Salam,
Kali
ini aku ingin menulis tentang isu kalimah Allah. Aku bukanlah seorang yang
warak atau mendapat pendidikan tinggi agama islam namun aku tahu la batas-batas
asas dalam Islam. Penggunaan kalimah Allah yang hangat diperkatakan sekarang
amatlah bahaya jika terus dipermainkan.
Allah
s.w.t tuhan yang lazim dipanggil oleh masyarakat Islam di Negara ini. Sekian
lama umat Islam di Negara ini menggunakan Allah sebagai merujuk kepada
panggilan kepada tuhan mereka. Namun demikian, baru-baru ini pihak kristian
menggunakan istilah Allah dalam kitab bibble mereka dan merujuk kepada tuhan
mereka juga. Secara asasnya, Islam dan Kristian (asal) sebenarnya mengajar
kepada Tuhan yang Satu. Islam di bawa oleh Nabi Muhammad SAW dan Kristian
(panggilan kristian ni tak sure dari mana) di bawa oleh Nabi Isa AS. Nabi Isa
merupakan salah satu nabi dari Ulul Azmi. Umat Islam memandang Nabi Isa AS amat
tinggi dan ajaran sebenarnya adalah menyembah kepada Tuhan Yang Satu iaitu
Allah SWT. Pihak kristian ingin mengambil peluang ini dan mengatakan Allah juga
sebagai tuhan mereka. Persoalannya bolehkah mereka menggunakan kalimah Allah?
Umat Islam di Negara ini menentang keras tentang perkara ini. Aku juga sebagai
mukmin juga menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama kristian. Bagi aku
senang sahaja, kenapa baru sekarang mahu menggunakan Allah? Sebelum-sebelum ini
mereka merujuk tuhan mereka the One. So let it be as it is? Kenapa perlu
menggunakan Allah? Boleh ubah2 lak kitab Injil ni ye? Kejap The One kejap
Allah. Kenapa tak merujuk kepada Sakhti kea tau tuhan hindu or tuhan Buddha or
Tuhan orang matahari? Kenapa mesti Allah? Tak marah masyarakat hindu jika
menggunakan nama tuhan mereka dalam bible? Walaupun aku bukan hindu tetapi
penganut agama hindu juga sensitive mengenai agama mereka.
Aku
teringat Dr Zakir Naik dalam ceramahnya pernah ditanya oleh seorang penganut
agama kristian tentang penggunaan kalimah Allah dalam bible. Beliau menjawab
dengan mudah…..jika Allah yang dimaksudkan oleh orang kristian ialah tuhan yang
satu dan tidak beranak dan tidak diperanakkan, beliau tiada masalah jika
penganut kristian untuk menggunakannya. Tetapi jika penganut kristian refer
Allah sebagai Bapa Tuhan Nabi Isa dan Nabi Isa AS adalah anak tuhan, beliau
menyatakan memang akan menjadi masalah. Aku setuju dengan beliau. Sesungguhnya
dalam Islam mengiktiraf ahli kitab. Sembelihan Ahli Kitab juga boleh dimakan.
Jika penganut agama kristian ingin menggunakan kalimah Allah silakan tetapi
definasinya perlulah betul dalam Islam. Islam mempercayai kewujudan Nabi Isa
tetapi kristian menolak kehadiran Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan rasul.
Sehubungan dengan itu, sebab itulah umat Islam menentang keras penggunaan
kalimah Allah dalam kitab bible. Aku juga menentang. Kenapa mesti ubah
sekarang. Sewajarnya Malaysia terdiri dari rakyat berbilang kaum dan agama.
Sejak dari merdeka keharmornian ini dijaga dengan baik. Pihak gereja tidak
pernah atau pernah bercadang menggunakan kalimah Allah dalam ajarannya. Isu
agama bangsa merupakan isu yang amat sensitive. Jadi tak usahlah cuba
mengeruhkan lagi keadaan. Malaysia mengamalkan dasar toleransi yang tinggi.
Islam sebagai agama rasmi tetapi kaum lain bebas mengamalkan agama
masing-masing. Sejak dari dulu lagi tidak wujud masalah ini dan kini pihak
gereja cuba menggunakan istilah ini dengan alasan hak asasi manusia. Apa guna
hak asasi manusia jika meruntuhkan hak asasi manusia yang lain seperti keamanan,
kesejahteraan dan lain-lain. Sudah-sudah la…..jika pihak gereja betul cintakan
keamanan sila gugurkan isu ini dengan tidak menggunakan kalimah Allah.
Aku
amat menentang penggunaan kalimah Allah ini dalam bible kerana ia bakal
mengelirukan umat Islam yang muda-muda. Waimah aku juga kadang-kadang keliru
dengan Islam kerana terlalu banyaknya hadis palsu dan ajaran sesat. Bayangkan
la kalau pihak gereja mula menggunakan kalimah Allah. Betapa akan mengelirukan
lagi apabila ada statement Allah adalah bapa dan Nabi Isa adalah anak Allah.
Sekarang ini belum nama Allah digunakan secara meluas pon umat Islam banyak dah
keliru apatah lagi bila nama Allah digunakan dalam bible. Jadi bagaimana nak
bezakan Islam dan kristian. Jika dibenarkan kalimah Allah, apa pula lepas ini?
Penerbitan buku-buku kisah nabi mengikut bible? Mungkin akan berlaku…kerana
nama-nama nabi dalam kitab bible adalah sama dengan nama nabi dalam Al-Quran.
So akan ada buku kisah nabi berdasarkan bible (umat islam percaya kitab bible
sekarang telah diubah) dan kisah nabi berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Bagaimana
nak bezakan? Biarlah aku dan generasi aku membaca kisah nabi berdasarkan
Al-Quran dan Hadith. Sekirany generasi
aku ingin baca bible, biarlah dia sudah matang da nada ilmu yang cukup untuk
membezakan yang mana betul dan mana yang tidak betul seperti Dr Zakir Naik,
Ahmad Deedat, Yusof Estes dan lain-lain lagi.
Wahai
umat Islam di Malaysia, kita mungkin berbeza dari segi pendapat politik, tetapi
apabila tiba mengenai Islam, wajarlah kita bersatu menyatakan pendirian kita.
Islam menyatukan Ummah dan bukannya perpecahan. Kekuatan Islam terletak pada
perpaduan bukan terletak di kalangan segelintir umat Islam. Kita mungkin bukan
muslimin yang baik tetapi ini tidak bermakna kita wajar membiarkan ia berlaku.
Byk kisah dalam sirah Islam insan yang jahat tetapi kemudian tampil membela
Islam apabila diperlukan dan gugur syahid di medan perang. Kita tak nak la
sampai berperang kerana Islam itu mengajar umatnya keamanan. Tetapi, Islam
memerlukan perpaduan untuk kuat. Sama-samalah kita berganding bahu untuk
membela Islam di Negara kita tercinta. Biarlah kita jahat mana pon pada masa
ini kerana rahmat Allah sentiasa bersama kita. Amalan baik sekecil mana Allah
SWT takkan lupa. Setidak-tidaknya apabila kita berjumpa dengan Allah SWT di
padang masyar, kita mampu menyatakan satu kebaikan kita di depan Allah bahawa
kita mempertahan nama Allah semasa hayat di dunia biarpon peranan yang
dimainkan oleh kita amat kecil. Setidak-tidaknya ada juga peranan kita sebagai
hamba Allah SWT dalam mempertahan kalimah ini. Sekiranya perpaduan ini berjaya
hasilnya generasi akan dating akan lebih bertakwa, insya Allah pahala untuk
kita. Kerana kita berusaha untuk mengelakkan generasi akan dating lebih keliru
dari kita. Mungkin yang bijak pandai agama Islam sekarang tidak memandang isu
ini sebagai isu besar kerana mereka mahir dan faham tentang beza Allah Islam
dan Allah Kristian, tetapi bolehkah mereka memberi jaminan bahwa generasi akan
datang tidak keliru jika nama ini digunakan oleh kedua2 pihak? Islam tidak
diwarisi…ingatlah. Banyak kisah teladan dalam Islam bagaimana orang yang berilmu
juga tewas diakhir hayat. Byk kisah dalam Islam bagaimana hidayah diberikan
kepada orang yang paling jahat. Biarlah syurga neraka diuruskan oleh Allah.
Kita sebagai Hamba Nya buat sebaik mungkin menjaga kesucian nama Allah ini.
Kita tidak tahu bagaimana mati kita. Jadi mereka yang berilmu marilah
bersama-sama bersatu dalam hal ini demi generasi akan datang. Satu Kalimah Satu
Ummah. Allahhuakbar!
No comments:
Post a Comment