Tuesday, 2 November 2010

P Ramlee


Salam,

Baru-baru ini aku nengok History Channel 555 cerita pasal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. First intro dia masa mula-mula nengok biography dengan kesedihan. So, kalau dah mula dengan kesedihan maknanya berakhir juga dengan kesedihan. Ni bukan drama...kalau biography ni biasanya bermula dengan sedih berakhir dengan sedih.

Seperti kita semua maklum, Allahyarham merupakan lagenda anak seni terbaik pernah bertapak di Malaysia. Award yang dimenanginya belum ada insan selepasnya mampu meraihnya. Kehebatan beliau diakui. Anugerah yang diberikan oleh Allah swt mmg telah digunakan sebaik mungkin. Cakap saja di Malaysia P. Ramlee sapa tak kenal kat Malaysia...waimah di Singapura dan Indonesia hingga kini masih ada yang mengenalinya. Namanya mekar dan belum mahu pudar. Itulah pepatah kata Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.

Kegemilangan yang dikecapi arwah hanya sebentar.....Hijrah beliau ke Singapura titik mula kejatuhannya. Aku pon heran.....sedangkan yang aku belajar....hijrah membawa perubahan yang lebih kepada kebaikan. Tetapi tidak bagi arwah. Di mana silapnya? Sedang memuncak naik nama kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur beliau jatuh tanpa mampu bangkit kembali. Nama beliau satu masa dahulu disanjung tiba-tiba sering dihina. Beliau terpaksa mencari makan dengan membuka kedai mahjong untuk menyara kehidupan. Karya beliau tidak dapat sambutan. Kita sendiri melihat, dihujung perjalanan beliau, lagu, filem tidak mendapat sambutan. Kebaikan digantikan dengan dugaan yang teramat. Apa sudah jadi. Dari beribu kawan beliau hanya tinggal beberapa sahaja yang benar-benar setia bersama beliau hingga akhir hayat.

Inikah kehidupan? Semasa aku nengok cerita tersebut, minda aku hanya terfikir.....kalau hendak ditarik kenikmatan sekelip mata sahaja akan ditarik tanpa kita sedari. Begitu hebat yang Maha Esa! tetapi apa sebenar yang berlaku secara tersiratnya aku tidak tahu. Pengajaran yang aku dapat ialah: 1. Kawan semasa ketawa mmg ramai, masa menangis tiada siapa yang tahu....Buat baik berpada-pada...arwah amat baik hinggakan ramai yang mengambil kesempatan kepada beliau. Adakah kebaikan dibalas dengan kesengsaraan? Aku harap arwah akan diberi ganjaran kebaikan di akhirat kelak...

Selain itu, apa yang aku pelajari ialah, semasa dalam masalah demi masalah, amat sukar untuk bangun kembali. Semakin kita cuba atasi masalah, semakin byk masalahnya...macam pasir jerlus (quicksand). Makin kita cuba melepaskan diri makin tenggelam kita!! Ini yang paling aku khuatiri. Kita cuba bertahan dengan dugaan namun selama mana kita mampu bertahan? Ujian Allah s.w.t jgn dipandang kecil. Aku juga kadang2 terpikir antara ujian dan balasan. Kesusahan yang kita lalui adakah diuji atau disebabkan dosa-dosa kita? macam mana nak tahu yeh??

Bila penghujung biography arwah ini, beliau meninggal dengan penuh kesedihan dan kedukaan. Beliau meninggal sehari sebelum perbicaraan beliau di mahkamah atas sebab menjamin orang membuat pinjaman. Again, kebaikan yang disumbangkan kepada insan manusia dibalas dengan tuba. Aku harap orang tersebut menerima padahnya. Hanya selepas beliau meninggal dunia, mula orang kembali menyanjung beliau...mula bantuan dihulurkan. Inilah kebesaran Allah aku nampak kepada arwah. Semasa hayatnya, beliau sering membantu masalah orang lain hingga kadang2 lupa beliau sebenarnya dalam masalah. Daripada duit takder...ada insan menghulurkan bantuan untuk uruskan jenazah. Ramai orang membantu keluarga arwah dan semuanya diringankan. Hebatkan! Aku cadangkan bagi sesiapa membaca blog ini cuba lihat biography arwah di channel History 555. Bagi aku a lot lesson learned dari kehidupan manusia di keliling kita. Di akhir ini aku minta supaya disedekahkan Al Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah......