Wednesday, 25 August 2010

Hak Keistimewaan Orang Melayu

Salam,

lately ni banyak dah isu-isu yang minta supaya keiistimewann orang Melayu dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. Mereka semakin berjaya dan telah dibuka sedikit demi sedikit untuk membolehkan mereka menikmatai kekayaan dan keisitimewaan orang melayu.

Suara-suara sumbang ini semakin kuat. Mereka minta macam-macam selepas Tun meletak jawatan. Dan yang aibnya bagi aku ialah ia dipohon oleh orang Melayu sendiri. So sekarang ini dalam dilema. Kalau yang bukan Melayu yang pohon pastinya ia boleh mencetuskan peristiwa 13 Mei atau boleh dikenakan tindakan ISA. Tetapi apabila orang Melayu sendiri yang memohon ia mungkin menimbulkan kekeliruan dikalangan orang melayu. Ini taktik yang digunakan oleh orang lain yang aku percaya didalangi oleh pihak-pihak tertentu.

Kenapa orang Melayu harus bersongkol untuk menghapuskan hak2 keistimewaan yang diberi kepada kaum pribumi?? Sebenarnya tidak perlu menujukkan rasa adil kita kepada mereka semua ini. bagi aku mereka juga inginkan kalau boleh tetapi tidak. Justeru itu mereka pohonla dibenarkan sekolah kebangsaan mereka dibenarkan...kalau negara lain jangan harap. bukankah kita telah memberi keistimewaan juga??

Ada satu parti politik berkata Islam tidak membezakan mana-mana...yang penting agama dan bukannya bangsa! Aku setuju! tetapi kalau dah diberi keistimewaan kenapa ingin menolak? Secara normalnya manusia ingin mudah. Tetapi aku tak tahu kenapa parti politik ini sanggup menggadaikannya. Kalau tidak mahu menggunakannya jangan pula menidakkan hak kepada mereka yang memerlukannya. Aku contohnya...kerana ada keistimewaan ini aku boleh melanjutkan pelajaran dalam keadaan keluarga aku tidak la mampu sangat. Kalau idak mana nak cekau duit dowh!! Aku pon yakin yang mengatakan tidak tu juga sebenarnya pengguna terbesar hak-hak ini cuma ingin memancing undi dia cakap la...sbb tu aku rasa sekarang ni satu bangsa satu agama tetapi perjuangan menghancurkan diri sendiri. berbeza dengan kaum lain...mereka berbeza parti tetapi mempunyai mimpi yang sama.

Aku hairan mereka yang telah berjaya menggunakan saluran keisitimewaan ini sekarang ini berlumba-lumba untuk menghapuskannya. Mentang-mentang la mereka telah memperolehi kekayaan dan kemewahan dan boleh menanggung apa jua perbelanjaan tanpa mengharap bantuan kerajaan. Tetapi ingat la anak cucu keturunan kita belum tahu boleh hidup senang macam kita.....mungkin masa itu mereka akan menuduh datuk moyangnya yang menghapuskan peluang mereka. Bagi kita yang susah pula sekarang ini percaya lah hak keisitimewaan bumiputera ini anda boleh guna dengan sebaik mungkin. tetapi ikutlah syaratnya. Kalau kene gi kursus pergi la. Dan hendaklah berani menempuhi apa jua rintangan. Bukan mudah nak senang dan amat mudah nak susah!

Keisitimewaan orang Melayu ini telah pon dikongsi dengan kaum lain. Felda, Felcra, MRSM semuanya boleh dijdikan contoh. Kenapa perlu mengecilkan lagi. Adalak kata 10% perlu diberi kepada kaum lain. Ni dah kira mereka ambil kekayaan negara 80%! Kita diperutnukkan 30% je dah bagi 10% apa tinggalnya. dan Bayangkanla kita korbankan 10% berapa ramai peluang anak melayu dan Islam yang telah dibiarkan begitu sahaja!

Kesimpulannya Hak Keistimewaan yang ada dalam perlembagaan ini tidak perlu diperdebatkan oleh sesiapa yang bergelar bumiputera hingga orang lain boleh mengambil kesempatan. jika tidak mahu menggunakannya tak perlu ambil dan tidak perlu dipertikaikan hanya semata2 ingin memancing undi. Ingatlah ada ramai lagi pada hari ini dan akan datang ingin menggunakannya!

Tuesday, 24 August 2010

Indonesia dan Malaysia

Ari ni aku baca suratkhabar mengenai kes penahanan 3 anggota kerja marin Indonesia di perairan Malaysia. So dah kecoh kat Indon. Kedutaan Malaysia dibaling dengan taik manusia dan seperti biasa bendera Malaysia dipijak, dibakar dan macam2 lagi la.

Geram tul aku ngan Indon ni. Bagi aku Indon ni tak berani dengan negara lain kecuali Malaysia. Rakyat dia yang menderita akibat bekerja di negara2 arab taklak dorang protes. Asek2 ngan Mesia...asek ngan Mesia. Dah kalau dah tak suka Melaysia sangat buat la kempen jangan datang Malaysia secara halal atau haram. Yang mana ada PR sila pulang ke Indonesia. Ni dak...ari2 ada je yang datang secara halal atau haram. Yang datang haram sama byknya ngan datang legal.

Bagi aku kalau ikut sejarah Semenanjung Malaysia dan Indonesia mempunyai tahap pemikiran yang berbeza. Kerajaan Majapahit, Acheh, Pasai semuanya tidak boleh menandingi kehebatan kerajaan Melayu Melaka. So aku nak bgtau bila datang Malaysia ni orang nye jadik lebih advance!! hehehehe Kita lihat la berapa kali Majapahit cuba menyerang Melaka...last2 skali tewas Taming Sari di tangan Hang Tuah!!. Kerajaan Pasai berada di bawah naungan Melaka..membelot semasa Melaka diserang Portugis. Acheh berada di bawah naungan empayar Melaka hanya muncul kerajaan yang kuat selepas kejatuhan Melaka.

Aku yankin orang-orang di Indonesia tidak percaya apa yang terjadi kepada mereka pada hari ini adalah strategi US sebenarnya. I mean bukan semua but mungkin ada perkara-perkara atau kejadian yang menimpa negara ini adalah disebabkan oleh US dan bukannya Malaysia. Tahukah anda Richard Nixon bekas Presiden US pernah membuat kenyataan untuk memenangi perang dengan negara Islam 4 negara Islam ini hendaklah dijaga. Turki, Mesir, Arab Saudi dan Indonesia. So dalam kira2 aku buat masa ini keempat negara ini dah ikut telunjuk US. Betul tak?? Turki....aku rasa selepas Kamal Attarurk meninggal dunia tiada bezanya...aku dengar masih sekular...And Kamal Attaturk adalah sekutu kuat US. Mesir....hmm...isu palestine dan selepas kalah perang arab israel mereka dah berdamai dah ngan Israel. Arab Saudi...akibat ketakutan melampau kepada Saddam Hussin, pendirian Arab Saudi berubah dan kini bergantung kepada US untuk ketenteraan. Infact kalau ko orang putih gi la berniaga di Arab...mmg dorang pandang tinggi. And last sekali indon?? selepas krisis matawang 1997..indon tiada lagi mempunyai kekuatan ekonomi. Hutang dari meminjam IMF aku rasa sampai sudah tidak akan berbayar. Senjata yang akan digunakan oleh barat sampai bila2.

So napa Indon dok marah lagi ke Malaysia?? Rakyat mereka kelaparan..dan yang paling dekat untuk cari makan di Malaysia. Tu ko marah lagi Malaysia??!! Aduh...yang ko protes tu hidup senang lenang....kalau ko tak suka Malaysia jgn datang Malaysia ni. itu je....

salleh gregor samsa 2

Salam,

Aku saja la surf dalam internet mengenai perkembangan terkini Salleh Gregor ni. Hmmm ada la satu blog ni Salleh Gregor ni muncul dan komen.http://billyuniversal.blogspot.com/2010/08/salleh-gregor-samsa_17.html. Dalam blog ni Salleh gregor bgtau dia dah buat satu dosa tetapi mereka yang maki dia buat lagi banayak dosa...lebih kurang camtu la bunyi nye...

Bagi aku bile pulak Salleh ni percaya dosa?? Hmm hairan aku...aku rasa macam sebelum ni dia ni sembahayang semue cuma bila dah dapat kebebasan hidup mula tukar...Dia cured everyone pasal hina dia atau kutuk dia...bagi aku dah mmg ko layak dikutuk. Yang ko pergi kutuk semua umat Islam tu buat apa?? Ni belum aku email ke Taliban ke, Al Qaeda ke atau Iran ke....sedangkan kartun pasal orang bukan Islam buat pon leh dapat ancaman bunuh ni pulak kalau dah lahir Islam kutuk Islam. Camni la Salleh...(aku tau ko tak baca blog ni pon) bila ko menyebut Islam atau membahaskan pasal Islam secara terbuka ko kene pikir....responnya bukan dalam Malaysia sahaja..satu dunia pon boleh beb!! Ia menyentuh kepercayaan atau nama Islamnya Akidah...dan bila menyentuh kepercayaan mmg sensitif. Ada puluh billion umat Islam dalam bumi ni...ko nak lawan ke??Dan dah terang2 ko dah ngaku ko bukan lagi Islam....3 hari la beb kalau ko nak hidup!! Lepas 3 hari kalau ko tak bertaubat...mmg la ajal ko sampai situ...sbb kalau orang murtad ni lagi bahaya dari kafir...so pikir la bila nak declare murtad!! Aku bukan galakkan ....cuma kalau ko mampu nak lawan umat islam dengan mulut ko dan tangan ko tu sila kan la...

Seperti aku cakap sebelum ni...salleh kalau ko tak suka Islam dan Melayu pergilah ke negara yang ko rasa ko suka dan mereka pon suka ko....Cari negara yang mana ko bebas buat apa sahaja...Aku tak nak la cadangkan...ko kan terer...Ko nak kehidupan bebas silakan....tapik kalau ko rasa tertekan dek pasal Ramadhan gi la negara yang tak sambut pon Ramadhan...ko leh melantak apa sahaja ko nak. Takyah pikir halal ke dak..sbb ko dah tak caya bende tu...so apa tunggu lagi....Ala ko gi je mana2 ko suke...dah abih citer..takder sapa nak halang ko..Ko pon dah besar....Takut?? heheheh

N then Salleh kalau ko tak suke tentang satu2 perkara takyah la ko nak hebahkan kepada dunia...Sah2 negara ini mmg sensitif apabila membincangkan tentang agama dan bangsa....yang ko nak canangkan lagi yang ko tak suke pehal?? Sah2 statement ko tu nak kene tahan ISA boleh beb!! Kalau aku suh ko bertaubat pon, tak guna...ko sendiri yang kata dorang nak menang je....Baik la orang maki ko....dari orang buat bende lebih cam kat kartunis denmark tu...Kat Mesia ni tak xtrimist lagi but menggunakan blog dan FB ni dah kire universal...statement ko ni universal...apa lagi....satu dunia kalau tak suka ko dia buat la apa yang dorang suka...peduli apa dengan ko..sbb ko yang tidak menghormati mereka dulu...Rule of thumb....if you want ppl to respect you, give your respect to others first...So Salleh yang ko gi maki orang Islam tu buat apa...kan dah kene...hehe leh lak ko kata semuenye fitnah dan tidak ada fakta....ko yang play the game tak ikut book do you expect others to follow the book?? Hah!!

So sallehko dah popular sekarang ni!! So apa ko nak buat seterusnya?? Perjumpaan kat Armcorp mall?? herh dan aku nak tgk ko tu bunuh diri dulu beb!! Tu je....ko start bunuh diri dulu....Usually leaders palin takut nak bunuh diri sebab dia tau salah....

Monday, 23 August 2010

EPL

Salam,

Musim bola dah kembali....hehehehe Chelsea, MU, Arsenal, Liverpool antara pasukan favourites la. Tak lupa juga dengan team yang mungkin menggegarkan musim ini...Man City, Hotspur, Everton dan Aston Villa...well pre season aku dengar byk ulasan tentang team ini. So kita tgk lah.

Dalam Malaysia ini aku tak jumpe lagi orang tak minat EPL. Sapa minat bola sure dia ikut EPL juga dan juga Piala Malaysia. heheheh EPL ni mmg popular serata dunia!! In fact aku rasa Piala Malaysia boleh jadik camtu kalau bukan dek isu rasuah yang melanda dulu dan FAM yang atas tu tukar. Bila Malaysia dah capai kejayaan....so barulah minat bola. Dulu aku ingat stadium penuh kadang2 tu 50000 orang....Kelab sukan kaya giler....n ofcourse yang menghancurkannya ialah orang dalam tu juga...Ahli politik, rasuah hmm lingkup sampai sekarang. Sekarang ni aku nak sokong bola Malaysia...kim salam la...Aku tak kutuk cuma malas nak sokong...sbb dah tau dah result dia. Football kat mesia ni mendapat layanan kelas satu dan resultnya ialah kelas 3 dan ke bawah. Salah siapa?? Bagi aku la pandangan peribadi yang atas sekali tu lepaskan la....kalau betul2 sayangkan bola mesia. tetapi sebabkan apa jua alasan...sama je hasilnya setiap tahun selepas 20 tahun berada di atas.

Kita lihat yeh EPL. Bagi aku birokrasi, politik semua berlaku dalam EPL cuma bagi aku terkawal la...Masih ramai meletakkan matlamat Kelab itu di hadapan berbanding objektif diri sendiri. Sbb tu liga mereka menarik. Aku akui...England pon tak menang apa2 sejak tahun 1966...tapik dia qualify dowh piala dunia!! Satu tahun je dia tak qualify punya marah orang dengan skuad england. Malaysia..satu je la dapat dibanggakan..layak ke Olimpik dan kemudian menarik diri atas sebab protes...hingga ke hari ini masih dok bangga dengan perkara itu...apa ni?? Pingat emas sukan SEA macam menang Piala Asia....tgk la team bola kita bila lawan kelab asia!! Hancus!!! Again Facility kelas 1

Development....satu perkara yang diabaikan oleh Malaysia. Bagi aku pembangunan bolasepak Malaysia hingga ke hari ni belum menampakkan hasil. Jauh dowh...usaha untuk membangunkan bola sepak lately ni hanya akan berhasil 5 tahun akan datang (paling cepat). Itupon kalau konsisten dan duit pembangunan tidak disapu oleh individu tertentu.

Aku bukan nak bangga la ngan EPL tetapi jumlah penonton di stadium shah alam, merdeka dan lain2 stadium juga mencecah bilangan penonton di stadium-stadium di perlawanan EPL. So bola sepak kita kalau bukan kerana negara tak dapat menang apa-apa tetapi liganya menarik seperti di EPL pastinya membuat orang lebih serius untuk membangunkan bola sepak negara. Sekarang ni FAM ada 2 tugas yang cukup berat......1-Mempopularkan bola sepak dengan menarik lebih ramai orang menonton di stadium dan yang kedua menaikkan imej bola sepak negara.

Heheheh aku rasa FAM nak buat tu?? lama lagi la kot!! Aku rasa senang je FAM nak buat tu....satu haramkan siaran langsung di TV yang menyebabkan kesilapan amat besar. Dah la orang tak nak gi stadium pastu takder perkembangan pon....konon2nya sbbkan TV orang tak pergi stadium!! Ceh sebenarnya orang bosan laa....Semua takleh...Siaran ulasan liga malaysia pon kul 11 malam takpon lepas berita lepas tgh malam. Kempennya tak betul.

Dulu tiket Stadium ada cecah sampai RM25 skunk ni RM10 je kot...paling mahal RM15. hehehe sapa nak gi stadium!! Takder class!! So pikir2kan ler yer!!

Jalan Raya & Sikap Pemandu

Salam,

Ari ni aku nak sembang sikap pemandu kenderaan di Malaysia. Ini aku nak cerita pengalaman aku la.....3 minggu lepas aku balik kampung di N9. So on the way pulang ke KL ada satu mamat naik kereta MPV nasional....so pada masa itu ada laluan memotong..dan dalam keadaan mendaki bukit. So aku pon change gear la!! hehehe cucuk belakang dia supaya momentum aku tak lari. Dia ketepi dan aku memotong la kereta dia. So bila dah daki mesti menurun lak kan?? Di depan dalam 2 km ada sedang dalam keadaan menuruni bukit dan ada satu selekoh tajam di situ. Mamat yang aku potong tadik dengan tetibe di double line dan selekoh terus potong aku...Mak ai terjeut biawak aku!! Haram jadah!! dah la double line...selekoh tajam dan ada kete di arah bertentangan. Just imiagin kalau la kereta tu cepat sket....naya aku satu family!!

Kes dua....on the way balik dari kampung ke KL la....aku bawa ikut had laju yang ditetapkan. Maklumla puasa takleh la bawa laju sangat takut gak....so kebanyakkannya aku di lane tengah dan kiri sahaja. So masa nak sampai susur keluar dari highway ni ada satu alphard...dengan takder signal terus mencelah depan aku. Aku terkejut la..hon dia...dia besit!! Tgk2 dia exit sama ngan exit aku!! hehehehe apa lagi....gua kejar la dia...Bangang nye orang....apa salahnya guna signal...cibai tul!!

So dalam kedua-dua insiden ni dalam keadaan tidak jem...orang bawa cam pelesit....ni masa raya ni aku tak sure la...aku minta aku dan keluarga aku selamat dalam perjalanan pergi dan pulang dan sentiasa selamat di jalan raya. Bukan apa kadang2 orang ni bile dah pakai kete besar...mula la rasa besar juga. Mereka rasa kenderaan slow atau yang dipandu dalam halaju yang normal tu menyusahkan. Mereka nak bawa laju lagi!! Just imagine la dalam dua2 insiden yang aku hadapi tu kedua2nya boleh membawa maut...potong di selekoh dan double line dan sudden change lane. Byk kes accident jadik pasal ni.

Ada pemandu rasa mereka mempunyai keyakinan yang tinggi!! Mereka dikatakan cekap!! Ni aku nak habaq....Juara dunia F1 pon accident dalam litar lumba...ni jalan biasa. Ko je rasa nak lumba. orang lain tak!! So nak bgtau Juara dunia F1 bila bukan dalam litar mereka tak berlumba sbb mereka tahu bahaya!! Ni orang yang kononnya dilahirkan pelumba tak lak dapat masuk berlumba....So takat bawa laju dan motong giler2 tu takyah la...bukan apa kalau ke je nyawa melayang takper ni kalau ada orang jadi anak yatim, mak ayah yang harap anak dia kerja tapik mati ko kerjakan, sapa nak tanggung?? Ko nak tanggung?? ceh!!

So Kesimpulannya aku harap kita semua selamat semasa berada di jalan raya...Bersabar lah yeh!!

Friday, 20 August 2010

Make Up dan Wanita

Make up adalah satu keperluan wanita dalam era moden. Kalau tak make up ni aku rasa orang akan kata kolot la....anyway make up ni byk bawa kebaikan aku rasa since dia menaikkan seri seseorang wanita itu. Apatah lagi dalam hubungan suami isteri, melihat diri cantik di depan suami itu dah jadik pahala....tapik ni aku nak cerita artis hollywood ni. Kita lihat di layar mmg cantik je...cuma kalau takder makeup aku rasa muka mereka pucat dan ada aku lihat cam mayat je....Kulit mat salleh ni compare ngan asian aku rasa lebih baik asian. Sbb kalau aku nengok artis malaysia tanpa make up kecantikan asli (natural beauty) tetap nampak. Macam mat salleh ni aku rasa mmg perlukan makeup. Kalau takder makeup takder sapa nak nengok citer dorang berlakon!! hehehe

Alicia Silverstone...hmm make up mmg nampak menarik....bila bersahaja tak
la lawa mana pon... :)
















Ni pulak Britney Spears.....hehehe umur baru 20an tapik bila tak pakai makeup ermmmm macam late 30an laa...hehehe Makeup mmg berguna dan menakjubkan!!















Cameron Diaz!! Tinggi lampai, kurus dan seksi!! ermmm tanpa makeup nampak volcano dia...kulit dia tak selicin mana...hehehe sbb tu sesetengah wanita tidak boleh hidup tanpa makeup. :)
















Pelakon Italian Job....mmg cantik di layar perak.....tgk la bezanya tapik again masa jurugambar amek tu dia pon tgh buat muka panas...tu yang buat lagi hodoh heheheh








Christina Ricci....no

komen!! :)












Heather Locklear....hmmm macam 2 wanita berbeza....heheheh














Halle Berry...bagi aku dia ni ada natural beauty....still manis tanpa makeup compared yang atas-atas tu!! :)












Drew Barry more....hehehe bagi aku dia ni masa kecik je comel..dah besar aku rasa ada makeup tak lawa..kalau takder makeup lagi la tak lawa!! ;)












JLo....hehehe amcam?? ada lawa?? Bulat je aku nampak kalau tak makeup!! hehehe tapik dia nnye buntut yang mahal!! bukan tang muka! :p






Renne Zellwegger...err masalah sama semua orang putih kulit ada pol ka dot....hehehe baik lagi asia punya kulit aku rasa...takyah make up pon licin je.

Malaysia.....Negara Tercinta

Salam,

Malaysia negara tercinta!! Bukan gitu?? hehehe bagaimana kita tunjukkan rasa kasih dan cinta kepada negara?? Sebenarnya terus terang aku pon tak tau. Takat kibar bendera kat umah aku ada la buat but itu tidak la benar-benar mengukur cinta aku kepada bumi bertuah ini.

Kalau dulu semasa zaman perang dunia pra, semasa dan pasca perang, kita lihat bagaimana rasa cinta kepada ini sehingga nyawa dipertaruhkan untuk mempertahankan bumi ini dari anasir jahat. Begitu banyak halangan dan dugaan menimpa. Keluarga hilang ketuanya, isteri hilang suami dan anak menjadi yatim apabila perjuangan perlu diteruskan. Byk la nama yang tak perlu aku sebut dalam blog ni.

Sekarang bagaimana? Rasa senang dikecapi oleh kita sampai bila bertahan? Keamanan yang kita perolehi sampai bila kekal? Tiada yang kekal bukan?? Ada ura-ura orang cuba bermain api lately ni. Pertikaikan hak kaum bumiputera! Hmmm...kalau dibiarkan boleh melarat...tapik bolehkah kita mengharungi pertistiwa 13 Mei lagi?? Adakah kita bersedia melalui era itu yang berkemungkinan lebih dasyat dari 13 Mei?? Kita mungkin susah tetapi hidup dalam negara aman...tapik kalau hidup susah dalam negara tidak aman aku rasa lagi la teruk.

Hak bumiputera menjadi sekian lama isu kaum bukan bumiputera. Cina dan India cukup anti bende ni. Tapik aku nak cakap kalau la buang hak ni sedikit demi sedikit...apa kata tiada lagi sekolah jenis kebangsaan di Malaysia?? Sanggupkah anda melupakan sekolah jenis kebangsaan ini?? Dan seterusnya tiada lagi penggunaan nama cina atau india. Kita buat cam Indon dan Spore?? Amacam??

Aku lihat setiap kali peralihan kuasa dalam negara tidak kira kerajaan pembangkang, kaum2 ini akan cuba menguji. Jika lemah maka mereka akan teruskan tekanan. Sbb tu aku suka Dr Mahathir walaupun ramai yang tak suka. Sbb bagi aku, zaman pemerintahan dia tak berlaku benda2 mengarut ini. Aku rasa kaum Melayu dan Umat Islam di Malaysia kuat masa tu. Sekarang ni aku rasa aduhh....

Kita lihat yeh sejarah kerajaan di Malaysia. Kita ambil Kerajaan Melaka (senang sebab history dia mudah) Kerajaan Melaka bertapak di Malaysia 100 tahun. 1411 hingga 1511. Walau hanya 100 tahun, kesannya kepada negara ini cukup kuat.Kita lihat pemimpinnya. Aku rasa ramai yang kenal Bendahara Tun Perak. Siam, Majapahit semua tunduk di tangan Melaka masa beliau menjadi Bendahara. bagi aku Dr Mahathir ini penjelmaan Tun Perak laaa. Namun demikian, jatuh kerajaan Melaka pasal apa? Kalah ngan portugis?? Betul tetapi pandangan peribadi aku, jatuhnya Melaka kerana kegagalan Melaka mempunyai Bendahara yang sehebat Tun Perak selepas matinya beliau. Insiden demi insiden berlaku selepas itu yang membawa Melaka kehancuran. Rasuah, tamak, dengki dan berpaling tadah bertambah-tambah. Apabila portugis sampai ke Malaka dan menyerang kali pertama, ia berjaya menghalaunya. tetapi korbannya dipihak Melaka juga tidak kurang hebatnya. