Tuesday, 2 November 2010

P Ramlee


Salam,

Baru-baru ini aku nengok History Channel 555 cerita pasal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. First intro dia masa mula-mula nengok biography dengan kesedihan. So, kalau dah mula dengan kesedihan maknanya berakhir juga dengan kesedihan. Ni bukan drama...kalau biography ni biasanya bermula dengan sedih berakhir dengan sedih.

Seperti kita semua maklum, Allahyarham merupakan lagenda anak seni terbaik pernah bertapak di Malaysia. Award yang dimenanginya belum ada insan selepasnya mampu meraihnya. Kehebatan beliau diakui. Anugerah yang diberikan oleh Allah swt mmg telah digunakan sebaik mungkin. Cakap saja di Malaysia P. Ramlee sapa tak kenal kat Malaysia...waimah di Singapura dan Indonesia hingga kini masih ada yang mengenalinya. Namanya mekar dan belum mahu pudar. Itulah pepatah kata Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.

Kegemilangan yang dikecapi arwah hanya sebentar.....Hijrah beliau ke Singapura titik mula kejatuhannya. Aku pon heran.....sedangkan yang aku belajar....hijrah membawa perubahan yang lebih kepada kebaikan. Tetapi tidak bagi arwah. Di mana silapnya? Sedang memuncak naik nama kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur beliau jatuh tanpa mampu bangkit kembali. Nama beliau satu masa dahulu disanjung tiba-tiba sering dihina. Beliau terpaksa mencari makan dengan membuka kedai mahjong untuk menyara kehidupan. Karya beliau tidak dapat sambutan. Kita sendiri melihat, dihujung perjalanan beliau, lagu, filem tidak mendapat sambutan. Kebaikan digantikan dengan dugaan yang teramat. Apa sudah jadi. Dari beribu kawan beliau hanya tinggal beberapa sahaja yang benar-benar setia bersama beliau hingga akhir hayat.

Inikah kehidupan? Semasa aku nengok cerita tersebut, minda aku hanya terfikir.....kalau hendak ditarik kenikmatan sekelip mata sahaja akan ditarik tanpa kita sedari. Begitu hebat yang Maha Esa! tetapi apa sebenar yang berlaku secara tersiratnya aku tidak tahu. Pengajaran yang aku dapat ialah: 1. Kawan semasa ketawa mmg ramai, masa menangis tiada siapa yang tahu....Buat baik berpada-pada...arwah amat baik hinggakan ramai yang mengambil kesempatan kepada beliau. Adakah kebaikan dibalas dengan kesengsaraan? Aku harap arwah akan diberi ganjaran kebaikan di akhirat kelak...

Selain itu, apa yang aku pelajari ialah, semasa dalam masalah demi masalah, amat sukar untuk bangun kembali. Semakin kita cuba atasi masalah, semakin byk masalahnya...macam pasir jerlus (quicksand). Makin kita cuba melepaskan diri makin tenggelam kita!! Ini yang paling aku khuatiri. Kita cuba bertahan dengan dugaan namun selama mana kita mampu bertahan? Ujian Allah s.w.t jgn dipandang kecil. Aku juga kadang2 terpikir antara ujian dan balasan. Kesusahan yang kita lalui adakah diuji atau disebabkan dosa-dosa kita? macam mana nak tahu yeh??

Bila penghujung biography arwah ini, beliau meninggal dengan penuh kesedihan dan kedukaan. Beliau meninggal sehari sebelum perbicaraan beliau di mahkamah atas sebab menjamin orang membuat pinjaman. Again, kebaikan yang disumbangkan kepada insan manusia dibalas dengan tuba. Aku harap orang tersebut menerima padahnya. Hanya selepas beliau meninggal dunia, mula orang kembali menyanjung beliau...mula bantuan dihulurkan. Inilah kebesaran Allah aku nampak kepada arwah. Semasa hayatnya, beliau sering membantu masalah orang lain hingga kadang2 lupa beliau sebenarnya dalam masalah. Daripada duit takder...ada insan menghulurkan bantuan untuk uruskan jenazah. Ramai orang membantu keluarga arwah dan semuanya diringankan. Hebatkan! Aku cadangkan bagi sesiapa membaca blog ini cuba lihat biography arwah di channel History 555. Bagi aku a lot lesson learned dari kehidupan manusia di keliling kita. Di akhir ini aku minta supaya disedekahkan Al Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah......

Wednesday, 8 September 2010

Kenikmatan Kemerdekaan

Aku tertarik sekali lagi dengan anak pembangkang Nurul Izzah yang kian aktif dalam menaytakan pandangannya. Bagi aku dia aktif i alah untuk menutup kes abahnya kot....N mungkin dah nak sampai election time. Tapik aku rasa dia akan menang lagi di Lembah Pantai....

K lah cerita statement dia mengenai bukan semua orang FELDA menikmati kemerdekaan. hmmm korang rasa apa bila dengar... aku bukan apa...dia ni tahu ke orang FELDA ni sebelum masuk tanah rancangan tu buat apa?? Kita beli tanah ke rumah ke hutang 30 tahun ada yang 45 tahun. Sama juga la dengan tanah rancangan ni. Nak beli 12 ekar tanah kalau bukan melalui tanah rancangan FELDA ni mampu ke beli orang-orang tu tanpa program ni?? Ni la bila manusia yang sering memperolehi kekayaan bercakap.

Aku rasa minah ni cam tak reti nak berada di alam nyata. Orang-orang FELDA ni mmg la berhutang tetapi sistem dia lain. Masa mula2 tanam tu mmg tak bergaji...tetapi dia ada kantin. Sebarang kelengkapan semua boleh ambil dari kantin tanpa perlu bayar. Kira hutang la...nanti dapat hasil tolak la....Mmg berhutang...tetapi tahukah saudari kalau tak masuk FELDA apa jadi dengan dorang ni...bengong

Anak-anak sekolah...kalau nak tahu dalam FELDA mmg akan ada sekolah! So sekolah ni siap dengan tuisyen la semua ada. Kalau tak masuk FELDA ke FELCRA apa jadik dengan anak-anak Melayu? Adusss bila orang kaya bercakap...payah laa...

Setelah 30 tahun berhempas pulas dengan tanah rancangan...dapat dah Geran Tanah!! Macam aku ni juga...beli rumah loan 30 tahun....kang dah ujung tu baru la dapat hak mutlak rumah!! Itu la kene kerja sampai tua. Kalau ko pergi Felda ke Felcra Nurrul Izzah wei bukan orang Generasi 1 yang usahakan dah...Generasi kedua dan ketiga felda yang uruskan. Ada tu dah outsource suh Indon usahakan bayar upah.

Kene pulak kalau macam LB Johnson...millionaire beb!! So kalau la nak jadi pemimpin rakyat learn the basic be humble!! Ni tak...nak jadik juara rakyat tetapi masalah dan prosesnya pon tak tahu....heheheh cakap gedegang macam berilimiah tapik rupanya ko tu sedap bercakap je....

Ni nak ajak berdebat lak dengan PERKASA...hehehe apa objektifnya...yang ko debat tu Melayu juga. Kalau ko nak menambahbaikkan usul kan sahaja dalam parlimen dapatkan mandat dari ahli lain. Takyah sebok2 nak debat. Ni bukan nak menambahbaikkan...menjahanamkan....sila lah....

Wednesday, 1 September 2010

Nurrul Izzah

Hmmm.....selepas aku tulih artikel pasal hak keistimewaan Orang Melayu Nurrul Izzah pula bawa keluar isu kedudukan istimewa orang melayu dan hak keistimewaan orang melayu dalam fasa 153 perlembagaan Malaysia.

Haaa...ni la contoh orang melayu yang menggunakan hak-hak keistiemwaan orang melayu semeasa membesar dan bila dah besar panjang dan berkahwin dan dah kaya.....hentam balik. So dia tak pikir ke pertikaian dia boleh membuat generasi akan datang tidak menikmatinya?? Entahlah...kalau ko ada rumah besar...takkan ko nak pertikai orang lain ada rumah??

Mana letaknya rasional orang melayu sekarang?? Tak suke jangan menghina...oiii Nurul Izzah..ko mungkin tak mengaku semasa ko membesar tidak menggunakan hak keisitimewaan orang Melayu...sampai sudah ko takkan mengakunya!! Tapik abah ko tu TPM Malaysia dulu. So dia gunakan keistimewaan dia pulak!!...Tu yang sekarang ko jadik apa yang ko jadik sekarang. Ko pikir kalau abah ko Ketua Kampung ko leh bercakap ke perkara cam ni?? Ceh silap2 ko pon terkejar2 macam aku...mohon PTPTN, MARA, JPA untuk belajar...bila dah belajar nak kerja...sebok hantar resume ke sana sini...turun naik tangga pejabat govt nak keje. Bila dah keje nak kawin dan beli umah...so harap la discount untuk beli rumah .....dah kawin ada anak...Mula la amek insurans macam2 laa. Buka akaun tabung haji untuk anak, ASB macam2 lagi la...

So sekarang ni ko dah jadik wakil rakyat anak kepada penggemar *&*^&*. So bagi aku mmg ko dah lupa daratan. Ko dari kecil sampai besar sekarang ni tidak pernah susah. Yang pernah ko rasa susah ialah bila abah ko kene dakwa di mahkamah pasal kes liwat. Ko mungkin malu, terkejut dan tak tahu buat apa. Bagi aku perjuangan politik ko sekarang ini hanyalah untuk membalas dendam. Membalas dendam tentang apa?? Aku pon tak tahu. Ko mungkin la tahu cerita itu..cerita ini....tapik bagi aku apabila ko mendedahkan pasal kapal selam Malaysia (sanggup ko malukan Malaysia yeh...tak kire la betul atau tidak perkara tu)...aku tak sangka ko sanggup buat camtu dan apabila ko mula berlagak seperti seorang yang arif tentang undang2 apabila mempertikaikan perlembagaan fasal 153...aku pikir kenapa aku mesti sokong ko sedangkan ko bukan pembela negara malah boleh aku katakan pengkhianat....entah la....apa objektif perjuangan ko...aku tak tau ...tapik aku yakin perjuangan ko hanyalah seperti ayah ko...inginkan kuasa dan membalas dendam.

Wednesday, 25 August 2010

Hak Keistimewaan Orang Melayu

Salam,

lately ni banyak dah isu-isu yang minta supaya keiistimewann orang Melayu dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. Mereka semakin berjaya dan telah dibuka sedikit demi sedikit untuk membolehkan mereka menikmatai kekayaan dan keisitimewaan orang melayu.

Suara-suara sumbang ini semakin kuat. Mereka minta macam-macam selepas Tun meletak jawatan. Dan yang aibnya bagi aku ialah ia dipohon oleh orang Melayu sendiri. So sekarang ini dalam dilema. Kalau yang bukan Melayu yang pohon pastinya ia boleh mencetuskan peristiwa 13 Mei atau boleh dikenakan tindakan ISA. Tetapi apabila orang Melayu sendiri yang memohon ia mungkin menimbulkan kekeliruan dikalangan orang melayu. Ini taktik yang digunakan oleh orang lain yang aku percaya didalangi oleh pihak-pihak tertentu.

Kenapa orang Melayu harus bersongkol untuk menghapuskan hak2 keistimewaan yang diberi kepada kaum pribumi?? Sebenarnya tidak perlu menujukkan rasa adil kita kepada mereka semua ini. bagi aku mereka juga inginkan kalau boleh tetapi tidak. Justeru itu mereka pohonla dibenarkan sekolah kebangsaan mereka dibenarkan...kalau negara lain jangan harap. bukankah kita telah memberi keistimewaan juga??

Ada satu parti politik berkata Islam tidak membezakan mana-mana...yang penting agama dan bukannya bangsa! Aku setuju! tetapi kalau dah diberi keistimewaan kenapa ingin menolak? Secara normalnya manusia ingin mudah. Tetapi aku tak tahu kenapa parti politik ini sanggup menggadaikannya. Kalau tidak mahu menggunakannya jangan pula menidakkan hak kepada mereka yang memerlukannya. Aku contohnya...kerana ada keistimewaan ini aku boleh melanjutkan pelajaran dalam keadaan keluarga aku tidak la mampu sangat. Kalau idak mana nak cekau duit dowh!! Aku pon yakin yang mengatakan tidak tu juga sebenarnya pengguna terbesar hak-hak ini cuma ingin memancing undi dia cakap la...sbb tu aku rasa sekarang ni satu bangsa satu agama tetapi perjuangan menghancurkan diri sendiri. berbeza dengan kaum lain...mereka berbeza parti tetapi mempunyai mimpi yang sama.

Aku hairan mereka yang telah berjaya menggunakan saluran keisitimewaan ini sekarang ini berlumba-lumba untuk menghapuskannya. Mentang-mentang la mereka telah memperolehi kekayaan dan kemewahan dan boleh menanggung apa jua perbelanjaan tanpa mengharap bantuan kerajaan. Tetapi ingat la anak cucu keturunan kita belum tahu boleh hidup senang macam kita.....mungkin masa itu mereka akan menuduh datuk moyangnya yang menghapuskan peluang mereka. Bagi kita yang susah pula sekarang ini percaya lah hak keisitimewaan bumiputera ini anda boleh guna dengan sebaik mungkin. tetapi ikutlah syaratnya. Kalau kene gi kursus pergi la. Dan hendaklah berani menempuhi apa jua rintangan. Bukan mudah nak senang dan amat mudah nak susah!

Keisitimewaan orang Melayu ini telah pon dikongsi dengan kaum lain. Felda, Felcra, MRSM semuanya boleh dijdikan contoh. Kenapa perlu mengecilkan lagi. Adalak kata 10% perlu diberi kepada kaum lain. Ni dah kira mereka ambil kekayaan negara 80%! Kita diperutnukkan 30% je dah bagi 10% apa tinggalnya. dan Bayangkanla kita korbankan 10% berapa ramai peluang anak melayu dan Islam yang telah dibiarkan begitu sahaja!

Kesimpulannya Hak Keistimewaan yang ada dalam perlembagaan ini tidak perlu diperdebatkan oleh sesiapa yang bergelar bumiputera hingga orang lain boleh mengambil kesempatan. jika tidak mahu menggunakannya tak perlu ambil dan tidak perlu dipertikaikan hanya semata2 ingin memancing undi. Ingatlah ada ramai lagi pada hari ini dan akan datang ingin menggunakannya!

Tuesday, 24 August 2010

Indonesia dan Malaysia

Ari ni aku baca suratkhabar mengenai kes penahanan 3 anggota kerja marin Indonesia di perairan Malaysia. So dah kecoh kat Indon. Kedutaan Malaysia dibaling dengan taik manusia dan seperti biasa bendera Malaysia dipijak, dibakar dan macam2 lagi la.

Geram tul aku ngan Indon ni. Bagi aku Indon ni tak berani dengan negara lain kecuali Malaysia. Rakyat dia yang menderita akibat bekerja di negara2 arab taklak dorang protes. Asek2 ngan Mesia...asek ngan Mesia. Dah kalau dah tak suka Melaysia sangat buat la kempen jangan datang Malaysia secara halal atau haram. Yang mana ada PR sila pulang ke Indonesia. Ni dak...ari2 ada je yang datang secara halal atau haram. Yang datang haram sama byknya ngan datang legal.

Bagi aku kalau ikut sejarah Semenanjung Malaysia dan Indonesia mempunyai tahap pemikiran yang berbeza. Kerajaan Majapahit, Acheh, Pasai semuanya tidak boleh menandingi kehebatan kerajaan Melayu Melaka. So aku nak bgtau bila datang Malaysia ni orang nye jadik lebih advance!! hehehehe Kita lihat la berapa kali Majapahit cuba menyerang Melaka...last2 skali tewas Taming Sari di tangan Hang Tuah!!. Kerajaan Pasai berada di bawah naungan Melaka..membelot semasa Melaka diserang Portugis. Acheh berada di bawah naungan empayar Melaka hanya muncul kerajaan yang kuat selepas kejatuhan Melaka.

Aku yankin orang-orang di Indonesia tidak percaya apa yang terjadi kepada mereka pada hari ini adalah strategi US sebenarnya. I mean bukan semua but mungkin ada perkara-perkara atau kejadian yang menimpa negara ini adalah disebabkan oleh US dan bukannya Malaysia. Tahukah anda Richard Nixon bekas Presiden US pernah membuat kenyataan untuk memenangi perang dengan negara Islam 4 negara Islam ini hendaklah dijaga. Turki, Mesir, Arab Saudi dan Indonesia. So dalam kira2 aku buat masa ini keempat negara ini dah ikut telunjuk US. Betul tak?? Turki....aku rasa selepas Kamal Attarurk meninggal dunia tiada bezanya...aku dengar masih sekular...And Kamal Attaturk adalah sekutu kuat US. Mesir....hmm...isu palestine dan selepas kalah perang arab israel mereka dah berdamai dah ngan Israel. Arab Saudi...akibat ketakutan melampau kepada Saddam Hussin, pendirian Arab Saudi berubah dan kini bergantung kepada US untuk ketenteraan. Infact kalau ko orang putih gi la berniaga di Arab...mmg dorang pandang tinggi. And last sekali indon?? selepas krisis matawang 1997..indon tiada lagi mempunyai kekuatan ekonomi. Hutang dari meminjam IMF aku rasa sampai sudah tidak akan berbayar. Senjata yang akan digunakan oleh barat sampai bila2.

So napa Indon dok marah lagi ke Malaysia?? Rakyat mereka kelaparan..dan yang paling dekat untuk cari makan di Malaysia. Tu ko marah lagi Malaysia??!! Aduh...yang ko protes tu hidup senang lenang....kalau ko tak suka Malaysia jgn datang Malaysia ni. itu je....

salleh gregor samsa 2

Salam,

Aku saja la surf dalam internet mengenai perkembangan terkini Salleh Gregor ni. Hmmm ada la satu blog ni Salleh Gregor ni muncul dan komen.http://billyuniversal.blogspot.com/2010/08/salleh-gregor-samsa_17.html. Dalam blog ni Salleh gregor bgtau dia dah buat satu dosa tetapi mereka yang maki dia buat lagi banayak dosa...lebih kurang camtu la bunyi nye...

Bagi aku bile pulak Salleh ni percaya dosa?? Hmm hairan aku...aku rasa macam sebelum ni dia ni sembahayang semue cuma bila dah dapat kebebasan hidup mula tukar...Dia cured everyone pasal hina dia atau kutuk dia...bagi aku dah mmg ko layak dikutuk. Yang ko pergi kutuk semua umat Islam tu buat apa?? Ni belum aku email ke Taliban ke, Al Qaeda ke atau Iran ke....sedangkan kartun pasal orang bukan Islam buat pon leh dapat ancaman bunuh ni pulak kalau dah lahir Islam kutuk Islam. Camni la Salleh...(aku tau ko tak baca blog ni pon) bila ko menyebut Islam atau membahaskan pasal Islam secara terbuka ko kene pikir....responnya bukan dalam Malaysia sahaja..satu dunia pon boleh beb!! Ia menyentuh kepercayaan atau nama Islamnya Akidah...dan bila menyentuh kepercayaan mmg sensitif. Ada puluh billion umat Islam dalam bumi ni...ko nak lawan ke??Dan dah terang2 ko dah ngaku ko bukan lagi Islam....3 hari la beb kalau ko nak hidup!! Lepas 3 hari kalau ko tak bertaubat...mmg la ajal ko sampai situ...sbb kalau orang murtad ni lagi bahaya dari kafir...so pikir la bila nak declare murtad!! Aku bukan galakkan ....cuma kalau ko mampu nak lawan umat islam dengan mulut ko dan tangan ko tu sila kan la...

Seperti aku cakap sebelum ni...salleh kalau ko tak suka Islam dan Melayu pergilah ke negara yang ko rasa ko suka dan mereka pon suka ko....Cari negara yang mana ko bebas buat apa sahaja...Aku tak nak la cadangkan...ko kan terer...Ko nak kehidupan bebas silakan....tapik kalau ko rasa tertekan dek pasal Ramadhan gi la negara yang tak sambut pon Ramadhan...ko leh melantak apa sahaja ko nak. Takyah pikir halal ke dak..sbb ko dah tak caya bende tu...so apa tunggu lagi....Ala ko gi je mana2 ko suke...dah abih citer..takder sapa nak halang ko..Ko pon dah besar....Takut?? heheheh

N then Salleh kalau ko tak suke tentang satu2 perkara takyah la ko nak hebahkan kepada dunia...Sah2 negara ini mmg sensitif apabila membincangkan tentang agama dan bangsa....yang ko nak canangkan lagi yang ko tak suke pehal?? Sah2 statement ko tu nak kene tahan ISA boleh beb!! Kalau aku suh ko bertaubat pon, tak guna...ko sendiri yang kata dorang nak menang je....Baik la orang maki ko....dari orang buat bende lebih cam kat kartunis denmark tu...Kat Mesia ni tak xtrimist lagi but menggunakan blog dan FB ni dah kire universal...statement ko ni universal...apa lagi....satu dunia kalau tak suka ko dia buat la apa yang dorang suka...peduli apa dengan ko..sbb ko yang tidak menghormati mereka dulu...Rule of thumb....if you want ppl to respect you, give your respect to others first...So Salleh yang ko gi maki orang Islam tu buat apa...kan dah kene...hehe leh lak ko kata semuenye fitnah dan tidak ada fakta....ko yang play the game tak ikut book do you expect others to follow the book?? Hah!!

So sallehko dah popular sekarang ni!! So apa ko nak buat seterusnya?? Perjumpaan kat Armcorp mall?? herh dan aku nak tgk ko tu bunuh diri dulu beb!! Tu je....ko start bunuh diri dulu....Usually leaders palin takut nak bunuh diri sebab dia tau salah....

Monday, 23 August 2010

EPL

Salam,

Musim bola dah kembali....hehehehe Chelsea, MU, Arsenal, Liverpool antara pasukan favourites la. Tak lupa juga dengan team yang mungkin menggegarkan musim ini...Man City, Hotspur, Everton dan Aston Villa...well pre season aku dengar byk ulasan tentang team ini. So kita tgk lah.

Dalam Malaysia ini aku tak jumpe lagi orang tak minat EPL. Sapa minat bola sure dia ikut EPL juga dan juga Piala Malaysia. heheheh EPL ni mmg popular serata dunia!! In fact aku rasa Piala Malaysia boleh jadik camtu kalau bukan dek isu rasuah yang melanda dulu dan FAM yang atas tu tukar. Bila Malaysia dah capai kejayaan....so barulah minat bola. Dulu aku ingat stadium penuh kadang2 tu 50000 orang....Kelab sukan kaya giler....n ofcourse yang menghancurkannya ialah orang dalam tu juga...Ahli politik, rasuah hmm lingkup sampai sekarang. Sekarang ni aku nak sokong bola Malaysia...kim salam la...Aku tak kutuk cuma malas nak sokong...sbb dah tau dah result dia. Football kat mesia ni mendapat layanan kelas satu dan resultnya ialah kelas 3 dan ke bawah. Salah siapa?? Bagi aku la pandangan peribadi yang atas sekali tu lepaskan la....kalau betul2 sayangkan bola mesia. tetapi sebabkan apa jua alasan...sama je hasilnya setiap tahun selepas 20 tahun berada di atas.

Kita lihat yeh EPL. Bagi aku birokrasi, politik semua berlaku dalam EPL cuma bagi aku terkawal la...Masih ramai meletakkan matlamat Kelab itu di hadapan berbanding objektif diri sendiri. Sbb tu liga mereka menarik. Aku akui...England pon tak menang apa2 sejak tahun 1966...tapik dia qualify dowh piala dunia!! Satu tahun je dia tak qualify punya marah orang dengan skuad england. Malaysia..satu je la dapat dibanggakan..layak ke Olimpik dan kemudian menarik diri atas sebab protes...hingga ke hari ini masih dok bangga dengan perkara itu...apa ni?? Pingat emas sukan SEA macam menang Piala Asia....tgk la team bola kita bila lawan kelab asia!! Hancus!!! Again Facility kelas 1

Development....satu perkara yang diabaikan oleh Malaysia. Bagi aku pembangunan bolasepak Malaysia hingga ke hari ni belum menampakkan hasil. Jauh dowh...usaha untuk membangunkan bola sepak lately ni hanya akan berhasil 5 tahun akan datang (paling cepat). Itupon kalau konsisten dan duit pembangunan tidak disapu oleh individu tertentu.

Aku bukan nak bangga la ngan EPL tetapi jumlah penonton di stadium shah alam, merdeka dan lain2 stadium juga mencecah bilangan penonton di stadium-stadium di perlawanan EPL. So bola sepak kita kalau bukan kerana negara tak dapat menang apa-apa tetapi liganya menarik seperti di EPL pastinya membuat orang lebih serius untuk membangunkan bola sepak negara. Sekarang ni FAM ada 2 tugas yang cukup berat......1-Mempopularkan bola sepak dengan menarik lebih ramai orang menonton di stadium dan yang kedua menaikkan imej bola sepak negara.

Heheheh aku rasa FAM nak buat tu?? lama lagi la kot!! Aku rasa senang je FAM nak buat tu....satu haramkan siaran langsung di TV yang menyebabkan kesilapan amat besar. Dah la orang tak nak gi stadium pastu takder perkembangan pon....konon2nya sbbkan TV orang tak pergi stadium!! Ceh sebenarnya orang bosan laa....Semua takleh...Siaran ulasan liga malaysia pon kul 11 malam takpon lepas berita lepas tgh malam. Kempennya tak betul.

Dulu tiket Stadium ada cecah sampai RM25 skunk ni RM10 je kot...paling mahal RM15. hehehe sapa nak gi stadium!! Takder class!! So pikir2kan ler yer!!

Jalan Raya & Sikap Pemandu

Salam,

Ari ni aku nak sembang sikap pemandu kenderaan di Malaysia. Ini aku nak cerita pengalaman aku la.....3 minggu lepas aku balik kampung di N9. So on the way pulang ke KL ada satu mamat naik kereta MPV nasional....so pada masa itu ada laluan memotong..dan dalam keadaan mendaki bukit. So aku pon change gear la!! hehehe cucuk belakang dia supaya momentum aku tak lari. Dia ketepi dan aku memotong la kereta dia. So bila dah daki mesti menurun lak kan?? Di depan dalam 2 km ada sedang dalam keadaan menuruni bukit dan ada satu selekoh tajam di situ. Mamat yang aku potong tadik dengan tetibe di double line dan selekoh terus potong aku...Mak ai terjeut biawak aku!! Haram jadah!! dah la double line...selekoh tajam dan ada kete di arah bertentangan. Just imiagin kalau la kereta tu cepat sket....naya aku satu family!!

Kes dua....on the way balik dari kampung ke KL la....aku bawa ikut had laju yang ditetapkan. Maklumla puasa takleh la bawa laju sangat takut gak....so kebanyakkannya aku di lane tengah dan kiri sahaja. So masa nak sampai susur keluar dari highway ni ada satu alphard...dengan takder signal terus mencelah depan aku. Aku terkejut la..hon dia...dia besit!! Tgk2 dia exit sama ngan exit aku!! hehehehe apa lagi....gua kejar la dia...Bangang nye orang....apa salahnya guna signal...cibai tul!!

So dalam kedua-dua insiden ni dalam keadaan tidak jem...orang bawa cam pelesit....ni masa raya ni aku tak sure la...aku minta aku dan keluarga aku selamat dalam perjalanan pergi dan pulang dan sentiasa selamat di jalan raya. Bukan apa kadang2 orang ni bile dah pakai kete besar...mula la rasa besar juga. Mereka rasa kenderaan slow atau yang dipandu dalam halaju yang normal tu menyusahkan. Mereka nak bawa laju lagi!! Just imagine la dalam dua2 insiden yang aku hadapi tu kedua2nya boleh membawa maut...potong di selekoh dan double line dan sudden change lane. Byk kes accident jadik pasal ni.

Ada pemandu rasa mereka mempunyai keyakinan yang tinggi!! Mereka dikatakan cekap!! Ni aku nak habaq....Juara dunia F1 pon accident dalam litar lumba...ni jalan biasa. Ko je rasa nak lumba. orang lain tak!! So nak bgtau Juara dunia F1 bila bukan dalam litar mereka tak berlumba sbb mereka tahu bahaya!! Ni orang yang kononnya dilahirkan pelumba tak lak dapat masuk berlumba....So takat bawa laju dan motong giler2 tu takyah la...bukan apa kalau ke je nyawa melayang takper ni kalau ada orang jadi anak yatim, mak ayah yang harap anak dia kerja tapik mati ko kerjakan, sapa nak tanggung?? Ko nak tanggung?? ceh!!

So Kesimpulannya aku harap kita semua selamat semasa berada di jalan raya...Bersabar lah yeh!!

Friday, 20 August 2010

Make Up dan Wanita

Make up adalah satu keperluan wanita dalam era moden. Kalau tak make up ni aku rasa orang akan kata kolot la....anyway make up ni byk bawa kebaikan aku rasa since dia menaikkan seri seseorang wanita itu. Apatah lagi dalam hubungan suami isteri, melihat diri cantik di depan suami itu dah jadik pahala....tapik ni aku nak cerita artis hollywood ni. Kita lihat di layar mmg cantik je...cuma kalau takder makeup aku rasa muka mereka pucat dan ada aku lihat cam mayat je....Kulit mat salleh ni compare ngan asian aku rasa lebih baik asian. Sbb kalau aku nengok artis malaysia tanpa make up kecantikan asli (natural beauty) tetap nampak. Macam mat salleh ni aku rasa mmg perlukan makeup. Kalau takder makeup takder sapa nak nengok citer dorang berlakon!! hehehe

Alicia Silverstone...hmm make up mmg nampak menarik....bila bersahaja tak
la lawa mana pon... :)
















Ni pulak Britney Spears.....hehehe umur baru 20an tapik bila tak pakai makeup ermmmm macam late 30an laa...hehehe Makeup mmg berguna dan menakjubkan!!















Cameron Diaz!! Tinggi lampai, kurus dan seksi!! ermmm tanpa makeup nampak volcano dia...kulit dia tak selicin mana...hehehe sbb tu sesetengah wanita tidak boleh hidup tanpa makeup. :)
















Pelakon Italian Job....mmg cantik di layar perak.....tgk la bezanya tapik again masa jurugambar amek tu dia pon tgh buat muka panas...tu yang buat lagi hodoh heheheh








Christina Ricci....no

komen!! :)












Heather Locklear....hmmm macam 2 wanita berbeza....heheheh














Halle Berry...bagi aku dia ni ada natural beauty....still manis tanpa makeup compared yang atas-atas tu!! :)












Drew Barry more....hehehe bagi aku dia ni masa kecik je comel..dah besar aku rasa ada makeup tak lawa..kalau takder makeup lagi la tak lawa!! ;)












JLo....hehehe amcam?? ada lawa?? Bulat je aku nampak kalau tak makeup!! hehehe tapik dia nnye buntut yang mahal!! bukan tang muka! :p






Renne Zellwegger...err masalah sama semua orang putih kulit ada pol ka dot....hehehe baik lagi asia punya kulit aku rasa...takyah make up pon licin je.

Malaysia.....Negara Tercinta

Salam,

Malaysia negara tercinta!! Bukan gitu?? hehehe bagaimana kita tunjukkan rasa kasih dan cinta kepada negara?? Sebenarnya terus terang aku pon tak tau. Takat kibar bendera kat umah aku ada la buat but itu tidak la benar-benar mengukur cinta aku kepada bumi bertuah ini.

Kalau dulu semasa zaman perang dunia pra, semasa dan pasca perang, kita lihat bagaimana rasa cinta kepada ini sehingga nyawa dipertaruhkan untuk mempertahankan bumi ini dari anasir jahat. Begitu banyak halangan dan dugaan menimpa. Keluarga hilang ketuanya, isteri hilang suami dan anak menjadi yatim apabila perjuangan perlu diteruskan. Byk la nama yang tak perlu aku sebut dalam blog ni.

Sekarang bagaimana? Rasa senang dikecapi oleh kita sampai bila bertahan? Keamanan yang kita perolehi sampai bila kekal? Tiada yang kekal bukan?? Ada ura-ura orang cuba bermain api lately ni. Pertikaikan hak kaum bumiputera! Hmmm...kalau dibiarkan boleh melarat...tapik bolehkah kita mengharungi pertistiwa 13 Mei lagi?? Adakah kita bersedia melalui era itu yang berkemungkinan lebih dasyat dari 13 Mei?? Kita mungkin susah tetapi hidup dalam negara aman...tapik kalau hidup susah dalam negara tidak aman aku rasa lagi la teruk.

Hak bumiputera menjadi sekian lama isu kaum bukan bumiputera. Cina dan India cukup anti bende ni. Tapik aku nak cakap kalau la buang hak ni sedikit demi sedikit...apa kata tiada lagi sekolah jenis kebangsaan di Malaysia?? Sanggupkah anda melupakan sekolah jenis kebangsaan ini?? Dan seterusnya tiada lagi penggunaan nama cina atau india. Kita buat cam Indon dan Spore?? Amacam??

Aku lihat setiap kali peralihan kuasa dalam negara tidak kira kerajaan pembangkang, kaum2 ini akan cuba menguji. Jika lemah maka mereka akan teruskan tekanan. Sbb tu aku suka Dr Mahathir walaupun ramai yang tak suka. Sbb bagi aku, zaman pemerintahan dia tak berlaku benda2 mengarut ini. Aku rasa kaum Melayu dan Umat Islam di Malaysia kuat masa tu. Sekarang ni aku rasa aduhh....

Kita lihat yeh sejarah kerajaan di Malaysia. Kita ambil Kerajaan Melaka (senang sebab history dia mudah) Kerajaan Melaka bertapak di Malaysia 100 tahun. 1411 hingga 1511. Walau hanya 100 tahun, kesannya kepada negara ini cukup kuat.Kita lihat pemimpinnya. Aku rasa ramai yang kenal Bendahara Tun Perak. Siam, Majapahit semua tunduk di tangan Melaka masa beliau menjadi Bendahara. bagi aku Dr Mahathir ini penjelmaan Tun Perak laaa. Namun demikian, jatuh kerajaan Melaka pasal apa? Kalah ngan portugis?? Betul tetapi pandangan peribadi aku, jatuhnya Melaka kerana kegagalan Melaka mempunyai Bendahara yang sehebat Tun Perak selepas matinya beliau. Insiden demi insiden berlaku selepas itu yang membawa Melaka kehancuran. Rasuah, tamak, dengki dan berpaling tadah bertambah-tambah. Apabila portugis sampai ke Malaka dan menyerang kali pertama, ia berjaya menghalaunya. tetapi korbannya dipihak Melaka juga tidak kurang hebatnya. Melaka pada masa itu adalah kerajaan Maritim tercanggih di ketika itu. Cakap je apa dia...Meriam, askar, taktik semua ada setanding dengan Portugis. Portugis datang ke Melaka kali 2 dengan 20 kapal dengan 2000++ orang.Kali ini Melaka tewas.

Begitulah senario Malaysia masa ini.Tidakkah sama sahaja?? 53 tahun...dan 47 tahun lagi menuju 2057. Dengan senario sekarang adakah kita yakin kita mempunyai pemimpin yang sehebat Tun Dr Mahathir? beliau mampu mengawal negara dan dunia dari menekan Malaysia. Bukan mengaggungkan beliau tetapi itulah Rahmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada Malaysia apabila pada masa ini boleh dikatakan semuanya berilmu, cukup makan, dan cukup pakaian. Tidak seperti di Iraq...negara yang dikurniakan Allah dengan minyak yang banyak tetapi tidak mempunyai pemimpin yang jujur dan ikhlas jadik layu saja negara itu. 2057 aku kalau panjang umur aku 81 tahun. Kalau la jadi peperangan pada masa itu, aku rasa aku ni beban je. Tak mampu mempertahankan diri atau berjuang. Mengaharapkan la keturunan aku.

Kita ambil berita baru-baru ini Nurul Izzah bagi tau media Indonesia yang kapal selam Malaysia tak leh selam?? Hmmm...apa tujuannya tu?? Tak ke bodoh namanya tu menceritakan keaiban negara sendiri kepada negara orang lain. Marah aku dengan perempuan ni. Insiden-insiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini bakal mengundang kehancuran Malaysia kalau tidak dijaga. Pemimpin yang lemah, tamak, gila kuasa, rasuah semua ada sama seperti zaman Melaka bahkan mana-mana kerajaan Islam dahulu.

Persoalan aku yang terakhir ialah anak-anak kita cukup tabahkah menghadapi peristiwa Bosnia, 13 Mei? di mana kita yang tak pernah melaluinya pon tak sanggup laluinya....Mungkin kita leh kata biarlah mereka pikir sendiri...tetapi kenapa aku pikir...sebab Nabi Muhammad sebelum wafat masih tidak melupai umatnya....begitu juga aku...aku sayang keluarga aku dan keturunan aku yang dikurniakan Allah. Tetapi bagaimana aku mempersiapkan anak aku untuk menghadapi zaman2 getir?? Aku pon masih tercari2 formulanya!!

Wednesday, 18 August 2010

Juadah Berbuka Pilihan

Salam,

Bulan puasa ni mmg meriah tempat-tempat beli juadah. Kadang-kadang tu orang beli bukan tak sempat nak masak cuma nak tambah sedikit makanan untuk dimakan bersama keluarga. Bukan apa, aku rasa masa ramadhan ni biasanya satu keluarga akan makan sekali dan serentak dan mungkin siap berdoa!! Hebat kan Ramadhan!. Selain itu aku rasa juga yang orang pergi ke pasar Ramadhan nak beli la juadah berbuka yang menjadi kegemaran anak-anak yang mula belajar berpuasa. Maklumlah nak bagi semangat dan nak tunjukkan support yang dia berpuasa kita akan beli makanan yang digemarinya!

Ari ni aku nak cerita pengalaman meninjau bazaar ramadhan dan mempunyai masakan yang lazat. Satunya di Sri Serdang. Ayam percik gerai penjuru jalan traffic light. Ada 2-3 kat situ tapik jgn konpius. Gerai ni jual ayam percik tetapi biasanya dulangnya dah takder ayam. Heheheh bukan jual dulang Cuma cepat benar abih. Gerai ni tak pakai sistem beratur sapa cepat dia dapat. So biasanya bahagian ayam paling favourite peha la. Yang lain takyah berebut sangat. So cuba-cuba lah….  Harga RM6

Satu lagi Roti John kat pasar Ramadhan pantai. Dia bukan kat Vista angkasa tu tapik dekat dengan NPE. Kawasan lapang. Bagi yang gemar makan ayam golek ada satu kawasan lapang kat pantai tu. Hehehe situ ada sorang tomboy jual Roti John. Aku rasa mmg sedap la. Tak tau la korangnye selera camner….Harga RM4. Dia sorang je yang jual RM4. Yang lain jual RM3.50. Walau pun mahal 50sen tapik orang beratur mak ai panjang dowh!! So kadang-kadang aku beli awal dalam kul 430petang. Adakala balik keje terus kuar tuju ke sana. So tak lama menunggu sebab yang dah masak dah ada. Takyah tunggu baru masak bukan leh makan lagi pon. So bawa balik akan sejuk gak heheheheh

Kalau murtabak lak nak citer aku nengok banyak Pasar Ramadhan jual murtabak tapi kebanyakkannya fail la. Nama murtabak daging la …ayam la…yang rasa telur gak yang banyak. Daging tak rasa sangat mahupun ayam. Setakat ni aku masih menggemari Murtabak Hafiz di pasar Ramadhan kat Sri Serdang tu. Selalu aku beli daging. Harga RM2. Bagi aku rasa la dagingnya hehehehe…So tak rugi la aku rasa beli murtabak….asal usul nama murtabak mana yeh?? ;)

Kalau membeli lauk (tak kira la bulan posa ke bukan) aku rasa aku confident pergi restoran lagi yang biasa aku gi. Setakat ni aku suka beli lauk pauk di Restoran Bawang Merah di Taman Mutiara Indah Puchong. Kalau korang nak tahu jalan nak ke Saujana Puchong. Kawasan kedai dia tinggi sket. So tak namapk dari main road. So kalau dah nampak gerbang taman mutiara indah masuk situ ada deret kedai situ. Kedai dia kat hujung sket. Masakan dia mmg sedap. Speciality dia Asam Pedas dan Kuah lemak ala Johor. Power dowh!! Asam pedas dia lak korang leh pilih ikan apa. Tapik kene bgtau awal la supaya dia dapat sediakannya dalam asam pedas tu. Aku rasa masa makan kat restoran tu ada orang sampai hirup la kuah asam pedas dia dan kuah lemak. Cina, India mmg tuju restoran dia ni. Cuma dia punya tempat terpencil sket. Tapik aku dengar masa office break makin ramai orang datang kedai dia.

Selain asam pedas dan kuah lemak, aku dengar Mee Bandung dia pon power. Goreng2 dia kalau makan kat situ mmg sedap. Aku selalu minta nasi goreng Cina…Nasi Goreng belacan mihun goreng. Dia lak tak lokek….kalau sapa2 tgh lapar kenyang la…hehehehe Kalau makan malam…nasik lemak dia pon ligat. Sambal dia mmg mengancam!! Kene lak ayam goreng …ayam goreng tu dia akan goreng kalau kita minta…so panas la lagi. But bila baru nak goreng maknanya lambat sket la sampai kat kita makanana tu. So sekarang dah ada western. So aku tak nak la citer apa lagi…so gi je la try…..Nama tokey dia Abg Ramli!! Mmg sporting! So bulan posa ni dia hidang karipap sardin dan ubi kayu ,,,dua2 sedap. ;)

Parti Politik dan Kawan

Aku pagi2 dah bengang...bukan apa...ni pasal kawan aku masa belajar ni. So dalam FB dia buh la parti pembangkang...so aku pon mengusik la sket2. Sekadar tanya buat bodoh. Sedap je orang pembangkang ni nak tarbiyah orang. Ceh belajar sama je ngan aku nak tarbiyah aku macam dorang ni confirm ahli syurga.

Aku rasa penyokong pembangkang ni bile aku kata otak dia sempit dan tak buka minda dia kata orang UMNO ni dungu dan taksub. Kepala hotak mak bapak dia la...yang dia taksub ngan parti dia tak pikir. Bila orang mahkamah kata Anwar meliwat dia kata fitnah tetapi tidak la mahu pula selidik kebenaran. Tu yang aku kata dorang ni dungu. Ni member leh la kata aku patut berubah. Aku berubah mengikut kehendak zaman la. Cilaka betul punya member. Macam hebat sangat ilmu dia. Yang aku bengang lagi tu kawan2 dia pon sama je. Belum apa2 nak kondem aku kata budak mentah. Setahu aku byk orang yang berumur akal nya sengkat sekarang! Tu yang aku hangin satu badan. Tah pah apa ntah just because aku muda aku tak berilmu. Tu yang aku kata penyokong pembangkang ni otak nya sengkat dan dengkat lagi. Muda je mentah. Tah pah apa ntah. Pastu leh lak kata aku ni takat belajar ITM tak ke mana?? ceh!! Apa dia belajar mana?? Kalau nak riak ngan aku takyah la...aku pon bukan berenti kat ITM je!!. Ilmu tuntut sampai bile2. Pensijilan hanyalah pensijilan. Taik kucing dorang la. Dorang yang pikiran sempit. Baca buku pon idak tu yang dok join usrah kononnya bagus. Join usrah kalau tak membaca tak boleh sebab kita tak tahu mana satu betul mana satu idak. So bila dalam Usrah kita tak ada ilmu kita tidak boleh berbincang secara Ilmiah. Jadi kita akan menjadi manusia yang bodoh menerima sahaja! Bangang dan sempit pemikiran penyokong parti pembangkang ni.

Adalak bgtau ko tak kenal aku!! ceh mengugut ke apa ni?? Haram jadah korang la!!Korang pon tak kenal aku. Mana orang nak dekat ngan korang. Ayat tak best langsung! Mmg la tak kenal korang..korang bukan buat apa2 kebaikan di dunia atau di akhirat kalau kenal pon. Takat dalam FB boleh nak tunjuk samseng apatah lagi bila dalam keadaan berpolitik. No wonder murahan je kawan aku ni.

Bagi aku la kalau nak nasihat orang supaya berubah...takyah la ....ko tau ke perubahan yang ko canangkan tu membawa ke jalan yang benar 100%. Ko tau ke perubahan yang ko canangkan tu bakal membawa kebaikan kepada individu tersebut. Kalau ko canangkan tu takat menyusahkan je...takyah laa....Ibadat ko pon belum tentu diterima apatah lagi nak suh orang berubah!!

Tuesday, 17 August 2010

salleh gregor samsa


Salam,

Aku baru baca tentang komen FB pasal Mamat nama di atas tu hina Islam. Hmm setahu aku la masa bulan posa ini kalau tak posa malu nak ngaku...bebudak skunk dengan tak malunya kata tak posa....yang buat aku bengang lagi ada gak penyokong yang menyokong kebodohan salleh ni. Nama Salleh...pergh...maksudnya pon baik....tapik cursed orang berpuasa tak ingat!. Aku pon tak tau dia ni tinggal nama je ke apa. Sbb yang aku nengok bila dia cakap dia bengang betul dalam IC ada kata dia Islam. Maybe nak kuar tak leh.

Nak buat kitab and nak buat upacara bunuh diri beramai2. Hmmm aku heran napa nak suh orang bunuh diri....aku nak gak salleh ni bunuh diri...berani tak berani. Takyah kumpul 20000 ke 30000 buat kitab adakan upacara kat Armcorp Mall. Heheheh (Aku rasa dia keje kat Armcorp Mall kot) hahahaha So bile bercakap atau menaip dalam FB ni berhati2lah. Tak suke jangan didombakan. Tak suke Malaysia pergilah negara yang ko suka. Ni dak kutuk lagi Mesia. Bosan la aku dengan orang camni!!!. Kalau tak suke jgn hina...ni dak lagi mau hina...tapik mohon perlindungan dari tempat yang dihina. Andai bumi malaysia ni boleh bercakap2 mau nye di lantunkan je Salleh Gregor ni. Hehehehe. Bagi yang belum baca apa dia tulih aku sediakan la....renung2kan.

Kesimpulannya aku rasa kekuatan orang Islam di akhir zaman ini semakin lemah. Jika bilangannya ramai kualiti tiada tidak guna la dibanggakan dengan majoriti rakyat Malaysia terdiri daripada Melayu....Ini kerana orang sebegini kalau berlaku apa2 bagi aku tidak boleh diharap. namun demikian aku rasa buat masa ini dia belum faham mungkin faktor keluarga atau pendidikannya. Tetapi siapa tahu mati beliau dalam keadaan apa?? Aku pon tak berani nak cakap aku ni mati dalam keadaan apa. Banyak kesah menunjukkan orang alim mati dalam kufur dan orang kufur mati dalam keadaan beriman. Ini semua kuasa Allah Taala. Kita hamba Nya hanya mampu berdoa dan berserah.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam,

Hmm bulan ni kira bulan kemerdekaan la...Aku rasa teruja dengan rancangan Nat Geo dalam bulan kemerdekaan ni. Semalam aku nengok 2 jam Nat Geo pasal Malayan Emergency....Hmmm maybe heronya still British but aku bersyukur la Allah selamatkan negara ini dari cengkaman komunis.

Derita selepas penjajahan Jepun satu hal....derita lagi semasa era komunis. So Chin Peng and the Geng mmg mula2 berkuasa. British baru nak bernafas selepas World War 2. Aku rasa British put segala effort untuk basmi komunis ni kat negara ni maybe satu faktor utamanya ialah kekayaan yang dimiliki oleh negara ini. Getah dan Timah. Mmgh malaya pengeluar uatama 2 komoditi ni masa era selepas perang dunia ke2. Kalau bukan hasil bumi ni aku rasa macam tu je dia lepaskan malaya but maybe dia jaga S'pore. Kekayaan yang dimiliki oleh Malaysia membuat pendapatan British lebih dari US pada masa itu. Untuk memulihkan ekonominya selepas perang dunia ke 2 dia perlukan Malaya untuk bantu England stabilkan ekonominya balik.

Balik kepada kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia for 53 tahun ni. Aku rasa kalaulah Chin Peng berjaya dalam kempennya (which pada awalnya dia mendapat sambutan dari semua pihak) mmg naya Generasi sekarang ni. Chin Peng jadi Presiden Malaya, Sultan dah takder...agama Islam tidak lagi boleh diamalkan, dan segala macam yang kita warisi semuanya akan dimilik negarakan! Sbb tu bila Chin Peng mula mengganas itulah titik tolak penolakan orang Malaya kepada PKM. So ramai orang tak setuju bila dia mula kekejamannya. Yang aku heran tu sampai sekarang aku tak paham, kenapa orang Melayu nak join juga PKM sedangkan dasar PKM sendiri tidak Islam. Yang masuk PKM ni pula bukan calang-calang Ustaz dan Ustazah lak tu. Mereka ni kononnya ingin halau Inggeris tetapi bila Inggeris berjaya dihalau sah2 komunis berkuasa! Apa dia nak lawan komunis lak?? Hmmm camna tu yeh? Muhammad Indera (yang terlibat dalam kes serangan Balai Polis Bukit Kepong) Shamsiah Fakeh..semuanya mempunyai pendidikan Islam yan utuh la...Dengan menyokong PKM bererti bersetuju secara tidak disedari jika PKM berjaya menghalau British, PKM yang akan memerintah Malaysia.

Bagi aku mereka yang terkorban semasa menentang komunis inilah wira negara. Biarlah di bawah British ke apa ke...tetapi hakikatnya British tidak la menghalang orang Islam mengamalkan agamanya...so dasar penjajahan british juga menekankan perkara ini. So tidak timbul bagi aku orang PKM ni adalah wira negara. Zaman pemenrintahan Jepun aku setuju la mereka membantu tetapi bukan la PKM yang menghalau Jepun dari Malaya. Ia kerana bom Atom je. Kalau harapkan PKM lebih lama lagi la...Orang cuba untuk menghidupkan watak Chin Peng sebagai wira negara...dan aku amat tidak setuju. Kekejaman PKM mmg tidak boleh dimaafkan. Tetapi tidak la aku menyokong British 100%. Semua bentuk penjajahan semua jahat dan tidak ada yang baik.

Orang kata mana contoh kekejaman PKM...bagi aku apa yang terjadi di Bukit Kepong sudah memadai untuk menceritakan semua perihal perilaku PKM ini. Tiada belas ehsan sama je kejamnya dengan Jepun dan Nazi. Kalau benar la PKM ini memperjuangkan Malaya dan bukannya agenda jahat Chin Peng, bagi aku dia dah stop semasa Malaya mendapat kemerdekaan dan tidak perlu lagi darurat diteruskan. Ni darurat diteruskan sehingga tahun 60 dan PKM hanya menyerah diri pada hujung tahun 80an. Dalam syarat penyerahan Chin Peng tidak dibenarkan masuk Mesia selama-lamanya...ni ada lak kutu nak bagi dia jadi Hero dan minta dibenarkan masuk Mesia! Cis dah la bunuh dan seksa orang ni ada muka nak tunjuk diri kat Mesia...apa dia nak cakap? Maaf...hmm aku rasa baik la dia tak masuk Mesia daripada dia dibenarkan. Dia boleh kata dia tak seksa orang...mungkin orang2 dia yang buat...Ko sebagai ketua kena la bertanggung jawab. Aku heran kenapa dia tak dibawa ke mahkamah tribunal jenayah perang antarabangsa...

Tuesday, 10 August 2010

Politik dan Politik

Politik...satu isu yang bakal membuat kita bertegang urat tidak kira dengan siapa. Baik keluarga ataupun rakan. Politik ini bagi aku satu tiang utama dalam negara. Ia mempertaruhkan dasar seseorang. Sebab itu, orang selalu bergaduh bila berbicara tentang politik. Ia menyentuh pegangan, prinsip individu itu. Ada yang cuba berhujah kononnya secara berhemah namun demikian apabila sampai satu tahap seorang lagi petah berkata-kata...individu satu lagi akan mula rasa kecewa, kecil hati dan marah. Mulalah perbalahan. Kenapa berlaku...kerana ia menyentuh prinsip seseorang itu. Sebab itu, apabila berbicara tentang politik semua orang akan berasa dia yang benar dan sukar menerima pandangan orang lain.

Dasar dan prinsip individu tidak boleh diubah. Hanya boleh diubah jika individu itu benar-benar berfikiran terbuka. Pada masa ini aku rasa tak ramai yang mempunyai sikap sedemikian walaupun mereka mengatakan keterbukaannya. Yang banyak terbuka tentang pakaian je. hehehehehe debat politik sama hangatnya dengan debat agama. Biarlah 1000 fakta dibentang tetapi masih tidak mahu mengubah pendiriannya tidak ke mana dalam mencari kebenaran.

Dalam banyak perbincangan tentang politik ini aku melihat individu bukan berbincang atau memberi pandangan tetapi cuba mempengaruhi individu yang tidak sama haluannya mengubah prinsipnya. Hehehehe Inilah punca perbincangan tentang politik menimbulkan suasana tidak selamat. Aku rasa inilah yang terjadi dalam banyak-banyak pergaduhan di Malaysia sekarang ini. Cuba mengubah prinsip individu. Semua orang salah dia yang betul! eheheheh bagi aku yang kata semua salah dia betul tu la yang salah. :)Yang bestnya dalam perbincangan tentang politik...semua cerita jahat yang didengar dari Polan A punya kawan punya kawan boleh dipercayai tetapi apabila dibentangkan fakta depan mata takleh lak percaya. Semuanya tipu belaka! Camno tu!! Sama la cerita Hang Tuah yang tak mati....sbb tak jumpa kubur orang kata dia ghaib. Hmmmm....camner tu..Ikut fakta yang ada...Hang Tuah lari semasa Melaka diserang. Dan itulah penghujungnya.

So bagi aku, pendirian orang, prinsip orang tidak boleh diubah tanpa kemahuan sendiri. Berbincanglah cara ilmiah. Tetapkan objektif perbincangan apa yang ingin dicapai kemudian lontarkan la pandangan. Tapik kalau just nak sembang2 takder objektif lebih baik mendiamkan diri dan dengar saja. Nyampuk la sket2. Bagi panas je. heheheheheh

Tuesday, 3 August 2010

Movie Review



Salam,

Citer kartun despicable me. Woo in 3D. Heheheh aku first time nengok citer 3D ni. Mmg menarik! Kalau tak pakai spek 3D tu kabur sket nengok citer tu.

Anyway citer kartun yang aku nengok ni story line dia simple. 2 orang penjahat dan mereka bersaing untuk menjadi penjahat. Aku baca review tu pon aku dah gelak. So macam-macam la dia buat. Curi piramid la, Statue of Liberty... (yang kat Vegas je hehehe) dan siap buat pinjaman bank untuk curi bulan pula. So bagi aku nenngok citer ni bawa anak mmg ok. Aku bawa anak aku umur 6 tahun dan 1 tahun 10 bulan Alhamdulillah tak byk meragam. Yang kecik tu je bile masuk panggung dia resah sket sbb gelap dan advert dia kuat sangat. Bila dah start citer ok je....

So bagi family aku rasa sesuai la nengok citer ni. Story line dia mudah dan kelakarnya not solely on dialog. Gelagat minions dia bleh buat kita gelak. :) Enjoy!!

Movie Review



Salam,

Movie inception yang baru ni mmg lain dari lain. No wonder la dia still carta atas dalam US Box Officce untuk minggu ke-3 berturut-turut. Even Salt (Angelina Jolie) belum dapat tewaskan kedudukan movie ni.

Aku nengok movie ni mula-mula rasa cam boring je. But bile aku nengok review di Yahoo rating dia makin baik dan makin baik so aku decided pergi tgk la. Mmg lain. Dia thriller dan untuk tgk citer ni kena concentrate la. So not adviseable bawa anak. Kang takut miss bab-bab penting sebab nak bawa anak pergi tandas....buat susu anak...bawa anak kuar sbb dia nangis. Heheheh

Aku rekon la sapa2 nak tgk wayang dengan ister, awek atau sorang2 tgk la citer ni. Still hot dalam panggung kita!. Ending dia...hehehe takyah aku citer la sbb jadik spoiler. Abih la debaran tu. :) So enjoy!

Monday, 2 August 2010

Isteri dan Islam







Hmmm...sapa2 ada nengok Majalah Time. Bila aku nengok cover story dia...aku tak tau nak cakap apa!! Marah ada, malu ada bengang ada...semua ada....

Cerita dia simple je.....Dia lari dari suami dia seorang husband yang mendera nya...so bila ditangkap balik telinga dan hidungnya di potong walaupun telah dirayu dan dimaklumkan kenapa beliau melarikan diri....

First of all...Time magazine akan show picture ni....hmmm tau apa effectnya kepada Islam? Maybe kita leh kata propaganda barat....tapik again...wanita Islam di seksa...dah la sebelum ini Islam di label pengganas...dan sekarang pula dilabel kejam terhadap Isteri...hmmm camna nak ubah tu?? Kalau media barat nak alihkan perhatian dia senang je...dari suka berperang kepada agama yang kejam...

2-....ini mahzab mana ni?? Aku yang cetek agama ini la....kalau nak mengajar isteri tu pon boleh dipukul tetapi di kaki. Bila maksud pukul tu bukan la pukul namanya...Ntah mahzab mana....Seingat aku belajar...Siti Asiyah, Siti Khadijah tak pernah pon Nabi pukul...begitu juga dengan Saidina Ali...tak pernah pula ditamparnya Siti Fatima. Tu yang aku heran tu..kalau nak ikutkan Islam itu segala-galanya...namun demikian, semua yang dilaporkan semuanya terbalik dengan ajarannya.

3- Isteri itu pelengkap hidup lelaki....hmm kalau dah potong hidung dan telinga bukan melengkapkan...itu mencacatkan dak?? Aku rasa tafsiran demi tafsiran yang amat salah berlaku dalam dunia Islam ini. Matlamat menghalalkan cara...waimah kalau mencuri sekali pon tidak la dihukum potong tangan...kena siasat dulu...mencuri kerana keperluan atau tidak. Ini tidak bila bab khalwat je bukan main marah dan amarahnya ....Mmg la salah...tetapi selalunya tumpuan ke situ je...

4-Perempuan dalam cover tu akan buat pembedahan plastik...sapa taja?? hehehe takyah la cakap... :) Walau salah bagaimanapun ia tetap mencerminkan Islam...Entahla di mana letakkanya peri kemanusiaan seorang suami terhadapa isteri?? Isteri yang dicinta mohon jgn diapa-apakan tetapi lebih teruk dari itu yang dikenakannya. Kalau kerana kolot...Islam itu tidak kolot...tafsirannya tidak berubah dari 1400 tahun dulu. Kalau sembahyang itu wajib...sekarang pon wajib la....Kalau menjaga maruah isteri wajib...sekarang pon wajib la....Apa lak kolotnya. Tiada tafsiran yang berbeza...Suami itu umpama kepak yang memberi perlindungan kepada keluarganya....dari dulu begitu...so kalau negara itu mundur sekali pon ia tidak berubah! Kalau la isteri itu bersalah...bermain kayu tiga ada caranya...Takder dalam Islam hukum kerat hidung n telinga...potong tangan ada...

Kesimpulannya untuk mebuktikan Islam itu indah amat susah apabila pembawanya tidak berkualiti. Itu je... sama la ngan aku ni...adakalanya ikut adakalanya leka... :)

Cepat Kaya

Salam,

Skim Cepat Kaya....wooooo...mmg cepat kaya dowh....tapik kebanyakkan yang aku nengok yang cepat kaya tu cepat la miskinnya.....rata-rata lak kebanyakkannya lebih cepat miskin!! hehehe

Aku pon pernah terjebak perkara ini 2-3 kali. Nak cepat kaya laa dowh!! Macam-macam la taktik...menanng dan gores, jual barang komisyen tinggi....labur dalam koperasi....semua dah buat. Hehehe mmg tak serik. Pada mulanya ko rasa dah menyesal...lepas tu bile diterangkan sistem yang berbeza, kita mula terpengaruh balik.

Biasa la mula2 suh ko bg duit kat depa minimum 10000 ada, 20000 ada....tapik perasan tak perasan ko dah bg RM10000 yang dah kumpul kat baper tahun pada orang yang tak dikenali. Mmg senang. Operasi skim cepat kaya ni lebih mudah tertipu bila sedara atau kawan baik yang telah menikmati keuntungannya. Hmmm camno tu??? Bila sedara atau kawan baik yang approach kita dan kata dia dah berjaya?? MMg susahkan. hehehehe

So aku rasa dan setelah habih kat puluh ribu ringgit ni aku simpulkan camni la....

1 - Kalau skim cepat kaya dia mesti suh kita invest duit pada dia seminimum RM1000....kalau nak lagi cepat pulangan cecah angka 5 beb! Heheheh...pastu bagi barang suh kita guna atau jual lak...ceh takyah la....Kalau betul la....RM1 je cam ASB tu. Korang tanya la kalau invest RM1 baper leh dapat balik?? hehehe kalau RM1000 leh dapat RM10000 takkan RM1 takleh dapat RM 10? Lepas duit rokok. Padahal dia suh invest beli barang tu yang mereka pon dah terjerat. Kalau dia kata takleh ...baik jalan daaa....

2 - Mereka yang datang ini akan kata semua orang tak pandai dan mereka adalah ingin menolong bumipuitera. Sapa lagi mau tolong kalau bukan Bumiputera....Kim salam daaa....Yang betul2 nak tolong la MARA ngan PNB dah ada....so pakai tu je la. Nak berniaga MARA adakan macam2 tapik kene la ikut syaratnya baru betul....ASB lak 7% setahun (more or Less) kira dividen yang tertinggi di dunia! Dunia beb bukan Mesia je!! Dan ASB ini je ada dalam dunia!! hehehe tak caya gi la check! Oh lupe skunk ni ada Koperasi FELDA. Offer dividen 13% tapik tak tau la baper lama leh sustain!

3 - Kereta mmg power dowh!! hehehe nengok la kereta orang2 ni pakai...mmg power....Fair lady, BMW, MERZ, macam2 dowh! Aku pon termakan gak...but lately ni aku dah tak caya daaa....Bukan nak merendahkan mereka....tapik itu semue orang yang dok kat atas skali dan baper ramai mrk dah songlap duit tu...hehehe Bengang aku percaya pasal depa pakai kete...tapik aku ni manusia....kita percaya apa yang dilihat ...tetapi tidak mampu berfikir dengan tenang....

4 - Kalau mereka betul2 kaya mereka akn simpan sorang laaa tak yah minta downliner lagi....hehehe masalah mereka hadapi mereka kata downliner mereka carikla....kita duduk je....apa ni?? nganga dapat duit?? Fuh mmg best...so takyah belajar tinggi2 .....Knowlegde is Power....so apahal nganga dapat duit???

5 - Tiada jutawan dunia ni yang berjaya tanpa usaha....Skim cepat kaya ni usaha gak...t6apik 100% on the downliner...bukan product or brain mereka. brain mereka berfungsi camna cara baru untuk tarik downliner bukan cipta konsep. GM Motor leh bankrupt...Daewoo leh bankrupt....Bank pion leh bankrupt.. tu yang dah bertapak dalam dunia perniagaan berkurun lamanya...ni yang pass SPM dapat SAP leh jadik jutawan?? hehehe aku bukan memandang rendah la...but they are good in convincing people...itu je..bukan innovatif produk.

6 - Berniaga bukan straight line. Nothing come easy....itu je konsep berniaga....Apa yang ada dalam skim cepat kaya bukan berniaga....itu aku pasti...N then dia mula cakap artis ni dah join....orang kenamaan ni dah join siap tunjuk gambar lagi...padahal celebrity tu datang untuk function apa ntah ....maybe nyanyi 2 lagu ke atau kebetulan ada kita mana tau!! Lebih teruk lagi super impose!!hahahahah

Kesimpulannya yang aku paham mengenai kekayaan ini ialah...kalau nak kaya mesti berusaha (bukan dapatkan orang downliner) dapatkan orang jual produk. Aku rasa teori investment yang paling betul sampai sekarang ialah...High Risk High Return and Low Risk Low return....mmg tepat...skim cepat kaya Low Risk high return which is very terbalik. Kalau dak semue tycoon dunia dah pakai konsep ini. Kalau high risk ni kalau betul2 la nak kaya...ialah main saham or commodity!!! Ni kene ada ilmu beb!! mmg ko dok la KLSE tu dari pagi sampai petang!! Ini mmg leh kaya but very high risk....Kalau nak low risk....invest dalam emas....very low risk but will offer you good return. Emas stabil....tapik kenaikan dia slow....

Anyway terpulang la pada semue nak kaya kan. Tapik kalau dah ada RM10000 ke RM 20000 ke bukan dah kaya ke??Tanya je kalau RM1 dapat baper?? baru betul la nak tolong tapik kalau ada minimanya...kim salam je la...takpon bgtau den takdo duit!! Kalau dia suh buat pinjaman ke apa bgtau camni je la.....ok camni saya takder duit dan saya tak nak buat pinjaman tapik gini abg dulukan duit abg / kakak dulukan duit dulu nanti untung saya amek pokok abg amek ....kalau betul nak tolong la....hehehe pastu jalan.....hehehe pikir2 la mengenai cepat kaya....very trickie and orangnya tak mudah mengalah nak dapatkan downliner...sbb dia dah nampak duit dia....hehehehehe kita ni yang belum nampak apa2 tu yang main ikut je... :)

Sunday, 4 April 2010

Peperangan

Salam,

Aku rasa ramai umur baya aku ni dah berkeluarga.....aku lihat kasih sayang ibubapa mmg melimpah2 kepada anak2. Aku rasa masa zaman perang kasih sayang yang ditunjukkan sekarang tak sama. Ibubapa yang hidup dalam zaman perang dan kanak2 yang hidup dalam era perang dilayan tidak seperti hari ini. Aku melihat dalam keamanan sekarang di negara ini, satu rahmat besar. Kanak2 palestine, iraq, afghanistan mmg tak dapat merasai apa yang anak2 di Malaysia rasakan.

Aku terpikir.....kalau lah jadik peperangan di negara ini aku, keluarga aku dan anak2 aku boleh survie atau tidak? AKu akui cubaan hidup dan dugaan hidup yang aku lalui sekarang tidak lah sehebat mana kalau dibandingkan dengan saudara aku di sesetengah negara lain yang bergolak. Sebab itu aku amat benci dengan orang yang cuba memporak peranda kan negara ini demi kepentingan peribadi.

Selain itu, kalau anak aku nak susu, nak makan KFC..apa2 la...insya Allah aku boleh tunaikan. Aku terbayang kalau anak2 aku berada dalam zaman peperangan, betapa hancurnya hati aku tidak dapat menunaikan permintaan mereka. ENtahla aku berharapa supaya aku tidak diduga seperti mereka di sana. Adakah kekentalan semangat aku.....anak2 aku bila dewasa akan setabah seperti yang dikehendaki oleh Islam...aku sendiri tak pasti. Aku lihat gambar dalam internet bagaimana seorang kanak2 dan bapanya (aku rasa) berlindung di sebalik tong dari dibedil dari kekejaman tentera...akhirnya mereka berdua rebah dalam keadaan berpelukan. Sedih aku lihatnya. Dan aku tak tahu kenapa orang suka sangat berperang....

Setakat aku hidup ini, masih belum ada satu peperangan yang aku rasa justify kenapa mereka berperang...dari perang telok 1 dan 2, Afghanistan.. Palestine, Sudan, Somalia dan lain2 negara. Yang aku heran yang teramat semua peperangan sama ada dengan negara lain atau perang saudara...kebanyakkan negara Islam di mana Islam itu indah. Islam itu aman...dan Islam hanya berperang untuk mempertahankan diri apabila terancam. SAMA2 KITA FIKIRKAN!! :)

Monday, 15 March 2010

Chong Wei and All England


Salam,


Aku rasa ramai rakyat Malaysia yang gembira atas kejayaan Dato Lee Chong Wei dalam kejohanan All England. Badi kekalahan di kejohanan All England akhirnya dipadamkan...Namun demikian, bukan mudah mengalahkan pemain muda dari Jepun - Togo. Walaupun Chong Wei pernah menundukkan beliau 2 kali sebelum ini tetapi pada masa kejohanan ini pemain muda ini mengejutkan ramai pemain ternama dalam kejohanan ini. Dua pemain utama dunia dari China tunduk kepada pemain muda Jepun ini.

Aku rasa pada masa kejohanan, gemuruh amat sukar dikawal. Biasanya perasaan gemuruh melanda semua orang pada masa-masa kritikal. Apatah lagi kalau bermain seorang seperti Chong Wei. Perasaan gemuruh harus dikawal sendiri. Kalau main bola, boleh la member-member support tapik kalau sorang2 kat gelanggang susah aku rasa nak kawal. Heheheh Aku pernah main badminton single dan bolasepak...perasaan gemuruh ni penyebab utama kesilapan demi kesilapan berlaku. So Syabas aku ucapkan pada Chong Wei dan Misbun (Jurulatih) yang berjaya mengawal keadaan. kalau nak ikutkan game semalam Chong Wei yang tertekan!. MALAYSIA BOLEH!! Seronok betul bila nengok game Malaysia...Malaysia yang menang...sebelum ni kalau nengok asek kalah je manjang!! bosan tul!! :)

Monday, 8 March 2010

Tuesday, 2 March 2010

2010 - naked bike!!

MV Augusta Brutalle 1090RR - Mmg nampak brutal moto ni. Alahai proton napa la jual MV Augusta RM4. Kalau la aku tau dia jual RM4 aku dah bid juga...isk...ruginya!! Sbb MV Augusta ni mmg keluar moto naked mmg terkenal...and biasanya amat laju...Kalau la aku leh beli company ni dulu mmg aku amek sebiji pastu jual la company tu balik hehehe





Triumph Street Triple R 2010 - Tang lampu dia aku suka!! hehehe







Norton Commando 961 - heheheh Mak mentua aku tau motor Norton ni...tapik lepas perang dunia kedua mmg byk motor Norton ni...sbb origin dari British. Dulu dia kuar 150cc n skunk ni byk motor norton ni dah jadik classic. Mmg susah nak carik..kalau ada owner takkan jualnya. Aku nah tanya kat Tampin...dia kata takdo dah moto ni satu yo!! hehehe lebih kurang camtu loghat dia. Ok back...Norton ni dah tak masukMesia...maybe pasaran Mesia tak menarik and keluaran motor company ni pon tak byk...cuma mmg hebat la engine performance dia...Design dia tak seksi cam Ducati or MV Augusta...cuma dia naked yang berbeza....hehehe biasala britonian....awek dia pon tak la lawa sangat compared to Italian girl!! hehehehe






Moto Guzzi Griso 1200 8V SE - Moto guzzi ni tak nah aku nampak kat Mesia...maybe market dia european kot...tapik aku suke design dia... cuma aku rasa berat la moto ni...and aku rasa juga kalau bawa moto ni peha ngan telor panas je...tgk la design enjin V8 dia tersembul kuar bawah tank minyak dia...heheheh boleh hilang kesuburan lelaki kerana extreme tempreature....kalau pompuan yang bawa..maybe leh orgasm terus kalau enjin dia gegar sampai ke tangki kuat sangat kekekekek























Aprilia Shiver 2010 - Launch in 2007...shiver dah berubah wajah lagi...mmg geram aku tgk motor ni...Kat Mesia pon kurang orang pakai tapik mmg power moto ni...kalau kurang orang pakai...kita bawa mmg orang pandang dari kiri ke kanan sampai hilang motor tu...hehehehe



















BMW - nampak pelik tapik performance and endurance mmg superb!! Tahan lasak motor BMW ni...kalau nak jelajah malaysia ke china naik motor ni selamba je..aku nengok dalam magazine byk pakai motor BMW nak jalan jauh2 ni...Aku tak nah la ride....cuma bila tgk tour jelajah2 ni dalammagazine byk prefer BMW...


2010 - Ducati monsters....makin mencabar keimanan...hehehe tak byk berubah...


KTM - motor ni aku tak minat sangat design dia....aku minat kat kelajuan dia....Motor ni mempunyai kekuatan enjin yang begitu ketara....hahahah....

Sunday, 28 February 2010

Orang Malaysia Kejam ke?

Aku rasa hangin satu badan....lately ni macam2 kes melibatkan budak2 or to be exact bayi dari kalangan umur 1 hari hinggalah 3 tahun. Macam2 citer...dari kes buang anak....bakar anak...hinggalah yang terbaru buat anak macam bola sepak....

Setiap kali timbul cerita ini aku letakkan diri aku dalam suasana keseksaan ahli syurga ni....Ya Allah dengan gigitan semut, kesejukan, lapar dan pelbagai rasa yang aku rasa aku hanya feel tak sampai 10% dari apa yang dirasaainya. Perbezaan antara kita dan mereka ialah kita boleh bersuara dan mereka tidak. Sering dalam ketakutan dan selalu perlu perlindungan dari yang mereka kenal....Tapik apakan daya yang mereka kenal itulah yang menyiksa mereka...jadik nak minta tolong sapa lagi?? Cis!!

Nama Syafia Humairah Sahari 3 tahun menunjukkan dengan jelas orang Melayu la especially lately ni menghadapi masalah tekanan jiwa yang amat sangat. Ni negara kita tak jadik lagi cam somalia, afghanistan, Iraq, Uganda dan lain-lain negara miskin dan berperang. Maksud aku masih lagi makan minum boleh mudah diperolehi dan boleh hidup seperti orang normal Kena cam somalia tu makan pon susah aku tak tau la jenis kekejaman apa lak melanda negara ni. AKu pon takleh bayangkan orang ni yang penuh dengan kemarahan yang amat sangat dalam diri mereka!!

Syafia ditemdang seperti bola sepak!! Ada orang dengar dia cakap sebelum dia mati , dia kata jgn pukul dia lagi!! Aku rasa la bagi manusia normal umur 3 tahun cakap kita pon tak tergamak la nak marah walau pon marah kerana mengajar....ni marah macam marah ngan musuh...

Sebelum ni kes budak 4 tahun (aku rasa la) disimbah air panas oleh jiran kerana main anak kucing dia!! Bodohnya...apa manusia sekarang ni dah hilang pertimbangan sebab mereka tak pernah susah ke? sampai kewarasan dah hilang.

Aku tak tau la apa nak jadi...apa dah jadi dah terjadi tapik aku harap benda ni tak terjadi la kat keturunan aku dan aku jua...Mohon dijauhkan. Sama ada diperlakukan sedemikian atau memperlakukan kekejaman sedemikian. Bagi pesalah tu aku harap mereka menyesali dan jadikan tauladan...bagi kita yang normal ni moga2 tak ilang kewarasan dan kasih sayang dalam diri kita....

Yang meredakan kemarahan aku ialah...keseksaan kanak2 tu dah tamat....mereka sekarang dalam jagaan Allah S.W.T dan aku rasa mereka dah gembira sekarang disisi Nya. Mereka dipinjamkan ke dunia sementara sahaja dan amat singkat. Allah memelihara mereka dan meletakkan mereka di kalangan ahli syurga. Aku pujuk diri aku dengan mengingatkan ini sahaja.

Monday, 22 February 2010

Kenyir - Trip Mancing

Masa sampai kat Empangan Kenyir kul 9.00am. Ni la rupenyer...macam kul 7 pagi. Berkabus dan hujan kejap renyai kadang lebat. Silih berganti. Masa sampai tasik tu air empangan pada paras 138m...Full capacity 147m+. So masa ni awal musim tengkujuh and sebelum berlakunya 2nd wave hujan lebat. Pemandangan mmg cantik. Mmg elok la pencinta alam sekitar fight untuk greener world. Mmg segar dan nyaman kalau kawasan cam ni.
Masa ni tgh bahagikan hasil tangkapan la. Hehehe ada la dalam 80 ekor ikan...tapik bila dah bagi kat 15 orang sorang dapat baper ekor je...so boleh gak ler bawa bagi family rasa ikan tasik kenyir ni. Masa ni ada la juga muka tak puas hati. Tapik lantak laa...rezeki masing-masing dan takkan nak puaskan hati semua orang. Kongsi-kongsi la...kalau nak ikutkan yang dapat ikan bawala ikan dia...yang tak dapat nganga je la....lagi la kecewakan? So daripada tak merasa at least ada juga la bawa....n then pikir juga la...yang dah melantak atas boathouse tu tak citer lagi....so kengkadang bende cam ni yang buat penganjur boring tu...yang betul kaki pancing biasanya isu nak bawa balik ikan ni tak jadi masalah...janji dapat tarik ikan...tu je yang dorang nak!

Ni gambar sebelum balik. Saja je je post...masa ni dalam pukul 530pm. Bagi aku cantik scenary ni!














Siang ikan nak bawa balik. Tak buang perut kang busuk la ikan tu....Yang sebelah tu ikan2 yang dapat....aku dapat 3 ekor je...tu yang aku siang tu. Tu pon aku dapat masa kecederaan. Boathouse nak balik dah...member aku bawa boat kecik gi tempat lain. N Otai yang aku cakap tadik bagi aku pinjam rapala dia....sib baik dapat! hehehe sib baik rapala dia tak ilang kalau dak...isk mau tarik muka member tu!


Masa ni on the way balik. So biasanya mandi2 la dulu nak buang bau hanyir ikan tu. Aku mandi air tu bukan apa..dia suam sket. Kalau dak sejuk air kat tasik tu. hehehe mmg puas mandi dowh!










Ni la rupa boathouse...so sewanya berbeza ikut size boat. Lagi besar size boat dan kelengkapan lagi la mahal. Biasanya Rm800 ke RM1200. Kalau ada astro mahal la juga. So musim tengkujuh ni kalau boleh takyah la amek astro sbb hujan...astro tak dapat. Tapik kalau nak amek...amek la....mana tau kot2 tgh tasik tak ujan. Leh gak tgk....ada boathouse yang ada karaoke...so tgh malam takder apa nak buat...layan la karaoke...hehehe cuma takut bende2 mistik atau wildlife menyampah dengar korang nyanyi dia mengamuk...gua tak tau!!

Ni keadaaan selepas hujan lebat. Orang kata Kepala Air keluar...maksudnya semue sampah balak dari atas bukit turun ke tasik sbb hujan lebat sangat. So mmg menakutkan. So masa musim tengkujuh boat house ni tak parking kat sungai sbb takutkan kepala air. Silap2 tenggelam boathouse kena balak. Dari jernih air dia terus keruh cam teh tarik. Tapik tidur semacam je kawan aku ni ngan anak dia masa hujan lebat. hehehe mmg sedap tidur...bagi penggemar tidur mmg sedap tidur. Hp takkan berdering...sbb mmg line takder. Bagi yang baru bercinta atau yang ada GF yang mahukan report setiap 1 jam...mmg gelisah la kalau dok Tasik Kenyir ni....:)

Ni la ikan Kelah....ikan mahal ni beb. Tak silap aku RM100 sekilo. So kalau makan lauk ikan kelah ni hati2....kena tanya dulu. Silap2 makan tengah hari kena byr kat RM40 sepotong ikan. Ikan ni kalau goreng sedap, kuah lemak sedap. Susah betul nak dapat ikan ni. N then kalau mancing ikan ni kalau kene pancing mmg sedap melayan. hehehe Kaki pancing kalau ke kenyir mmg target ikan ni...tapik selalunya hampa. Kalau dapat ikan ni..kira King la.... Ada sesetngah trip dah janji awal2 kalau dapat Kelah mkn situ juga...biasa la ada sesetengah orang ni nak bg bini rasa la ...so dapat sorok ikan ni...tak bg masak...hehehe mmg berbulu la kaki pancning lain.















Ni la sebarau....serigala kenyir bak kata orang sana. Aku pon tak tau....ikan ni selalu bergerak dalam pack kecik2. So kalau dapat ikan ni cepat2 cabut ikan yang dapat tu n then baling balik tempat tu...kalau rezeki...akan dapat lagi....
















Ni bukan bot untuk operasi mencari mangsa. Kalau ke kenyir caster kene naik boat kecik nak cari lubuk ikan. Kalau atas boat house ni naik main bottom bleh la...Tapik aku baru tau musim tengkujuh nak main bottom tak yah la...air naik tinggi sangat. So tak guna bawa umpan nak main bottom. Masa aku gi tengkujuh tu satu umpan untuk pancing bottom tak kena...semua ikan casting je tak pon jaring...

Ni masa nak kuar dari boathouse....3 orang... yang tgh tu kaki pancing tapik tak makan ikan darat...apsal aku tak tau...nama dia Gucci!! Cam mana dapat nama Gucci...aku dengar sbb pasal pancing gak ler....yang otai dalam boat ni tu yang belakang skali tu...mmh hanyir mamat ni...manjang kene je pancing dia!! Biasa la kalau dah selalu mancing ikan dah tak kenal bau manusia ke ikan...sbb dah hanyir!! hehehehe


Ni Otai zaidi...kalau gua nak beli barang pancing gua refer dia la... ni satu lagi mamat hanyir!!heheheh Ni masa ni dia tgh sediakan bahan untuk main bottom. Konon2nya nak dapatkan kelah guna kelapa sawit. Tapik musim tengkujuh ni takyah la main bottom....buat berat kete je...masa aku gi ni, bottom tak jalan langsung.

Kat bawah tu cacing. Umpan universal...pon tak jalan ...so cacing tu kiteorang beli campak je la kat tasek kenyir ...so cam jadik agen pindah lak untuk cacing ni... cacing puchong hijrah gi kenyir!! mungkin sekarang cacing ni dah bercucu kot kat sana jumpa cacing kenyir n kawin! :)

Ni masa nak balik...mmg berkabus...mmg nyaman dowh!! Aku sokong pencinta alam menentang penebangan hutan!!
Masa nak loading barang dalam boathouse hujan lebat lak tu!! so kuyup la....Perjalanan dari empangan ke tempat pancing adala dalam 4 jam lagi...hehehe sbb tu kite orang minta boathouse datang dalam 930am. Tapik biasa la boat man ni ikut kepala dia...dia nak jalan kul baper dia nak bagung kul baper....setakat ni aku gi tak nah lagi la dapat boatman yang datang betul2 masa kite orang nak....Kalau ribut kat tgh tasik kenyir ni bahye gak...sbb ombak dia cam laut gak...ada boathouse yang kecik kene berhenti...so risiko masa bulan tengkujuh ni agak bahaya la gi...cuma pulangan yang menarik tu yang pegi juga!!

Sorry la gua malas nak susun gambar ikut sequel...nak cepat...heheh kalau nak join cakap ....bila aku gi kenyir nanti aku cakap!!! Tapik bayar la hehehehe :)