Salam,
Lama sungguh aku tak taip blog. Malas dah aku nak taip...sbb byk dah blog sekarang ni dan aku lebih suka baca blog sedia ada. Sbb apa yang aku fikir blog tu dah menceritakan segala-galanya. Tetapi kali ini lain la. Dyana Sofya!!! Nama baru dalam arena politik negara Malaysia. Cukup sensasi sekarang ni. So kali ini aku terpanggil untuk menulis pendapat aku. Korang setuju ke idak lantak la...pendapat aku kan??!! hehehe anyway korang bebas la nak komen apa pon. Pendapat korang juga bebas...tapi jangan la melampau sampai lupa agama.
Dyana Sofya, mmg mengejutkan. Orangnya cantik dan senyumannya manis. Dikhabarkan dilahirkan dalam keluarga penyokong UMNO dan mendapat pendidikan dari UiTM. Memang aku akui cantik. hehehehe Apa pon lets not focus on the kecantikan tu. heheheh
Bila Dyana Sofya dinamakan calon untuk bertanding PRK Teluk Intan aku agak terkejut. Sbb dari graduan UiTM, dan dibesarkan dalam keluarga UMNO aku rasa la orang yang paling akhir untuk DAP pilih untuk menjadi wakil mereka. Lahir aku tak sure kat mana tapi aku rasa bukan Teluk Intan la. Aku rasa ini taktik terbaru DAP tunjukkan. In terms of strategy aku puji DAP. New strategy yang menggoyangkan UMNO dan BN. Tidak terlintas oleh sesiapa yang musuh menjadi kawan, kawan akan menjadi musuh. Bagi aku dalam kes ini DAP berjaya membuktikan bahawa orang UMNO dan graduan UiTM juga percaya dengan konsep yang di bawa oleh DAP selama ini iaitu Malaysian Malaysia. Apa lagi UMNO nak balas? Kali ini tidak terjawab dan mengharapkan kemenangan Datuk Mah untuk menutup segala cerita. Strategi yang digunakan DAP ini tidak dijangka oleh BN atau UMNO. Sesuatu yang perlu difikirkan. Ni macam main catur, Queen kena ngap la!! heheheh cuma check mate tunggu keputusan undian.
Bagi aku Dyana Sofya dan keluarga telah digunakan. Apa tidaknya menajdi ADUN umur 20 an dan menjadi lebih popular dari artis. Soal boleh kerja takleh kerja citer belakang. Seperti kita maklum selepas Tunku Aziz keluar dari DAP, DAP hilang figure Melayu dalam partinya. Dengan pemilihan yang tidak telus dan pembatalan oleh ROS yang sehingga kini tidak selesai, DAP semakin berkuasa dan taring dan kukunya makin hebat. Bagi aku Dyana Sofya adalah gadis yang mempunyai cita-cita tinggi dan DAP menyediakan platform yang boleh melonjak beliau dalam sejarah Malaysia. Bagi aku ibunya tak salah sokong anaknya...cuma aku rasa ibunya juga nak juga habuan sebagai ADUN sekiranya anak berjaya. Well jadi ADUN ni byk peluang akan dibuka. Dengan kekalahan demi kekalahan jentera BN dan DAP dilihat sebagai parti dominan di Malaysia. Peluang yang diberikan oleh DAP tidak mungkin ditolak.
Oklah Dyana nak jadi ADUN...tapi kenapa perlu DAP??? Kalau dah jadi calon DAP kenapa perlu hentam balik UiTM, Hudud dll. Mengenai UiTM tu kenapa la nak diganggu?? Hai Dyana, mungkin kamu rasa ia perlu dibuka tetapi sedarkah jika dibuka peluang untuk bumiputera belajar makin kurang? Mungkin Dyana datang dari kaum berada...tetapi masih ada mereka yang tidak mampu untuk pergi ke Universiti lain kerana kos yang mahal Hatta IPTA juga memerlukan kos yang tinggi. Saya merupakan graduan ITM....saya lihat makan minum dan tempat tinggal disediakan. Ada gak la yang kene dok luar tapi peluang nak duduk di tempat disediakan masih ada. Apa yang sebok Dyana nak kacau UiTM. Berlambak lagi Uni lain....yang hat ni juga nak diganggu?? Apa motifnya? Tidak lain tidak bukan saya berpendapat skrip ini ditulis oleh DAP. Graduan UiTM sendiri menyatakan UiTM perlu dibuka kepada orang luar. Check Mate kan??!!
Dyana tahu ke yang UiTM ni bukan la semua yang berada. Saya rasa Dyana tidak tahu sbb dia sendiri kata pemilihan adalah dari kalangan orang UMNO dan golongan kaya. Wahai Dyana, jika anda tidak mahu menggunakan lagi UiTM, jangan la beri alasan untuk dibuka ...sbb orang lain masih memerlukan. Anda seperti kacang lupakan kulit. Anda dah gtraduate, anda dah berjaya pastu anda bgtau yang semua ini tak betul.
Mengenai hukum hudud, sah2 anda tidak tahu mengenainya. Sekali lagi saya rasa skrip ini ditulis oleh DAP. Anda kata tidak sokong hudud. Spt biasa ia akan potray yang UMNO yang tidak sokong hudud sbb anda dari keluarga UMNO dan anda adalah dari anak didikan UMNO. Ibu anda kata anda seperti Marina Mahathir. Hihihihihihi....saya nak gelak gak. Marina lebih cenderung kepada NGO. Ye dia bebas mengatakan apa sahaja tapi saya tak pernah nampak dia join DAP yang menghentam balik apa yang ibubapanya usahakan. At least for now dia tidak join la DAP. Mungkin rasa hormatnya pada ibubapanya masih ada. Tetapi tidak mustahil DAP akan menggunakan Marina jika boleh. :) Anda ditawarkan dengan jawatan yang menjadikan anda cukup hebat....tak kira apa anda inginkan dan DAP menggunakan peluang itu untuk menjayakan rancangan mereka. Buat masa ini pintu hati dan minda anda tertutup untuk mendengar pandangan tetapi biarlah masa menentukan. Tunku Aziz akhirnya mengakui DAP sebagai parti racist dan anda menidakkan. Mungkin bila dah tergadai semua pon anda masih belum rasa bersalah. Yang anda nampak ialah apa yang bakal anda nikmati nanti. Takper la dalam kubur anda jawab paling banyak...sbb sebagai pemimpin tanggungjawab berat dan apa yang anda buat untuk agama adalah soal anda dan tuhan. Mungkin Dyana dah ada jawapannya. Buat masa ini cakap apa pon Dyana takkan dengarnya. tengah seronok!! heheheheh
Sepanjang ingatan saya, perjuangan DAP ingin menjadikan negara ini sepeti Singapura. Dyana tahu ke kontrak sosial? Selama ini ramai yang kata hak sama rata tetapi saya rasa kontrak sosial ini jangan diganggu. Selagi kita berpegang dan hormati ini Malaysia boleh aman. Dalam kontrak sosial ni tiada lak kata rang Melayu first class citizen dan orang lain second class citizen. Hanya yang diwawar sahaja. Actuallu itu agreement....hak keisitimewaan orang Melayu dipersetujui. Itu je. Yang lain bebas nak mencari kekayaan, nak cari ilmu , amalkan agama masing2. Apa second classnya Dyana? ooo Hak istimewa tu menjadikan orang Melayu first class citizen?? Ada ke orang Melayu cakap camtu?? Yang cakap bukan melayu je. Dorang nak lebih lagi?? Apa yang dorang nak lagi Dyana?? belajar? ada sekolah jenis kebangsaan yang ada sampai skunk cakap bahsa melayu pon tak betul. Nak berniaga?? Mereka adalah golongan terkaya di Malaysia...siap ada Chinatown lagi.... so apa nak lagi?? Rumah kat KL ni mereka yang beli semua? Top CEO dalam Malaysia ni mereka juga. SO apa dia nak sama rata lagi?? Kalau nak sama rata, pastikan mereka boleh berbahasa Melayu dulu, hantar anak ke sekolah kebangsaan dulu...and sekolah jenis kebangsaan ditutup....Nama tidak boleh menggunakan nama cina...buat cam Indon tu aaa....boleh?? Dah takder dah Cinatown, petaling street tu hapuskan ....so samakan dulu semua. Ni hak2 bumiputera apa dia Dyana?? Semua hak-hak tu skunk ni pon dikuasai oleh orang cina. So apa lagi Dyana nak sama ratakan??
So Dyana, pada pendapat saya, DAP menyediakan platform yang amat menarik bagi Dyana. Takleh nak tolak. Takyah la nak bgtau Dyana ni cam Marina Mahathir ke sapa. Dyana mempunyai agenda sendiri....hehehe sama cam Nurul Izzah gak. :) Apa pon Dyana...dalam mencapai niat peribadi jangan la digadaikan hak orang lain. Mungkin Dyana tak mahu pakai lagi dah hak2 bumiputera tetapi masih ada yang memerlukan. Bagi orang cina dan India mereka tidak terjejas pon dengan kewujudan UiTM tu. So apa Dyana nak buktikan saya pon tak tahu....cuma saya rumusan pandangan saya ialah..Dyana Sofya adalah pengkhianat generasi akan datang. Dyana telah berjaya tetapi mempertaruhkan hak golongan di masa akan datang. Tiada apa dengan UiTM...ia hanya melahirkan graduan bumiputera yang semakin ramai dan pandai...ini yang DAP tidak mahu....ini pandangan saya.....sekian.
No comments:
Post a Comment