Bukit Kepong....
Sejak kebelakangan ni heboh dikatakan mengenai insiden Bukit Kepong. Mat Sabu dalam ceramahnya mengatakan bahawa Mat Indera tu yang pejuang negara dan bukannya Polis di Bukit kepong. Hujahnya simple....Mat Indera dan komunis adalah yang menentang penjajah berbanding polis yang merupakan Polis Birtish.
So, bagi mereka yang buta sejarah, minda yang kelam dan sangap, mungkin akan mengatakan ada benarnya. Komunis yang menentang penjajah dan mereka menentang untuk membebaskan cengkaman penjajah. Nampak logik kan?
Bagi aku bagi mereka yang menerima kenyataan tersebut, hampanya aku kepada insan yang bergelar manusia yang dianugerahkan akal yang paling sofiskated antara akhluk dalam dunia ini.
Hujah aku begini..... Pertama pihak komunis sebenarnya ingin menjajah negara ini. Mereka ingin bebaskan cengkaman british tetapi dalam masa yang sama ingin menakluki negara ini sama seperti Jepun, Belanda dan Portugis. Kenapa aku berkata demikian? Pertama sekali PKM adalah sayap parti komunis China yang baru menjatuhkan Koumintang di negara China. Mereka (Parti Komunis) baru mengambil alih negara di China, Sehubungan dengan itu mereka ingin mengembangkan sayap mereka dan pemahaman mereka di negara lain. Ada ko pikir kalau PKM jadi parti pemerintah negara ini orng Melayu kembali berkuasa? Ada Agama Islam bebas diamalkan. Bukat setakat agama Islam, agama lain juga dilarang. Sultan tiada lagi digelarkan Sultan. Merdeka apanya tu? Merdeka bererti bebas dari cengkaman penjajah dan boleh mencorakkan negara. apabila negara merdeka, segala kekayaan , hak dan kepentingan penduduk asal hendaklah dikembalikan. Itulah yang terjadi apabila negara Arab merdeka, Indi merdeka, Pakistan merdeka dan Indonesia merdeka. Semua diserahkan kepada penduduk asal negara itu. Abih camna leh kata komunis tu adalah pejuang kemerdekaan?
Kekejaman yang dilakukan oleh PKM. Seperti kita sedia maklum, PKM adalah kejam. mereka paksa orang sokong mereka. bunuh yang tidak mahu ikut mereka atau seksa (bukan lawan mereka just tak mahuikut mereka). Seperti peristiwa Bukit Kepong.....anak kecil dicampak ke dalam api yang sedang marak. Apa tu pejuang kebebasan? Seksa orang. Sbb tu ramai orang Tanah Melayu tidak iktiraf komunis pejuang kebebasan. Pejuang kebebasan tidak menyiksa orang lain terutama orang tempatan. Awang Hadi berkata Nabi membebaskan Mekah dari bangsa Arab sendiri...ada nabi bunuh budak kecik.? Secara aman lagi adala. Itulah yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu mendapatkan kemerdekaan secara aman. Bagi polis-polis yang berada di zaman british ini mereka berkhimat untuk menghalang negara menjadi komunis di mana semua tidak lagi boleh diamalkan. Lihatlah Aung Su Ki Myanmar, Vietnam, dan lain-lain negara komunis. Semua dimilik negarakan. Berbeza dengan British di mana semua itu dipulangkan kepada penduduk asal negara ini. British penjajah...sama je dengan mana-mana penjajah lain dan komunis. Jepun jajah Tanah melayu dan lain-lain negara dengan pemerintahan kuku besi. Sama je atau lebih buruk lagi kalau PKM yang memerintah. So, pada pandangana ku PKM adalah satu lagi kuasa yang ingin menjajah negara ini seperti penjajah lain.
Kesian ahli keluarga polis buki kepong di mana anggota keluarga mereka dinafikan peranan sebagai pejuang kemerdekaan. Pengorbanan dianggap sia-sia. Malah orang yang membunuh mereka dan ahli keluarga mereka dikatakan pejuang. Apakah Mat Sabu tahu bahawa dia boleh bercakap sekarang di pentas-pentas politik kerana Polis Bukit Kepong?
Adakah Mat Sabu sedar jika tiada polis Bukit Kepong beiau mungkin tidak wujud? mungkin PAS pon tiada dan beliau juga mungkin tidak mengenal erti Islam? Mungkin bukan Islam Mat Sabu jika PKM yang memerintah. Wahai Mat Sabu dan yang sewaktu dengannya, ingatlah, nikmat lahir sebagai Islam bukanlah kerana ko boleh bercakap di pentas politik tetapi disebabkan atau berkemungkinan besar adanya orang-orang seperti Polis di Bukit Kepong. Sedarlah.......Jika bukan kerana orang-orang seperti di Bukit Kepong engkau mungkin bukan lahir sebagai Islam...setiap kehendak Allah ada hikmahnya dan adalah yang terbaik kepada hamba Nya.
Al Fatihah bagi anggota dan keluarga yang terkorban semasa serangan Komunis di Bukit Kepong.....
No comments:
Post a Comment