya la)...so kita lihat perkembangan ini nanti.

Sabah Sarawak...serangan dibuat...now camna pon kene masuk sabah sarawak....Sabah dengan isu kelemahan keselamatan dan sarawak dengan isu mengenai kemerdekaan. So ni nak bgi Sabah Sarwak  keluar dari Malaysia. Ada mula pertikaian dalam ni. So hasutan demi hasutan untuk minta Sarawak kelaur dai Persekutuan Malaysia. Ini negeri deposit BN. Jika nak menang, Sarawak dan Sabah mesti dihancurkan. One of the way ialah mulakan gerakan memerdekan Sabah dan Sarawak. Aku rasa strategi ini sungguh kotor dan tidak bertamadun. Sbb ini hanya merugikan negara sahaja, Tak tahu la...harap kerajaan BN cepat-cepat ambil tindakan untuk bentras perkara ini dari berlaku. Suara yang meminta rakyat Sabah dan Sarawak membenci BN dan Semenanjung mula kendengaran dan makin kuat.....apa pon aku harap kesetiaan kepada Malaysia tidak berbelah bahagi!!!

Dari segi BN pula, nampak seperti semakin kuat. Suara-suara menghina dan memaki BN sejak kebelakangan ini makin kurang. Bukan apa, orang dah menyampah dengan cerita-cerita penipuan ini. Lagi2 bila byk insiden pemilihan PKR, penceraian Nurul Izzah, Anwar akan masuk penjara dan lain-lain lagi yang kembali menguatkan BN. Ramai marah bila kerajaan kembali memberi kerusi kepada MCA yang langsung tidak memberi apa-apa kerusi kepada BN. So sekarang ni sentimen ni masih marah kerana MCA perlu menunjukkan kepada BN bahawa mereka masih relevan. So kekalahan lalu akan diambil peluang oleh orang Cina untuk meminta apa-apa dari kerajaan tetapi menyokong DAP. Kita lihat la perkembangan ini. Jika BN masih lagi gagal meraih uundi cina kembali seperti dahulu, so pk pk kan ler ye sama ada bagus ke tidak bende ni.

Aku rasa itu sahaja dapat aku ulaskan....kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti.

Thursday, 22 May 2014

Strategi dalam Politik di Malaysia (Part 1)

Salam,

Sejak kekalahan besar BN pada tahun 2008 pada PRU 12, pelbagai perkara terjadi di Malaysia. Aku rasakan Malaysia semakin tegang dari segi perpaduan kaum dan agama. Kejadian bertambah buruk dengan pemansuhan ibu segala akta iaitu ISA. Lebih ramai bersuara dengan lantang mengenai isu-isu sensitif. Aku dapat rasakan, kesangsian antara kaum semakin ketara. Bagai pepatah retak menanti belah dan ibarat telur dihujung tanduk. Makin ramai mula melupai semangat setiakawan, masyarakat majmuk dan hormat menghormati sejak kebelakangan ini. Pada PRU 13 satu bentuk tsunami berlaku apabila pengundi cina dikatakan tidak memihak kepada BN. Dikhabarkan 90% penduduk cina tidak memihak kepada BN. Semuanya bermula semasa pemerintahan Pak Lah. Tetapi tidak perlu lagi diulaskan perkara tersebut. Yang penting sekarang bagaimana merapatkan kembali jurang yang semakin besar. Pelbagai cara digunakan untuk menimbulkan kebencian antara satu sama lain. Fitnah berleluasa dan tiada lagi golongan yang dihormati.

Perhatikan pembangkang di Malaysia. Gerakan dan strategi mereka sungguh hebat. Aku akui ia bagus dan berkesan. Matlamat pertama ialah memberi tekanan kepada kerajaan pemerintah untuk menghapuskan ISA. Siri demi siri demonstrasi diadakan untuk memberi tekanan. Memorandum memorandum disampaikan. Yang paling menarik strategi pembangkan di Malaysia mereka tahu siapa yang patut digunakan dan bila ia patut digunakan. Untuk menghapuskan ISA, mereka menggunakan BAR Council untuk berbicara mengenai ini. Peguam-peguam digunakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan. Sikit pon mereka tidak sentuh mengenai US, Singapura yang mempunyai akta yang sama. US pula menggunakan ISA malaysia sebagai langkah pencegahan. Rakyat Malaysia disogokkan dengan ISA sebagai zalim dan tidak mengiktiraf hak asasi manusia. Ramai tidak sedar atau lupa Akta ISA ini adalah satu akta PENCEGAHAN dan bukannya hukuman seperti akta-akta lain di Malaysia. Penahanan orang tertentu adalah untuk mengelakkan masalah lebih besar berlaku. Jadi akta ini digunakan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku. Tetapi,strategi pembangkan amat hebat hingga tidak terdaya kerajaan menahannya. Jadi akhirnya terpaksalah mengalah dan menggugurkan ISA dan digantikan SOSMA yang dikatakan mengikut prosidur sebenarnya. Wallahhualam.

Selepas menyerang ISA dan berjaya, pembangkan menyerang pula sistem pemilihan. Perasan tak anda pada masa ini BAR Council tidak lagi memainkan peranan yang besar? Kali ini, Ambiga pula mengambil alih atas nama BERSIH. BERSIH 1, 2.0 dan 3.0 diadakan. Simboliknya diadakan di Padang Merdeka!! Kenapa ye?? hehhehehe SPR dihentam dan dimaki hamun...sekali lagi Kerajaan tunduk. Tetapi kali ini kerajaan lebih pandai. DIminta BERSIH mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan dan dibahaskan. Yang menariknya, cadangan BERSIH diminta wakil dari BERSIH, pembangkan dan kerajaan duduk bersama dan bincangkan. Tetapi wakil pembangkan amat sedikit sahaja yang hadir dikhabarkannya. So apabila majoriti tuntutan BERSIH dibahaskan, dibincangkan dan diimplementasi...pembangkang menggunakan taktik lain. Sekali lagi demonstrasi digunakan dan mensasarkan SPR. Dikatakan melalui demonstrasi BERSIH ini objektifnya adalah menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di negara-negara Arab dan meminta kerajaan menggunakan kekerasan bagi meminta simpati dunia. Ini tidak berlaku tetapi simpati lebih kepada pihak kerajaan. Kerajaan menggunakan peniaga dan rakyat yang anti demonstrasi sebagai counter attack. Strategi ini berkesan dan BERSIH gagal menakluki Dataran Merdeka dan tiada yang injured atau mati seperti yang diharapkan. Ada lakonan mati la...tetapi cepat didedahkan mamat tu penipu. hehehehe Pihak demonstrasi sebenarnya mempertaruhkan nyawa rakyat dengan harapan kerajaan Malaysia bertindak seperti di negara Mesir, Syria ataupun Thailand apabila menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan. Sekali lagi ini gagal, malah ada peserta yang innocently percaya ia hanyalah demo aman, mengkritik Ketua Pembangkang SDAI dalam sidang media apa sebenarnya terjadi?? Isu ini tidak dijawab hingga ke hari ini.

Serangan ini tidak berhenti disitu sahaja. Pembangkang mula menukar taktik menggunakan mahasiswa. Ingat nama Adam Adli??!! Beliau tiba-tiba muncul dan memulakan gerakkan membangkitkan semangat mahasiswa di mana-mana. Atas nama Suara anak muda or tak silap Solidariti apantah. Sekali lagi mereka mengumpan kerajaan menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa. Adam Adli nak serahkan surat apanta satu malam tu pastu ada cermin pecah. Namun demikian, yang kene tu dia bukan orang lain. Tu masalahnya hehehehe dia tak sepatutnya kene...yang patut kene geng2 dia tapi Polis kita ni bijak juga la...dia cari kepala dia je which is Adam Adli. Masa ni Ambiga dah senyap dah....perasan tak?? Hanya siri debat Ambiga sahaja dengan KJ yang akhirnya terpaksa Ambiga diam kerana KJ lebih pandai berhujah. Tahniah KJ. Sepatutnya siri debat tu kalau Ambiga yang menang bakal mencetuskan perkara lain aku rasa. berbalik pada Adam Adli tadi, lepas peristiwa ini nama Adam Adli mula surut....ini menunjukkan gerakkan reformasi pelajar telah gagal atau tidak mencapai objektifnya. So mereka pergi ke strategi lain.

Penggunaan artis dalam ceramah2...pada masa ini PAS mula menunjkkan taring pula selepas PKR gagal dalam beberapa siri. Masa ini tak silap aku kes ANWAR dan Saiful dah hangat dah. Nak PRU 13 ni. So, PAS mula menggerakkan jenteranya. Ingat nama Abby, Hairi Othman, Leman, Bob Lokman, Mustapha Kamal dan Aishah?? Selain itu, UAI juga digunakan. Pengaruh UAI amat besar dan kuat pada masa ini. ABBY mula membuat bising dan menghantar tweet yang panas hingga mendapat respond dari kalangan artis. Teringat aku AC Mizal minta debat dengan ABBY. Sebenarnya tu perangkap je tu. Isu kalau tak silap aku pasal ISA apa ntah. Hairi Othman pula berceramah bukan main dia....Leman pula siap tunjuk video yang dia berbicara dengan wakil rakyat BN pujuk dia masuk BN. Manakala Bob Lokman pula ceramah asek hentam UMNO dan sistem famili sekrang. Pada masa ini PAS lebih fokus menyerang UMNO. Kenapa artis melayu sahaja?? Ini lah artis yang diharapkan dapat menarik golongan kepada pembangkang. Yang bestnya, mereka ni semuanya dah season heheheheh. So nak raih simpati mereka bgtau kerajaan UMNO zalim, nak dapat job mesti UMNO. Maybe betul maybe dak aku pon tak tau. Tetapi yang aku nak ulas sentimen mereka yang sekarang hidup susah dan semua ini kerana UMNO. Bob Lokman lain...yang aku ingat dia cerita pasal penyesalan dia kerana berada dalam industri hiburan hingga anak-anak dia lupa. Lebih kurang gitu la....Yang aku ingat dia kata baru kini dia sedar semua itu legha....orang mula tepuk tangan dan angguk kepala. Padahal dalam Islam dah bgtau dah musik itu melalaikan...yang ko gi masuk juga industri tu buat apa?? Begitu juga ngan Aishah....beliau menggunakan peluang yang baik dan menceritakan pengalaman sendiri berjumpa dengan Shahrizat. Masa ni Sharizat dah kene serang pasal kes lembu tu. So Aishah menceritakan pengalaman peribadinya sendiri berjumpa dengan shahrizat yang dikatakan tidak mendapat perhatian. Masa ini aku lihat kerajaan tidak dapat balas dengan baik. Ramai sungguh orang gi ceramah PAS. Nak dengar artis cakap kan?? Siap buat kat pasar malam lagi pon ada. hehehehhe. Penggunaan artis ini sebenarnya hampir berjaya tetapi cara counter ialah dengan melihat kembali profile artis tersebut. Abby ada masalah rumah tangga dan cerita dia tak semenyak di set dan bergaduh ngan norman mula keluar. So, ada simpati ada yang cam kata apara....Hairi Othman, artis yang dah lama menghilang dan menghadapi masalah apantah aku tak ingat. Tapi yang aku ingat dia pernah ditangkap khalwat semasa zaman kegemilangannya dulu. So again profile artis ini tercemar. Lain-lain malas la nak citer  dah hahahahha. Kesimpulannya ialah pembangkang menggunakan orang yang dulu kononnya sokong UMNO now sokong PAS dan mereka menceritakan sendiri pengalaman buruk mereka semasa menjadi artis. Now they have become soleh dan solehah la. Yang still aku nampak dalam TV Mustapha Kamal je kot hhingga hari ni....Strtaegi ini byk meraih simpati. Ye la artis dah takder job, nak cari makan pon susah sebab sekatan oleh UMNO....itu la sentimen yang dimainkan. Bagi aku strategi ni berjaya hinggalah pendedahan profile each and everyone dibuat. So mana-mana artis yang sebelum ni bermasalah, orang mula tinggalkan dia. So again, mereka gagal dalam emnggunakan artis untuk menarik lebih ramai orang. Ceramah2 mula berkurangan...dan akirnya senyap begitu sahaja. Momentum dah abih....heheheheNow mereka dah diam semuanya...tak tahulah kalau sedang merangka strategi lain...wallahhualam.

Media sosial....ha ni mmg best dikupaskan. tetapi aku akan kupas hari lain la.....penat dah

Wednesday, 21 May 2014

Oh Dyana Sofya!!!

Salam,

Lama sungguh aku tak taip blog. Malas dah aku nak taip...sbb byk dah blog sekarang ni dan aku lebih suka baca blog sedia ada. Sbb apa yang aku fikir blog tu dah menceritakan segala-galanya. Tetapi kali ini lain la. Dyana Sofya!!! Nama baru dalam arena politik negara Malaysia. Cukup sensasi sekarang ni. So kali ini aku terpanggil untuk menulis pendapat aku. Korang setuju ke idak lantak la...pendapat aku kan??!! hehehe anyway korang bebas la nak komen apa pon. Pendapat korang juga bebas...tapi jangan la melampau sampai lupa agama.

Dyana Sofya, mmg mengejutkan. Orangnya cantik dan senyumannya manis. Dikhabarkan dilahirkan dalam keluarga penyokong UMNO dan mendapat pendidikan dari UiTM. Memang aku akui cantik. hehehehe Apa pon lets not focus on the kecantikan tu. heheheh

Bila Dyana Sofya dinamakan calon untuk bertanding PRK Teluk Intan aku agak terkejut. Sbb dari graduan UiTM, dan dibesarkan dalam keluarga UMNO aku rasa la orang yang paling akhir untuk DAP pilih untuk menjadi wakil mereka. Lahir aku tak sure kat mana tapi aku rasa bukan Teluk Intan la. Aku rasa ini taktik terbaru DAP tunjukkan. In terms of strategy aku puji DAP. New strategy yang menggoyangkan UMNO dan BN. Tidak terlintas oleh sesiapa yang musuh menjadi kawan, kawan akan menjadi musuh. Bagi aku dalam kes ini DAP berjaya membuktikan bahawa orang UMNO dan graduan UiTM juga percaya dengan konsep yang di bawa oleh DAP selama ini iaitu Malaysian Malaysia. Apa lagi UMNO nak balas? Kali ini tidak terjawab dan mengharapkan kemenangan Datuk Mah untuk menutup segala cerita. Strategi yang digunakan DAP ini tidak dijangka oleh BN atau UMNO. Sesuatu yang perlu difikirkan. Ni macam main catur, Queen kena ngap la!! heheheh cuma check mate tunggu keputusan undian.

Bagi aku Dyana Sofya dan keluarga telah digunakan. Apa tidaknya menajdi ADUN umur 20 an dan menjadi lebih popular dari artis. Soal boleh kerja takleh kerja citer belakang. Seperti kita maklum selepas Tunku Aziz keluar dari DAP, DAP hilang figure Melayu dalam partinya. Dengan pemilihan yang tidak telus dan pembatalan oleh ROS yang sehingga kini tidak selesai, DAP semakin berkuasa dan taring dan kukunya makin hebat. Bagi aku Dyana Sofya adalah gadis yang mempunyai cita-cita tinggi dan DAP menyediakan platform yang boleh melonjak beliau dalam sejarah Malaysia. Bagi aku ibunya tak salah sokong anaknya...cuma aku rasa ibunya juga nak juga habuan sebagai ADUN sekiranya anak berjaya. Well jadi ADUN ni byk peluang akan dibuka. Dengan kekalahan demi kekalahan jentera BN dan DAP dilihat sebagai parti dominan di Malaysia. Peluang yang diberikan oleh DAP tidak mungkin ditolak.

Oklah Dyana nak jadi ADUN...tapi kenapa perlu DAP??? Kalau dah jadi calon DAP kenapa perlu hentam balik UiTM, Hudud dll. Mengenai UiTM tu kenapa la nak diganggu?? Hai Dyana, mungkin kamu rasa ia perlu dibuka tetapi sedarkah jika dibuka peluang untuk bumiputera belajar makin kurang? Mungkin Dyana datang dari kaum berada...tetapi masih ada mereka yang tidak mampu untuk pergi ke Universiti lain kerana kos yang mahal Hatta IPTA juga memerlukan kos yang tinggi. Saya merupakan graduan ITM....saya lihat makan minum dan tempat tinggal disediakan. Ada gak la yang kene dok luar tapi peluang nak duduk di tempat disediakan masih ada. Apa yang sebok Dyana nak kacau UiTM. Berlambak lagi Uni lain....yang hat ni juga nak diganggu?? Apa motifnya? Tidak lain tidak bukan saya berpendapat skrip ini ditulis oleh DAP. Graduan UiTM sendiri menyatakan UiTM perlu dibuka kepada orang luar. Check Mate kan??!!

Dyana tahu ke yang UiTM ni bukan la semua yang berada. Saya rasa Dyana tidak tahu sbb dia sendiri kata pemilihan adalah dari kalangan orang UMNO dan golongan kaya. Wahai Dyana, jika anda tidak mahu menggunakan lagi UiTM, jangan la beri alasan untuk dibuka ...sbb orang lain masih memerlukan. Anda seperti kacang lupakan kulit. Anda dah gtraduate, anda dah berjaya pastu anda bgtau yang semua ini tak betul.

Mengenai hukum hudud, sah2 anda tidak tahu mengenainya. Sekali lagi saya rasa skrip ini ditulis oleh DAP. Anda kata tidak sokong hudud. Spt biasa ia akan potray yang UMNO yang tidak sokong hudud sbb anda dari keluarga UMNO dan anda adalah dari anak didikan UMNO. Ibu anda kata anda seperti Marina Mahathir. Hihihihihihi....saya nak gelak gak. Marina lebih cenderung kepada NGO. Ye dia bebas mengatakan apa sahaja tapi saya tak pernah nampak dia join DAP yang menghentam balik apa yang ibubapanya usahakan. At least for now dia tidak join la DAP. Mungkin rasa hormatnya pada ibubapanya masih ada. Tetapi tidak mustahil DAP akan menggunakan Marina jika boleh. :) Anda ditawarkan dengan jawatan yang menjadikan anda cukup hebat....tak kira apa anda inginkan dan DAP menggunakan peluang itu untuk menjayakan rancangan mereka. Buat masa ini pintu hati dan minda anda tertutup untuk mendengar pandangan tetapi biarlah masa menentukan. Tunku Aziz akhirnya mengakui DAP sebagai parti racist dan anda menidakkan. Mungkin bila dah tergadai semua pon anda masih belum rasa bersalah. Yang anda nampak ialah apa yang bakal anda nikmati nanti. Takper la dalam kubur anda jawab paling banyak...sbb sebagai pemimpin tanggungjawab berat dan apa yang anda buat untuk agama adalah soal anda dan tuhan. Mungkin Dyana dah ada jawapannya. Buat masa ini cakap apa pon Dyana takkan dengarnya. tengah seronok!! heheheheh

Sepanjang ingatan saya, perjuangan DAP ingin menjadikan negara ini sepeti Singapura. Dyana tahu ke kontrak sosial? Selama ini ramai yang kata hak sama rata tetapi saya rasa kontrak sosial ini jangan diganggu. Selagi kita berpegang dan hormati ini Malaysia boleh aman. Dalam kontrak sosial ni tiada lak kata rang Melayu first class citizen dan orang lain second class citizen. Hanya yang diwawar sahaja. Actuallu itu agreement....hak keisitimewaan orang Melayu dipersetujui. Itu je. Yang lain bebas nak mencari kekayaan, nak cari ilmu , amalkan agama masing2. Apa second classnya Dyana? ooo Hak istimewa tu menjadikan orang Melayu first class citizen?? Ada ke orang Melayu cakap camtu?? Yang cakap bukan melayu je. Dorang nak lebih lagi?? Apa yang dorang nak lagi Dyana?? belajar? ada sekolah jenis kebangsaan yang ada sampai skunk cakap bahsa melayu pon tak betul. Nak berniaga?? Mereka adalah golongan terkaya di Malaysia...siap ada Chinatown lagi.... so apa nak lagi?? Rumah kat KL ni mereka yang beli semua? Top CEO dalam Malaysia ni mereka juga. SO apa dia nak sama rata lagi?? Kalau nak sama rata, pastikan mereka boleh berbahasa Melayu dulu, hantar anak ke sekolah kebangsaan dulu...and sekolah jenis kebangsaan ditutup....Nama tidak boleh menggunakan nama cina...buat cam Indon tu aaa....boleh?? Dah takder dah Cinatown, petaling street tu hapuskan ....so samakan dulu semua. Ni hak2 bumiputera apa dia Dyana?? Semua hak-hak tu skunk ni pon dikuasai oleh orang cina. So apa lagi Dyana nak sama ratakan??

So Dyana, pada pendapat saya, DAP menyediakan platform yang amat menarik bagi Dyana. Takleh nak tolak. Takyah la nak bgtau Dyana ni cam Marina Mahathir ke sapa. Dyana mempunyai agenda sendiri....hehehe sama cam Nurul Izzah gak. :) Apa pon Dyana...dalam mencapai niat peribadi jangan la digadaikan hak orang lain. Mungkin Dyana tak mahu pakai lagi dah hak2 bumiputera tetapi masih ada yang memerlukan. Bagi orang cina dan India mereka tidak terjejas pon dengan kewujudan UiTM tu. So apa Dyana nak buktikan saya pon tak tahu....cuma saya rumusan pandangan saya ialah..Dyana Sofya adalah pengkhianat generasi akan datang. Dyana telah berjaya tetapi mempertaruhkan hak golongan di masa akan datang. Tiada apa dengan UiTM...ia hanya melahirkan graduan bumiputera yang semakin ramai dan pandai...ini yang DAP tidak mahu....ini pandangan saya.....sekian.


Saturday, 11 January 2014

Kalimah Allah

Salam,

Kali ini aku ingin menulis tentang isu kalimah Allah. Aku bukanlah seorang yang warak atau mendapat pendidikan tinggi agama islam namun aku tahu la batas-batas asas dalam Islam. Penggunaan kalimah Allah yang hangat diperkatakan sekarang amatlah bahaya jika terus dipermainkan.


Allah s.w.t tuhan yang lazim dipanggil oleh masyarakat Islam di Negara ini. Sekian lama umat Islam di Negara ini menggunakan Allah sebagai merujuk kepada panggilan kepada tuhan mereka. Namun demikian, baru-baru ini pihak kristian menggunakan istilah Allah dalam kitab bibble mereka dan merujuk kepada tuhan mereka juga. Secara asasnya, Islam dan Kristian (asal) sebenarnya mengajar kepada Tuhan yang Satu. Islam di bawa oleh Nabi Muhammad SAW dan Kristian (panggilan kristian ni tak sure dari mana) di bawa oleh Nabi Isa AS. Nabi Isa merupakan salah satu nabi dari Ulul Azmi. Umat Islam memandang Nabi Isa AS amat tinggi dan ajaran sebenarnya adalah menyembah kepada Tuhan Yang Satu iaitu Allah SWT. Pihak kristian ingin mengambil peluang ini dan mengatakan Allah juga sebagai tuhan mereka. Persoalannya bolehkah mereka menggunakan kalimah Allah? Umat Islam di Negara ini menentang keras tentang perkara ini. Aku juga sebagai mukmin juga menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama kristian. Bagi aku senang sahaja, kenapa baru sekarang mahu menggunakan Allah? Sebelum-sebelum ini mereka merujuk tuhan mereka the One. So let it be as it is? Kenapa perlu menggunakan Allah? Boleh ubah2 lak kitab Injil ni ye? Kejap The One kejap Allah. Kenapa tak merujuk kepada Sakhti kea tau tuhan hindu or tuhan Buddha or Tuhan orang matahari? Kenapa mesti Allah? Tak marah masyarakat hindu jika menggunakan nama tuhan mereka dalam bible? Walaupun aku bukan hindu tetapi penganut agama hindu juga sensitive mengenai agama mereka.

Aku teringat Dr Zakir Naik dalam ceramahnya pernah ditanya oleh seorang penganut agama kristian tentang penggunaan kalimah Allah dalam bible. Beliau menjawab dengan mudah…..jika Allah yang dimaksudkan oleh orang kristian ialah tuhan yang satu dan tidak beranak dan tidak diperanakkan, beliau tiada masalah jika penganut kristian untuk menggunakannya. Tetapi jika penganut kristian refer Allah sebagai Bapa Tuhan Nabi Isa dan Nabi Isa AS adalah anak tuhan, beliau menyatakan memang akan menjadi masalah. Aku setuju dengan beliau. Sesungguhnya dalam Islam mengiktiraf ahli kitab. Sembelihan Ahli Kitab juga boleh dimakan. Jika penganut agama kristian ingin menggunakan kalimah Allah silakan tetapi definasinya perlulah betul dalam Islam. Islam mempercayai kewujudan Nabi Isa tetapi kristian menolak kehadiran Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan rasul. Sehubungan dengan itu, sebab itulah umat Islam menentang keras penggunaan kalimah Allah dalam kitab bible. Aku juga menentang. Kenapa mesti ubah sekarang. Sewajarnya Malaysia terdiri dari rakyat berbilang kaum dan agama. Sejak dari merdeka keharmornian ini dijaga dengan baik. Pihak gereja tidak pernah atau pernah bercadang menggunakan kalimah Allah dalam ajarannya. Isu agama bangsa merupakan isu yang amat sensitive. Jadi tak usahlah cuba mengeruhkan lagi keadaan. Malaysia mengamalkan dasar toleransi yang tinggi. Islam sebagai agama rasmi tetapi kaum lain bebas mengamalkan agama masing-masing. Sejak dari dulu lagi tidak wujud masalah ini dan kini pihak gereja cuba menggunakan istilah ini dengan alasan hak asasi manusia. Apa guna hak asasi manusia jika meruntuhkan hak asasi manusia yang lain seperti keamanan, kesejahteraan dan lain-lain. Sudah-sudah la…..jika pihak gereja betul cintakan keamanan sila gugurkan isu ini dengan tidak menggunakan kalimah Allah.

