Wednesday, 28 September 2011
Hak Pengguna....
Apa yang nak aku utarakan sekarang ialah bagaimana jika pihak bank, pihak berkuasa atau mana pihak yang berhutang dengan pengguna lewat untuk mebayar? Tiada apa charge kah dikenakan kepada mereka? Jika ingin dicharge perlukah pengguna/rakyat membawa kepada mahkamah. Aku lihat pada masa ini pengguna/rakyat di Malaysia tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Semuanya syarikat kongolomerat yang diutamakan. Mereka ini boleh buat sesuka hati.
Mari kita lihat..... Anda seorang pembeli yang membeli perabot. Dijanjikan penghantaran pada hari ke-3 selepas anda membuat pesanan. Anada bersetuju. tetapi kemudian selepas membayar deposit, anda menerima panggilan bahawa barang anda hanya boleh dihantar selepas seminggu? Siapa yang susah?
Delivery kereta. Anda membuat tempahan kereta.....kereta boleh diterima selepas 2 minggu. Selepas selesai urusan membayar dan menguruskan pinjaman, anda dimaklumkan kereta anda hanya akan diterima selepas 1 bulan kerana ketiadaan stock!! Sapa yang menanggung kerugian??
Anda mengalami kemalangan dan selepas selesai perbicaraan mahkamah anda dibayar ganti rugi sebanyak sekian jumlah. Daripada tarikh selesai perbicaraan hingga anda menerima duit pampasan tiada tarikh yang ditetapkan. Bagaimana tu?
Anda menggunakan perkhidmatan lebuh raya....semasa menggunakannya berlaku kesesakan lalu lintas sejauh 5 km? Apa anda boleh claim dari pemegang konsensi? tiada kan? Beratur je la....nak kata pemegang konsesi akan hantar air minuman, makanan atau apa2 untuk membayar pampasan...tiadawaimah nak kurang rm0.10 sen pon idak!!
Inilah yang sedihnya....kita pengguna/rakyat sentiasa sahaja dibuli oleh syarikat kongolomerat kerana buat masa ini negara ini tidak mementingkan hak pengguna. Hak pengguna tidak dihebahkan secara meluas dan ditekankan!!
Tol...Tol...dan Tol....
Tol.....Tol.....dan Tol,
Hari Ahad lepas aku gi la beraya di Seremban. Kakak ipar aku buat rumah terbuka. Memang menjadi kelaziman rumah terbuka sempena hari raya.
Aku melalui highway PLUS. Selepas Nilai, dan sebelum RnR Seremban, kereta beratur. JEM!!! damn!! Aku sekeluarga tersangkut hampir 30 minit. Ada kereta mengalami kemalangan rupanya di jalan arah ke Kuala Lumpur. Jem di dua-dua belah jalanraya. Biasalah....ada kemalangan ada JEM walaupun di seberang jalan tidak ada kemalangan.
Aku sekeluarga exit di tol Seremban...dan bayar jumlah perlu dibayar RM5.50 dari Kajang. Aku sekeluarga pergi la beraya. Masa nak pulang kami decide nak ikut lebuhraya LEKAS. Kami melalui LEKAS dan melalui tol pertama RM1.90(aku rasa). Kemudian sampai ke Tol kedua...ambil tiket. sampai nak keluar tol bayar la RM4.90. LEKAS ni kepunyaan IJM. manakala PLUS member of UEM. So aku exit, 2018B Kajang/Putrajaya/Cyberjaya. So kena bayar lagi tol RM1.00. Kemudian kami meneruskan perjalan pulang ke Puchong. Kemudian, sampai di Kajang sebelum Sg. Ramal kena bayar another tol RM1.00 lagi. hmmmm....tol lagik? hehhehehe
Kami memasuki highway LDP....bayar tol RM1.60. huhuhuhuhu So dalam kepala otak aku...kenapa manjang je bayar tol ni. Ni belum lagi orang yang ingin ke Sunway Pyramid atau the Summit atau ke Klang. Jika melalui SKVE kena bayar tol lagi yang aku rasa tidak kurang dari 2. Kalau mereka yang nak ke SUNWAY Pyramid atau menggunakan KESAS menuju Klang, Aku rasa ada 3 tol dia kena bayar.
Apa yang nak aku sampaikan ialah, perjalanan menuju ke KL penuh dengan pembayaran tol. Bagi mereka yang tidak biasa dengan jalan di Lembah Kelang mereka akan melalui lebuh raya. Bayangkanlah jika orang yang datang memang terpaksa sangat-sangat datang ke KL. Jadi semestinya pembayaran tol yang terlalu banyak membebankan.
Bagi mereka yang melalui highway ini setiap hari untuk ke tempat kerja, ia juga merupakan satu bebanan yang perlu dicuntuk tanggung. Perancangan pembinaan lebuh raya diberi oleh kerajaan. Syarikat-syarikat berlumba-lumba untuk membina lebuh raya. Bebanan akan terasa dan amat mendukacitakan pengangkutan am yang effisyen seperti LRT tidak sampai ke kawasan perumahan di sekitar luar Kuala Lumpur. Komuter sahajakot yang ada setakat ni menuju ke KL.
Jika diwujudkan pengangkutan awam ia hendaklah lebih murah at least 70% daripada menggunakan kereta jika kerajaan benar2 ingin mengurangkan kesesakan jalanraya. Saya ambil contoh.....saya menetap di Puchong. Pada masa ini saya berkhidmat di Bangsar. Pengangkutan awam saya yang terdekat dan efisyen ialah KLIA Tren yang boleh dinaiki di stesen Putrajaya Sentral. Tambang dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral adalah 6.00++ sehala. Dari KL Sentral saya perlu menaiki LRT Putra dan turun di Stesen dan bayaran dikenakan sehala ialah RM1.20. Jumlah ialah RM7.20 sehala. bagi perjalanan ulang alik ialah sebanyak 14.20++ sehari. Tetapi bukan saya sahaja berkhidmat di Bangsar. Isteri saya juga berkhidmat di Bangsar. Maka jumlah perjalan pergi kerja sehari bagi keluarga saya ialah 28.40++. Bayangkan lah sebulan saya menaiki pengangkutan awam jumlah perlu dibayar bagi jumah hari bekerja 24 hari ialah sebanyak RM680++. Bagi perjalanan menggunakan kereta...minyak seminggu saya perlu isi ialahRM140 (Ron97) Tol sehari jika melalui lebuhraya MEX RM2.50 sehala. Jumlah sehari RM5.00. Sebulan (dengan anggapan 24 hari bekerja sebulan RM120). Pusing kot mana still jumlah dia 680++. tetapi adalah lebih selesa menggunakan kenderaan berbanding perkhidmatan awam. Bayangkanlah penggunaan kereta dan pengangkutan awam perbelanjaannya sama. Kerajaan sewajarnya memikirkan bagaimana pengangkutan awam yang berkualiti tetapi murah boleh digunakan. Pada pandangan saya, laluan LRT contohnya kenalah tepat. Sebagai contoh pada pengamatan saya, golongan kaya tidak gemar menggunakan pengangkutan awam memandangkan mereka mempunyai banyak kereta. Laluan ke kawasan perumahan golongan sederhana, dan rendah wajar diberi perhatian. Jika boleh digunakan secara maksimum, maka kos boleh dikurangkan dan menjadikan pengangkutan awam lebih popular dari menggunakan kenderaan.
Secara kesimpulannya, pada masa kini, kerajaan sewajarnya mempertimbangkan pembinaan lebuhraya persekutuan berbanding memberi konsesi pembinaan lebuhraya baru bagi mengelakkan rakyat lebih kecewa. Pengangkutan awam perlu diingkatkan dengan caj terhadap pengguna yang rendah tetapi perkhidmatan masih berkualiti. Pembangunan tidak dapat dielakkan. Tetapi tidak perlulah semua kos ditanggung oleh rakyat Malaysia. Artikel ini hanyalah satu pandangan dari satu mata sahaj dan tidak melibatkan kajian penuh atau yang lebih mendalam.
Monday, 12 September 2011
Bukit Kepong dan Mat Sabu
Bukit Kepong....
Sejak kebelakangan ni heboh dikatakan mengenai insiden Bukit Kepong. Mat Sabu dalam ceramahnya mengatakan bahawa Mat Indera tu yang pejuang negara dan bukannya Polis di Bukit kepong. Hujahnya simple....Mat Indera dan komunis adalah yang menentang penjajah berbanding polis yang merupakan Polis Birtish.
So, bagi mereka yang buta sejarah, minda yang kelam dan sangap, mungkin akan mengatakan ada benarnya. Komunis yang menentang penjajah dan mereka menentang untuk membebaskan cengkaman penjajah. Nampak logik kan?
Bagi aku bagi mereka yang menerima kenyataan tersebut, hampanya aku kepada insan yang bergelar manusia yang dianugerahkan akal yang paling sofiskated antara akhluk dalam dunia ini.
Hujah aku begini..... Pertama pihak komunis sebenarnya ingin menjajah negara ini. Mereka ingin bebaskan cengkaman british tetapi dalam masa yang sama ingin menakluki negara ini sama seperti Jepun, Belanda dan Portugis. Kenapa aku berkata demikian? Pertama sekali PKM adalah sayap parti komunis China yang baru menjatuhkan Koumintang di negara China. Mereka (Parti Komunis) baru mengambil alih negara di China, Sehubungan dengan itu mereka ingin mengembangkan sayap mereka dan pemahaman mereka di negara lain. Ada ko pikir kalau PKM jadi parti pemerintah negara ini orng Melayu kembali berkuasa? Ada Agama Islam bebas diamalkan. Bukat setakat agama Islam, agama lain juga dilarang. Sultan tiada lagi digelarkan Sultan. Merdeka apanya tu? Merdeka bererti bebas dari cengkaman penjajah dan boleh mencorakkan negara. apabila negara merdeka, segala kekayaan , hak dan kepentingan penduduk asal hendaklah dikembalikan. Itulah yang terjadi apabila negara Arab merdeka, Indi merdeka, Pakistan merdeka dan Indonesia merdeka. Semua diserahkan kepada penduduk asal negara itu. Abih camna leh kata komunis tu adalah pejuang kemerdekaan?
Kekejaman yang dilakukan oleh PKM. Seperti kita sedia maklum, PKM adalah kejam. mereka paksa orang sokong mereka. bunuh yang tidak mahu ikut mereka atau seksa (bukan lawan mereka just tak mahuikut mereka). Seperti peristiwa Bukit Kepong.....anak kecil dicampak ke dalam api yang sedang marak. Apa tu pejuang kebebasan? Seksa orang. Sbb tu ramai orang Tanah Melayu tidak iktiraf komunis pejuang kebebasan. Pejuang kebebasan tidak menyiksa orang lain terutama orang tempatan. Awang Hadi berkata Nabi membebaskan Mekah dari bangsa Arab sendiri...ada nabi bunuh budak kecik.? Secara aman lagi adala. Itulah yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu mendapatkan kemerdekaan secara aman. Bagi polis-polis yang berada di zaman british ini mereka berkhimat untuk menghalang negara menjadi komunis di mana semua tidak lagi boleh diamalkan. Lihatlah Aung Su Ki Myanmar, Vietnam, dan lain-lain negara komunis. Semua dimilik negarakan. Berbeza dengan British di mana semua itu dipulangkan kepada penduduk asal negara ini. British penjajah...sama je dengan mana-mana penjajah lain dan komunis. Jepun jajah Tanah melayu dan lain-lain negara dengan pemerintahan kuku besi. Sama je atau lebih buruk lagi kalau PKM yang memerintah. So, pada pandangana ku PKM adalah satu lagi kuasa yang ingin menjajah negara ini seperti penjajah lain.
Kesian ahli keluarga polis buki kepong di mana anggota keluarga mereka dinafikan peranan sebagai pejuang kemerdekaan. Pengorbanan dianggap sia-sia. Malah orang yang membunuh mereka dan ahli keluarga mereka dikatakan pejuang. Apakah Mat Sabu tahu bahawa dia boleh bercakap sekarang di pentas-pentas politik kerana Polis Bukit Kepong?
Adakah Mat Sabu sedar jika tiada polis Bukit Kepong beiau mungkin tidak wujud? mungkin PAS pon tiada dan beliau juga mungkin tidak mengenal erti Islam? Mungkin bukan Islam Mat Sabu jika PKM yang memerintah. Wahai Mat Sabu dan yang sewaktu dengannya, ingatlah, nikmat lahir sebagai Islam bukanlah kerana ko boleh bercakap di pentas politik tetapi disebabkan atau berkemungkinan besar adanya orang-orang seperti Polis di Bukit Kepong. Sedarlah.......Jika bukan kerana orang-orang seperti di Bukit Kepong engkau mungkin bukan lahir sebagai Islam...setiap kehendak Allah ada hikmahnya dan adalah yang terbaik kepada hamba Nya.
Al Fatihah bagi anggota dan keluarga yang terkorban semasa serangan Komunis di Bukit Kepong.....
Friday, 19 August 2011
Anwar oh Anwar 2
Kes saiful, dalam dok diam dah 3 tahun. Dari hari ke hari penangguhan demi penagguhan. Mangsa menunggu penuh kesabaran mencari pembelaan di pihaknya, manakala Anwar dengan masih lagi menangguh dan masih aktif menghentam kerajaan jika ada peluang. Bersih, Pentas ceramah semua dia pergi asalkan ada peluang menghentam kerajaan. Semuanya salah semua kotor. Penyokong2 Anwar dengan semangat mendengar dan percaya bulat2.
Di manakah hak Saiful? Kalau beliau dalam jelajah Malaysia memberi ceramah menerangkan beliau teraniayaq, rakyat Malaysia teraniaya dan semua orang telah dianinaya oleh UMNO, tetapi dalam keadaan sebenar beliau sebenarnya dengan mudah menganiaya saiful dan ini tidak disedari oleh penyokong-penyokong Anwar. Sian kan Saiful. Dengan berani beliau tampil memberi keterangan tetapi penyokong Anwar yang bodoh dan buta tidak menganggap perkara itu penting.
Entahlah macam mana nak educate penyokong Anwar ni. Masa Mahathir dikatakan zalim, masa paklah mereka kata lembut sangat, masa najib dikatakan tidak berani hanya Anwar sahaja yang mampu menyelsaikan semua maslaah negara. Wahai penyokong Anwar, kalau masalah peribadi beliau pon takleh nak selesaikan, apatah lagi masalah negara. Aku rasa, penyokong Anwar ni akan berhenti bercakap bila Anwar dan Wan Azizah bercerai...tu pon kalau Wan Azizah kalah dalam PRU 13 ni. Mahu Wan Azizah minta cerai. Sbb dia pon mungkin nak jadik PM dan dia lihat sokongan pada PR macam kuat je lagi, so dia pikir macam ada chance lagi dia nak jadik isteri PM. hehehehe dia bukan bodoh. Dia ada cita-cita yang tinggi juga. Impian menjadi PM dan isteri PM adalah cita-cita semua ahli politik Malaysia. :) Kita tunggu dan lihat sahaja!! Semoga Allah selamatkan Malaysia!
Thursday, 18 August 2011
Murtad dan atheist
Sejak kebelakangan ini, betapa banyak pendedahan kes-kes murtad di Malaysia. Paling hangat insiden gereja di DUMC. Selepas itu, isu kanak-kanak sekolah diajar lagu gereja. Sitt Hajjah AlWuzara di mana memaki hamun Nabi junjungan Allah sendiri. Wujudnya kumpulan Atheist dan murtad di Malaysia dan Singapura. Tuduhan terkini yang sedang hangat di pasaran ialah isu Nor Alene Tan yang dituduh sebagai Makcik Sitt Hajjah Al Wuzara.
isu murtad....yang sekarang ini digembar gemburkan. Aku lihat PAS diam aje. Isu JAIS serbu, PAS still tuduh UMNO. hmmm napa yeh? Mereka ni anti sangat dengan UMNO? Memalingkan isu kepada UMNO. Tuduhan dibuat konspirasi UMNO. Padahal JAIS bukan serbu. Isu murtad ni kena pelihara. Dah nama negara Islam Bagi aku tak guna berdebat dengan orang Murtad ni sbb kebanyakkan mereka tidak lagi mempercaya sunnah. Mereka ingin bebas dari segala peraturan. Ikut hukum Islam mmg bunuh tapik sebabkan kita bukan ikut hukum hudud mereka terlepas. So dalam Islam dah lama pikir mengenai masalah ni.
Aku lebih suka nak ulas kumpulan atau individu yang tidak lagi memeprcayai Tuhan. Atheist. Makin lama makin ramai. Mereka ini berfikir seperti mereka hebat. Nak saja aku berdebat dengan mereka. Nak kenal mereka ni....Sbb masa sekolah dulu budak duduk sebelah aku mmg atheist. Dia persoalkan mana tuhan, tunjukkan dia tuhan..kalau ada tuhan mana dia...dan macam2 lagi la. Sama juga dengan yang sekarang. Mereka ini lebih cenderung memikirkan secara logik. Logik la bagi dorang. Dorang tak tahu yang logik dorang tu takleh pakai. Kalau la takder kitab-kitab Allah yang diturunkan di muka bumi, tu la jadi orang gila atau binatang. Sbb tak tahu bagaimana nak cari ilmu. Tapi bila berdebat dengan orang sebegini bagi aku mereka akan menggunkan Al-Quran atau kitab-kitab lain dan suruh kita buktikan. So kalau tak mahir mengenai Al-Quran, jangan main-main dengan dorang ni. Mmg boleh terpesong akidah.
Bagi kumpulan Atheist ni kalau ko dah tak mahu percaya tuhan, ko nak percaya logik korang..... pikir la balik secara logik. Nilai-nilai murni mana datangnya? Bagi aku kumpulan atheist ini ingin membebaskan diri mereka dari sekatan-sekatan yang dibuat dalam agama. Mereka tidak mahu terikat. bagi aku pemikiran mereka amat lemah (kebanyakkan mereka golongan profesional). mereka percaya tiada tuhan...bukankah itu satu kepercayaan? Mereka mula tidak memeprcayai tuhan, apabila telah dewasa. Cuba dari bayi mereka itu diajar tiada tuhan. Mak ayah tidak pernah dididik dalam suasana keluarga yang mempercayai tuhan....di manakah mereka ingin paksikan adat, nilai hidup dan sistem hidup. Mereka hilang kepercayaan kepada tuhan hanya apabila telah meningkat dewasa tetapi semasa mereka membesar, mereka dididik dalam keluarga yang percayakan tuhan. Bagi aku la....baik buat test. Cuba dua anak mereka ini dididik oleh mereka yang mempercayai tuhan dan sorang lagi tidak mempercayai tuhan. Sapa yeh dari dulu tidak mempercayai tuhan....haaa aku tau puak orang asli di amazon. Mereka ini tidak maju sbb mereka tiada tuhan. Kita lihat siapa lebih berjaya. Aku cabar dorang dudukkan 2 budak. Jgn besarkan mereka...sbb kalau sekarang mereka dibesarkan oleh ibubapa yang tidak mempercayai tuhan, tetapi ibubapa tersebut sebenarnya telah dididik dengan nilai-nilai murni agama sebelum ini. hehehehehe mampukah kamu berbuat demikian kumpulan atheist?
Monday, 8 August 2011
Malaysian Malaysia Malaysian Malaysia
Now day people being talking about how they love
Now days, people talk how we as Malaysian should be the same level. No race above all and everybody can have equal rights. In order to unite people in
First of all, why should the Malay need to understand? Why can't the other races understand the Malay? In terms of education, why is it only the Malays s the majority in government school? If you really want to bring forward this country please send your kids to Sekolah Kebangsaan rather than sekolah JENIS kebangsaan.
You said that the Malay need to give more...well we have given a lot to you...but what have you given for this country? Can you agreed to give up you school and language. Only Bahasa
That is on education. How about we adopt some methodology from
For those new breeds....please analyze your facts. You think you are smart but in actual fact you are dumb and dumber!
Friday, 6 May 2011
Tuesday, 26 April 2011
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Aku rasa la kalau Hang Tuah hidup kembali dan melihat keadaan orang Melayu sekarang korang rasa apa?? Aku rasa la dia akan cakap malunya nak ucapkan ayat yang diucapkan 500 tahun dahulu. Kenapa?? hehehehe Bagi aku la, dia boleh lihat betapa Melayu berada dalam keadaan yang begitu terdesak untuk mencapai kekuasan politik. Dah la kini, kekuatan ekonomi pon takder lagi, ni kekuatan politik juga disanggah. Baiklah aku akan cuba kupaskan kenapa?
Parti politk yang ditunjangi Melayu kini tinggal UMNO sahaja. Ce cite parti politik dalam Malaysia ini yang memelihara kepentingan Melayu?? PAS, serpihan UMNO yang kini tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu. mereka lebih kepada Islam dan memperjuangkan Islam. Seperti aku cakap sebelum ini, nak perjuangkan Islam, sila lah tetapi hak keistimewaan Melayu tu jgn la diganggu malah turut dipelihara. Benda dah ada dalam perlembagaan kenapa nak diganggu hanya semata-mata inginkan kuasa. Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memperjuangkan isu-isu orang Melayu. Mereka memperjuangkan cita-cita individu seseorang yang ingin menjadi PM. Mananya manifesto memperjuangkan Melayu?? Bagi aku tiada. {arti ini multi racial based dan kalau dilihat sanggup menggadaikan hak-hak melayu dan memperjuangkan hak-hak kaum lain untuk mendapat undi. Ingat, asalkan mengurangkan hak melayu kaum lain ok la. Dalam masa yang sama, mereka dapat tambahan lagi. Hak melayu dikurangkan manakala hak mereka ditambah. Mau orang tak sokong?? Siapa rugi?? lu pikir la sendiri.
Parti Cina - DAP, MCA dan Gerakan. DAP dan Gerakan adalah parti yang didominasi oleh kaum cina. Ada orang Melayu jadi Presidennya?? heheheh takder dowh!! Walaupun mereka mengatakan parti mereka ialah bukan berdasarkan racial. Wakil rakyat dia, ada orang Melayu?? takder. Jadi macam mana nak kata mereka memperjuangkan hak-hak orang Melayu?? Ini yang selalu disebut-sebut, tidur lain bantal, mimpi sama. Kalau dalam hal mengurangkan hak orang Melayu, mereka sokong. Terbaru Chua Soi Lek minta orang pulaukan Utusan?? Orang Melayu hentam Utusan orang Cina hentam Utusan apa yang tinggal akhbar Melayu?? Akhbar Cina korang baca ke orang Melayu woii??!! korang tau tak dia tulih apa?? Haaa gi belajar la sebelum hentam Utusan yang menulis membela orang Melayu. Kalau baca akhbar cina korang yang tak ngaji lagi sakit hati.
Parti India - MIC, PPP - ni sama la. Memperjuangkan hak-hak kaum India. Ada bicara tentang hak-hak Melayu?? Takder dowh!!! Minta lebih banyak peruntukan untuk orang India lagi byk adala. So bila masanya kaum Melayu dapat pembelaan?? Lu pikir la sendiri!!!
UMNO - parti yang memperjuangkan hak-hak Melayu kini teruk dihentam. kiri kanan atas bawah depan belakang. Yang kaum lain bantai dan kaum sendiri pon bantai. So apa jadi kalau lama-lama kene bantai?? Lembik laaa!!! Tak kira la gagah mana orang, dah ari-ari kene belasah je mana mampu bertahan. Bila UMNO suarakan Hak Melayu mesti perlihara - orang tuduh racist!! Bila kaum lain minta untuk kaum mereka, dianggap OK. Ingatlah hanya tinggal parti ini sahaja yang memelihara kaum dan agama Islam di Malaysia.
Undi cina dan India tak kira mereka undi siapa, mereka takkan rugi. Semua yang diundi memelihara hak mereka. Kalau Melayu tak undi UMNO (BN) melayu akan rugi. Sbb jika mereka undi DAP, DAP cakap terima kasih la. Tapik nak bawa isu melayu takkannya. Undi Melayu sekarang pecah 3 - UMNO, PAS, PKR. Kalau ada 10 orang 3 sahaja akan undi UMNO. 3 undi mmg hancur la BN dan lagi tepanya UMNO. UMNO nak wakil melayu tak disokong, tapik kalau undi DAP ke MCA, MIC dan PPP mereka akan pastikan suara kaum mereka didengari. Hati-hatilah Melayu Malaysia oooiiii!!! Inilah peringatan pemimpin UMNO berikan tetapi biasa la Melayu, ambil mudah dan mudah lupa. Mereka anggap itu hanya ingin menakut-nakutkan.
Ramai akan kata, kalau undi UMNO, mereka ni korup, pentingkan diri dan ambil kekayaan untuk diri sendiri dan langsung tidak memikirkan apa rakyat minta. Beginilah...undi parti lain tu menjamin ke?? Kalau lepas ni, anak kita takder bantuan pinjaman, nak buat surau pon tak boleh, nak azan pon tak boleh, nak masuk Universiti pon tak leh dan yang lebih teruk lagi nak minta kerja pon dah tak leh, baru lah susah. Anak-anak muda yang kini dilimpahi kekayaan yang syik nak berseronok nak merempit je dan suka kan violence, bila dah besar merempat baru la terhegeh melutut sana sini minta belas ihsan. Sedih aku nengok. Dulu kaum Melayu satu bangsa yang amat digeruni. La ni jangan kata gerun, pandang pon idak la.
Kuasa Politik takder, kuasa ekonomi tiada, ilmu takder so apa jadiknya?? Aku jamin orang Melayu akan jadik pencerita kehebatan kerajaan Melayu. Siapakah pencerita ini?? Ini adalah cikgu yang mengajar Sejarah di sekolah-sekolah. macam la tamadun Islam!!! Yang kini tinggal kenangan dan umat Islam sebok dok menceritakan kehebatan kerajaan Islam. Makin lama makin kebelakang orang Islam dan orang bukan Islam dipaksa dengar. Mereka bukan berminat sangat dengar kehebatan kerajaan silam. Yang mereka minat bagaimana nak majukan diri mereka. Itu je. Kita pulak dok berhujah orang islam cipta tu, cipta ini padahal hakikatnya mencipta sahaja tidak cukup untuk memajukan ummah. Bila dah cipta kena la improvise!!!. Kita dok cakap dalam Al Quran dah cakap, padahal kita tak tau pon apa maksud Quran tu. Kita hanya tahu bila orang bukan Islam discover baru kita paham apa yang cuba disampaikan oleh orang Islam. begitulah Melayu. Jangan kita biarkan bangsa yang yang hebat ini menjadi pencerita sahaja. Gah di zaman dahulu, hina di zaman sekarang dan akan datang. Bila berbicara tentang Hak Melayu janganlah keterlaluan dan menyinggung tetap janganlah takut bersuara hanya kerana ingin menjaga hati orang. Ingat, anak cucu kita akan memaki datuk nenek mereka yang di dalam kubur nanti kerana kegagalan kita menjaga warisan berharga. Ini terbukti apabila kita memarahi pemimpin Islam dan rakyatnya dahulu hingga kerajaan Islam tenggelam di muka bumi ini! Kalau kita boleh marah pada mereka yang bukan negara kita pon sama-sama kita pikirkan anak cucu kita bakal membuat perkara yang sama apabila kita tiada di dunia ini. Yang ada kalau dapat menceritakan apa alasannya tidak akan didengar/ pokonya kita gagal menjaga hak mereka kerana mereka juga ingin menikmati perkara yang sama!!! Takkan melayu Hilang Di Dunia hanyalah ungkapan yang bakal digelakkan oleh generasi akan datang!!! Wallahhualam!!!
Monday, 25 April 2011
Racist kah kita??
Isu perkauaman mmg satu isu sensitif di dunia. 13 Mei 1969 telah membuktikan. Golongan muda tidak melalui dan merasai apa yang dilalui pada masa ini. Even aku pon tidak merasai ketakutan dari 13 Mei ini. Namun demikian, aku boleh lihat betapa ia memperlihatkan kekejaman manusia. Lihat saja di Sudan, Bosnia dan lain lain negara yang melalui perang saudara. Betapa kejamnya manusia. Siapa mangsanya?? Kanak-kanak dan orang tidak berdaya. Wanita dirogol, anak-anak kecil dibunuh tanpa belas ihsan yang lemah menjadi santapan yang berkuasa. Mungkin kita mengatakan bahawa negara-negara ini tidak bermula dengan isu perkauman tetapi kekejaman manusia apabila berlaku perang saudara amatlah dasyat. Manusia bagaikan dirasuk dan tiada lagi sifat peri kemanusiaan. Ini yang tidak dikaji bagi mereka yang memainkan isu-isu sensitif. Adakah kita bersedia untuk menempuhi situasi ini? Siapa yang rugi??
Persamaan ketara yang boleh dilihat ialah keinginan merebut kuasa pemerintahan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kekuasaan hingga sanggup bermain dengan api. Setiap kaum di negara ini amat sensistif apabila disebut mengenai bangsa dan agamanya. Mengapa perlu diapi-apikan perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. DAP inginkan Malaysia apabila setiap kali membawa isu kaum mereka berjaya mengaut undi, BN pula cuba bermain permaianan politik secara fair. Namun demikian, ia gagal membuka minda rakyat. Apa yang harus diketahui ialah, Malaysia tidak pernah menganiaya rakyatnya sendiri. Malaysia tidak akan melupakan rakyat nya. namun rakyatnya telah lupakan Malaysia dek keranan hasutan dan tohmahan tidak berasas.
Apabila membicarakan isu perkauman, harus diingat ianya tidak patut dibuat secara terbuka. Keinginan keterbukaan ini boleh mengundang pelbagai implikasi buruk daripada baik. Amerika, walaupun dianggap negara maju, masih dibelenggu isu warna kulit. Eropah suatu masa dahulu bergelut untuk membersihkan imej buruk penghapusan kaum Yahudi. Bosnia mengalamai perang saudara hanya kerana ketamakan kuasa. Warga asing di Australia kini tidak menyukai warga asing di negara mereka. Keterbukaan ini menyebabkan kecelakaan. Apatah lagi Malaysia. Cakap saja berapa kaum di negara ini selain 3 kaum terbesar. selepas 13 Mei, kita cuba menghalang daripada berlaku tetapi tampaknya ada orang sedang menari dengan kejayaan memainkan isu ini.
Melayu Cina dan India dan lain-lain kaum yang hidup di negara bertuah ini menyebabkan Malaysia jadi seperti sedia ada. Toleransi dalam kehidupan majmuk ini amat penting. Nak kuasa jaganlah diperjudikan nasib mereka yang lemah. Bagi mereka yang kaya mungkin apabila sesuatu buruk berlaku mereka mempunyai keupayaan hidup di negara lain. Bagi yang tidak bagaimana?? Kita sepatutnya bertegas dengan anasir luar yang cuba meruntuhkan negara ini dan bukannya dengan insan tersayan yang hidup di dalam negara ini. Malaysia dikenali sebagai toleransi rakyatnya, dan hendaklah ia diteruskan. Toleransi perlu ada batasannya. Ada masa kita menerima ada masa kita memberi. Dan sikap perkauaman ini sepatutnya perlu dimansuhkan dari masa ke semasa hinggalah wujud satu kaum baru di dunia ini yang bergelar Bangsa Malaysia!
Tuesday, 5 April 2011
Pahit untuk Ditelan
Aku ada bersembang dengan kawan aku mengenai video ini. Nampaknya dengan bukti tersebut masih dikatakan bukan. Hebat betul lelaki Y ini! sudah terang lagi bersuluh masih teguh penyokongnya. Bukan apa, ini mungkin satu tendangan hebat kepada barisan pembangkang. Pahit untuk ditelan. Bila ditelan masih dikatakan manis!. Macam isteri masak...nak kata sedap tak sampai hati jadik kata je la sedap. Nak jaga hati punya pasal.
Ada juga yang tak fanatic sangat mulai percaya. Tetapi mereka ini pula bagi alasan Al Quran, sabda nabi dan macam2 lagi mengatakan ini tidak betul caranya. Aku pon heran bila kes najib, chua soi lek terang2 mereka kata mmg benar. Chua Soi Lek tu ye la dia ngaku. Najib sampai sudah mereka kata cover up walaupun takder bukti. Hmmmm kalau ada bukti wikileaks dah kuar dah. Ni tak kuar2 pon pasal Najib ni.
Penyokong PAS masih ingin membangkang. Aku tak salahkan pon sbb sejak azali kelahiran parti ini ialah membangkang UMNO. Parti ni akan bangkang apa sahaja yang UMNO buat. Apa nak buat....kalau dah lahir camtu sampai ke sudah akan camtu laaa....Tak kesah la sapa yang menentang UMNO mereka akan join.
Bebalik kepada cerita video ini dan tabiat minda penyokongnya....aku dah nampak sangat mereka macam ingin memutar balik fakta dengan menyatakan perkara lain contohnya, konspirasi la, ini satu niat amat jahat dan macam2 lagi supaya isu perhabasan mengenai lelaki tersebut tidak diketengahkan. So mereka cuba pelbagai perkara. Sampai di block kan video ni. Kenapa nak block? rilek aaaa kalau bukan kamu! :)
So bagi penyokong Anwar, pahit untuk ditelan dan itulah kebenaran!
Video lelaki Y
Video Anwar dah keluar. Hmmm byk kali gak di block! So bagi aku jika mahu lihat video ni dengan hati terbuka la. Jgn citer la pasal Atlantuya, sapa ambil video ni, ni semua perangkap dan macam2 lagi alasan yang menidakkan perlakuan lelaki Y itu.
Aku lihat mmg macam dia. Dari susuk tubuh dan raut muka dan gaya rambut tak lain dan tak bukan dia. Persoalannya?
1. Bolehkah dia memimpin memandangkan baik laki atau perempuan dia boleh?
2. Perlukah kita perlu ada pemimpin seperti ini?
3. Kenapa video ini berulangkali cuba disekat kalau bukan dia?
Tidak perlu berkata apa-apa mengenai siapa terlibat dalam video ini, super impose atau apa2 jua yang keluar dari topik ini. Kita lihat bukti lak sekarang....selera seks beliau luar biasa. Kes mahkamah sebelum ini pon mengenai seks. So seks juga la kali ini yang mengaitkan beliau bersama-sama bukti. Apa kita tidak terfikir kah bahawa ini mungkin Anwar yang sebenar?
Kita lihat, Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya. Waimah kalau Malaysia hancur dia masih nak jadik PM. Sekiranya orang sanggup melakukan apa sahaj untuk memuaskan nafsu, tidak mustahil beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu. Seperti kita sedia maklum nafsu ini dikurnikan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Nafsu telah dibakar oleh Allah berkali-kali sebelum mengakui keagungan Allah. Akal adalah pasangannya yang diharapkan dapat mengimbangi nafsu dan mengelakkan hasutan nafsu kepada manusia. Namun demikian, apabila akal dikuasai nafsu, maka manusia inginkan keseronokan. Itu lah nafsu. Nafsu hanya inginkan keseronokan. Jadi tidak mustahil la kan beliau terlibat? sama-sama lah kita fikirkan....
Monday, 28 March 2011
Politik
Apa erti negara jika politik anda tidak berminat. Isu negara adalah isu politik dan vice versa (bagi aku la). Hanya dengan kekuatan politik barulah kita dapat membantu negara. Kelemahan dalam politik akan mebawa kehancuran dalam negara. Lihat sahaja Syria, Afghan, Libya, Mesir dan negara-negara yang tidak mempunyai kestabilan dalam politik. Kucar kacir negara dowh!! Ada yang takut atau malu ingin menyuarakan pendirian mereka. Mereka kata aku ikut je....dan ada pulak yang lansgsung tidak berminat mendengar padangan orang lain yang tidak sefahaman dengannya.
Aku lihat perkembangan negara dari penubuhan parti politik di Malaysia ini. Ya mmg UMNO yang ditubuhkan. Aku lihat pada masa itu anak muda ghairah untuk join parti-parti sebegini untuk menyuarakan pandangan atau ingin mendengar pandangan. Pada hari ini aku tak nampak dah orang yang berumur macam aku ni berucap di pentas menyatakan pandangan. Yang aku nampak orang2 middle age (38 and above). So mana pergi mahasiswa-siswi yang dikatakan mendapat ilmu? Kalau dalam uni aku pon tak setuju suruh berucap di pentas politik. Belajar la dulu. Tapik bila dah abih belajar join la.....Aku tak nafikan graduates ini ada yang dihalang untuk menonjolkan diri keranan dikhuatiri mereka akan menggugat kepimpinan yang ada. Aku pernah dengar gak cerita ini. Graduates uni tidak digemari oleh cawangan. Sbb ketuanya bukan graduates dan malu jika berbahas ilmu. Dan graduates ini selalu menunjukkan pendirian mereka dan sukar menerima arahan yang tidak nampak arah tuju. Takat datang suh susun kerusi la, jadi pnyambut tetamu la dan macam2 lagi takyah la. Ini aku lihat dalam UMNO kebanyakkan profesional dah kurang aktif. Ini kerana yang dah jadi Ketua Cawangan...sampai sudah dia cuba kekalkan kuasa tu. Ketua Cawangan akan cuba cari jalan nak jadi Bahagian dan last skali nak jadi exco la. So mereka akan hapuskan sapa2 yang cuba menggugat mereka. Dan semestinya Graduan la. hahahahahah
Perkembangan politik adalah perihal untuk semua orang. Tak kira suka atau tidak, kene amek tahu gak. Sbb kehilangan kuasa politik bermakna kehilangan negara. Kehilangan negara mana nak tuju ooooiiii. Sbb tu apabila berbicara mengenai politik hendaklah berdasarkan bukti dan dengar fakta kalau boleh dua2 pihak. Ada yang dengar satu pihak je. Dah la dengar satu pihak tak analized lak tu. Main terima jeee....itu bodoh nama tu. Bila orang cuba explain tak mau terima. Tu bebal lak tu. Tgk la bukti.
Whats Next
Aku tak salahkan bloggers ini. Mereka menulis berdasarkan pemerhatian mereka. Mereka meluahkan isi hati dan pendapat mereka. Yang salah tetap salah. Mungkin ada yang takleh terima. Tetapi kalau baca sebelum kepimpinan Najib ramai lak pembangkang suka hehehehe. So dunia boleh berubah. Aku pon setuju semasa era pemenrintahan Tun Abdullah, mmg byk aku tak puas hati. Especially perihal tingkat 4 yang dikaitkan dengan menantunya. Aku lihat pada masa pemerintahan itu, Malaysia goyang. Keputusan yang dibuat amatmenyedihkan. Pada masa inilah aku lihat kenaikan harga tol, air, elektrik dan minyak amat drastik. Rakyat marah. Dan mesej disampaikan dalam PRU12. Well, lesson learned. If you have big wins, never take for granted. Ppl trusted in you! Pada masa ini KJ bermaharajalela. Tah mana datang mamat ni aku pon tak sure. Tau2 je ranking Ketua Pemuda. Kalau Pak Lah tak turun aku rasa Naib Presiden UMNO mmg dia akan bertanding. Worst dia akan challeng post Deputy President. Tu la orang tamak selalu rugi. And if you want power never reely on others to gain control. Tak belajar Sejarah ker? Sejarah membuktikan kerajaan Melayu yang mana mengharapkan bantuan Inggeris untuk mengekalkan kuasa kebanyakkan end up dengan hilangnya kuasa! Lain la melaka...sbb sultan nya yang bodoh. Empayar yang kuat namun mismanagement akhirnya hilang begitu sahaja. Another lesson learned. Do not rely on others power to gain power. Kalau orang tu jatuh you pun akan jatuh.
Back to the title, bloggers pada masa ini banyak perkara yang boleh ditulis. But if BN won the PRU13, ada ke story lagi? Who is next target? Aku tak nampak sangat kalau kata BN menang mereka akan attack BN. But aku jangkakan maybe dasar2 kerajaan yang mereka tidak suka mungkin akan jadik topik. Akan sampai masa nanti mereka akan boring menulis bila tiada isu hangat nak diperkatakan. Attack pembangkan mereka akan continue.,.....but for what? Mereka dah kalah PRU (kalau BN mennag 2/3 majoriti la in PRU 13)>
Kesimpulannya dor now bloggers tumbuh bagai cendawan. Sooner ada blog yang akan hilang kerana tiada pengikut atau isu yang nak ditulih makin lama tiada yang panas. Apapon kita tunggu!!!!!!!!!!11
Kuasa Eropah
Aku rasa hari ini aku nak memberi pendapat aku mengenai kuasa besar Eropah termasuk la US. Apabila kejatuhan kerajaan Ottoman Islam, maka berpecahla semua negara Islam. Kalau tak silap aku tiada satu negara Islam di bawah kerajaan Ottoman tidak dijajah oleh kuasa barat. Dan selepas kerajaan Ottoman tersungkur, tiada lagi kerajaan Islam di bumi ini yang benar2 digeruni oleh kuasa barat. Tidak sebelum itu, di mana selepas kejatuhan Umaiyah, lahir kerajaan Abassiyah dan seterusnya hingga ke Ottoman.
Melihat kepada kuasa barat, mereka amat tamak. Ketamakkan akan kekuasaan, kekayaan negara orang lain kepada diri mereka sendiri. Lihat la kerajaan Asia, satu demi persatu jatuh ke tangan mereka. Wal hal sebelum itu, negara-negara asia berdagang sahaja dan tidak cuba menakluki kerajaan. India, Melaka, Jawa, Sulu, Brunei, Burma, Vietnam dan China (China hilang kekuasaan mereka ke atas Hong Kong).
Melihat kepada sikap mereka, mereka datang hendak berdagang. Tetapi dalam masa yang sama mereka cuba mempengaruhi kerajaan sedia ada dengan janji manis mereka. Lihat sahaja kedah. Apabila diancam Siam, Sultan Kedah mohon bantuan Kompeni Hindia Timur (KHTI). So apabila Francis Light inginkan negeri Pulau Pinang, dia berjanji untuk membantu. Tetapi apabila kedah diserang oleh Siam, mereka langsung tidak membantu. Begitu juga dengan negeri-negeri lain.
Hari ini mereka masih menabur janji yang sama. Yang hairannya kita masih terpedaya dengan janji manis bangsa ini. Kita masih melihat mereka sebagai kaum yang hebat! Padahal apa yang mereka inginkan ialah kekayaan kita dengan cara mereka. Tak beri mereka akan serang. Itulah yang terjadi. Sama-sama kita renungkan bangsa ini. Masih ingin percaya??
Friday, 25 March 2011
War....What is it good For...
I do not know about Gaddaffi. I just realised that he is the longest serving President in the world currently. From the news...he is evil. But none of the news have shown Gaddaffi cruelty to his own ppl. A lot of foreign company has investment in Libya. Not like Saddam. Saddam was a dictator (i was told like that). So now Gaddaffi need to fight the mighty US and Britain and its own ppl. I remembered Vietnam. I think US confidence fighting in the foreign ground has increased since dessert storm 1. They have forgotten the lost they suffered during Vietnam war. They are confidence that now with their superior tech, they will win any war they fought.
But one thing for sure, the real reason for them to go to war is to stabilize their own economy system. So does Britain. War creates opportunity. War create more value. Once war started, a lot of things need to be mobilized. Once again they will proper their economy. Others country wealth, will definitely lighten up their opportunity to improve their business. That's what i think.
US and Britain have being big bully since the establishment of UN. I think, China and Russia are the countries who always condemend the war lead by US and Britain. But in US version, China and Russia considered as countries with bad influence to the world. But in reality, both countries (China and Russia) have shown their respect to other countries soil. They never lead a war, (Russia learnt theirs when they tried to invade Afghan). Even their have the superioty in the military, non of them have started the war.
China since the early dynasty never attacked other countries. They have a lot of perang saudara but they never attacked other countries. Ming's Fleet lead by Admiral Cheng Zhe (Laksamana Cheng Ho) have the biggest armada fleet in the feudal system. But not a single war they have started during their voyage. 7 times voyages around the world. Not a single country they have conquered. What they did was to established their friendship with the country in order to enrich their economy. Their own way to make their economy proseper is much respected untill now.
Unlike the europeans. When China faces 7 nations attacked in their own soil, they fought bravely. And yet they lost Hong Kong to Britain. They were force to open their gates to foreigner where in actual event they are trying to protect its own ppl. Euopeans they are stingy. They want everything for them. They come and conquered because they want the whole cake. Us and Spain at Philipines, Dutch at Jawa, Britain - South Africa, India Arab and Malaysia and Hong Kong. Germany at south Africa too. History showns that europeans is the barbaric person and cannot be trusted! They like to do things at their own terms. If ppl don't follow they will executed them.
Palestine is another record that they want to hide. Once under Muslim rules was in harmony nation. Every religious can be practiced freely. But once crusader have taken the land, what they did was to execute the muslim. It happends in Constanipole too. But they hide the truth. When Salahuddin recaptured Jerusalem, things going differently. They are ask to leave peacefully. This they never want the current ppl knows. They hide it form everybody.
Back to the title. For us
Anwar oh Anwar
Adakah kita akan menrimanya atau menafikannya? terpulanglah. tetapi bende ini keluar satu demi persatu yang membabitkan beliau. Ramai masih anggap konspirasi....tetapi bagi kes Dato Chua Si Lek begitu mudah orang menamatkan spekulasi konspirasi. Ini tidak adil!!! hehehehe
Aku masa belajar Ugama dulu ada ustaz tu cakap, Allah ada berfirman dalam al quran which aku tak sure cuma ini yang aku ingat ustaz tu pesan. Apabila Allah turunkan tanda-tanda dan manusia enggan mempercayainya, maka tunggulah azab Ku....nescaya Azab Ku amat pedih ......
So penyokong beliau dah buat sembahyang hajat ribuan orang semayang hajat minta ditunjukkan kebenaran.....nah ini lah kebenarannya di beri bukti-bukti dan muncul isu ini dari satu ke satu. Dan semuanya adalah perkara yang sama iaitu SEKS. Kalau kejap pecah amanah, pastu kes seks, pastu kes rompak aku leh cayala konspirasi (bergantung kepada bukti la) ni dak sama je kes nya iaitu SEKS dan melibatkan beliau. Aku mula terfikir kalau orang kemaruk seks mmg akan ketagih. Mmg ada manusia yang mempunyai nafsu seks melampau. Mereka dikategori kan sex maniac infact byk dah kes-kes kalangan umur aku yang cerita asalkan dapat lampiaskan nafsu je dah ok. Waimah ada yang diceritakan kepada aku dengan binatang pon ada. So, tak hairan la kalau orang suka seks ni mmg akan ketagih. Rooney penyerang Manchester United admitted dia ketagih seks hingga performance dia turun semasa bermain bola sepak hingga kene gi rehab.
So nafsu seks ini mmg satu perkara yang addicted. Apatahlagi seks ini mudah diperolehi jika banyak wang. Ko nak sapa pon boleh....Mmg setiap experience seks membawa kepuasan yang berbeza. Sbb tu ada orang yang mmg suka berlainan pasangan.
Dalam anwar ini aku rasa hanya tinggal keluarga beliau sahaja yang belum membelakangi beliau. Sekiranya keluarganya berpaling maka hancur lah impian beliau menjadi PM malaysia. Namun demikian, bagi aku keluarganya masih menyimpan cita2 ingin menjadi PM and First Lady. So that's why mereka tidak membelakangi beliau. Mungkin ada sebab lain juga kot. Mungkin jika isterinya berpaling orang mula tertanya kekerapan husband beliau bersamanya, adakah pernah beliau minta seks luar tabii dan persoalan ini mungkin menghentikan si isteri untuk berhenti menyokong suami. So sokong la. Cuma aku lihat senyum yang dibuat2 dan tidak mahu komen apapon lagi. Adanya isteri beliau disampingnya ahanya ingin membuktikan bahawa isterinya juga mempercayai yang beliau tidak buat semua perkara itu.
Apapon bagi aku dalam Islam, isteri perlu taat kepada suami selagi mana suami tidak menyuruh beliau melanggar perintah Allah. Allah yang paling utama. Sekiranya beliau meminta untuk melakukan perkara yang di lawarang Allah isteri tidak dianggap menderhaka. Bagi anak pula, hubungan ayah anak tidak akan putus. Begitulah cerita yang dikisahkan dalam kisah nabi Musa. Di mana anak mengendong ibubapanya yang telah dilaknat Allah dan bertukar menjadi babi. Tanggungjawab sebagai anak diteruskan hingga Allah mengampunkan kedua ibubapanya dan meletakkan ibubapanya ke dalam Syurga kerana doa anak.
Dalam kes ini aku jarang sangat dah nampak anaknya muncul di mahkamah menyokong bapanya. Maybe sibuk kot. Tapik bagi penyokong anwar dan Pas, fikir2lah kembali. Sanggupkah kita menolak perpaduan kerana ingin menunjukkan kesetiaan kita kepada pemimpin yang sebegini? Perpaduan Ummah dituntut tetapi sokongan kepada pemimpin boleh diubah jika sekiranya dia terpesong dari tuntutan syariah. Itu basicnya. Aku tak la pandai agama cuma bagi aku kembali kepada basic sahaja. Perpaduan atau perpecahan....yang mana kita patut pilih...........
A Doctor in House
Buku Tun M bagi aku satu kisah yang panjang sesuai dengan umurnya. Setiap peristiwa yang dilalui dan memberi panduan dalam hidupnya dijadikan pedoman hidup. Perincian cerita semasa melewati zaman beliau diterangkan secara terprinci hinggalah aku juga boleh bayangkan suasana pada masa itu.
Mungkin ramai pembangkan tidak minat membaca kisah hidup seorang yang dianggap musuhnya. Tapi bagi aku Adilf Hitler punya buku pon orang baca sekarang ini. Sbb ilmu bukan sahaj diperolehi dari sahabat tetapi dari musuh juga. Dan bagi aku buku Tun anatar buku biography yang terbaik pernah aku baca. Baru aku sedar betapa sayangnya beliau kepada anak melayu dan rakyat negara malaysia ini.
Aku mungkin bias dalam persepsi ini. Tapi siapa tidak bias dalam dunia ini? Ada orang kita suk ada orang kita tidak. Cuma keterbukaan kita menentukannya. Buku Tun penuh dengan amanat dan panduan yang boleh digunakan. Setiap chapter ditekankan tentang ILMU! beliau sendiri mengakui beliau bukan atlet atau mempunyai fizikal yang kuat. Tetapi ilmulah yang menentukan kekuatan keperibadian atau fizikal seseroang. Cinta beliau terhadap ilmu tidak pernah luntur. Aku rasa bagi mereka yang berniat jahat terhadap beliau lupakan lah. Baca buku beliau dengan minda dan hati yang terbuka.
Dalam buku inilah diceritakan sebab musabab setiap keputusan dibuat. Dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husseinsemua diceritakan kenapa beliau berbuat demikian. So terpulan lah kepada pembaca untuk menerima atau tidak. Everyman has his own reason for doing things. So does him. Kita leh la kata yang ni cuba cerita tentang kebaikan la, cuba tutup kesalahan dia...namun bagi aku itu reason dia. Nak terima..terima la. Tak nak sudah. Cuma kita yang membaca hendaklah berfikir semasa membaca. Macam baca kitab ke Al Quran, bukan sekadar membaca, tetapi selidik.