Sunday, 2 August 2015

DSN and new kabinet

Hmm ramai mula dah serangan pada new cabinet. DSN sebelum ni tak nak buat perubahan tapi kali ni dia buat. So aku nak bagi pandangan aku la mengenai kabinet baru DSN ni.

Pada pendapat aku setiap leader perlukan jentera yang sehala. Maknanya tak kira dalam organisasi, top management mesti sehala. Kalau tidak susah la nak bawa perubahan atau inistiatf organisasi. Byk company dalam dunia gitu. Bila bertukar CEO sahaja, barisan kepimpinan akan juga bertukar. Tgk la GE, Microsoft, Apple...bila bertukar CEO mereka juga akan ubah barisan kepimpinan tertinggi. Kepimpinan tertinggi mesti solid dan seangkatan dengan leader. Pernah dengarkan satu kapal tidak boleh dua nakhoda? Jika ada dua captain kapal sure tak ke mana kapal tu. Silap2 tenggelam.

Ok berbalik kepada UMNO. Isu paling besar ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari jadi TPM. Ni menarik ni...sbb kemungkinan akan ada pencalonan untuk bertanding Presiden Parti. Ok tu tunggu kejap. Isu Muhyiddin nak berhenti jadi PM ni sebelum ni aku ada dengar. CUma lepas tu katanya khabar angin. Kali ni dia dipecat kerana membuat ulasan di persidangan UMNO cheras. Aku dah dengar dah ucapan tu. Bagi aku tidak molek la kalau ko dah diberi penerangan atau ko sebagai no 2 dalam parti ulas perkara negatif..unless ko mmg nak explain mengenai isu itu. Sbb ko no 2..dan hanya mengeruhkan keadaan. Ko bercakap tu tiada apa penjelasan. Presiden dah bgtau dah tunggu laporan audit. Tp ko ulas juga mengikut pandangan dan pengalaman yang ko lalui. Orang tunggu juga la apa dia penyelesaian...ko dok la cakap bende2 yang dah pon ada dalam akhbar. Semua isu ko cakap tu dah mmg jadi teka teki...lagi la ko cakap isu tersebut tanpa ada jawapan. Kalau takder jawapan...bg aku diam la. Biarla ko senada...bukan boss ko nak tipu kot. Dia pon dah tertekan....ko tambah tekanan lagi.

Bg aku la TMY patutnya senada la ngan DSN. Sbb isu tu mmg buat masa ini rumit. Orang speculate bende benar pon dah jadi salah....lagi2 la ko berucap camtu. Ni kali ke2 ucapan seumpama tu. Yang tertutup di Janda baik pon leaked. Jgn la keruhkan keadaan. Kalau dalam army, orang no 2 (sarjan) kalau tak nak dengar cakap kapten atau liuetanan apa jadi?? Tgk la citer2 perang...2 comanding officer ni bila gi bertempur usually akan senada. Ni ko nada dah lain. Bg aku la jangan la berucap sampai ko kata tak tau apa2. Kalau tak tau apa2 baik la diam...jgn ulas. Orang akan tanya...jd jawapan hendaklah jawapan terbaik. Jgn kenekan boss lak. Ko leh kritik dalam MT atau jumpe dia atau bersemuka...tp bila dedahkan ke public...big impact to organisasi. Big impact negatif lak tu. Ini pandangan aku la....

Masa era Tun M..sapa tak sependapat ngan dia...dia pon tak suka. Dia akan pilih yang mana mampu laksanakan tugas yang diamanahkan. Kan dia suka lagu My Way!!....so salahkah DSN buat his way? ramai akan kata his way silap dan bodoh...betul ke bodoh? Malaysia tak jadi cam greece pon. Kalau betul DSN teruk...dah lama dah jadi Greece. 2 tahun dia jadi PM lingkup. KLCI masih pada paras 1700 points. Above 1500 ....ringgit jatuh tapi byk yang jatuh gak. orang masih bekerja....Kalau betul salah guna kuasa la...Malaysia dah lama lingkup la...pandangan aku la....tp buat masa ini masih bertahan. Napa TMY tak explain bende ni?? Bantu cover his boss....kata la kalau la DSN tu teruk dan corrupt...Malaysia dah lama lingkup dan SAYA AKAN CABAR dia untuk ganti....tapi TMY tak lak cakap camtu. You play along with the issue....tu bg aku tak cerdik gak TMY back his boss. Ye la kalau betul dia buat salah ko report la ke SPRM...ko report la...tak lak ko report. Yg ko cakap ko tak tau isu tu.  Mungkin la ko nak buat report tapik tak buat.

Now Zahid Hamidi dah become no 2. Dia selalu bg warning la....tak tau la sejauh mana warning dia. But saya percaya dia akan jadi sasaran social media. Apa juga dia cakap akan kene spin. Ni ramalan saya la. Tadi dah baca satu artikel dalam Msiakini yng ulas laporan mengenai Zahid Hamidi ucap enemy guna teknologi buat UMNO nampak bodoh. So aku baca la komen di bawah tu...yg kutuk semuanya Melayu...maybe dah hampir tercapai kot orang yg nak Malaysia ni. So salahkah dia cakap? kalau kita balik pon Zaman Pak Lah ...Pak Lah kene, Zaman Najib lagi worse...now Zahid Hamidi offer his neck! Zaman Pak Lah mmg berjaya burukkan Pak Lah....so impact dia di PRU12. Now Najib..impact dia di PRU 13. So what will happend di PRU14? Sama2 la kita tunggu. UMNO dan BN kene rebut...bg aku its unfair for UMNO to carry the burden. BN mesti keluar habis-habisan. MCA, MIC dan semua parti komponen kene bersatu dan start attack balik pengamal negative social media. Bg aku la..kalau MSia kini kuar artikel yang berbaur negative....BN kene spin dan tunjukkan kalau tajuk berita ni Positive... :) Social Media warfare kalau UMNO boleh menang...aku rasa boleh buat thesis PhD ni. Sapa2 dalam study communications...mmg interesting topik ni. "How to win in Social Media Warfare!!" heheheheh mmg best untuk dikupas!! until now UMNO, BN, DSN and sapa2 no answer to social media attack. :)

Monday, 6 July 2015

Pandangan Aku: Game Politic Malaysia -DSN dan serangan terhadapnya!!

Fuh again lama sungguh tak tulis blog....cam dah boring...hihihi tapi kali ni saja aku nak coretkan pandangan aku pasal politik Malaysia. Tapi kali ini aku cuba ulas politik malaysia dari zaman selepas Tun M sebagai PM Malaysia. Bukan apa ni pandangan aku....yang aku rasa ada tangan kuasa asing yang amat besar sedang menyerang Malaysia pada masa ini dan mereka amat desperate untuk dapatkan Malaysia. betul salah aku pon tak tahu tapi hanya pandangan aku sahaja.

Paling aku remember zaman Pak Lah ialah kerapnya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK). Masa tu ingat tak lepas satu PRK ke satu PRK dan paling grand masa kak jijah letak jawatan sebagai ADUN sbb nak tumpukan pada keluarga (kalau tak silap aku la). Bang non kita bertanding dan BN lawan. Mmg kalah la BN. :) dalam PRK pada masa tu BN tak menang pon dalam mana2 PRK kecuali Kuala Selangor tak silap aku bila guru India bertanding. (aku malas nak gugel sapa nama dia) Pastu baru stop.

Zaman Pak Lah macam2 isu yang dibangkitkan. Taktik pada masa itu ialah menggunakan bloggers. Mmg teruk Pak Lah kene serang. Dari kenaikan harga minyak, PM tidur dan budak tingkat 4 dan macam2 lagi la. mmg aku akui pada masa tu pon aku tak berkenan cara Pak Lah tadbir Malaysia. Jambatan bengkok cancel, keretapi berkembar kansel, nak buat airpor kat nilai dan macam2 lagi la. Pada masa tu Tun M bersuara dan aku amat gembira bila Tun M mula bersuara. Aku rasa dialah savior Malaysia. Pada masa tu aku pon setuju dengan serangan kepada Pak Lah. Malas aku nak ulas banyak sbb nampak gaya pada masa tu Malaysia mula menuju ke arah kejatuhan. PRU 12 membuktikan segalanya. BN tidak dapat 2/3. Pak Lah ditekan letak jawatan...dan akhirnya dia akur. Tapi harus diingat Pak Lah pada masa itu tidak tunduk kepada Amerika. Dia tetap kukuh mempertahan Malaysia sebagai negara NAM.

Najib angkat sumpah sebagai PM. Tapi kalau korang ingat ada pemilihan agong UMNO pada sebelum tu di mana KJ menentang Mukhriz dan Mukhriz tewas selepas beberapa jam kiraan. :) apa yang susah sangat nak kira aku pon tak tau. Kalau PRU beribu2 undi leh kira sampai 1000 malam leh umumkan keputusan ni berapa ratus pon tak kuar2 keputusan.

Bila Najib angkat sumpah, taktik dah lain. Kalau korang ingat pada awal DSN jadik PM serangan kepada wife dia Datin Rosmah...macam2 la kutuk dia dan perbandingan dibuat dengan Tun Hasmah. Aku tak kenal sangat rosmah ni camna yang aku tau aku baca melalui media dan dgr cakap orang. Takder yang positif la pasal wife DSN. Lepas tu aku remember Datin Sri Rosmah mula kurang dalam TV. Wallahualam pasal apa. Pada masa ini DAP makin giat main peranan. Social Media Facebook jadi alat yang amat berkesan. Apa sahaja pasal DSN dan keluarga diviralkan. Cincin, shopping, tingkat 4 dan macam2 la....MAsa ni nampak gaya jentera media BN masih baik tapi tidak la efektif sangat. PRU13 jadi penghakiman DSN. BN gagal lagi dapat 2/3. Sokongan kaum cina makin merosot hingga diibaratkan tsunami undi cina. Aku frust juga Selangor masih gagal ke BN walaupun ada kerusi BN menang tapi belum cukup nak kalahkan PR. Takper la Kedah dapatkan BN kembali.

Lepas PRU13 serangan makinhebat kepada DSN. Masa ni kuar isu Atlantuya yang mula makin hangat. Najib sumpah pon tak jadi. Masa ni Bang Non kita bebas. Kalau korang ingat Saiful, Atlantuya dan apa sahaja yang bersangkut dengan DSN semuanya diviralkan. Nak hapuskan subsidi perghhh dia punya viral jangan citer la...ingat isu kangkung?? hahahahha ....Masa ni Tun M diam lagi.

Masa ni Bersih mula main peranan. Akhirnya ISA dihapuskan. Ingatkan dah puas...tp itulah titik mula Malaysia mula lagi berani nak kurang ajar. Semua yang boleh disabitkan ngan DSN diviralkan. Alvin Tan ngan Vivian pon jadi sangkut kat BN. Padahal depa nak buat porn..buat la...yang nak kacau umat Islam buat apa...Pastu isu kalimah Allah...lagi la. Paling ultimate aku rasa bila Sofea anak didik dari dasar bumipitera bertanding atas tiket DAP di teluk intan lawan Dato Mah. Perghhh sib baik BN menang...kalau tak mana nak letak muka. Masa ni DAP dah mula rekrut orang melayu sbb nak hentam dasar kerajaan. Kalau korang perasan setiap serangan dikaitkan dengan UMNO bukannya BN. Sbb dalam BN UMNO je yang kuat. So mmg nak rosakkan nama UMNO. Dalam PRU13 undi orang Melayu solid kepada UMNO. Ni yang DAP tak nak. Sbb selagi UMNO kuat selagi tu DAP susah nak berkuasa. Lepas attack pasal Islam dia kalih lak isu ke Sabah dan Sarwak pasal Mat Taib. Tak pasal2 UMNO juga terpaut. Tau la Sarawak tu parti kompenen BN tapi mmg BN semenanjungtak campur sangat pasal Sarawak. So attack and attack and attack. Masa ni korang ingat artis2 mula masuk PAS. Hahahahah depa ni kene guna saja oleh PR. lepas PRU semua diketepikan. Isu Lembu la..isu apa saja la....semua disangkutkan pada DSN dan UMNO. Omputeh ada cakap the best defense is attack. That is happening. Aku pernah tulis sbl ini pasal taktik DAP yang lebih kurang guna Tsu Zuenye taktik. Bacalah entry sebelum ni.

Pencerobohan Lahad Datu ...satu titik hitam negara. Tak nah lagi la Malaysia selepas konfrontasi dengan Indonesia diceroboh. Ni tah mana punya Army ceroboh Malaysia. Masa ni aku respect Malaysia sbb ikut prosidur walaupun anggota keselamatan terkorban. Kalau tak ikut prosidur aku rasa dah lama dah US serang Malaysia sbb atas alasan melanggar perjanjian PBB. Yang mana satu langgar aku tak sure tapi kalau kita main ikut belasah je....PBB akan kutuk Malaysia. So Malaysia play by the book. Takder la sapa2 dari UN buat resolusi nak serang Malaysia ke atau nak buat sekatan apa2. US gagal lagi masa ni bagi aku nak suruh Malaysia tunduk pada dia.


Lepas tu Malaysia DSN diduga lagi dengan MH17 dan berikutnya MH370. Pada masa MH17 ni macam2 teori keluar yang kata US nak takluk malaysia dan minta Malaysia tunduk kepada US. Malaysia adalah satu-satunya negara di ASEAN ni tak tunduk lagi pada US. US nak sangat pengkalan di Malaysia teruatama di Sabah katanya sbb nak serang China senang. Betul ke idak wallahualam. Kepimpinan DSN mmg benar2 diuji. Aku rasa Tun M pon taknah diserang sebegini rupa. Dalam dan luar diserang. Dari dalam semarakkan kebencian pada DSN dan UMNO...dari luar US....(aku rasa la) MH17 yang besar sampai skerang tak jumpa. Last sekali teori kata di sorok di Ukraine dan nasib penumpang dan anak kapal tidak diektahui. Pastu again MH370 ditembak lak...aduyai. Ni at Ukraine juga la. Smapai sekarang tak tau apa keputusannya. Tapi Ukraine pada masa ni dah jadi proksi US aku rasa sbb ada perang saudara. Rusia kata Ukraine..ukraine kata rusia. Tp aku leh caya Rusia sbb usia ambil masa dan beri bukti bukan dia. Walhal Ukraine lepas je insiden tu terus kata Rusia. Rusia dan US kan tgh gaduh masa tu. So DSN pada masa ni guna inistaif dia sendiri ank dapatkan kotak hitam dari askar di ukraine. Masa ni rating DSN naik. Tu aku rasa orang yang jadi dalang makin marah sbb DSN dan Malaysia tak melatah.

Paling nuklearnye serangan ialah 1MDB. 1MDB ni kalau tak silap aku start by Tony Pua and Rafizi but lambat isu ni panas....but akhirnya berjaya. Pada masa ini GST dah pon diumumkan akan berkuatkuasa 1 April 2015. Makin kuat la serangan. Siap ada perhimpunan bantah GST. Ada yang kene interbiu tu, bila ditanya apa dia GST pon dia tak tau. hihihihihi

Lepas tu sebelum 1MDB isu anak kawin...DSN lagi....malas nak komen la...hahahahha semua DSN buat tak betul!! ada ka?? logik tak?? lu pk la sendiri!!!

Now 1MDB ni mmg meletup dan makanan pembangkang. Now bila Tun M mula bersuara masa ni lah isu tu paling hangat. Ultimatenya ialah pasal Tabung Haji. Malam sebelum pilihan raya Permatang Pauh. Mmg kesan besar pada undi. Undi melayu swing masa tu. Mmg berjaya!!

So 1MDB macam2 dah kuar sekarang ni dan menjadi lebih hangat bila soalan Tun M tidak dijawab. DSN panggil auditor yang terkemuka. Tun M kata lambat sangat. Kat sini aku nak highlight sikit...auditor tu bukan calang auditor kalau dia bersubahat dengan kerajaan Malaysia nak palsukan dokumen...alamatnya lesen mereka boleh ditarik balik. Apahal dia nak risiko bisnes dia?? So pk2 kan ler. ......Sementara tunggu result 1MDB ni kuar lak statementyang paling latest pasal duit yang masuk ke akaun DSN. Berantai serangan pada DSN. Napa yeh??? Apa sebenarnya niatnya?? Siapa dalang sebenarnya ..dah 6btahun DSN jadi PM, tak pernah aman dia ngan gosip. Aku bukan sebelah dia sangat tapi aku mula terpikir....apa yang DSN buat sampai begitu benci orang 'itu' kepada DSN. Adakah DSN sebenarnya penyelamat Malaysia hingga dia tak boleh ceritakan hal sebenar apa yang sedang berlaku?? Sedangkan dia bersumpah dengan Quran pon orang tak caya..ini kan pula cerita lain.

Jika benar la DSN ini penyelamat Malaysia aku doakan supaya dia diberi kekuatan dan keyakinan untuk menyelamatkan malaysia. Jika di salah aku mohon Allah tunjukkan kebenaran. Jika dia benar aku mohon Allah s.w.t tunjukkan kebenaran. Semua cerita yang kelaur ini semua dari social Media dulu, Malaysiakini dan Malaysia insider dan Sarawak report. Sedangkan kita tau news paling advance ialah CNN, Al-Jazeera BNBC. Mereka tak minat pasal Malaysia?? Kim salam la kalau tak minat....dulu masa bang non mula demo 1997 depa la paling kuat sebarkan dalam media dorang. So SAPA DALANG YANG CUBA ROSAKKAN MALAYSIA???

Harus diingat setiap kerajaan dalam dunia ini dari dulu jatuh bukan kerana kalah dalam medan perang tetapi bila fitnah, dengki dan hasut menghasut berleluasa dalam negara tersebut hingga negara itu lemah. Ambil contoh Melakda dah la....Melaka bukan tak kuat dari segi armynya...20000 pahlawan menentang tentera portugi 2000 orang tetapi Melaka Kalah juga. kenapa?? PAsal hasut, fitnah dan khianat pada masa itu amat berleluasa. So bagi aku...aku pk bende ni la yang buat aku terfikir lagi. Tak pernah dalam sejarah dunia yang aku tau pemimpin negara tersbeut diserang secara konsisten selama 6tahun berturut-turut!! Sama2 kita renugkan kembali dan pk sejenak apa muslihat kali ini. Jika tuduhan itu benar...mohon pada Allah swt supaya dipeliaharakan Malaysia ini negara tercinta...jika ia tidak benar..mohon supaya kebenaran ditunjukkan juga dan Malaysia kembali kuat sebagai sebauah negara yang aman dan damai.


Friday, 11 July 2014

Strategi Politik Dalam Malaysia (Part 2)

Salam to all,

Selamat berpuasa!!. Semoga bulan Ramadhan ini membawa barakah dan kesejahteraan kepada kita semua. Dah hampir dua minggu puasa....dan Syawal mula dirasai. Ramai dah start cerita balik kampung dan masakan apa di hari raya. Anyway aku ucapkan semoga bahagia dan ceria selalu.

Hari ni aku nak sambung mengenai strategi yang dimainkan oleh parti politik di dalam Malaysia. Apa yang aku tulis ni hanya pendapat aku melalui pemerhatian aku sendiri. Aku mulai dengan Dyana Sofea.....nama ni aku rasa dah tak asing lagi dah kan? Beliau kalah PRK Teluk Intan....ramai kata dia kalah bermaruah...but aku cakap dia tu dah hilang maruah bila bertanding atas tiket DAP. :) itu nanti la aku kupas...aku nak cerita mengenai strategi sahaja. DAP meletakkan Dyana Sofea kerana  bersebab.......Strategi ni amat memeranjatkan BN. Sedang BN masih memainkan cara permainan yang boleh diagak, DAP mengorak langkah maju kehadapan menampilkan calon muda dari keluarga UMNO sendiri!!. Malah Ibbu dyana yang dikatakan mendapat nikmat di bawah UMNO juga menyokong UMNO. Dyana boleh dikatakan membesar dengan duit UMNO kini tampil melawan UMNO kembali. BN berjuang menjaga maruahnya. Jika kalah, akibatnya amatlah buruk. Jika menang kesannya tidak la terasa. Walau bagaimanapun sedar tak sedar, makin ramai golongan Melayu memasuki DAP selepas kekalahan Dyana. Strategi DAP ini amat bisa. Jika mereka kalah, mereka masih lagi menyerang. Selepas Dyana kalah, ramai lak aku baca yang ikut jejak Dyana. Yang paling menakutkan ialah, Dyana cuba menarik golongan UiTM untuk join mereka. Kubu kuat Melayu UiTM jika dapat ditembusi DAP, amatlah malang bagi Melayu di generasi akan datang. Even Dyana telah kalah, beliau tidak berhenti dari membawa calon, kawan2 beliau untuk bersama beliau dengan DAP. Bayangkan la selepas ini suara-suara dari graduan UiTM yang sendiri meminta UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera. Dan golongan Bumiputera sekiranya ingin memohon masuk hendaklah berdasarkan merit. So tiada lagi keistimewaan kepada Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Universiti. Heheheh dengar kata MRSM dah dibuka.... Now the focus on UiTM. So aku rasa jika Dyana menang lebih mudah untuk DAP melaksanakan tugas tersebut tetapi jika Dyana kalah, usaha tersebut tidak berhenti disitu lagi. Itu misi Dyana dan DYana pon dah berulangkali dia cakap yang dia nak semua sama. Graduan UiTM, membesar dengan bantuan UMNO dari kecil hingga ke besar, suddenly dia kata semua yang dia terima itu tidak betul amalannya!! Huh??!!! camna tu??so fikir-fikirkan la ye....dia kata semua ni tak betul selepas dia dah peroleh semua kejayaan.... baru dia cakap apa yang dia nikmati selama ini adalah tidak betul. Sistem yang diguna semasa dia membesar ini salah!!

Bagi BN jangan la pula setelah menang anggap mereka benar-benar menang. Jangan lupa, dalam setiap pertempuran luka-luka dan kecederaan yang dialami perlu dirawat. Seperti yang saya kata tadi, DAP masih merobek-robek UMNO dan BN walaupun setelah dia kalah. Ini lah virus dan luka sertra kcederaan yang perlu dirawat. Jika tidak dirawat, maka ia akan menyebabkan kecederaan tersebut menjadi lebih parah dan boleh mengakibatkan kematian. So berhati-hati lah yer BN. Bak orang putih cakap, the nest defence is to offence. So BN juga kene start menyerang....maksud menyerang ialah memastikan semua janji ditunaikan dan dilihat keberkesanannya. Ingat bukan setakat menjayakan tetapi memastikan dia beroperasi dengan effisyen.

Now taktik terkini, Ambiga muncul semula setelah lama mendiamkan diri. Kali ni dengan NEGARAKU??!! tak silap aku la. Apa yang menarik perhatian aku ni adalah cycle telah bermula...Ambiga diminta aktif kembali. Kemelut PKR perlu disingkirkan dari media perdana. Ambiga diminta untuk membuat kerajaan menggelabah. Sebelum ini Ambiga diminta untuk buat BERSIH. Nak BERSIH camna jika pemilihan PKR pon sampai sudah tak abih2 lagi. So AMBIGA diperlukan untuk membuat benda lain janji alihkan perhatian media kepada PKR, Anwar dan perebutan kuasa MB selangor. So kita akan lihat kelibat Ambiga lebih aktif hingga aku rasa penghujung bulan Oktober tahun ni. Ini tugas baru Ambiga.....Ingat tak dulu lepas BERSIH 3.0 dan PRU 13 mereka nak buat secepat mungkin demo BERSIH tetapi kini dibatalkan la.....mana nak demo, sendiri tak betul. kikikikiki. Ambiga seorang peguam dan pejuang hak asasi manusia (kononnya la)...so kita lihat perkembangan ini nanti.

Sabah Sarawak...serangan dibuat...now camna pon kene masuk sabah sarawak....Sabah dengan isu kelemahan keselamatan dan sarawak dengan isu mengenai kemerdekaan. So ni nak bgi Sabah Sarwak  keluar dari Malaysia. Ada mula pertikaian dalam ni. So hasutan demi hasutan untuk minta Sarawak kelaur dai Persekutuan Malaysia. Ini negeri deposit BN. Jika nak menang, Sarawak dan Sabah mesti dihancurkan. One of the way ialah mulakan gerakan memerdekan Sabah dan Sarawak. Aku rasa strategi ini sungguh kotor dan tidak bertamadun. Sbb ini hanya merugikan negara sahaja, Tak tahu la...harap kerajaan BN cepat-cepat ambil tindakan untuk bentras perkara ini dari berlaku. Suara yang meminta rakyat Sabah dan Sarawak membenci BN dan Semenanjung mula kendengaran dan makin kuat.....apa pon aku harap kesetiaan kepada Malaysia tidak berbelah bahagi!!!

Dari segi BN pula, nampak seperti semakin kuat. Suara-suara menghina dan memaki BN sejak kebelakangan ini makin kurang. Bukan apa, orang dah menyampah dengan cerita-cerita penipuan ini. Lagi2 bila byk insiden pemilihan PKR, penceraian Nurul Izzah, Anwar akan masuk penjara dan lain-lain lagi yang kembali menguatkan BN. Ramai marah bila kerajaan kembali memberi kerusi kepada MCA yang langsung tidak memberi apa-apa kerusi kepada BN. So sekarang ni sentimen ni masih marah kerana MCA perlu menunjukkan kepada BN bahawa mereka masih relevan. So kekalahan lalu akan diambil peluang oleh orang Cina untuk meminta apa-apa dari kerajaan tetapi menyokong DAP. Kita lihat la perkembangan ini. Jika BN masih lagi gagal meraih uundi cina kembali seperti dahulu, so pk pk kan ler ye sama ada bagus ke tidak bende ni.

Aku rasa itu sahaja dapat aku ulaskan....kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti.

Thursday, 22 May 2014

Strategi dalam Politik di Malaysia (Part 1)

Salam,

Sejak kekalahan besar BN pada tahun 2008 pada PRU 12, pelbagai perkara terjadi di Malaysia. Aku rasakan Malaysia semakin tegang dari segi perpaduan kaum dan agama. Kejadian bertambah buruk dengan pemansuhan ibu segala akta iaitu ISA. Lebih ramai bersuara dengan lantang mengenai isu-isu sensitif. Aku dapat rasakan, kesangsian antara kaum semakin ketara. Bagai pepatah retak menanti belah dan ibarat telur dihujung tanduk. Makin ramai mula melupai semangat setiakawan, masyarakat majmuk dan hormat menghormati sejak kebelakangan ini. Pada PRU 13 satu bentuk tsunami berlaku apabila pengundi cina dikatakan tidak memihak kepada BN. Dikhabarkan 90% penduduk cina tidak memihak kepada BN. Semuanya bermula semasa pemerintahan Pak Lah. Tetapi tidak perlu lagi diulaskan perkara tersebut. Yang penting sekarang bagaimana merapatkan kembali jurang yang semakin besar. Pelbagai cara digunakan untuk menimbulkan kebencian antara satu sama lain. Fitnah berleluasa dan tiada lagi golongan yang dihormati.

Perhatikan pembangkang di Malaysia. Gerakan dan strategi mereka sungguh hebat. Aku akui ia bagus dan berkesan. Matlamat pertama ialah memberi tekanan kepada kerajaan pemerintah untuk menghapuskan ISA. Siri demi siri demonstrasi diadakan untuk memberi tekanan. Memorandum memorandum disampaikan. Yang paling menarik strategi pembangkan di Malaysia mereka tahu siapa yang patut digunakan dan bila ia patut digunakan. Untuk menghapuskan ISA, mereka menggunakan BAR Council untuk berbicara mengenai ini. Peguam-peguam digunakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan. Sikit pon mereka tidak sentuh mengenai US, Singapura yang mempunyai akta yang sama. US pula menggunakan ISA malaysia sebagai langkah pencegahan. Rakyat Malaysia disogokkan dengan ISA sebagai zalim dan tidak mengiktiraf hak asasi manusia. Ramai tidak sedar atau lupa Akta ISA ini adalah satu akta PENCEGAHAN dan bukannya hukuman seperti akta-akta lain di Malaysia. Penahanan orang tertentu adalah untuk mengelakkan masalah lebih besar berlaku. Jadi akta ini digunakan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku. Tetapi,strategi pembangkan amat hebat hingga tidak terdaya kerajaan menahannya. Jadi akhirnya terpaksalah mengalah dan menggugurkan ISA dan digantikan SOSMA yang dikatakan mengikut prosidur sebenarnya. Wallahhualam.

Selepas menyerang ISA dan berjaya, pembangkan menyerang pula sistem pemilihan. Perasan tak anda pada masa ini BAR Council tidak lagi memainkan peranan yang besar? Kali ini, Ambiga pula mengambil alih atas nama BERSIH. BERSIH 1, 2.0 dan 3.0 diadakan. Simboliknya diadakan di Padang Merdeka!! Kenapa ye?? hehhehehe SPR dihentam dan dimaki hamun...sekali lagi Kerajaan tunduk. Tetapi kali ini kerajaan lebih pandai. DIminta BERSIH mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan dan dibahaskan. Yang menariknya, cadangan BERSIH diminta wakil dari BERSIH, pembangkan dan kerajaan duduk bersama dan bincangkan. Tetapi wakil pembangkan amat sedikit sahaja yang hadir dikhabarkannya. So apabila majoriti tuntutan BERSIH dibahaskan, dibincangkan dan diimplementasi...pembangkang menggunakan taktik lain. Sekali lagi demonstrasi digunakan dan mensasarkan SPR. Dikatakan melalui demonstrasi BERSIH ini objektifnya adalah menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di negara-negara Arab dan meminta kerajaan menggunakan kekerasan bagi meminta simpati dunia. Ini tidak berlaku tetapi simpati lebih kepada pihak kerajaan. Kerajaan menggunakan peniaga dan rakyat yang anti demonstrasi sebagai counter attack. Strategi ini berkesan dan BERSIH gagal menakluki Dataran Merdeka dan tiada yang injured atau mati seperti yang diharapkan. Ada lakonan mati la...tetapi cepat didedahkan mamat tu penipu. hehehehe Pihak demonstrasi sebenarnya mempertaruhkan nyawa rakyat dengan harapan kerajaan Malaysia bertindak seperti di negara Mesir, Syria ataupun Thailand apabila menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan. Sekali lagi ini gagal, malah ada peserta yang innocently percaya ia hanyalah demo aman, mengkritik Ketua Pembangkang SDAI dalam sidang media apa sebenarnya terjadi?? Isu ini tidak dijawab hingga ke hari ini.

Serangan ini tidak berhenti disitu sahaja. Pembangkang mula menukar taktik menggunakan mahasiswa. Ingat nama Adam Adli??!! Beliau tiba-tiba muncul dan memulakan gerakkan membangkitkan semangat mahasiswa di mana-mana. Atas nama Suara anak muda or tak silap Solidariti apantah. Sekali lagi mereka mengumpan kerajaan menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa. Adam Adli nak serahkan surat apanta satu malam tu pastu ada cermin pecah. Namun demikian, yang kene tu dia bukan orang lain. Tu masalahnya hehehehe dia tak sepatutnya kene...yang patut kene geng2 dia tapi Polis kita ni bijak juga la...dia cari kepala dia je which is Adam Adli. Masa ni Ambiga dah senyap dah....perasan tak?? Hanya siri debat Ambiga sahaja dengan KJ yang akhirnya terpaksa Ambiga diam kerana KJ lebih pandai berhujah. Tahniah KJ. Sepatutnya siri debat tu kalau Ambiga yang menang bakal mencetuskan perkara lain aku rasa. berbalik pada Adam Adli tadi, lepas peristiwa ini nama Adam Adli mula surut....ini menunjukkan gerakkan reformasi pelajar telah gagal atau tidak mencapai objektifnya. So mereka pergi ke strategi lain.

Penggunaan artis dalam ceramah2...pada masa ini PAS mula menunjkkan taring pula selepas PKR gagal dalam beberapa siri. Masa ini tak silap aku kes ANWAR dan Saiful dah hangat dah. Nak PRU 13 ni. So, PAS mula menggerakkan jenteranya. Ingat nama Abby, Hairi Othman, Leman, Bob Lokman, Mustapha Kamal dan Aishah?? Selain itu, UAI juga digunakan. Pengaruh UAI amat besar dan kuat pada masa ini. ABBY mula membuat bising dan menghantar tweet yang panas hingga mendapat respond dari kalangan artis. Teringat aku AC Mizal minta debat dengan ABBY. Sebenarnya tu perangkap je tu. Isu kalau tak silap aku pasal ISA apa ntah. Hairi Othman pula berceramah bukan main dia....Leman pula siap tunjuk video yang dia berbicara dengan wakil rakyat BN pujuk dia masuk BN. Manakala Bob Lokman pula ceramah asek hentam UMNO dan sistem famili sekrang. Pada masa ini PAS lebih fokus menyerang UMNO. Kenapa artis melayu sahaja?? Ini lah artis yang diharapkan dapat menarik golongan kepada pembangkang. Yang bestnya, mereka ni semuanya dah season heheheheh. So nak raih simpati mereka bgtau kerajaan UMNO zalim, nak dapat job mesti UMNO. Maybe betul maybe dak aku pon tak tau. Tetapi yang aku nak ulas sentimen mereka yang sekarang hidup susah dan semua ini kerana UMNO. Bob Lokman lain...yang aku ingat dia cerita pasal penyesalan dia kerana berada dalam industri hiburan hingga anak-anak dia lupa. Lebih kurang gitu la....Yang aku ingat dia kata baru kini dia sedar semua itu legha....orang mula tepuk tangan dan angguk kepala. Padahal dalam Islam dah bgtau dah musik itu melalaikan...yang ko gi masuk juga industri tu buat apa?? Begitu juga ngan Aishah....beliau menggunakan peluang yang baik dan menceritakan pengalaman sendiri berjumpa dengan Shahrizat. Masa ni Sharizat dah kene serang pasal kes lembu tu. So Aishah menceritakan pengalaman peribadinya sendiri berjumpa dengan shahrizat yang dikatakan tidak mendapat perhatian. Masa ini aku lihat kerajaan tidak dapat balas dengan baik. Ramai sungguh orang gi ceramah PAS. Nak dengar artis cakap kan?? Siap buat kat pasar malam lagi pon ada. hehehehhe. Penggunaan artis ini sebenarnya hampir berjaya tetapi cara counter ialah dengan melihat kembali profile artis tersebut. Abby ada masalah rumah tangga dan cerita dia tak semenyak di set dan bergaduh ngan norman mula keluar. So, ada simpati ada yang cam kata apara....Hairi Othman, artis yang dah lama menghilang dan menghadapi masalah apantah aku tak ingat. Tapi yang aku ingat dia pernah ditangkap khalwat semasa zaman kegemilangannya dulu. So again profile artis ini tercemar. Lain-lain malas la nak citer  dah hahahahha. Kesimpulannya ialah pembangkang menggunakan orang yang dulu kononnya sokong UMNO now sokong PAS dan mereka menceritakan sendiri pengalaman buruk mereka semasa menjadi artis. Now they have become soleh dan solehah la. Yang still aku nampak dalam TV Mustapha Kamal je kot hhingga hari ni....Strtaegi ini byk meraih simpati. Ye la artis dah takder job, nak cari makan pon susah sebab sekatan oleh UMNO....itu la sentimen yang dimainkan. Bagi aku strategi ni berjaya hinggalah pendedahan profile each and everyone dibuat. So mana-mana artis yang sebelum ni bermasalah, orang mula tinggalkan dia. So again, mereka gagal dalam emnggunakan artis untuk menarik lebih ramai orang. Ceramah2 mula berkurangan...dan akirnya senyap begitu sahaja. Momentum dah abih....heheheheNow mereka dah diam semuanya...tak tahulah kalau sedang merangka strategi lain...wallahhualam.

Media sosial....ha ni mmg best dikupaskan. tetapi aku akan kupas hari lain la.....penat dah

Wednesday, 21 May 2014

Oh Dyana Sofya!!!

Salam,

Lama sungguh aku tak taip blog. Malas dah aku nak taip...sbb byk dah blog sekarang ni dan aku lebih suka baca blog sedia ada. Sbb apa yang aku fikir blog tu dah menceritakan segala-galanya. Tetapi kali ini lain la. Dyana Sofya!!! Nama baru dalam arena politik negara Malaysia. Cukup sensasi sekarang ni. So kali ini aku terpanggil untuk menulis pendapat aku. Korang setuju ke idak lantak la...pendapat aku kan??!! hehehe anyway korang bebas la nak komen apa pon. Pendapat korang juga bebas...tapi jangan la melampau sampai lupa agama.

Dyana Sofya, mmg mengejutkan. Orangnya cantik dan senyumannya manis. Dikhabarkan dilahirkan dalam keluarga penyokong UMNO dan mendapat pendidikan dari UiTM. Memang aku akui cantik. hehehehe Apa pon lets not focus on the kecantikan tu. heheheh

Bila Dyana Sofya dinamakan calon untuk bertanding PRK Teluk Intan aku agak terkejut. Sbb dari graduan UiTM, dan dibesarkan dalam keluarga UMNO aku rasa la orang yang paling akhir untuk DAP pilih untuk menjadi wakil mereka. Lahir aku tak sure kat mana tapi aku rasa bukan Teluk Intan la. Aku rasa ini taktik terbaru DAP tunjukkan. In terms of strategy aku puji DAP. New strategy yang menggoyangkan UMNO dan BN. Tidak terlintas oleh sesiapa yang musuh menjadi kawan, kawan akan menjadi musuh. Bagi aku dalam kes ini DAP berjaya membuktikan bahawa orang UMNO dan graduan UiTM juga percaya dengan konsep yang di bawa oleh DAP selama ini iaitu Malaysian Malaysia. Apa lagi UMNO nak balas? Kali ini tidak terjawab dan mengharapkan kemenangan Datuk Mah untuk menutup segala cerita. Strategi yang digunakan DAP ini tidak dijangka oleh BN atau UMNO. Sesuatu yang perlu difikirkan. Ni macam main catur, Queen kena ngap la!! heheheh cuma check mate tunggu keputusan undian.

Bagi aku Dyana Sofya dan keluarga telah digunakan. Apa tidaknya menajdi ADUN umur 20 an dan menjadi lebih popular dari artis. Soal boleh kerja takleh kerja citer belakang. Seperti kita maklum selepas Tunku Aziz keluar dari DAP, DAP hilang figure Melayu dalam partinya. Dengan pemilihan yang tidak telus dan pembatalan oleh ROS yang sehingga kini tidak selesai, DAP semakin berkuasa dan taring dan kukunya makin hebat. Bagi aku Dyana Sofya adalah gadis yang mempunyai cita-cita tinggi dan DAP menyediakan platform yang boleh melonjak beliau dalam sejarah Malaysia. Bagi aku ibunya tak salah sokong anaknya...cuma aku rasa ibunya juga nak juga habuan sebagai ADUN sekiranya anak berjaya. Well jadi ADUN ni byk peluang akan dibuka. Dengan kekalahan demi kekalahan jentera BN dan DAP dilihat sebagai parti dominan di Malaysia. Peluang yang diberikan oleh DAP tidak mungkin ditolak.

Oklah Dyana nak jadi ADUN...tapi kenapa perlu DAP??? Kalau dah jadi calon DAP kenapa perlu hentam balik UiTM, Hudud dll. Mengenai UiTM tu kenapa la nak diganggu?? Hai Dyana, mungkin kamu rasa ia perlu dibuka tetapi sedarkah jika dibuka peluang untuk bumiputera belajar makin kurang? Mungkin Dyana datang dari kaum berada...tetapi masih ada mereka yang tidak mampu untuk pergi ke Universiti lain kerana kos yang mahal Hatta IPTA juga memerlukan kos yang tinggi. Saya merupakan graduan ITM....saya lihat makan minum dan tempat tinggal disediakan. Ada gak la yang kene dok luar tapi peluang nak duduk di tempat disediakan masih ada. Apa yang sebok Dyana nak kacau UiTM. Berlambak lagi Uni lain....yang hat ni juga nak diganggu?? Apa motifnya? Tidak lain tidak bukan saya berpendapat skrip ini ditulis oleh DAP. Graduan UiTM sendiri menyatakan UiTM perlu dibuka kepada orang luar. Check Mate kan??!!

Dyana tahu ke yang UiTM ni bukan la semua yang berada. Saya rasa Dyana tidak tahu sbb dia sendiri kata pemilihan adalah dari kalangan orang UMNO dan golongan kaya. Wahai Dyana, jika anda tidak mahu menggunakan lagi UiTM, jangan la beri alasan untuk dibuka ...sbb orang lain masih memerlukan. Anda seperti kacang lupakan kulit. Anda dah gtraduate, anda dah berjaya pastu anda bgtau yang semua ini tak betul.

Mengenai hukum hudud, sah2 anda tidak tahu mengenainya. Sekali lagi saya rasa skrip ini ditulis oleh DAP. Anda kata tidak sokong hudud. Spt biasa ia akan potray yang UMNO yang tidak sokong hudud sbb anda dari keluarga UMNO dan anda adalah dari anak didikan UMNO. Ibu anda kata anda seperti Marina Mahathir. Hihihihihihi....saya nak gelak gak. Marina lebih cenderung kepada NGO. Ye dia bebas mengatakan apa sahaja tapi saya tak pernah nampak dia join DAP yang menghentam balik apa yang ibubapanya usahakan. At least for now dia tidak join la DAP. Mungkin rasa hormatnya pada ibubapanya masih ada. Tetapi tidak mustahil DAP akan menggunakan Marina jika boleh. :) Anda ditawarkan dengan jawatan yang menjadikan anda cukup hebat....tak kira apa anda inginkan dan DAP menggunakan peluang itu untuk menjayakan rancangan mereka. Buat masa ini pintu hati dan minda anda tertutup untuk mendengar pandangan tetapi biarlah masa menentukan. Tunku Aziz akhirnya mengakui DAP sebagai parti racist dan anda menidakkan. Mungkin bila dah tergadai semua pon anda masih belum rasa bersalah. Yang anda nampak ialah apa yang bakal anda nikmati nanti. Takper la dalam kubur anda jawab paling banyak...sbb sebagai pemimpin tanggungjawab berat dan apa yang anda buat untuk agama adalah soal anda dan tuhan. Mungkin Dyana dah ada jawapannya. Buat masa ini cakap apa pon Dyana takkan dengarnya. tengah seronok!! heheheheh

Sepanjang ingatan saya, perjuangan DAP ingin menjadikan negara ini sepeti Singapura. Dyana tahu ke kontrak sosial? Selama ini ramai yang kata hak sama rata tetapi saya rasa kontrak sosial ini jangan diganggu. Selagi kita berpegang dan hormati ini Malaysia boleh aman. Dalam kontrak sosial ni tiada lak kata rang Melayu first class citizen dan orang lain second class citizen. Hanya yang diwawar sahaja. Actuallu itu agreement....hak keisitimewaan orang Melayu dipersetujui. Itu je. Yang lain bebas nak mencari kekayaan, nak cari ilmu , amalkan agama masing2. Apa second classnya Dyana? ooo Hak istimewa tu menjadikan orang Melayu first class citizen?? Ada ke orang Melayu cakap camtu?? Yang cakap bukan melayu je. Dorang nak lebih lagi?? Apa yang dorang nak lagi Dyana?? belajar? ada sekolah jenis kebangsaan yang ada sampai skunk cakap bahsa melayu pon tak betul. Nak berniaga?? Mereka adalah golongan terkaya di Malaysia...siap ada Chinatown lagi.... so apa nak lagi?? Rumah kat KL ni mereka yang beli semua? Top CEO dalam Malaysia ni mereka juga. SO apa dia nak sama rata lagi?? Kalau nak sama rata, pastikan mereka boleh berbahasa Melayu dulu, hantar anak ke sekolah kebangsaan dulu...and sekolah jenis kebangsaan ditutup....Nama tidak boleh menggunakan nama cina...buat cam Indon tu aaa....boleh?? Dah takder dah Cinatown, petaling street tu hapuskan ....so samakan dulu semua. Ni hak2 bumiputera apa dia Dyana?? Semua hak-hak tu skunk ni pon dikuasai oleh orang cina. So apa lagi Dyana nak sama ratakan??

So Dyana, pada pendapat saya, DAP menyediakan platform yang amat menarik bagi Dyana. Takleh nak tolak. Takyah la nak bgtau Dyana ni cam Marina Mahathir ke sapa. Dyana mempunyai agenda sendiri....hehehe sama cam Nurul Izzah gak. :) Apa pon Dyana...dalam mencapai niat peribadi jangan la digadaikan hak orang lain. Mungkin Dyana tak mahu pakai lagi dah hak2 bumiputera tetapi masih ada yang memerlukan. Bagi orang cina dan India mereka tidak terjejas pon dengan kewujudan UiTM tu. So apa Dyana nak buktikan saya pon tak tahu....cuma saya rumusan pandangan saya ialah..Dyana Sofya adalah pengkhianat generasi akan datang. Dyana telah berjaya tetapi mempertaruhkan hak golongan di masa akan datang. Tiada apa dengan UiTM...ia hanya melahirkan graduan bumiputera yang semakin ramai dan pandai...ini yang DAP tidak mahu....ini pandangan saya.....sekian.


Saturday, 11 January 2014

Kalimah Allah

Salam,

Kali ini aku ingin menulis tentang isu kalimah Allah. Aku bukanlah seorang yang warak atau mendapat pendidikan tinggi agama islam namun aku tahu la batas-batas asas dalam Islam. Penggunaan kalimah Allah yang hangat diperkatakan sekarang amatlah bahaya jika terus dipermainkan.


Allah s.w.t tuhan yang lazim dipanggil oleh masyarakat Islam di Negara ini. Sekian lama umat Islam di Negara ini menggunakan Allah sebagai merujuk kepada panggilan kepada tuhan mereka. Namun demikian, baru-baru ini pihak kristian menggunakan istilah Allah dalam kitab bibble mereka dan merujuk kepada tuhan mereka juga. Secara asasnya, Islam dan Kristian (asal) sebenarnya mengajar kepada Tuhan yang Satu. Islam di bawa oleh Nabi Muhammad SAW dan Kristian (panggilan kristian ni tak sure dari mana) di bawa oleh Nabi Isa AS. Nabi Isa merupakan salah satu nabi dari Ulul Azmi. Umat Islam memandang Nabi Isa AS amat tinggi dan ajaran sebenarnya adalah menyembah kepada Tuhan Yang Satu iaitu Allah SWT. Pihak kristian ingin mengambil peluang ini dan mengatakan Allah juga sebagai tuhan mereka. Persoalannya bolehkah mereka menggunakan kalimah Allah? Umat Islam di Negara ini menentang keras tentang perkara ini. Aku juga sebagai mukmin juga menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama kristian. Bagi aku senang sahaja, kenapa baru sekarang mahu menggunakan Allah? Sebelum-sebelum ini mereka merujuk tuhan mereka the One. So let it be as it is? Kenapa perlu menggunakan Allah? Boleh ubah2 lak kitab Injil ni ye? Kejap The One kejap Allah. Kenapa tak merujuk kepada Sakhti kea tau tuhan hindu or tuhan Buddha or Tuhan orang matahari? Kenapa mesti Allah? Tak marah masyarakat hindu jika menggunakan nama tuhan mereka dalam bible? Walaupun aku bukan hindu tetapi penganut agama hindu juga sensitive mengenai agama mereka.

Aku teringat Dr Zakir Naik dalam ceramahnya pernah ditanya oleh seorang penganut agama kristian tentang penggunaan kalimah Allah dalam bible. Beliau menjawab dengan mudah…..jika Allah yang dimaksudkan oleh orang kristian ialah tuhan yang satu dan tidak beranak dan tidak diperanakkan, beliau tiada masalah jika penganut kristian untuk menggunakannya. Tetapi jika penganut kristian refer Allah sebagai Bapa Tuhan Nabi Isa dan Nabi Isa AS adalah anak tuhan, beliau menyatakan memang akan menjadi masalah. Aku setuju dengan beliau. Sesungguhnya dalam Islam mengiktiraf ahli kitab. Sembelihan Ahli Kitab juga boleh dimakan. Jika penganut agama kristian ingin menggunakan kalimah Allah silakan tetapi definasinya perlulah betul dalam Islam. Islam mempercayai kewujudan Nabi Isa tetapi kristian menolak kehadiran Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan rasul. Sehubungan dengan itu, sebab itulah umat Islam menentang keras penggunaan kalimah Allah dalam kitab bible. Aku juga menentang. Kenapa mesti ubah sekarang. Sewajarnya Malaysia terdiri dari rakyat berbilang kaum dan agama. Sejak dari merdeka keharmornian ini dijaga dengan baik. Pihak gereja tidak pernah atau pernah bercadang menggunakan kalimah Allah dalam ajarannya. Isu agama bangsa merupakan isu yang amat sensitive. Jadi tak usahlah cuba mengeruhkan lagi keadaan. Malaysia mengamalkan dasar toleransi yang tinggi. Islam sebagai agama rasmi tetapi kaum lain bebas mengamalkan agama masing-masing. Sejak dari dulu lagi tidak wujud masalah ini dan kini pihak gereja cuba menggunakan istilah ini dengan alasan hak asasi manusia. Apa guna hak asasi manusia jika meruntuhkan hak asasi manusia yang lain seperti keamanan, kesejahteraan dan lain-lain. Sudah-sudah la…..jika pihak gereja betul cintakan keamanan sila gugurkan isu ini dengan tidak menggunakan kalimah Allah.

Aku amat menentang penggunaan kalimah Allah ini dalam bible kerana ia bakal mengelirukan umat Islam yang muda-muda. Waimah aku juga kadang-kadang keliru dengan Islam kerana terlalu banyaknya hadis palsu dan ajaran sesat. Bayangkan la kalau pihak gereja mula menggunakan kalimah Allah. Betapa akan mengelirukan lagi apabila ada statement Allah adalah bapa dan Nabi Isa adalah anak Allah. Sekarang ini belum nama Allah digunakan secara meluas pon umat Islam banyak dah keliru apatah lagi bila nama Allah digunakan dalam bible. Jadi bagaimana nak bezakan Islam dan kristian. Jika dibenarkan kalimah Allah, apa pula lepas ini? Penerbitan buku-buku kisah nabi mengikut bible? Mungkin akan berlaku…kerana nama-nama nabi dalam kitab bible adalah sama dengan nama nabi dalam Al-Quran. So akan ada buku kisah nabi berdasarkan bible (umat islam percaya kitab bible sekarang telah diubah) dan kisah nabi berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Bagaimana nak bezakan? Biarlah aku dan generasi aku membaca kisah nabi berdasarkan Al-Quran dan Hadith.  Sekirany generasi aku ingin baca bible, biarlah dia sudah matang da nada ilmu yang cukup untuk membezakan yang mana betul dan mana yang tidak betul seperti Dr Zakir Naik, Ahmad Deedat, Yusof Estes dan lain-lain lagi.


Wahai umat Islam di Malaysia, kita mungkin berbeza dari segi pendapat politik, tetapi apabila tiba mengenai Islam, wajarlah kita bersatu menyatakan pendirian kita. Islam menyatukan Ummah dan bukannya perpecahan. Kekuatan Islam terletak pada perpaduan bukan terletak di kalangan segelintir umat Islam. Kita mungkin bukan muslimin yang baik tetapi ini tidak bermakna kita wajar membiarkan ia berlaku. Byk kisah dalam sirah Islam insan yang jahat tetapi kemudian tampil membela Islam apabila diperlukan dan gugur syahid di medan perang. Kita tak nak la sampai berperang kerana Islam itu mengajar umatnya keamanan. Tetapi, Islam memerlukan perpaduan untuk kuat. Sama-samalah kita berganding bahu untuk membela Islam di Negara kita tercinta. Biarlah kita jahat mana pon pada masa ini kerana rahmat Allah sentiasa bersama kita. Amalan baik sekecil mana Allah SWT takkan lupa. Setidak-tidaknya apabila kita berjumpa dengan Allah SWT di padang masyar, kita mampu menyatakan satu kebaikan kita di depan Allah bahawa kita mempertahan nama Allah semasa hayat di dunia biarpon peranan yang dimainkan oleh kita amat kecil. Setidak-tidaknya ada juga peranan kita sebagai hamba Allah SWT dalam mempertahan kalimah ini. Sekiranya perpaduan ini berjaya hasilnya generasi akan dating akan lebih bertakwa, insya Allah pahala untuk kita. Kerana kita berusaha untuk mengelakkan generasi akan dating lebih keliru dari kita. Mungkin yang bijak pandai agama Islam sekarang tidak memandang isu ini sebagai isu besar kerana mereka mahir dan faham tentang beza Allah Islam dan Allah Kristian, tetapi bolehkah mereka memberi jaminan bahwa generasi akan datang tidak keliru jika nama ini digunakan oleh kedua2 pihak? Islam tidak diwarisi…ingatlah. Banyak kisah teladan dalam Islam bagaimana orang yang berilmu juga tewas diakhir hayat. Byk kisah dalam Islam bagaimana hidayah diberikan kepada orang yang paling jahat. Biarlah syurga neraka diuruskan oleh Allah. Kita sebagai Hamba Nya buat sebaik mungkin menjaga kesucian nama Allah ini. Kita tidak tahu bagaimana mati kita. Jadi mereka yang berilmu marilah bersama-sama bersatu dalam hal ini demi generasi akan datang. Satu Kalimah Satu Ummah. Allahhuakbar!

Wednesday, 9 January 2013

Kalimah Allah - Pandangan Aku


Hi all,
Lately ni hangat isu nak bangkitkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Hmmm.....katanya nama Allah ini adalah universal dan tidak kepada hanya kepada umat Islam. So mereka layak menggunakan kalimah Allah dalam mengajar agama mereka.

Aku nak ulaskan sket isu ini. Bagi aku la yang belajar agama tidak la tinggi mana, pon boleh fikir yang penggunaan nama Allah itu tidak sesuai digunakan oleh bukan Islam. Kenapa aku cakap camtu?
1. Anak-anak kecil tidak dapat membezakan mana satu Islam mana satu bukan Islam.
Kita cakap yang Allah itu satu pada anak-anak kita. Kita cakap Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Kita cakap Allah itu adalah pencipta alam ini dan tidak satu boleh disamakan dengan Allah.

Tapik bila nama Allah ini digunakan bukan Islam, contohnya agama Kristian tgk2 Allah ni ada anak iaitu Nabi Isa. Dia takkan panggil Jesus nya. Dia akan panggil Nabi Isa kalau dibenarkan. Dalam cerita-cerita dia nanti yang ditujukan khas untuk budak-budak, dia pastinya mnggunakan peluang ini untuk mengoptimumkan penggunaannya. So kanak-kanak akan jadi keliru. Tiba-tiba tgk kat gereja ada kalimah Allah. Tgk2 kat cerita Nabi Isa ada nama Allah yang diceritakan dalam versi Kristian. So camner tu. Mereka duit byk. Buku setahun boleh keluar berpuluh ribu dan lambakan buku keluaran mereka akan berada dalam pasaran. Takleh nak halang sbb dalam perlembagaan tiada sekatan untuk mengamalkan agama lain. So kita nak cakap apa pada anak2 kita. Tahu2 je mereka dah baca buku tu. Jgn lupa kanak-kanak paling kuat ingatan mereka. Kena pulak kat sekolah cikgu guna buku tu untuk ajar anak-anak yang kononnya mengajar agama Islam. Ada kita tahu? Doa pula yang diamalkan di sekolah dibaca oleh anak-anak kita ikut cara mereka. Ada kita tahu? Sekarang ini kita rasa selamat sbb tahu bahawa perkara sedemikian dilarang. Tolong la sedar UMAT ISLAM Malaysia, penggunaan kalimah Allah ini bukan takat nak guna sahaja. Ada lagi plan dia yang lain....Tolong la bangkang perkara ini. Bersatu la untuk menghalang perkara ini atas nama ISLAM.

2. Perang Crusade Tentera Kristian Tidak Pernah Laungkan Allahhuakbar
ada 3 perang salib sebelum ini. Peperangan ini mmg antara Umat Islam dan puak kristian. Yang aku hairannya, dalam ketiga-tiga perang salib ni, tidak pernah aku baca satu kisahpon yang ada dalam internet atau movie hollywood, mereka laungkan Allahhuakbar bila berperang. Hanya tentera Islam sahaja. Dah tu, kalau perang tak pernah guna abih nak guna pasal apa sekarang? Common la ni bukan pasal kalimah Allah sahaja. Ini merupakan satu kaedah colonization tersirat. Kalau dulu tahun 1511, Alfonso De Alburque datang Tanah Melayu ni boleh colonized Melaka dengan perperangan, tapi sekarang nak mulakan perang salib ke 4 bukan cara berperang. Yang negara Islam dok beli peralatan tentera padahal perang salib ke 4 dah pon bermula tetapi bukan lagi menggunakan kaedah konvensional. Ada ke dalam mana-mana tulisan sejarah Alfonso melaungkan ALLAHHUAKBAR masa takluk Melaka? Kalau ada la mesti Sultan Melaka ajak bincang sbb nak tanya ko ni Islam ke apa? Dalam cerita Kingdom of Heaven tidak ada satu pon nama Allah disebut oleh pejuang kristian dalam memepertahankan bumi Palestin. Ni nak guna nama Allah untuk apa? Kalau peperangan kerana agama tiada laungan Allahhuakbar, ni kenapa masa ni nak guna? Ada tujuan lainkan? Bagi aku tidak lain dan tidak bukan ialah bentuk penjajahan baru gerakan bawah tanah dan perang salib 4 telah pon bermula.

3. Orang Islam bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.
Orang Islam menggunakan kalimah Allah dengan penuh berhati-hati. Nama ini amat tinggi darjatnya. Tapi kenapa bila nak guna nama Allah, ada anasir-anasir yang pertikaikan Azan? Bukankah laungan Allah itu? Ada sesetengah kawasan perumahan yang menentang pembukaan surau. Sbb apa?? Bising bila Azan. Aik, nak guna nama Allah tapi masa azan dikatakan bising lak? Orang Islam bila laungkan nama Allah, betapa gerunnya mereka mendengar nama tu hinggakan tidak selesa kalau sedang buat perkara yang mungkar. Nama Allah digunakan oleh orang Islam bagi menyeru ke arah kebaikan selain dari panggilan solat. Yang depa ni nak guna nama Allah ni untuk apa? Ada agenda lain bukan? Dalam bible versi mana-mana sekalipon dia tak sebut Allah, dia sebut The One. Napa dulu2 tak bubuh Allah dalam bible? In fact dalam mana debat yang aku tgk dalam Youtube Deedat ke, Zakir, ke takder lak pembentang kristian menggunakan kalimah Allah. Ni apahal kat Malaysia ni nak guna nama Allah ni?

4. Benarkan penggunaan nama Allah sbb kononnya orang Islam boleh tarik minat orang bukan Islam masuk Islam.

Aku rasa ni la sbb orang-orang PAS benarkan. Sbb kononnya inilah peluang untuk kembangkan bilangan orang Islam. Bila nama Allah digunakan, orang bukan Islam boleh kenal Allah. Oit kalau ni la alasannya, ini lah alasan paling bodoh dan sangap oleh pemimpin parti Islam. Kenapa?? Buat masa ini nak keluarkan buku mengenai Islam pon amat sedikit berbanding publication orang krisitian. Ko pikir dorang nak ke baca buku tulisan korang. dengar pon idak apatah lagi nak baca. Kalau inilah alasannya, strategi ni bakal makan diri. Kena ingat puak-puak kristian telah memulakan langkah untuk memulakan crusade ke 4. Bibit dia sama dengan masa mula-mula perang salib 1, 2, dan 3. Perang Psychology. Mengukur kekuatan Islam. Dan buat masa ini mereka rasa boleh menang sbb ada orang Islam sokong.

Nak cerita berapa ramai orang bukan Islam dalam Malaysia yang dah di Islam oleh puak2 ni pon aku tak tahu berapa ramai. Tapik gerakan mubaligh kristian mmg ramai dah kristian kan orang. Mereka ada duit, kemudahan dan determination mereka tinggi. Tak macam orang-orang Islam. Yang ustaz-ustaz nya dok sibuk BERBALAH SESAMA SENDIRI. UIA kata UFB salah, UFB kata UIA tak paham. UIA kata pemimpin ni ngok. Dr MAZA dok kata orang ni salah. Oit korang tak nampak ke gerakan subersif sedang berjalan semasa korang tgh sebok tegakkan pendapat korang. Takleh ke bersatu kata jangan guna. Walaupun dulu2 kata boleh, tapik di Malaysia ni cakap je ikut cakap Ketua Agama iaitu Sultan. Sultan kata tak boleh, ikut je. Jangan byk songeh. Takyah ulas-ulas kata dalam syarak, history kata macam ni macamtu. KETUA AGAMA kata takboleh dah kata je tak boleh dan takyah ulas kata boleh. BOLEH TAK USTAZ2 bersatu? Kalau ustaz-ustaz cerdik pandai dalam Islam ni tak bersatu takkan umat Islam nak bersatu. Sbb gurunya pon dah tak bersatu. Apa yang terjadi sekarang ialah kalau statement tu tak betul dan salah dan bakal merugikan pihak pembangkajng, korang diam. Tak nak ulas. Hanya bersetuju sahaja ulas. Kalau yang boleh memenangkan pembangkang....bukan main ceramah korang kata orang ni salah...tak paham agama tak belajar...Oit tolong la!! ATAS NAMA ISLAM, boleh tak kita agree yang nama ALLAH itu hanya orang Islam sahaja pakai di bumi Malaysia. Nak pakai di negara lain planet lain waimah segala pelusuk mana pon guna lah. Tapi di Malaysia dengar cakap SULTAN sebagai KETUA AGAMA ISLAM. Dia kata tak bleh....tak bleh. Dah dok diam2. Yang nak ulas2 lagi buat apa? Tak murtad pon aku kalau Islam kata boleh aku kata tak boleh. Tak rosak pon akidah aku kalau aku kata orang Islam takleh pakai nama ALLAH. Jadi nak buat apa diperdebatkan lagi?? Belajar agama tinggi2, buat benda basic iaitu perpaduan pon tak boleh. Asek nak menghentam dan menyatakan pendapat dia betul. Ni pasal nama Allah bukankah senang sahaja.

Itulah padangan aku pasal kalimah Allah. Mmg ada orang tak setuju dengan pendapat aku. Tapi ini pandangan aku dan aku hanya nak pastikan Islam di Malaysia tiada kekeliruan.