Thursday, 22 May 2014

Strategi dalam Politik di Malaysia (Part 1)

Salam,

Sejak kekalahan besar BN pada tahun 2008 pada PRU 12, pelbagai perkara terjadi di Malaysia. Aku rasakan Malaysia semakin tegang dari segi perpaduan kaum dan agama. Kejadian bertambah buruk dengan pemansuhan ibu segala akta iaitu ISA. Lebih ramai bersuara dengan lantang mengenai isu-isu sensitif. Aku dapat rasakan, kesangsian antara kaum semakin ketara. Bagai pepatah retak menanti belah dan ibarat telur dihujung tanduk. Makin ramai mula melupai semangat setiakawan, masyarakat majmuk dan hormat menghormati sejak kebelakangan ini. Pada PRU 13 satu bentuk tsunami berlaku apabila pengundi cina dikatakan tidak memihak kepada BN. Dikhabarkan 90% penduduk cina tidak memihak kepada BN. Semuanya bermula semasa pemerintahan Pak Lah. Tetapi tidak perlu lagi diulaskan perkara tersebut. Yang penting sekarang bagaimana merapatkan kembali jurang yang semakin besar. Pelbagai cara digunakan untuk menimbulkan kebencian antara satu sama lain. Fitnah berleluasa dan tiada lagi golongan yang dihormati.

Perhatikan pembangkang di Malaysia. Gerakan dan strategi mereka sungguh hebat. Aku akui ia bagus dan berkesan. Matlamat pertama ialah memberi tekanan kepada kerajaan pemerintah untuk menghapuskan ISA. Siri demi siri demonstrasi diadakan untuk memberi tekanan. Memorandum memorandum disampaikan. Yang paling menarik strategi pembangkan di Malaysia mereka tahu siapa yang patut digunakan dan bila ia patut digunakan. Untuk menghapuskan ISA, mereka menggunakan BAR Council untuk berbicara mengenai ini. Peguam-peguam digunakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan. Sikit pon mereka tidak sentuh mengenai US, Singapura yang mempunyai akta yang sama. US pula menggunakan ISA malaysia sebagai langkah pencegahan. Rakyat Malaysia disogokkan dengan ISA sebagai zalim dan tidak mengiktiraf hak asasi manusia. Ramai tidak sedar atau lupa Akta ISA ini adalah satu akta PENCEGAHAN dan bukannya hukuman seperti akta-akta lain di Malaysia. Penahanan orang tertentu adalah untuk mengelakkan masalah lebih besar berlaku. Jadi akta ini digunakan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku. Tetapi,strategi pembangkan amat hebat hingga tidak terdaya kerajaan menahannya. Jadi akhirnya terpaksalah mengalah dan menggugurkan ISA dan digantikan SOSMA yang dikatakan mengikut prosidur sebenarnya. Wallahhualam.

Selepas menyerang ISA dan berjaya, pembangkan menyerang pula sistem pemilihan. Perasan tak anda pada masa ini BAR Council tidak lagi memainkan peranan yang besar? Kali ini, Ambiga pula mengambil alih atas nama BERSIH. BERSIH 1, 2.0 dan 3.0 diadakan. Simboliknya diadakan di Padang Merdeka!! Kenapa ye?? hehhehehe SPR dihentam dan dimaki hamun...sekali lagi Kerajaan tunduk. Tetapi kali ini kerajaan lebih pandai. DIminta BERSIH mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan dan dibahaskan. Yang menariknya, cadangan BERSIH diminta wakil dari BERSIH, pembangkan dan kerajaan duduk bersama dan bincangkan. Tetapi wakil pembangkan amat sedikit sahaja yang hadir dikhabarkannya. So apabila majoriti tuntutan BERSIH dibahaskan, dibincangkan dan diimplementasi...pembangkang menggunakan taktik lain. Sekali lagi demonstrasi digunakan dan mensasarkan SPR. Dikatakan melalui demonstrasi BERSIH ini objektifnya adalah menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di negara-negara Arab dan meminta kerajaan menggunakan kekerasan bagi meminta simpati dunia. Ini tidak berlaku tetapi simpati lebih kepada pihak kerajaan. Kerajaan menggunakan peniaga dan rakyat yang anti demonstrasi sebagai counter attack. Strategi ini berkesan dan BERSIH gagal menakluki Dataran Merdeka dan tiada yang injured atau mati seperti yang diharapkan. Ada lakonan mati la...tetapi cepat didedahkan mamat tu penipu. hehehehe Pihak demonstrasi sebenarnya mempertaruhkan nyawa rakyat dengan harapan kerajaan Malaysia bertindak seperti di negara Mesir, Syria ataupun Thailand apabila menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan. Sekali lagi ini gagal, malah ada peserta yang innocently percaya ia hanyalah demo aman, mengkritik Ketua Pembangkang SDAI dalam sidang media apa sebenarnya terjadi?? Isu ini tidak dijawab hingga ke hari ini.

Serangan ini tidak berhenti disitu sahaja. Pembangkang mula menukar taktik menggunakan mahasiswa. Ingat nama Adam Adli??!! Beliau tiba-tiba muncul dan memulakan gerakkan membangkitkan semangat mahasiswa di mana-mana. Atas nama Suara anak muda or tak silap Solidariti apantah. Sekali lagi mereka mengumpan kerajaan menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa. Adam Adli nak serahkan surat apanta satu malam tu pastu ada cermin pecah. Namun demikian, yang kene tu dia bukan orang lain. Tu masalahnya hehehehe dia tak sepatutnya kene...yang patut kene geng2 dia tapi Polis kita ni bijak juga la...dia cari kepala dia je which is Adam Adli. Masa ni Ambiga dah senyap dah....perasan tak?? Hanya siri debat Ambiga sahaja dengan KJ yang akhirnya terpaksa Ambiga diam kerana KJ lebih pandai berhujah. Tahniah KJ. Sepatutnya siri debat tu kalau Ambiga yang menang bakal mencetuskan perkara lain aku rasa. berbalik pada Adam Adli tadi, lepas peristiwa ini nama Adam Adli mula surut....ini menunjukkan gerakkan reformasi pelajar telah gagal atau tidak mencapai objektifnya. So mereka pergi ke strategi lain.

