Fuh again lama sungguh tak tulis blog....cam dah boring...hihihi tapi kali ni saja aku nak coretkan pandangan aku pasal politik Malaysia. Tapi kali ini aku cuba ulas politik malaysia dari zaman selepas Tun M sebagai PM Malaysia. Bukan apa ni pandangan aku....yang aku rasa ada tangan kuasa asing yang amat besar sedang menyerang Malaysia pada masa ini dan mereka amat desperate untuk dapatkan Malaysia. betul salah aku pon tak tahu tapi hanya pandangan aku sahaja.
Paling aku remember zaman Pak Lah ialah kerapnya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK). Masa tu ingat tak lepas satu PRK ke satu PRK dan paling grand masa kak jijah letak jawatan sebagai ADUN sbb nak tumpukan pada keluarga (kalau tak silap aku la). Bang non kita bertanding dan BN lawan. Mmg kalah la BN. :) dalam PRK pada masa tu BN tak menang pon dalam mana2 PRK kecuali Kuala Selangor tak silap aku bila guru India bertanding. (aku malas nak gugel sapa nama dia) Pastu baru stop.
Zaman Pak Lah macam2 isu yang dibangkitkan. Taktik pada masa itu ialah menggunakan bloggers. Mmg teruk Pak Lah kene serang. Dari kenaikan harga minyak, PM tidur dan budak tingkat 4 dan macam2 lagi la. mmg aku akui pada masa tu pon aku tak berkenan cara Pak Lah tadbir Malaysia. Jambatan bengkok cancel, keretapi berkembar kansel, nak buat airpor kat nilai dan macam2 lagi la. Pada masa tu Tun M bersuara dan aku amat gembira bila Tun M mula bersuara. Aku rasa dialah savior Malaysia. Pada masa tu aku pon setuju dengan serangan kepada Pak Lah. Malas aku nak ulas banyak sbb nampak gaya pada masa tu Malaysia mula menuju ke arah kejatuhan. PRU 12 membuktikan segalanya. BN tidak dapat 2/3. Pak Lah ditekan letak jawatan...dan akhirnya dia akur. Tapi harus diingat Pak Lah pada masa itu tidak tunduk kepada Amerika. Dia tetap kukuh mempertahan Malaysia sebagai negara NAM.
Najib angkat sumpah sebagai PM. Tapi kalau korang ingat ada pemilihan agong UMNO pada sebelum tu di mana KJ menentang Mukhriz dan Mukhriz tewas selepas beberapa jam kiraan. :) apa yang susah sangat nak kira aku pon tak tau. Kalau PRU beribu2 undi leh kira sampai 1000 malam leh umumkan keputusan ni berapa ratus pon tak kuar2 keputusan.
Bila Najib angkat sumpah, taktik dah lain. Kalau korang ingat pada awal DSN jadik PM serangan kepada wife dia Datin Rosmah...macam2 la kutuk dia dan perbandingan dibuat dengan Tun Hasmah. Aku tak kenal sangat rosmah ni camna yang aku tau aku baca melalui media dan dgr cakap orang. Takder yang positif la pasal wife DSN. Lepas tu aku remember Datin Sri Rosmah mula kurang dalam TV. Wallahualam pasal apa. Pada masa ini DAP makin giat main peranan. Social Media Facebook jadi alat yang amat berkesan. Apa sahaja pasal DSN dan keluarga diviralkan. Cincin, shopping, tingkat 4 dan macam2 la....MAsa ni nampak gaya jentera media BN masih baik tapi tidak la efektif sangat. PRU13 jadi penghakiman DSN. BN gagal lagi dapat 2/3. Sokongan kaum cina makin merosot hingga diibaratkan tsunami undi cina. Aku frust juga Selangor masih gagal ke BN walaupun ada kerusi BN menang tapi belum cukup nak kalahkan PR. Takper la Kedah dapatkan BN kembali.
Lepas PRU13 serangan makinhebat kepada DSN. Masa ni kuar isu Atlantuya yang mula makin hangat. Najib sumpah pon tak jadi. Masa ni Bang Non kita bebas. Kalau korang ingat Saiful, Atlantuya dan apa sahaja yang bersangkut dengan DSN semuanya diviralkan. Nak hapuskan subsidi perghhh dia punya viral jangan citer la...ingat isu kangkung?? hahahahha ....Masa ni Tun M diam lagi.
Masa ni Bersih mula main peranan. Akhirnya ISA dihapuskan. Ingatkan dah puas...tp itulah titik mula Malaysia mula lagi berani nak kurang ajar. Semua yang boleh disabitkan ngan DSN diviralkan. Alvin Tan ngan Vivian pon jadi sangkut kat BN. Padahal depa nak buat porn..buat la...yang nak kacau umat Islam buat apa...Pastu isu kalimah Allah...lagi la. Paling ultimate aku rasa bila Sofea anak didik dari dasar bumipitera bertanding atas tiket DAP di teluk intan lawan Dato Mah. Perghhh sib baik BN menang...kalau tak mana nak letak muka. Masa ni DAP dah mula rekrut orang melayu sbb nak hentam dasar kerajaan. Kalau korang perasan setiap serangan dikaitkan dengan UMNO bukannya BN. Sbb dalam BN UMNO je yang kuat. So mmg nak rosakkan nama UMNO. Dalam PRU13 undi orang Melayu solid kepada UMNO. Ni yang DAP tak nak. Sbb selagi UMNO kuat selagi tu DAP susah nak berkuasa. Lepas attack pasal Islam dia kalih lak isu ke Sabah dan Sarwak pasal Mat Taib. Tak pasal2 UMNO juga terpaut. Tau la Sarawak tu parti kompenen BN tapi mmg BN semenanjungtak campur sangat pasal Sarawak. So attack and attack and attack. Masa ni korang ingat artis2 mula masuk PAS. Hahahahah depa ni kene guna saja oleh PR. lepas PRU semua diketepikan. Isu Lembu la..isu apa saja la....semua disangkutkan pada DSN dan UMNO. Omputeh ada cakap the best defense is attack. That is happening. Aku pernah tulis sbl ini pasal taktik DAP yang lebih kurang guna Tsu Zuenye taktik. Bacalah entry sebelum ni.
Pencerobohan Lahad Datu ...satu titik hitam negara. Tak nah lagi la Malaysia selepas konfrontasi dengan Indonesia diceroboh. Ni tah mana punya Army ceroboh Malaysia. Masa ni aku respect Malaysia sbb ikut prosidur walaupun anggota keselamatan terkorban. Kalau tak ikut prosidur aku rasa dah lama dah US serang Malaysia sbb atas alasan melanggar perjanjian PBB. Yang mana satu langgar aku tak sure tapi kalau kita main ikut belasah je....PBB akan kutuk Malaysia. So Malaysia play by the book. Takder la sapa2 dari UN buat resolusi nak serang Malaysia ke atau nak buat sekatan apa2. US gagal lagi masa ni bagi aku nak suruh Malaysia tunduk pada dia.
Lepas tu Malaysia DSN diduga lagi dengan MH17 dan berikutnya MH370. Pada masa MH17 ni macam2 teori keluar yang kata US nak takluk malaysia dan minta Malaysia tunduk kepada US. Malaysia adalah satu-satunya negara di ASEAN ni tak tunduk lagi pada US. US nak sangat pengkalan di Malaysia teruatama di Sabah katanya sbb nak serang China senang. Betul ke idak wallahualam. Kepimpinan DSN mmg benar2 diuji. Aku rasa Tun M pon taknah diserang sebegini rupa. Dalam dan luar diserang. Dari dalam semarakkan kebencian pada DSN dan UMNO...dari luar US....(aku rasa la) MH17 yang besar sampai skerang tak jumpa. Last sekali teori kata di sorok di Ukraine dan nasib penumpang dan anak kapal tidak diektahui. Pastu again MH370 ditembak lak...aduyai. Ni at Ukraine juga la. Smapai sekarang tak tau apa keputusannya. Tapi Ukraine pada masa ni dah jadi proksi US aku rasa sbb ada perang saudara. Rusia kata Ukraine..ukraine kata rusia. Tp aku leh caya Rusia sbb usia ambil masa dan beri bukti bukan dia. Walhal Ukraine lepas je insiden tu terus kata Rusia. Rusia dan US kan tgh gaduh masa tu. So DSN pada masa ni guna inistaif dia sendiri ank dapatkan kotak hitam dari askar di ukraine. Masa ni rating DSN naik. Tu aku rasa orang yang jadi dalang makin marah sbb DSN dan Malaysia tak melatah.
Paling nuklearnye serangan ialah 1MDB. 1MDB ni kalau tak silap aku start by Tony Pua and Rafizi but lambat isu ni panas....but akhirnya berjaya. Pada masa ini GST dah pon diumumkan akan berkuatkuasa 1 April 2015. Makin kuat la serangan. Siap ada perhimpunan bantah GST. Ada yang kene interbiu tu, bila ditanya apa dia GST pon dia tak tau. hihihihihi
Lepas tu sebelum 1MDB isu anak kawin...DSN lagi....malas nak komen la...hahahahha semua DSN buat tak betul!! ada ka?? logik tak?? lu pk la sendiri!!!
Now 1MDB ni mmg meletup dan makanan pembangkang. Now bila Tun M mula bersuara masa ni lah isu tu paling hangat. Ultimatenya ialah pasal Tabung Haji. Malam sebelum pilihan raya Permatang Pauh. Mmg kesan besar pada undi. Undi melayu swing masa tu. Mmg berjaya!!
So 1MDB macam2 dah kuar sekarang ni dan menjadi lebih hangat bila soalan Tun M tidak dijawab. DSN panggil auditor yang terkemuka. Tun M kata lambat sangat. Kat sini aku nak highlight sikit...auditor tu bukan calang auditor kalau dia bersubahat dengan kerajaan Malaysia nak palsukan dokumen...alamatnya lesen mereka boleh ditarik balik. Apahal dia nak risiko bisnes dia?? So pk2 kan ler. ......Sementara tunggu result 1MDB ni kuar lak statementyang paling latest pasal duit yang masuk ke akaun DSN. Berantai serangan pada DSN. Napa yeh??? Apa sebenarnya niatnya?? Siapa dalang sebenarnya ..dah 6btahun DSN jadi PM, tak pernah aman dia ngan gosip. Aku bukan sebelah dia sangat tapi aku mula terpikir....apa yang DSN buat sampai begitu benci orang 'itu' kepada DSN. Adakah DSN sebenarnya penyelamat Malaysia hingga dia tak boleh ceritakan hal sebenar apa yang sedang berlaku?? Sedangkan dia bersumpah dengan Quran pon orang tak caya..ini kan pula cerita lain.
Jika benar la DSN ini penyelamat Malaysia aku doakan supaya dia diberi kekuatan dan keyakinan untuk menyelamatkan malaysia. Jika di salah aku mohon Allah tunjukkan kebenaran. Jika dia benar aku mohon Allah s.w.t tunjukkan kebenaran. Semua cerita yang kelaur ini semua dari social Media dulu, Malaysiakini dan Malaysia insider dan Sarawak report. Sedangkan kita tau news paling advance ialah CNN, Al-Jazeera BNBC. Mereka tak minat pasal Malaysia?? Kim salam la kalau tak minat....dulu masa bang non mula demo 1997 depa la paling kuat sebarkan dalam media dorang. So SAPA DALANG YANG CUBA ROSAKKAN MALAYSIA???
Harus diingat setiap kerajaan dalam dunia ini dari dulu jatuh bukan kerana kalah dalam medan perang tetapi bila fitnah, dengki dan hasut menghasut berleluasa dalam negara tersebut hingga negara itu lemah. Ambil contoh Melakda dah la....Melaka bukan tak kuat dari segi armynya...20000 pahlawan menentang tentera portugi 2000 orang tetapi Melaka Kalah juga. kenapa?? PAsal hasut, fitnah dan khianat pada masa itu amat berleluasa. So bagi aku...aku pk bende ni la yang buat aku terfikir lagi. Tak pernah dalam sejarah dunia yang aku tau pemimpin negara tersbeut diserang secara konsisten selama 6tahun berturut-turut!! Sama2 kita renugkan kembali dan pk sejenak apa muslihat kali ini. Jika tuduhan itu benar...mohon pada Allah swt supaya dipeliaharakan Malaysia ini negara tercinta...jika ia tidak benar..mohon supaya kebenaran ditunjukkan juga dan Malaysia kembali kuat sebagai sebauah negara yang aman dan damai.