Aku amat menentang penggunaan kalimah Allah ini dalam bible kerana ia bakal mengelirukan umat Islam yang muda-muda. Waimah aku juga kadang-kadang keliru dengan Islam kerana terlalu banyaknya hadis palsu dan ajaran sesat. Bayangkan la kalau pihak gereja mula menggunakan kalimah Allah. Betapa akan mengelirukan lagi apabila ada statement Allah adalah bapa dan Nabi Isa adalah anak Allah. Sekarang ini belum nama Allah digunakan secara meluas pon umat Islam banyak dah keliru apatah lagi bila nama Allah digunakan dalam bible. Jadi bagaimana nak bezakan Islam dan kristian. Jika dibenarkan kalimah Allah, apa pula lepas ini? Penerbitan buku-buku kisah nabi mengikut bible? Mungkin akan berlaku…kerana nama-nama nabi dalam kitab bible adalah sama dengan nama nabi dalam Al-Quran. So akan ada buku kisah nabi berdasarkan bible (umat islam percaya kitab bible sekarang telah diubah) dan kisah nabi berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Bagaimana nak bezakan? Biarlah aku dan generasi aku membaca kisah nabi berdasarkan Al-Quran dan Hadith.  Sekirany generasi aku ingin baca bible, biarlah dia sudah matang da nada ilmu yang cukup untuk membezakan yang mana betul dan mana yang tidak betul seperti Dr Zakir Naik, Ahmad Deedat, Yusof Estes dan lain-lain lagi.


Wahai umat Islam di Malaysia, kita mungkin berbeza dari segi pendapat politik, tetapi apabila tiba mengenai Islam, wajarlah kita bersatu menyatakan pendirian kita. Islam menyatukan Ummah dan bukannya perpecahan. Kekuatan Islam terletak pada perpaduan bukan terletak di kalangan segelintir umat Islam. Kita mungkin bukan muslimin yang baik tetapi ini tidak bermakna kita wajar membiarkan ia berlaku. Byk kisah dalam sirah Islam insan yang jahat tetapi kemudian tampil membela Islam apabila diperlukan dan gugur syahid di medan perang. Kita tak nak la sampai berperang kerana Islam itu mengajar umatnya keamanan. Tetapi, Islam memerlukan perpaduan untuk kuat. Sama-samalah kita berganding bahu untuk membela Islam di Negara kita tercinta. Biarlah kita jahat mana pon pada masa ini kerana rahmat Allah sentiasa bersama kita. Amalan baik sekecil mana Allah SWT takkan lupa. Setidak-tidaknya apabila kita berjumpa dengan Allah SWT di padang masyar, kita mampu menyatakan satu kebaikan kita di depan Allah bahawa kita mempertahan nama Allah semasa hayat di dunia biarpon peranan yang dimainkan oleh kita amat kecil. Setidak-tidaknya ada juga peranan kita sebagai hamba Allah SWT dalam mempertahan kalimah ini. Sekiranya perpaduan ini berjaya hasilnya generasi akan dating akan lebih bertakwa, insya Allah pahala untuk kita. Kerana kita berusaha untuk mengelakkan generasi akan dating lebih keliru dari kita. Mungkin yang bijak pandai agama Islam sekarang tidak memandang isu ini sebagai isu besar kerana mereka mahir dan faham tentang beza Allah Islam dan Allah Kristian, tetapi bolehkah mereka memberi jaminan bahwa generasi akan datang tidak keliru jika nama ini digunakan oleh kedua2 pihak? Islam tidak diwarisi…ingatlah. Banyak kisah teladan dalam Islam bagaimana orang yang berilmu juga tewas diakhir hayat. Byk kisah dalam Islam bagaimana hidayah diberikan kepada orang yang paling jahat. Biarlah syurga neraka diuruskan oleh Allah. Kita sebagai Hamba Nya buat sebaik mungkin menjaga kesucian nama Allah ini. Kita tidak tahu bagaimana mati kita. Jadi mereka yang berilmu marilah bersama-sama bersatu dalam hal ini demi generasi akan datang. Satu Kalimah Satu Ummah. Allahhuakbar!