Wednesday, 27 June 2012

The Great Man - Part 2


Salam,


Sebelum ini aku dah bagi pandangan aku mengenai the Great Man....now just wanna continue....


Malaysia juga tidak kurang pernah melahirkan manusia hebat. Tun Perak, Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat, Bendahara Ali, Sultan Abu Bakar, dan yang amat aku kagumi Tun Dr Mahathir. Mereka ini tiada lagi di pentas dunia (Tun M masih hidup namun demikian beliau sudah berumur dan bagi aku beliau tidak lagi mampu mentadbir negara ini seperti mana pernah beliau buat). Aku anggap beliau sudah tiada di pentas ini. 

Aku lahir hanya mendengar kisah kehebatan orang Islam namun percaya aku pada Islam sebagai agamaku tidak pernah luntur. Aku melihat sekarang ini, umat Islam dalam keadaan huru hara dan tiada satu pon antara mereka yang berpegang kepada asas Islam iaitu penyatuan (pandangan aku). Kerajaan Ottoman telah jatuh hampir seratus tahun dan mengikut cycle sesebuah bangsa, agama dan negara atau kerajaan akan kembali meningkat selepas 100-200 tahun.Kuasa baru kini US telah bermaharaja lela selama 66 tahun, kerajaan British telah tenggelam selama 66 tahun dan Islam telah tenggelam lebih 100 tahun. Aku sangsi aku dapat melihat kehebatan Islam dalam hidup aku tetapi aku percaya dengan janji Allah s.w.t Islam akan kembali bersatu. Biarpun tentangan pada masa ini amat hebat untuk penyatuan Islam, namun demikian, ada insan di dunia ini diturunkan oleh Allah s.w.t untuk menggerakkan reformasi ini. Bukan Anwar Ibrahim, Bukan Tuan guru Hadi, bukan Mahathir dan bukan Nik Aziz. Kalau Salahuddin boleh menyatukan tentera untuk menakluk Baitul Maqdis, kini kita menunggu a great man of Islam kembali. Kalau ikut janji Allah ialah imam Mahdi. Tetapi aku percaya sebelum imam Mahdi akan ada Great Man of Islam akan muncul untuk menggerakkan prasarana ini sebelum kemunculan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Siapa dia?? Aku pon tak tahu. Tetapi gerakan submisif Islam di Barat amat hebat. Aku dengar dari internet begitu ramai orang memeluk Islam selepas mengkaji sama ada Islam ini ganas atau tidak. Lihat lah Yusoff Esteem dan lain-lain (aku dengar kisah Yusof Esteem menagis gak).

Aku percaya great man dari kalangan orang Islam akan muncul. Pelbagai cara digunakan untuk menghalang Islam dari kembali menjadi hebat tetapi lagi kuat tekanannya lagi hebat dan ramai memeluk Islam. Inilah mungkin kebaikan dari keburukan yang berlaku. Untuk menjadi sebuah negara yang hebat, bukannya kerana ekonomi, politik, ketenteraan. Bagi aku melahirkan negara hebat ialah dengan melahirkan individu yang teguh pendiriannya dengan Islam. Inilah asasnya. Selepas keperberibadian utuh, penyatuan - setiap Islam itu bersaudara. Wpun bilangan umat Islam ramai tetapi kualiti ini masih belum mencukupi untuk menjadikan sebuah negara hebat.

The Great Man bagi aku buat masa ini masih belum muncul. Maybe telah lahir maybe belum. Maybe sekarang ini umurnya 2 bulan ataupon 1 hari. Tetapi apapun bila ia muncul, dia akan muncul dari kalangan billion people di dunia ini. Kebiasaannya dia berpasangan. Yang satu hebat sebab kebaikan dan satu lagi hebat dalam penentangannya. Macam Salahuddin. Lawannya Richard The Lionheart. Pasangan ini akan menjadi seteru utama dan kedua-duanya akan diuji ke tahap paling maksimum yang tidak pernah dilalui oleh orang. Achilles lawannya Hector, Churchil lawannya Hitler, General Yamamoto vs General MacAthur. Mahathir Vs Lee Kuan Yew (bukan anwar yeh heheheh anwar tu kacang je kalau ngan Tun M heheheh jangan mare) dan lain-lain. Ni je dapat aku pikirkan. So kesimpulannya jika lahir satu insan akanlahir satu insan lain yang menjadi seteru kita. Ada ko jumpa seteru ko?? Belum lagikan?? sbb apa?? kita bukan the Great Man.

Ini lah pandangan aku....dan pandangan aku ialah pandangan aku. Terima kasih kerana membaca, heheheh :)

The Great Man Part 1

Salam,

Aku mula berminat dengan profile peribadi pemimpin dunia sejak mendengar cerita mengenai Saidina Umar berhijrah dari Mekah ke Madinah. Dialah sahabat rasullulah yang berhijrah ke Madinah dengan terbuka. Aku dengar kisah ini semasa aku kecil lagi. Sejak daripada itu, aku mula mencari kisah Saidina Umar r.a. Aku juga dengar kisah beliau betapa kuatnya perasaan gerun di kalangan bukan Islam apabila mendengar nama Saidina Umar r.a.Kemudian aku dengar kisah Saidina Ali r.a yang mengambil tempat tidur Nabi Muhammad S.A.W. semasa baginda ingin berhijrah. Betapa beraninya beliau hingga sanggup meletakkan nyawanya pada usia yang muda. Hebat bukan?? Kisah Saidina Abu Bakar semasa berhijrah sanggup menahan patukan serangga berbisa hanya kerana tidak menggangu Rasullulah sedang tidur dipangkuannya. Sedangkan beliau adalah bapa mertua nabi. Itu cerita semasa zaman nabi.....Yang paling menarik kisah Khalid Ibne Walid yang sehingga kini tiada siapa boleh menandingi beliau mengenai strategi ketenteraan. Beliau tidak pernah kalah dalam satu perang semasa hayatnya. Waiimah beliau menang dalam perperangan dengan tentera Islam semasa Perang Uhud.


Selepas kewafatan Nabi aku takjub kisah pemimpin terakhir dari kerajaan Umaiyyah (aku rasa) Umar bin Abdul Aziz. Pemimpin terakhir yang begitu dedikasi dalam tugasnya. Hingga kini kisah beliau bercakap dengan anak beliau dijadikan teladan. Begitu juga dengan kisah Salahuddin Ayubi. Beliaulah pemimpin terakhir yang menakluk BaitulMaqdis sebelum terlepas kembali dari tangan orang Islam. 


Itu kisah-kisah orang Istimewa selain Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi kini, tokoh-tokoh individu Islam tiada lagi dinobatkan. Selepas kejatuhan Empaya Ottoman tiada lagi individu Islam yang hebat hingga Barat (bukan Islam jadikan contoh) Kini, hanya dengar kisah Mac Arthur, Enstein, Benjamin Franklin, Henry Ford, Napoleon Bonarpate, dan ramai lagi. Selepas, kejatuhan kerajaan Andalusia nama-nama hebat orang Islam tiada lagi. Kenapa ya?? Bagi aku pada masa ini ialah zaman kegelapan orang Islam. Seperti zaman kegelapan orang barat dulu. Berpecah dan hanya mementingkan diri sendiri dan kerajaan mereka. England semasa zaman kegelapan barat tidak pernah sunyi dari peperangan. Sbb tu kita dengar sekarang nama-nama Viking, Barbarian, Anglo Saxon dan nama-nama ini tidak mahu lagi digunapakai oleh orang barat. Mereka lebih gemar menggunakan nama European, Westerners dan White man. Tapi lain pula dengan orang-orang lain yang suka menggelar diri mereka kumpulan Vikings, Scandavian, Barbarian dan lain-lain istilah yang aku tak tau lagi. heheheheh


Sekarang nama-nama pemimpin Islam yang berani mencabar kedudukan orang barat telah tiada. King Fahd tahun 1970an dan awal 80an, King Hussein Jordan, Yaser Araffat tiada lagi, Tugas mereka telah selesai di dunia ini. Ya mereka gagal mengembalikan zaman kegemilangan Islam....tetapi mereka gagal dalam keadaan mencuba. Kesannya masih terasa hingga kini. Kini negara yang digeruni di bumi ini oleh puak barat ialah Iran. Ikut sejarah Iran ini adalah Parsi di mana di sinilah wira-wira peperangan dan tentera yang agung muncul. Mereka ini adalah bangsa yang begitu berani. Lihat sajalah perang apa yang mereka lalui. Sekarang mereka tidak lagi digelar Persian tetapi Iran. Tetapi darah yang mengalir dalam tubuh mereka mungkin dari kalangan individu yang satu masa dahulu seorang yang hebat. Hingga kiini hanya Iran sahaja yang belum tunduk kepada barat. Bayangkan la kalau semua kuasa besar sedang melihat dengan mata tajam ke arah mereka dan mereka tetap dengan pendirian mereka.  Sambung Part 2



Saturday, 23 June 2012

Hak Kesamaan

Salam,

Dah lama sungguh aku tak menulis dalam blog aku ini. Ye la sibuk nak buat camner....so kali ini aku nekad untuk menulis lagi melontarkan pandangan aku dalam senario politik Malaysia sekali lagi. Yes...politik Malaysia mmg dalam hati aku. Aku terpanggil untuk menulis kali ini kerana terpanggil dengan kisah seorang pelajar UiTM yang berceramah dalam pentas DAP atas dasar kesamarataan. Aku tak tgk habih tapik sempat tgk sampai bila dia memaklumkan kenapa beliau menyokong DAP. Aku tak larat nak tgk sampai habis....aku rasa mual dan jelik reason dia berceramah tu.

Bagi aku hak kesamaan rakyat di Malaysia ini sudah pon ada. Tiada seorang pon dalam Malaysia ini dianggap 1st class atau second class. Masing-masing sama. Kaum Melayu, cina dan India masing2 dianggap sama. Kenapa??

1. Agreement untuk mencapai kemerdekaan.

Lihat kembali sejarah kemerdekaan kita. Setiap kaum telah diberi kelebihan  masing-masing. Kaum Cina dan India telah diberi kebebasan untuk mengamalkaan agama masing-masing dan meneruskan sekolah aliran mereka. Manakala kaum Melayu dan bumiputera diberi hak keiistimewaan tertentu dalam perlembagaan. Mengapa perlu diungkit kembali?? Ok kalau kata agreement tersebut tidak valid lagi sekarang ini. Well, aku tidak setuju. Kalau dah tak valid, kenapa apabila Tun M menyarankan sekolah wawasan ditentang hebat?? Kenapa perkara itu masih valid pula sedangkan mereka menuntut orang Melayu melepaskan semua yang ada?? Please la....wahai gadis Melayu, bercakap biarla berfikir sedikit dengan fakta. Jangan pula bila ditanya oleh kaum India kenapa ITM bukan bumiputera tidak boleh masuk, you dah agreed dengan kenyataan beliau. Wahai gadis Melayu, tahukah anda UiTM bukan untuk orang Melayu, ia adalah untuk kaum bumiputera. Ini termasuklah kaum di Kadazan, Bajau, Melanau dan lain-lain. Kalau tiada UiTM mana mereka nak belajar?? Biarla berbicara itu menggunakan akal. MRSM telah dibuka. Tahukahdana UiTM dan MRSM dari mana datangnya?? Pikior la!!!

2. Kerajaan Racist??

Ye kerajaan Malaysia racist....kerajaan Malaysia racist dengan melantik menteri dari kaum india, cina, kadazan,dan lain-lain lagi. Racist kan?? Mengapa lemah betul judgement ko tu?? Itu la.....Kalau di Singapore, berapa peratus kerajaannya melantik dari bukan kalangan orang Melayu?? Kira la....di US yang ramai tgk kata OBAMA jadi prsiden pertama kulit hitam, setelah berapa tahun dowh?? Amerika mencapai kemerdekaan pada 1770an tak silap aku. Obama dilantik presiden pada tahun 2008. Cer kira jumlah tahun tu....Dan kini Amerika selepas ratusan tahun merdeka, negara ini masih lagi mengamalkan double standard. So apa cer skunk. So apa masalahnya dengan sistem Malaysia sekarang?? Orang Melayu nak berniaga.....ada ke kedai orang Melayu Bumiputera di Low Yatt tu?? Kalau ada barang dia mahal. Sbb apa supplier takkan bagi diskaun. Petaling Street ada ke orang Melayu berniaga?? Bak kata pepatah Melayu, sabar itu ada batasnya. Tetapi kalau orang Melayu sendiri yang memusnahkan batasnya, ni la yang jadikan negera ini mudah ditakluk. Zaman sekarang menakluki negara bukan lagi dengan ketenteraan. Kuasa ekonomi dah dowh!! Mana negara sekarang yang berpaksikan ekonominya selain US??? Hampir tiada.

3. Pembangunan Tidak Sekata

Kalau gerai Haram melayu ditempat mana-mana, bukan main kuat lagi suara minta dirobohkan gerai kerana menggagu jalan raya, jem dan kotor. Cer gerai haram tu Cina...lihat la kat Ampang, Sri Kembangan, orang-orang situ tak kesah pon jalan jem. Cer gerai Melayu...hari ni naik gerai minggu depan dah roboh. Ada ke orang Melayu jadi distributor barang-barang yang kini hangat sepeti handphone, komputer, alat ganti kenderaan dan lain-lain.  Kalau ada usahawan Melayu nak masuk bisness ni jangan harap la. Ada dia benarkan?? Sebab tu ada keiistimewaan Melayu dan bumiputera. Walaupun ada hak kesamaan ini tetapi hakikatnya ekonomi masih dikuasai bukan melayu dan bumiputera. Ada dia nak bagi?? Hak kesamaan apanya?? Lihat la simen, gula, tepung dan lain-lain lagi semua dikuasai oleh mereka. Bila kerajaan menamatkan konsesi bekalan tepun dan BERNAS diberi amanah untuk bekal tepung apa jadi?? Lu pikir la sendiri.

Nak bercakapa bahasa kebangsaan pon tak reti, macam mana nak hak sama rata. Sekarang ni hak sama rata cuba kita duduk dan berbincang, sekolah cina dan india tidak perlu ada lagi di Malaysia bagi melahirkan generasi Malaysia baru..... Ada berani??? Wahai gadis Melayu cer lu tanya perkara itu pada bapak kawan lu?? Ada dia dan kawan-kawan dan kaum kerabat dia setuju?? Jangan la jadi lembu dik oooiiiii!!!! Bukan kene kuda dah...ni dah dilembukan!!