Wednesday, 27 June 2012
The Great Man - Part 2
Salam,
Sebelum ini aku dah bagi pandangan aku mengenai the Great Man....now just wanna continue....
Malaysia juga tidak kurang pernah melahirkan manusia hebat. Tun Perak, Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat, Bendahara Ali, Sultan Abu Bakar, dan yang amat aku kagumi Tun Dr Mahathir. Mereka ini tiada lagi di pentas dunia (Tun M masih hidup namun demikian beliau sudah berumur dan bagi aku beliau tidak lagi mampu mentadbir negara ini seperti mana pernah beliau buat). Aku anggap beliau sudah tiada di pentas ini.
Aku lahir hanya mendengar kisah kehebatan orang Islam namun percaya aku pada Islam sebagai agamaku tidak pernah luntur. Aku melihat sekarang ini, umat Islam dalam keadaan huru hara dan tiada satu pon antara mereka yang berpegang kepada asas Islam iaitu penyatuan (pandangan aku). Kerajaan Ottoman telah jatuh hampir seratus tahun dan mengikut cycle sesebuah bangsa, agama dan negara atau kerajaan akan kembali meningkat selepas 100-200 tahun.Kuasa baru kini US telah bermaharaja lela selama 66 tahun, kerajaan British telah tenggelam selama 66 tahun dan Islam telah tenggelam lebih 100 tahun. Aku sangsi aku dapat melihat kehebatan Islam dalam hidup aku tetapi aku percaya dengan janji Allah s.w.t Islam akan kembali bersatu. Biarpun tentangan pada masa ini amat hebat untuk penyatuan Islam, namun demikian, ada insan di dunia ini diturunkan oleh Allah s.w.t untuk menggerakkan reformasi ini. Bukan Anwar Ibrahim, Bukan Tuan guru Hadi, bukan Mahathir dan bukan Nik Aziz. Kalau Salahuddin boleh menyatukan tentera untuk menakluk Baitul Maqdis, kini kita menunggu a great man of Islam kembali. Kalau ikut janji Allah ialah imam Mahdi. Tetapi aku percaya sebelum imam Mahdi akan ada Great Man of Islam akan muncul untuk menggerakkan prasarana ini sebelum kemunculan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Siapa dia?? Aku pon tak tahu. Tetapi gerakan submisif Islam di Barat amat hebat. Aku dengar dari internet begitu ramai orang memeluk Islam selepas mengkaji sama ada Islam ini ganas atau tidak. Lihat lah Yusoff Esteem dan lain-lain (aku dengar kisah Yusof Esteem menagis gak).
Aku percaya great man dari kalangan orang Islam akan muncul. Pelbagai cara digunakan untuk menghalang Islam dari kembali menjadi hebat tetapi lagi kuat tekanannya lagi hebat dan ramai memeluk Islam. Inilah mungkin kebaikan dari keburukan yang berlaku. Untuk menjadi sebuah negara yang hebat, bukannya kerana ekonomi, politik, ketenteraan. Bagi aku melahirkan negara hebat ialah dengan melahirkan individu yang teguh pendiriannya dengan Islam. Inilah asasnya. Selepas keperberibadian utuh, penyatuan - setiap Islam itu bersaudara. Wpun bilangan umat Islam ramai tetapi kualiti ini masih belum mencukupi untuk menjadikan sebuah negara hebat.
The Great Man bagi aku buat masa ini masih belum muncul. Maybe telah lahir maybe belum. Maybe sekarang ini umurnya 2 bulan ataupon 1 hari. Tetapi apapun bila ia muncul, dia akan muncul dari kalangan billion people di dunia ini. Kebiasaannya dia berpasangan. Yang satu hebat sebab kebaikan dan satu lagi hebat dalam penentangannya. Macam Salahuddin. Lawannya Richard The Lionheart. Pasangan ini akan menjadi seteru utama dan kedua-duanya akan diuji ke tahap paling maksimum yang tidak pernah dilalui oleh orang. Achilles lawannya Hector, Churchil lawannya Hitler, General Yamamoto vs General MacAthur. Mahathir Vs Lee Kuan Yew (bukan anwar yeh heheheh anwar tu kacang je kalau ngan Tun M heheheh jangan mare) dan lain-lain. Ni je dapat aku pikirkan. So kesimpulannya jika lahir satu insan akanlahir satu insan lain yang menjadi seteru kita. Ada ko jumpa seteru ko?? Belum lagikan?? sbb apa?? kita bukan the Great Man.
Ini lah pandangan aku....dan pandangan aku ialah pandangan aku. Terima kasih kerana membaca, heheheh :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment