Salam,
Aku mula berminat dengan profile peribadi pemimpin dunia sejak mendengar cerita mengenai Saidina Umar berhijrah dari Mekah ke Madinah. Dialah sahabat rasullulah yang berhijrah ke Madinah dengan terbuka. Aku dengar kisah ini semasa aku kecil lagi. Sejak daripada itu, aku mula mencari kisah Saidina Umar r.a. Aku juga dengar kisah beliau betapa kuatnya perasaan gerun di kalangan bukan Islam apabila mendengar nama Saidina Umar r.a.Kemudian aku dengar kisah Saidina Ali r.a yang mengambil tempat tidur Nabi Muhammad S.A.W. semasa baginda ingin berhijrah. Betapa beraninya beliau hingga sanggup meletakkan nyawanya pada usia yang muda. Hebat bukan?? Kisah Saidina Abu Bakar semasa berhijrah sanggup menahan patukan serangga berbisa hanya kerana tidak menggangu Rasullulah sedang tidur dipangkuannya. Sedangkan beliau adalah bapa mertua nabi. Itu cerita semasa zaman nabi.....Yang paling menarik kisah Khalid Ibne Walid yang sehingga kini tiada siapa boleh menandingi beliau mengenai strategi ketenteraan. Beliau tidak pernah kalah dalam satu perang semasa hayatnya. Waiimah beliau menang dalam perperangan dengan tentera Islam semasa Perang Uhud.
Selepas kewafatan Nabi aku takjub kisah pemimpin terakhir dari kerajaan Umaiyyah (aku rasa) Umar bin Abdul Aziz. Pemimpin terakhir yang begitu dedikasi dalam tugasnya. Hingga kini kisah beliau bercakap dengan anak beliau dijadikan teladan. Begitu juga dengan kisah Salahuddin Ayubi. Beliaulah pemimpin terakhir yang menakluk BaitulMaqdis sebelum terlepas kembali dari tangan orang Islam.
Itu kisah-kisah orang Istimewa selain Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi kini, tokoh-tokoh individu Islam tiada lagi dinobatkan. Selepas kejatuhan Empaya Ottoman tiada lagi individu Islam yang hebat hingga Barat (bukan Islam jadikan contoh) Kini, hanya dengar kisah Mac Arthur, Enstein, Benjamin Franklin, Henry Ford, Napoleon Bonarpate, dan ramai lagi. Selepas, kejatuhan kerajaan Andalusia nama-nama hebat orang Islam tiada lagi. Kenapa ya?? Bagi aku pada masa ini ialah zaman kegelapan orang Islam. Seperti zaman kegelapan orang barat dulu. Berpecah dan hanya mementingkan diri sendiri dan kerajaan mereka. England semasa zaman kegelapan barat tidak pernah sunyi dari peperangan. Sbb tu kita dengar sekarang nama-nama Viking, Barbarian, Anglo Saxon dan nama-nama ini tidak mahu lagi digunapakai oleh orang barat. Mereka lebih gemar menggunakan nama European, Westerners dan White man. Tapi lain pula dengan orang-orang lain yang suka menggelar diri mereka kumpulan Vikings, Scandavian, Barbarian dan lain-lain istilah yang aku tak tau lagi. heheheheh
Sekarang nama-nama pemimpin Islam yang berani mencabar kedudukan orang barat telah tiada. King Fahd tahun 1970an dan awal 80an, King Hussein Jordan, Yaser Araffat tiada lagi, Tugas mereka telah selesai di dunia ini. Ya mereka gagal mengembalikan zaman kegemilangan Islam....tetapi mereka gagal dalam keadaan mencuba. Kesannya masih terasa hingga kini. Kini negara yang digeruni di bumi ini oleh puak barat ialah Iran. Ikut sejarah Iran ini adalah Parsi di mana di sinilah wira-wira peperangan dan tentera yang agung muncul. Mereka ini adalah bangsa yang begitu berani. Lihat sajalah perang apa yang mereka lalui. Sekarang mereka tidak lagi digelar Persian tetapi Iran. Tetapi darah yang mengalir dalam tubuh mereka mungkin dari kalangan individu yang satu masa dahulu seorang yang hebat. Hingga kiini hanya Iran sahaja yang belum tunduk kepada barat. Bayangkan la kalau semua kuasa besar sedang melihat dengan mata tajam ke arah mereka dan mereka tetap dengan pendirian mereka. Sambung Part 2
No comments:
Post a Comment