Thursday, 11 February 2010

Anwar

Salam,

Aku rasa terpanggil dengan kes mahkamah sekarang yang hangat sekarang ini. Saiful vs Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim aku rasa tak perlu lagi diterangkan siapa dia. Saiful pula ntah dari mana tiba-tiba muncul dan menjadi Headlines akhbar sejak 2009 hingga kini.

Aku rasa semua yang berlaku ini ada hikmahnya! Kalau orang yang menyokong Anwar 100% akan melihat DSAI ini adalah mangsa fitnah, konspirasi dan cuba menjatuhkan beliau. Bagi Saiful pula mungkin orang melihat sebagai individu cuba meraih populariti.

Bagi mereka yang benar-benar mencari kebenaran, kes ini akan diikuti dengan penuh perhatian dan cuba membuat analisis sendiri dan mencari ketidakseragaman dalam perbicaraan yang sedang berlangsung. Soalan mengenai 'Mengapa', 'Kenapa' dan 'Bagaimana' cuba dihuraikan untuk mencari kebenaran.

Yang menariknya dalam kes ini, satu Malaysia akan cuba menjadi peguam pembela, peguam pendakwa dan hakimnya sendiri. Isu-isu sepeti 'dalam Islam perlu 4 saksi'......, 'Kenapa Saiful tidak melawan sedangkan Anwar seorang yang tua dan Saiful adalah orang muda'...dan macam-macam persoalan cuba dibangkitkan dan dihujahkan. Ada juga yang cuba menidakkan proses mahkamah dan mengatakan mahkamah berat sebelah...dan tidak kurang juga yang mengatakan ini semua dugaan Allah kepada Anwar.

Bagi aku, aku lebih mempercayai perkara tersebut berlaku. Sama ada atau tidak dengan kerelaan aku tak pasti. Tetapi bagi aku skandal seks ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Sebut sahaja figure yang ada di dunia ini, semua mempunyai skandal seks. Bill Clinton, Tiger Wood, David Beckham, John Terry dan lain-lain yang aku tidak ingat. Banyak lagi skandal seks selebriti yang belum dilaporkan. Tunggu masa sahaja. Cuma dalam kes ini ia adalah sama jantina. Skandal Seks pada masa ini bukan sahaja menghancurkan personaliti terkenal, tetapi keluarganya juga. Kes rasuah seks, habuan seks dan macam-macam masalah rumah tangga yang dikaitkan dengan seks amat ketara sekarang ni. Imam ditangkap basah, datok merogol cucunya, dan macam-macam lagi. Sebagai manusia, aku rasa perkara ini tidak mustahil berlaku. Keinginan seks antara manusia berbeza. Bagi manusia normal, selera mereka mengikut lunas-lunas yang ditetapkan. Sesetengah manusia pula mungkin sudah jemu dengan apa yang 'dihidangkan' setiap hari dan mencari kelainan. Seks amat nikmat dan kebanyakkan manusia mencari kelainan dan mempunyai citarasa yang berbeza. Sebagai manusia perkara ini selalunya menjadi perkara yang amat sulit untuk didedahkan atau dikongsi kecuali kepada teman tidurnya.

Seks adalah berpunca dari nafsu. Nafsu harus dikawal dengan akal. Tetapi apabila nafsu tidak lagi dapat dikawal oleh akal, pelbagai perkara boleh berlaku. Aku menganggap kes saiful dan anwar yang sedang berjalan masa kini merupakan masalah dalaman individu. Mereka juga manusia dan mempunyai keinginan tersendiri. Bagi aku biarlah perbicaraan ini ditamatkan dan lihat la keputusannya. Apa pon keputusan mahkamah sama ada atau tidak setuju, terpulang kepada individu. Bagi aku perkara itu berlaku. Sukarela atau paksa aku tidak pasti. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment