Salam to all,
Selamat berpuasa!!. Semoga bulan Ramadhan ini membawa barakah dan kesejahteraan kepada kita semua. Dah hampir dua minggu puasa....dan Syawal mula dirasai. Ramai dah start cerita balik kampung dan masakan apa di hari raya. Anyway aku ucapkan semoga bahagia dan ceria selalu.
Hari ni aku nak sambung mengenai strategi yang dimainkan oleh parti politik di dalam Malaysia. Apa yang aku tulis ni hanya pendapat aku melalui pemerhatian aku sendiri. Aku mulai dengan Dyana Sofea.....nama ni aku rasa dah tak asing lagi dah kan? Beliau kalah PRK Teluk Intan....ramai kata dia kalah bermaruah...but aku cakap dia tu dah hilang maruah bila bertanding atas tiket DAP. :) itu nanti la aku kupas...aku nak cerita mengenai strategi sahaja. DAP meletakkan Dyana Sofea kerana bersebab.......Strategi ni amat memeranjatkan BN. Sedang BN masih memainkan cara permainan yang boleh diagak, DAP mengorak langkah maju kehadapan menampilkan calon muda dari keluarga UMNO sendiri!!. Malah Ibbu dyana yang dikatakan mendapat nikmat di bawah UMNO juga menyokong UMNO. Dyana boleh dikatakan membesar dengan duit UMNO kini tampil melawan UMNO kembali. BN berjuang menjaga maruahnya. Jika kalah, akibatnya amatlah buruk. Jika menang kesannya tidak la terasa. Walau bagaimanapun sedar tak sedar, makin ramai golongan Melayu memasuki DAP selepas kekalahan Dyana. Strategi DAP ini amat bisa. Jika mereka kalah, mereka masih lagi menyerang. Selepas Dyana kalah, ramai lak aku baca yang ikut jejak Dyana. Yang paling menakutkan ialah, Dyana cuba menarik golongan UiTM untuk join mereka. Kubu kuat Melayu UiTM jika dapat ditembusi DAP, amatlah malang bagi Melayu di generasi akan datang. Even Dyana telah kalah, beliau tidak berhenti dari membawa calon, kawan2 beliau untuk bersama beliau dengan DAP. Bayangkan la selepas ini suara-suara dari graduan UiTM yang sendiri meminta UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera. Dan golongan Bumiputera sekiranya ingin memohon masuk hendaklah berdasarkan merit. So tiada lagi keistimewaan kepada Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Universiti. Heheheh dengar kata MRSM dah dibuka.... Now the focus on UiTM. So aku rasa jika Dyana menang lebih mudah untuk DAP melaksanakan tugas tersebut tetapi jika Dyana kalah, usaha tersebut tidak berhenti disitu lagi. Itu misi Dyana dan DYana pon dah berulangkali dia cakap yang dia nak semua sama. Graduan UiTM, membesar dengan bantuan UMNO dari kecil hingga ke besar, suddenly dia kata semua yang dia terima itu tidak betul amalannya!! Huh??!!! camna tu??so fikir-fikirkan la ye....dia kata semua ni tak betul selepas dia dah peroleh semua kejayaan.... baru dia cakap apa yang dia nikmati selama ini adalah tidak betul. Sistem yang diguna semasa dia membesar ini salah!!
Bagi BN jangan la pula setelah menang anggap mereka benar-benar menang. Jangan lupa, dalam setiap pertempuran luka-luka dan kecederaan yang dialami perlu dirawat. Seperti yang saya kata tadi, DAP masih merobek-robek UMNO dan BN walaupun setelah dia kalah. Ini lah virus dan luka sertra kcederaan yang perlu dirawat. Jika tidak dirawat, maka ia akan menyebabkan kecederaan tersebut menjadi lebih parah dan boleh mengakibatkan kematian. So berhati-hati lah yer BN. Bak orang putih cakap, the nest defence is to offence. So BN juga kene start menyerang....maksud menyerang ialah memastikan semua janji ditunaikan dan dilihat keberkesanannya. Ingat bukan setakat menjayakan tetapi memastikan dia beroperasi dengan effisyen.
Now taktik terkini, Ambiga muncul semula setelah lama mendiamkan diri. Kali ni dengan NEGARAKU??!! tak silap aku la. Apa yang menarik perhatian aku ni adalah cycle telah bermula...Ambiga diminta aktif kembali. Kemelut PKR perlu disingkirkan dari media perdana. Ambiga diminta untuk membuat kerajaan menggelabah. Sebelum ini Ambiga diminta untuk buat BERSIH. Nak BERSIH camna jika pemilihan PKR pon sampai sudah tak abih2 lagi. So AMBIGA diperlukan untuk membuat benda lain janji alihkan perhatian media kepada PKR, Anwar dan perebutan kuasa MB selangor. So kita akan lihat kelibat Ambiga lebih aktif hingga aku rasa penghujung bulan Oktober tahun ni. Ini tugas baru Ambiga.....Ingat tak dulu lepas BERSIH 3.0 dan PRU 13 mereka nak buat secepat mungkin demo BERSIH tetapi kini dibatalkan la.....mana nak demo, sendiri tak betul. kikikikiki. Ambiga seorang peguam dan pejuang hak asasi manusia (kononnya la)...so kita lihat perkembangan ini nanti.
Sabah Sarawak...serangan dibuat...now camna pon kene masuk sabah sarawak....Sabah dengan isu kelemahan keselamatan dan sarawak dengan isu mengenai kemerdekaan. So ni nak bgi Sabah Sarwak keluar dari Malaysia. Ada mula pertikaian dalam ni. So hasutan demi hasutan untuk minta Sarawak kelaur dai Persekutuan Malaysia. Ini negeri deposit BN. Jika nak menang, Sarawak dan Sabah mesti dihancurkan. One of the way ialah mulakan gerakan memerdekan Sabah dan Sarawak. Aku rasa strategi ini sungguh kotor dan tidak bertamadun. Sbb ini hanya merugikan negara sahaja, Tak tahu la...harap kerajaan BN cepat-cepat ambil tindakan untuk bentras perkara ini dari berlaku. Suara yang meminta rakyat Sabah dan Sarawak membenci BN dan Semenanjung mula kendengaran dan makin kuat.....apa pon aku harap kesetiaan kepada Malaysia tidak berbelah bahagi!!!
Dari segi BN pula, nampak seperti semakin kuat. Suara-suara menghina dan memaki BN sejak kebelakangan ini makin kurang. Bukan apa, orang dah menyampah dengan cerita-cerita penipuan ini. Lagi2 bila byk insiden pemilihan PKR, penceraian Nurul Izzah, Anwar akan masuk penjara dan lain-lain lagi yang kembali menguatkan BN. Ramai marah bila kerajaan kembali memberi kerusi kepada MCA yang langsung tidak memberi apa-apa kerusi kepada BN. So sekarang ni sentimen ni masih marah kerana MCA perlu menunjukkan kepada BN bahawa mereka masih relevan. So kekalahan lalu akan diambil peluang oleh orang Cina untuk meminta apa-apa dari kerajaan tetapi menyokong DAP. Kita lihat la perkembangan ini. Jika BN masih lagi gagal meraih uundi cina kembali seperti dahulu, so pk pk kan ler ye sama ada bagus ke tidak bende ni.
Aku rasa itu sahaja dapat aku ulaskan....kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti.