Saturday, 11 January 2014

Kalimah Allah

Salam,

Kali ini aku ingin menulis tentang isu kalimah Allah. Aku bukanlah seorang yang warak atau mendapat pendidikan tinggi agama islam namun aku tahu la batas-batas asas dalam Islam. Penggunaan kalimah Allah yang hangat diperkatakan sekarang amatlah bahaya jika terus dipermainkan.


Allah s.w.t tuhan yang lazim dipanggil oleh masyarakat Islam di Negara ini. Sekian lama umat Islam di Negara ini menggunakan Allah sebagai merujuk kepada panggilan kepada tuhan mereka. Namun demikian, baru-baru ini pihak kristian menggunakan istilah Allah dalam kitab bibble mereka dan merujuk kepada tuhan mereka juga. Secara asasnya, Islam dan Kristian (asal) sebenarnya mengajar kepada Tuhan yang Satu. Islam di bawa oleh Nabi Muhammad SAW dan Kristian (panggilan kristian ni tak sure dari mana) di bawa oleh Nabi Isa AS. Nabi Isa merupakan salah satu nabi dari Ulul Azmi. Umat Islam memandang Nabi Isa AS amat tinggi dan ajaran sebenarnya adalah menyembah kepada Tuhan Yang Satu iaitu Allah SWT. Pihak kristian ingin mengambil peluang ini dan mengatakan Allah juga sebagai tuhan mereka. Persoalannya bolehkah mereka menggunakan kalimah Allah? Umat Islam di Negara ini menentang keras tentang perkara ini. Aku juga sebagai mukmin juga menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama kristian. Bagi aku senang sahaja, kenapa baru sekarang mahu menggunakan Allah? Sebelum-sebelum ini mereka merujuk tuhan mereka the One. So let it be as it is? Kenapa perlu menggunakan Allah? Boleh ubah2 lak kitab Injil ni ye? Kejap The One kejap Allah. Kenapa tak merujuk kepada Sakhti kea tau tuhan hindu or tuhan Buddha or Tuhan orang matahari? Kenapa mesti Allah? Tak marah masyarakat hindu jika menggunakan nama tuhan mereka dalam bible? Walaupun aku bukan hindu tetapi penganut agama hindu juga sensitive mengenai agama mereka.

Aku teringat Dr Zakir Naik dalam ceramahnya pernah ditanya oleh seorang penganut agama kristian tentang penggunaan kalimah Allah dalam bible. Beliau menjawab dengan mudah…..jika Allah yang dimaksudkan oleh orang kristian ialah tuhan yang satu dan tidak beranak dan tidak diperanakkan, beliau tiada masalah jika penganut kristian untuk menggunakannya. Tetapi jika penganut kristian refer Allah sebagai Bapa Tuhan Nabi Isa dan Nabi Isa AS adalah anak tuhan, beliau menyatakan memang akan menjadi masalah. Aku setuju dengan beliau. Sesungguhnya dalam Islam mengiktiraf ahli kitab. Sembelihan Ahli Kitab juga boleh dimakan. Jika penganut agama kristian ingin menggunakan kalimah Allah silakan tetapi definasinya perlulah betul dalam Islam. Islam mempercayai kewujudan Nabi Isa tetapi kristian menolak kehadiran Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan rasul. Sehubungan dengan itu, sebab itulah umat Islam menentang keras penggunaan kalimah Allah dalam kitab bible. Aku juga menentang. Kenapa mesti ubah sekarang. Sewajarnya Malaysia terdiri dari rakyat berbilang kaum dan agama. Sejak dari merdeka keharmornian ini dijaga dengan baik. Pihak gereja tidak pernah atau pernah bercadang menggunakan kalimah Allah dalam ajarannya. Isu agama bangsa merupakan isu yang amat sensitive. Jadi tak usahlah cuba mengeruhkan lagi keadaan. Malaysia mengamalkan dasar toleransi yang tinggi. Islam sebagai agama rasmi tetapi kaum lain bebas mengamalkan agama masing-masing. Sejak dari dulu lagi tidak wujud masalah ini dan kini pihak gereja cuba menggunakan istilah ini dengan alasan hak asasi manusia. Apa guna hak asasi manusia jika meruntuhkan hak asasi manusia yang lain seperti keamanan, kesejahteraan dan lain-lain. Sudah-sudah la…..jika pihak gereja betul cintakan keamanan sila gugurkan isu ini dengan tidak menggunakan kalimah Allah.

Aku amat menentang penggunaan kalimah Allah ini dalam bible kerana ia bakal mengelirukan umat Islam yang muda-muda. Waimah aku juga kadang-kadang keliru dengan Islam kerana terlalu banyaknya hadis palsu dan ajaran sesat. Bayangkan la kalau pihak gereja mula menggunakan kalimah Allah. Betapa akan mengelirukan lagi apabila ada statement Allah adalah bapa dan Nabi Isa adalah anak Allah. Sekarang ini belum nama Allah digunakan secara meluas pon umat Islam banyak dah keliru apatah lagi bila nama Allah digunakan dalam bible. Jadi bagaimana nak bezakan Islam dan kristian. Jika dibenarkan kalimah Allah, apa pula lepas ini? Penerbitan buku-buku kisah nabi mengikut bible? Mungkin akan berlaku…kerana nama-nama nabi dalam kitab bible adalah sama dengan nama nabi dalam Al-Quran. So akan ada buku kisah nabi berdasarkan bible (umat islam percaya kitab bible sekarang telah diubah) dan kisah nabi berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Bagaimana nak bezakan? Biarlah aku dan generasi aku membaca kisah nabi berdasarkan Al-Quran dan Hadith.  Sekirany generasi aku ingin baca bible, biarlah dia sudah matang da nada ilmu yang cukup untuk membezakan yang mana betul dan mana yang tidak betul seperti Dr Zakir Naik, Ahmad Deedat, Yusof Estes dan lain-lain lagi.


Wahai umat Islam di Malaysia, kita mungkin berbeza dari segi pendapat politik, tetapi apabila tiba mengenai Islam, wajarlah kita bersatu menyatakan pendirian kita. Islam menyatukan Ummah dan bukannya perpecahan. Kekuatan Islam terletak pada perpaduan bukan terletak di kalangan segelintir umat Islam. Kita mungkin bukan muslimin yang baik tetapi ini tidak bermakna kita wajar membiarkan ia berlaku. Byk kisah dalam sirah Islam insan yang jahat tetapi kemudian tampil membela Islam apabila diperlukan dan gugur syahid di medan perang. Kita tak nak la sampai berperang kerana Islam itu mengajar umatnya keamanan. Tetapi, Islam memerlukan perpaduan untuk kuat. Sama-samalah kita berganding bahu untuk membela Islam di Negara kita tercinta. Biarlah kita jahat mana pon pada masa ini kerana rahmat Allah sentiasa bersama kita. Amalan baik sekecil mana Allah SWT takkan lupa. Setidak-tidaknya apabila kita berjumpa dengan Allah SWT di padang masyar, kita mampu menyatakan satu kebaikan kita di depan Allah bahawa kita mempertahan nama Allah semasa hayat di dunia biarpon peranan yang dimainkan oleh kita amat kecil. Setidak-tidaknya ada juga peranan kita sebagai hamba Allah SWT dalam mempertahan kalimah ini. Sekiranya perpaduan ini berjaya hasilnya generasi akan dating akan lebih bertakwa, insya Allah pahala untuk kita. Kerana kita berusaha untuk mengelakkan generasi akan dating lebih keliru dari kita. Mungkin yang bijak pandai agama Islam sekarang tidak memandang isu ini sebagai isu besar kerana mereka mahir dan faham tentang beza Allah Islam dan Allah Kristian, tetapi bolehkah mereka memberi jaminan bahwa generasi akan datang tidak keliru jika nama ini digunakan oleh kedua2 pihak? Islam tidak diwarisi…ingatlah. Banyak kisah teladan dalam Islam bagaimana orang yang berilmu juga tewas diakhir hayat. Byk kisah dalam Islam bagaimana hidayah diberikan kepada orang yang paling jahat. Biarlah syurga neraka diuruskan oleh Allah. Kita sebagai Hamba Nya buat sebaik mungkin menjaga kesucian nama Allah ini. Kita tidak tahu bagaimana mati kita. Jadi mereka yang berilmu marilah bersama-sama bersatu dalam hal ini demi generasi akan datang. Satu Kalimah Satu Ummah. Allahhuakbar!