Hi all,
Lately ni
hangat isu nak bangkitkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.
Hmmm.....katanya nama Allah ini adalah universal dan tidak kepada hanya kepada
umat Islam. So mereka layak menggunakan kalimah Allah dalam mengajar agama
mereka.
Aku nak
ulaskan sket isu ini. Bagi aku la yang belajar agama tidak la tinggi mana, pon
boleh fikir yang penggunaan nama Allah itu tidak sesuai digunakan oleh bukan
Islam. Kenapa aku cakap camtu?
1.
Anak-anak kecil tidak dapat membezakan mana satu Islam mana satu bukan Islam.
Kita cakap
yang Allah itu satu pada anak-anak kita. Kita cakap Allah tidak beranak dan
tidak pula diperanakkan. Kita cakap Allah itu adalah pencipta alam ini dan
tidak satu boleh disamakan dengan Allah.
Tapik bila
nama Allah ini digunakan bukan Islam, contohnya agama Kristian tgk2 Allah ni
ada anak iaitu Nabi Isa. Dia takkan panggil Jesus nya. Dia akan panggil Nabi
Isa kalau dibenarkan. Dalam cerita-cerita dia nanti yang ditujukan khas untuk
budak-budak, dia pastinya mnggunakan peluang ini untuk mengoptimumkan
penggunaannya. So kanak-kanak akan jadi keliru. Tiba-tiba tgk kat gereja ada
kalimah Allah. Tgk2 kat cerita Nabi Isa ada nama Allah yang diceritakan dalam
versi Kristian. So camner tu. Mereka duit byk. Buku setahun boleh keluar
berpuluh ribu dan lambakan buku keluaran mereka akan berada dalam pasaran.
Takleh nak halang sbb dalam perlembagaan tiada sekatan untuk mengamalkan agama
lain. So kita nak cakap apa pada anak2 kita. Tahu2 je mereka dah baca buku tu.
Jgn lupa kanak-kanak paling kuat ingatan mereka. Kena pulak kat sekolah cikgu
guna buku tu untuk ajar anak-anak yang kononnya mengajar agama Islam. Ada kita
tahu? Doa pula yang diamalkan di sekolah dibaca oleh anak-anak kita ikut cara
mereka. Ada kita tahu? Sekarang ini kita rasa selamat sbb tahu bahawa perkara
sedemikian dilarang. Tolong la sedar UMAT ISLAM Malaysia, penggunaan kalimah
Allah ini bukan takat nak guna sahaja. Ada lagi plan dia yang lain....Tolong la
bangkang perkara ini. Bersatu la untuk menghalang perkara ini atas nama ISLAM.
2. Perang
Crusade Tentera Kristian Tidak Pernah Laungkan Allahhuakbar
ada 3
perang salib sebelum ini. Peperangan ini mmg antara Umat Islam dan puak
kristian. Yang aku hairannya, dalam ketiga-tiga perang salib ni, tidak pernah
aku baca satu kisahpon yang ada dalam internet atau movie hollywood, mereka
laungkan Allahhuakbar bila berperang. Hanya tentera Islam sahaja. Dah tu, kalau
perang tak pernah guna abih nak guna pasal apa sekarang? Common la ni bukan
pasal kalimah Allah sahaja. Ini merupakan satu kaedah colonization tersirat.
Kalau dulu tahun 1511, Alfonso De Alburque datang Tanah Melayu ni boleh
colonized Melaka dengan perperangan, tapi sekarang nak mulakan perang salib ke
4 bukan cara berperang. Yang negara Islam dok beli peralatan tentera padahal
perang salib ke 4 dah pon bermula tetapi bukan lagi menggunakan kaedah
konvensional. Ada ke dalam mana-mana tulisan sejarah Alfonso melaungkan
ALLAHHUAKBAR masa takluk Melaka? Kalau ada la mesti Sultan Melaka ajak bincang
sbb nak tanya ko ni Islam ke apa? Dalam cerita Kingdom of Heaven tidak ada satu
pon nama Allah disebut oleh pejuang kristian dalam memepertahankan bumi
Palestin. Ni nak guna nama Allah untuk apa? Kalau peperangan kerana agama tiada
laungan Allahhuakbar, ni kenapa masa ni nak guna? Ada tujuan lainkan? Bagi aku
tidak lain dan tidak bukan ialah bentuk penjajahan baru gerakan bawah tanah dan
perang salib 4 telah pon bermula.
3. Orang
Islam bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.
Orang Islam
menggunakan kalimah Allah dengan penuh berhati-hati. Nama ini amat tinggi
darjatnya. Tapi kenapa bila nak guna nama Allah, ada anasir-anasir yang
pertikaikan Azan? Bukankah laungan Allah itu? Ada sesetengah kawasan perumahan
yang menentang pembukaan surau. Sbb apa?? Bising bila Azan. Aik, nak guna nama
Allah tapi masa azan dikatakan bising lak? Orang Islam bila laungkan nama
Allah, betapa gerunnya mereka mendengar nama tu hinggakan tidak selesa kalau
sedang buat perkara yang mungkar. Nama Allah digunakan oleh orang Islam bagi menyeru
ke arah kebaikan selain dari panggilan solat. Yang depa ni nak guna nama Allah
ni untuk apa? Ada agenda lain bukan? Dalam bible versi mana-mana sekalipon dia
tak sebut Allah, dia sebut The One. Napa dulu2 tak bubuh Allah dalam bible? In
fact dalam mana debat yang aku tgk dalam Youtube Deedat ke, Zakir, ke takder
lak pembentang kristian menggunakan kalimah Allah. Ni apahal kat Malaysia ni
nak guna nama Allah ni?
4. Benarkan
penggunaan nama Allah sbb kononnya orang Islam boleh tarik minat orang bukan Islam
masuk Islam.
Aku rasa ni
la sbb orang-orang PAS benarkan. Sbb kononnya inilah peluang untuk kembangkan
bilangan orang Islam. Bila nama Allah digunakan, orang bukan Islam boleh kenal
Allah. Oit kalau ni la alasannya, ini lah alasan paling bodoh dan sangap oleh
pemimpin parti Islam. Kenapa?? Buat masa ini nak keluarkan buku mengenai Islam
pon amat sedikit berbanding publication orang krisitian. Ko pikir dorang nak ke
baca buku tulisan korang. dengar pon idak apatah lagi nak baca. Kalau inilah
alasannya, strategi ni bakal makan diri. Kena ingat puak-puak kristian telah
memulakan langkah untuk memulakan crusade ke 4. Bibit dia sama dengan masa
mula-mula perang salib 1, 2, dan 3. Perang Psychology. Mengukur kekuatan Islam.
Dan buat masa ini mereka rasa boleh menang sbb ada orang Islam sokong.
Nak cerita
berapa ramai orang bukan Islam dalam Malaysia yang dah di Islam oleh puak2 ni
pon aku tak tahu berapa ramai. Tapik gerakan mubaligh kristian mmg ramai dah
kristian kan orang. Mereka ada duit, kemudahan dan determination mereka tinggi.
Tak macam orang-orang Islam. Yang ustaz-ustaz nya dok sibuk BERBALAH SESAMA
SENDIRI. UIA kata UFB salah, UFB kata UIA tak paham. UIA kata pemimpin ni ngok.
Dr MAZA dok kata orang ni salah. Oit korang tak nampak ke gerakan subersif
sedang berjalan semasa korang tgh sebok tegakkan pendapat korang. Takleh ke
bersatu kata jangan guna. Walaupun dulu2 kata boleh, tapik di Malaysia ni cakap
je ikut cakap Ketua Agama iaitu Sultan. Sultan kata tak boleh, ikut je. Jangan
byk songeh. Takyah ulas-ulas kata dalam syarak, history kata macam ni macamtu.
KETUA AGAMA kata takboleh dah kata je tak boleh dan takyah ulas kata boleh.
BOLEH TAK USTAZ2 bersatu? Kalau ustaz-ustaz cerdik pandai dalam Islam ni tak
bersatu takkan umat Islam nak bersatu. Sbb gurunya pon dah tak bersatu. Apa
yang terjadi sekarang ialah kalau statement tu tak betul dan salah dan bakal
merugikan pihak pembangkajng, korang diam. Tak nak ulas. Hanya bersetuju sahaja
ulas. Kalau yang boleh memenangkan pembangkang....bukan main ceramah korang
kata orang ni salah...tak paham agama tak belajar...Oit tolong la!! ATAS NAMA
ISLAM, boleh tak kita agree yang nama ALLAH itu hanya orang Islam sahaja pakai
di bumi Malaysia. Nak pakai di negara lain planet lain waimah segala pelusuk
mana pon guna lah. Tapi di Malaysia dengar cakap SULTAN sebagai KETUA AGAMA
ISLAM. Dia kata tak bleh....tak bleh. Dah dok diam2. Yang nak ulas2 lagi buat
apa? Tak murtad pon aku kalau Islam kata boleh aku kata tak boleh. Tak rosak
pon akidah aku kalau aku kata orang Islam takleh pakai nama ALLAH. Jadi nak
buat apa diperdebatkan lagi?? Belajar agama tinggi2, buat benda basic iaitu
perpaduan pon tak boleh. Asek nak menghentam dan menyatakan pendapat dia betul.
Ni pasal nama Allah bukankah senang sahaja.
Itulah
padangan aku pasal kalimah Allah. Mmg ada orang tak setuju dengan pendapat aku.
Tapi ini pandangan aku dan aku hanya nak pastikan Islam di Malaysia tiada
kekeliruan.