Penggunaan artis dalam ceramah2...pada masa ini PAS mula menunjkkan taring pula selepas PKR gagal dalam beberapa siri. Masa ini tak silap aku kes ANWAR dan Saiful dah hangat dah. Nak PRU 13 ni. So, PAS mula menggerakkan jenteranya. Ingat nama Abby, Hairi Othman, Leman, Bob Lokman, Mustapha Kamal dan Aishah?? Selain itu, UAI juga digunakan. Pengaruh UAI amat besar dan kuat pada masa ini. ABBY mula membuat bising dan menghantar tweet yang panas hingga mendapat respond dari kalangan artis. Teringat aku AC Mizal minta debat dengan ABBY. Sebenarnya tu perangkap je tu. Isu kalau tak silap aku pasal ISA apa ntah. Hairi Othman pula berceramah bukan main dia....Leman pula siap tunjuk video yang dia berbicara dengan wakil rakyat BN pujuk dia masuk BN. Manakala Bob Lokman pula ceramah asek hentam UMNO dan sistem famili sekrang. Pada masa ini PAS lebih fokus menyerang UMNO. Kenapa artis melayu sahaja?? Ini lah artis yang diharapkan dapat menarik golongan kepada pembangkang. Yang bestnya, mereka ni semuanya dah season heheheheh. So nak raih simpati mereka bgtau kerajaan UMNO zalim, nak dapat job mesti UMNO. Maybe betul maybe dak aku pon tak tau. Tetapi yang aku nak ulas sentimen mereka yang sekarang hidup susah dan semua ini kerana UMNO. Bob Lokman lain...yang aku ingat dia cerita pasal penyesalan dia kerana berada dalam industri hiburan hingga anak-anak dia lupa. Lebih kurang gitu la....Yang aku ingat dia kata baru kini dia sedar semua itu legha....orang mula tepuk tangan dan angguk kepala. Padahal dalam Islam dah bgtau dah musik itu melalaikan...yang ko gi masuk juga industri tu buat apa?? Begitu juga ngan Aishah....beliau menggunakan peluang yang baik dan menceritakan pengalaman sendiri berjumpa dengan Shahrizat. Masa ni Sharizat dah kene serang pasal kes lembu tu. So Aishah menceritakan pengalaman peribadinya sendiri berjumpa dengan shahrizat yang dikatakan tidak mendapat perhatian. Masa ini aku lihat kerajaan tidak dapat balas dengan baik. Ramai sungguh orang gi ceramah PAS. Nak dengar artis cakap kan?? Siap buat kat pasar malam lagi pon ada. hehehehhe. Penggunaan artis ini sebenarnya hampir berjaya tetapi cara counter ialah dengan melihat kembali profile artis tersebut. Abby ada masalah rumah tangga dan cerita dia tak semenyak di set dan bergaduh ngan norman mula keluar. So, ada simpati ada yang cam kata apara....Hairi Othman, artis yang dah lama menghilang dan menghadapi masalah apantah aku tak ingat. Tapi yang aku ingat dia pernah ditangkap khalwat semasa zaman kegemilangannya dulu. So again profile artis ini tercemar. Lain-lain malas la nak citer  dah hahahahha. Kesimpulannya ialah pembangkang menggunakan orang yang dulu kononnya sokong UMNO now sokong PAS dan mereka menceritakan sendiri pengalaman buruk mereka semasa menjadi artis. Now they have become soleh dan solehah la. Yang still aku nampak dalam TV Mustapha Kamal je kot hhingga hari ni....Strtaegi ini byk meraih simpati. Ye la artis dah takder job, nak cari makan pon susah sebab sekatan oleh UMNO....itu la sentimen yang dimainkan. Bagi aku strategi ni berjaya hinggalah pendedahan profile each and everyone dibuat. So mana-mana artis yang sebelum ni bermasalah, orang mula tinggalkan dia. So again, mereka gagal dalam emnggunakan artis untuk menarik lebih ramai orang. Ceramah2 mula berkurangan...dan akirnya senyap begitu sahaja. Momentum dah abih....heheheheNow mereka dah diam semuanya...tak tahulah kalau sedang merangka strategi lain...wallahhualam.

Media sosial....ha ni mmg best dikupaskan. tetapi aku akan kupas hari lain la.....penat dah

Wednesday, 21 May 2014

Oh Dyana Sofya!!!

Salam,

Lama sungguh aku tak taip blog. Malas dah aku nak taip...sbb byk dah blog sekarang ni dan aku lebih suka baca blog sedia ada. Sbb apa yang aku fikir blog tu dah menceritakan segala-galanya. Tetapi kali ini lain la. Dyana Sofya!!! Nama baru dalam arena politik negara Malaysia. Cukup sensasi sekarang ni. So kali ini aku terpanggil untuk menulis pendapat aku. Korang setuju ke idak lantak la...pendapat aku kan??!! hehehe anyway korang bebas la nak komen apa pon. Pendapat korang juga bebas...tapi jangan la melampau sampai lupa agama.

Dyana Sofya, mmg mengejutkan. Orangnya cantik dan senyumannya manis. Dikhabarkan dilahirkan dalam keluarga penyokong UMNO dan mendapat pendidikan dari UiTM. Memang aku akui cantik. hehehehe Apa pon lets not focus on the kecantikan tu. heheheh

Bila Dyana Sofya dinamakan calon untuk bertanding PRK Teluk Intan aku agak terkejut. Sbb dari graduan UiTM, dan dibesarkan dalam keluarga UMNO aku rasa la orang yang paling akhir untuk DAP pilih untuk menjadi wakil mereka. Lahir aku tak sure kat mana tapi aku rasa bukan Teluk Intan la. Aku rasa ini taktik terbaru DAP tunjukkan. In terms of strategy aku puji DAP. New strategy yang menggoyangkan UMNO dan BN. Tidak terlintas oleh sesiapa yang musuh menjadi kawan, kawan akan menjadi musuh. Bagi aku dalam kes ini DAP berjaya membuktikan bahawa orang UMNO dan graduan UiTM juga percaya dengan konsep yang di bawa oleh DAP selama ini iaitu Malaysian Malaysia. Apa lagi UMNO nak balas? Kali ini tidak terjawab dan mengharapkan kemenangan Datuk Mah untuk menutup segala cerita. Strategi yang digunakan DAP ini tidak dijangka oleh BN atau UMNO. Sesuatu yang perlu difikirkan. Ni macam main catur, Queen kena ngap la!! heheheh cuma check mate tunggu keputusan undian.

Bagi aku Dyana Sofya dan keluarga telah digunakan. Apa tidaknya menajdi ADUN umur 20 an dan menjadi lebih popular dari artis. Soal boleh kerja takleh kerja citer belakang. Seperti kita maklum selepas Tunku Aziz keluar dari DAP, DAP hilang figure Melayu dalam partinya. Dengan pemilihan yang tidak telus dan pembatalan oleh ROS yang sehingga kini tidak selesai, DAP semakin berkuasa dan taring dan kukunya makin hebat. Bagi aku Dyana Sofya adalah gadis yang mempunyai cita-cita tinggi dan DAP menyediakan platform yang boleh melonjak beliau dalam sejarah Malaysia. Bagi aku ibunya tak salah sokong anaknya...cuma aku rasa ibunya juga nak juga habuan sebagai ADUN sekiranya anak berjaya. Well jadi ADUN ni byk peluang akan dibuka. Dengan kekalahan demi kekalahan jentera BN dan DAP dilihat sebagai parti dominan di Malaysia. Peluang yang diberikan oleh DAP tidak mungkin ditolak.

Oklah Dyana nak jadi ADUN...tapi kenapa perlu DAP??? Kalau dah jadi calon DAP kenapa perlu hentam balik UiTM, Hudud dll. Mengenai UiTM tu kenapa la nak diganggu?? Hai Dyana, mungkin kamu rasa ia perlu dibuka tetapi sedarkah jika dibuka peluang untuk bumiputera belajar makin kurang? Mungkin Dyana datang dari kaum berada...tetapi masih ada mereka yang tidak mampu untuk pergi ke Universiti lain kerana kos yang mahal Hatta IPTA juga memerlukan kos yang tinggi. Saya merupakan graduan ITM....saya lihat makan minum dan tempat tinggal disediakan. Ada gak la yang kene dok luar tapi peluang nak duduk di tempat disediakan masih ada. Apa yang sebok Dyana nak kacau UiTM. Berlambak lagi Uni lain....yang hat ni juga nak diganggu?? Apa motifnya? Tidak lain tidak bukan saya berpendapat skrip ini ditulis oleh DAP. Graduan UiTM sendiri menyatakan UiTM perlu dibuka kepada orang luar. Check Mate kan??!!

Dyana tahu ke yang UiTM ni bukan la semua yang berada. Saya rasa Dyana tidak tahu sbb dia sendiri kata pemilihan adalah dari kalangan orang UMNO dan golongan kaya. Wahai Dyana, jika anda tidak mahu menggunakan lagi UiTM, jangan la beri alasan untuk dibuka ...sbb orang lain masih memerlukan. Anda seperti kacang lupakan kulit. Anda dah gtraduate, anda dah berjaya pastu anda bgtau yang semua ini tak betul.

Mengenai hukum hudud, sah2 anda tidak tahu mengenainya. Sekali lagi saya rasa skrip ini ditulis oleh DAP. Anda kata tidak sokong hudud. Spt biasa ia akan potray yang UMNO yang tidak sokong hudud sbb anda dari keluarga UMNO dan anda adalah dari anak didikan UMNO. Ibu anda kata anda seperti Marina Mahathir. Hihihihihihi....saya nak gelak gak. Marina lebih cenderung kepada NGO. Ye dia bebas mengatakan apa sahaja tapi saya tak pernah nampak dia join DAP yang menghentam balik apa yang ibubapanya usahakan. At least for now dia tidak join la DAP. Mungkin rasa hormatnya pada ibubapanya masih ada. Tetapi tidak mustahil DAP akan menggunakan Marina jika boleh. :) Anda ditawarkan dengan jawatan yang menjadikan anda cukup hebat....tak kira apa anda inginkan dan DAP menggunakan peluang itu untuk menjayakan rancangan mereka. Buat masa ini pintu hati dan minda anda tertutup untuk mendengar pandangan tetapi biarlah masa menentukan. Tunku Aziz akhirnya mengakui DAP sebagai parti racist dan anda menidakkan. Mungkin bila dah tergadai semua pon anda masih belum rasa bersalah. Yang anda nampak ialah apa yang bakal anda nikmati nanti. Takper la dalam kubur anda jawab paling banyak...sbb sebagai pemimpin tanggungjawab berat dan apa yang anda buat untuk agama adalah soal anda dan tuhan. Mungkin Dyana dah ada jawapannya. Buat masa ini cakap apa pon Dyana takkan dengarnya. tengah seronok!! heheheheh

Sepanjang ingatan saya, perjuangan DAP ingin menjadikan negara ini sepeti Singapura. Dyana tahu ke kontrak sosial? Selama ini ramai yang kata hak sama rata tetapi saya rasa kontrak sosial ini jangan diganggu. Selagi kita berpegang dan hormati ini Malaysia boleh aman. Dalam kontrak sosial ni tiada lak kata rang Melayu first class citizen dan orang lain second class citizen. Hanya yang diwawar sahaja. Actuallu itu agreement....hak keisitimewaan orang Melayu dipersetujui. Itu je. Yang lain bebas nak mencari kekayaan, nak cari ilmu , amalkan agama masing2. Apa second classnya Dyana? ooo Hak istimewa tu menjadikan orang Melayu first class citizen?? Ada ke orang Melayu cakap camtu?? Yang cakap bukan melayu je. Dorang nak lebih lagi?? Apa yang dorang nak lagi Dyana?? belajar? ada sekolah jenis kebangsaan yang ada sampai skunk cakap bahsa melayu pon tak betul. Nak berniaga?? Mereka adalah golongan terkaya di Malaysia...siap ada Chinatown lagi.... so apa nak lagi?? Rumah kat KL ni mereka yang beli semua? Top CEO dalam Malaysia ni mereka juga. SO apa dia nak sama rata lagi?? Kalau nak sama rata, pastikan mereka boleh berbahasa Melayu dulu, hantar anak ke sekolah kebangsaan dulu...and sekolah jenis kebangsaan ditutup....Nama tidak boleh menggunakan nama cina...buat cam Indon tu aaa....boleh?? Dah takder dah Cinatown, petaling street tu hapuskan ....so samakan dulu semua. Ni hak2 bumiputera apa dia Dyana?? Semua hak-hak tu skunk ni pon dikuasai oleh orang cina. So apa lagi Dyana nak sama ratakan??

So Dyana, pada pendapat saya, DAP menyediakan platform yang amat menarik bagi Dyana. Takleh nak tolak. Takyah la nak bgtau Dyana ni cam Marina Mahathir ke sapa. Dyana mempunyai agenda sendiri....hehehe sama cam Nurul Izzah gak. :) Apa pon Dyana...dalam mencapai niat peribadi jangan la digadaikan hak orang lain. Mungkin Dyana tak mahu pakai lagi dah hak2 bumiputera tetapi masih ada yang memerlukan. Bagi orang cina dan India mereka tidak terjejas pon dengan kewujudan UiTM tu. So apa Dyana nak buktikan saya pon tak tahu....cuma saya rumusan pandangan saya ialah..Dyana Sofya adalah pengkhianat generasi akan datang. Dyana telah berjaya tetapi mempertaruhkan hak golongan di masa akan datang. Tiada apa dengan UiTM...ia hanya melahirkan graduan bumiputera yang semakin ramai dan pandai...ini yang DAP tidak mahu....ini pandangan saya.....sekian.