Aku rasa hangin satu badan....lately ni macam2 kes melibatkan budak2 or to be exact bayi dari kalangan umur 1 hari hinggalah 3 tahun. Macam2 citer...dari kes buang anak....bakar anak...hinggalah yang terbaru buat anak macam bola sepak....
Setiap kali timbul cerita ini aku letakkan diri aku dalam suasana keseksaan ahli syurga ni....Ya Allah dengan gigitan semut, kesejukan, lapar dan pelbagai rasa yang aku rasa aku hanya feel tak sampai 10% dari apa yang dirasaainya. Perbezaan antara kita dan mereka ialah kita boleh bersuara dan mereka tidak. Sering dalam ketakutan dan selalu perlu perlindungan dari yang mereka kenal....Tapik apakan daya yang mereka kenal itulah yang menyiksa mereka...jadik nak minta tolong sapa lagi?? Cis!!
Nama Syafia Humairah Sahari 3 tahun menunjukkan dengan jelas orang Melayu la especially lately ni menghadapi masalah tekanan jiwa yang amat sangat. Ni negara kita tak jadik lagi cam somalia, afghanistan, Iraq, Uganda dan lain-lain negara miskin dan berperang. Maksud aku masih lagi makan minum boleh mudah diperolehi dan boleh hidup seperti orang normal Kena cam somalia tu makan pon susah aku tak tau la jenis kekejaman apa lak melanda negara ni. AKu pon takleh bayangkan orang ni yang penuh dengan kemarahan yang amat sangat dalam diri mereka!!
Syafia ditemdang seperti bola sepak!! Ada orang dengar dia cakap sebelum dia mati , dia kata jgn pukul dia lagi!! Aku rasa la bagi manusia normal umur 3 tahun cakap kita pon tak tergamak la nak marah walau pon marah kerana mengajar....ni marah macam marah ngan musuh...
Sebelum ni kes budak 4 tahun (aku rasa la) disimbah air panas oleh jiran kerana main anak kucing dia!! Bodohnya...apa manusia sekarang ni dah hilang pertimbangan sebab mereka tak pernah susah ke? sampai kewarasan dah hilang.
Aku tak tau la apa nak jadi...apa dah jadi dah terjadi tapik aku harap benda ni tak terjadi la kat keturunan aku dan aku jua...Mohon dijauhkan. Sama ada diperlakukan sedemikian atau memperlakukan kekejaman sedemikian. Bagi pesalah tu aku harap mereka menyesali dan jadikan tauladan...bagi kita yang normal ni moga2 tak ilang kewarasan dan kasih sayang dalam diri kita....
Yang meredakan kemarahan aku ialah...keseksaan kanak2 tu dah tamat....mereka sekarang dalam jagaan Allah S.W.T dan aku rasa mereka dah gembira sekarang disisi Nya. Mereka dipinjamkan ke dunia sementara sahaja dan amat singkat. Allah memelihara mereka dan meletakkan mereka di kalangan ahli syurga. Aku pujuk diri aku dengan mengingatkan ini sahaja.
No comments:
Post a Comment