Hmm ramai mula dah serangan pada new cabinet. DSN sebelum ni tak nak buat perubahan tapi kali ni dia buat. So aku nak bagi pandangan aku la mengenai kabinet baru DSN ni.
Pada pendapat aku setiap leader perlukan jentera yang sehala. Maknanya tak kira dalam organisasi, top management mesti sehala. Kalau tidak susah la nak bawa perubahan atau inistiatf organisasi. Byk company dalam dunia gitu. Bila bertukar CEO sahaja, barisan kepimpinan akan juga bertukar. Tgk la GE, Microsoft, Apple...bila bertukar CEO mereka juga akan ubah barisan kepimpinan tertinggi. Kepimpinan tertinggi mesti solid dan seangkatan dengan leader. Pernah dengarkan satu kapal tidak boleh dua nakhoda? Jika ada dua captain kapal sure tak ke mana kapal tu. Silap2 tenggelam.
Ok berbalik kepada UMNO. Isu paling besar ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari jadi TPM. Ni menarik ni...sbb kemungkinan akan ada pencalonan untuk bertanding Presiden Parti. Ok tu tunggu kejap. Isu Muhyiddin nak berhenti jadi PM ni sebelum ni aku ada dengar. CUma lepas tu katanya khabar angin. Kali ni dia dipecat kerana membuat ulasan di persidangan UMNO cheras. Aku dah dengar dah ucapan tu. Bagi aku tidak molek la kalau ko dah diberi penerangan atau ko sebagai no 2 dalam parti ulas perkara negatif..unless ko mmg nak explain mengenai isu itu. Sbb ko no 2..dan hanya mengeruhkan keadaan. Ko bercakap tu tiada apa penjelasan. Presiden dah bgtau dah tunggu laporan audit. Tp ko ulas juga mengikut pandangan dan pengalaman yang ko lalui. Orang tunggu juga la apa dia penyelesaian...ko dok la cakap bende2 yang dah pon ada dalam akhbar. Semua isu ko cakap tu dah mmg jadi teka teki...lagi la ko cakap isu tersebut tanpa ada jawapan. Kalau takder jawapan...bg aku diam la. Biarla ko senada...bukan boss ko nak tipu kot. Dia pon dah tertekan....ko tambah tekanan lagi.
Bg aku la TMY patutnya senada la ngan DSN. Sbb isu tu mmg buat masa ini rumit. Orang speculate bende benar pon dah jadi salah....lagi2 la ko berucap camtu. Ni kali ke2 ucapan seumpama tu. Yang tertutup di Janda baik pon leaked. Jgn la keruhkan keadaan. Kalau dalam army, orang no 2 (sarjan) kalau tak nak dengar cakap kapten atau liuetanan apa jadi?? Tgk la citer2 perang...2 comanding officer ni bila gi bertempur usually akan senada. Ni ko nada dah lain. Bg aku la jangan la berucap sampai ko kata tak tau apa2. Kalau tak tau apa2 baik la diam...jgn ulas. Orang akan tanya...jd jawapan hendaklah jawapan terbaik. Jgn kenekan boss lak. Ko leh kritik dalam MT atau jumpe dia atau bersemuka...tp bila dedahkan ke public...big impact to organisasi. Big impact negatif lak tu. Ini pandangan aku la....
Masa era Tun M..sapa tak sependapat ngan dia...dia pon tak suka. Dia akan pilih yang mana mampu laksanakan tugas yang diamanahkan. Kan dia suka lagu My Way!!....so salahkah DSN buat his way? ramai akan kata his way silap dan bodoh...betul ke bodoh? Malaysia tak jadi cam greece pon. Kalau betul DSN teruk...dah lama dah jadi Greece. 2 tahun dia jadi PM lingkup. KLCI masih pada paras 1700 points. Above 1500 ....ringgit jatuh tapi byk yang jatuh gak. orang masih bekerja....Kalau betul salah guna kuasa la...Malaysia dah lama lingkup la...pandangan aku la....tp buat masa ini masih bertahan. Napa TMY tak explain bende ni?? Bantu cover his boss....kata la kalau la DSN tu teruk dan corrupt...Malaysia dah lama lingkup dan SAYA AKAN CABAR dia untuk ganti....tapi TMY tak lak cakap camtu. You play along with the issue....tu bg aku tak cerdik gak TMY back his boss. Ye la kalau betul dia buat salah ko report la ke SPRM...ko report la...tak lak ko report. Yg ko cakap ko tak tau isu tu. Mungkin la ko nak buat report tapik tak buat.
Now Zahid Hamidi dah become no 2. Dia selalu bg warning la....tak tau la sejauh mana warning dia. But saya percaya dia akan jadi sasaran social media. Apa juga dia cakap akan kene spin. Ni ramalan saya la. Tadi dah baca satu artikel dalam Msiakini yng ulas laporan mengenai Zahid Hamidi ucap enemy guna teknologi buat UMNO nampak bodoh. So aku baca la komen di bawah tu...yg kutuk semuanya Melayu...maybe dah hampir tercapai kot orang yg nak Malaysia ni. So salahkah dia cakap? kalau kita balik pon Zaman Pak Lah ...Pak Lah kene, Zaman Najib lagi worse...now Zahid Hamidi offer his neck! Zaman Pak Lah mmg berjaya burukkan Pak Lah....so impact dia di PRU12. Now Najib..impact dia di PRU 13. So what will happend di PRU14? Sama2 la kita tunggu. UMNO dan BN kene rebut...bg aku its unfair for UMNO to carry the burden. BN mesti keluar habis-habisan. MCA, MIC dan semua parti komponen kene bersatu dan start attack balik pengamal negative social media. Bg aku la..kalau MSia kini kuar artikel yang berbaur negative....BN kene spin dan tunjukkan kalau tajuk berita ni Positive... :) Social Media warfare kalau UMNO boleh menang...aku rasa boleh buat thesis PhD ni. Sapa2 dalam study communications...mmg interesting topik ni. "How to win in Social Media Warfare!!" heheheheh mmg best untuk dikupas!! until now UMNO, BN, DSN and sapa2 no answer to social media attack. :)
No comments:
Post a Comment