Wednesday, 28 September 2011

Tol...Tol...dan Tol....

Tol.....Tol.....dan Tol,

Hari Ahad lepas aku gi la beraya di Seremban. Kakak ipar aku buat rumah terbuka. Memang menjadi kelaziman rumah terbuka sempena hari raya.

Aku melalui highway PLUS. Selepas Nilai, dan sebelum RnR Seremban, kereta beratur. JEM!!! damn!! Aku sekeluarga tersangkut hampir 30 minit. Ada kereta mengalami kemalangan rupanya di jalan arah ke Kuala Lumpur. Jem di dua-dua belah jalanraya. Biasalah....ada kemalangan ada JEM walaupun di seberang jalan tidak ada kemalangan.

Aku sekeluarga exit di tol Seremban...dan bayar jumlah perlu dibayar RM5.50 dari Kajang. Aku sekeluarga pergi la beraya. Masa nak pulang kami decide nak ikut lebuhraya LEKAS. Kami melalui LEKAS dan melalui tol pertama RM1.90(aku rasa). Kemudian sampai ke Tol kedua...ambil tiket. sampai nak keluar tol bayar la RM4.90. LEKAS ni kepunyaan IJM. manakala PLUS member of UEM. So aku exit, 2018B Kajang/Putrajaya/Cyberjaya. So kena bayar lagi tol RM1.00. Kemudian kami meneruskan perjalan pulang ke Puchong. Kemudian, sampai di Kajang sebelum Sg. Ramal kena bayar another tol RM1.00 lagi. hmmmm....tol lagik? hehhehehe

Kami memasuki highway LDP....bayar tol RM1.60. huhuhuhuhu So dalam kepala otak aku...kenapa manjang je bayar tol ni. Ni belum lagi orang yang ingin ke Sunway Pyramid atau the Summit atau ke Klang. Jika melalui SKVE kena bayar tol lagi yang aku rasa tidak kurang dari 2. Kalau mereka yang nak ke SUNWAY Pyramid atau menggunakan KESAS menuju Klang, Aku rasa ada 3 tol dia kena bayar.

Apa yang nak aku sampaikan ialah, perjalanan menuju ke KL penuh dengan pembayaran tol. Bagi mereka yang tidak biasa dengan jalan di Lembah Kelang mereka akan melalui lebuh raya. Bayangkanlah jika orang yang datang memang terpaksa sangat-sangat datang ke KL. Jadi semestinya pembayaran tol yang terlalu banyak membebankan.

Bagi mereka yang melalui highway ini setiap hari untuk ke tempat kerja, ia juga merupakan satu bebanan yang perlu dicuntuk tanggung. Perancangan pembinaan lebuh raya diberi oleh kerajaan. Syarikat-syarikat berlumba-lumba untuk membina lebuh raya. Bebanan akan terasa dan amat mendukacitakan pengangkutan am yang effisyen seperti LRT tidak sampai ke kawasan perumahan di sekitar luar Kuala Lumpur. Komuter sahajakot yang ada setakat ni menuju ke KL.

Jika diwujudkan pengangkutan awam ia hendaklah lebih murah at least 70% daripada menggunakan kereta jika kerajaan benar2 ingin mengurangkan kesesakan jalanraya. Saya ambil contoh.....saya menetap di Puchong. Pada masa ini saya berkhidmat di Bangsar. Pengangkutan awam saya yang terdekat dan efisyen ialah KLIA Tren yang boleh dinaiki di stesen Putrajaya Sentral. Tambang dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral adalah 6.00++ sehala. Dari KL Sentral saya perlu menaiki LRT Putra dan turun di Stesen dan bayaran dikenakan sehala ialah RM1.20. Jumlah ialah RM7.20 sehala. bagi perjalanan ulang alik ialah sebanyak 14.20++ sehari. Tetapi bukan saya sahaja berkhidmat di Bangsar. Isteri saya juga berkhidmat di Bangsar. Maka jumlah perjalan pergi kerja sehari bagi keluarga saya ialah 28.40++. Bayangkan lah sebulan saya menaiki pengangkutan awam jumlah perlu dibayar bagi jumah hari bekerja 24 hari ialah sebanyak RM680++. Bagi perjalanan menggunakan kereta...minyak seminggu saya perlu isi ialahRM140 (Ron97) Tol sehari jika melalui lebuhraya MEX RM2.50 sehala. Jumlah sehari RM5.00. Sebulan (dengan anggapan 24 hari bekerja sebulan RM120). Pusing kot mana still jumlah dia 680++. tetapi adalah lebih selesa menggunakan kenderaan berbanding perkhidmatan awam. Bayangkanlah penggunaan kereta dan pengangkutan awam perbelanjaannya sama. Kerajaan sewajarnya memikirkan bagaimana pengangkutan awam yang berkualiti tetapi murah boleh digunakan. Pada pandangan saya, laluan LRT contohnya kenalah tepat. Sebagai contoh pada pengamatan saya, golongan kaya tidak gemar menggunakan pengangkutan awam memandangkan mereka mempunyai banyak kereta. Laluan ke kawasan perumahan golongan sederhana, dan rendah wajar diberi perhatian. Jika boleh digunakan secara maksimum, maka kos boleh dikurangkan dan menjadikan pengangkutan awam lebih popular dari menggunakan kenderaan.

Secara kesimpulannya, pada masa kini, kerajaan sewajarnya mempertimbangkan pembinaan lebuhraya persekutuan berbanding memberi konsesi pembinaan lebuhraya baru bagi mengelakkan rakyat lebih kecewa. Pengangkutan awam perlu diingkatkan dengan caj terhadap pengguna yang rendah tetapi perkhidmatan masih berkualiti. Pembangunan tidak dapat dielakkan. Tetapi tidak perlulah semua kos ditanggung oleh rakyat Malaysia. Artikel ini hanyalah satu pandangan dari satu mata sahaj dan tidak melibatkan kajian penuh atau yang lebih mendalam.

No comments:

Post a Comment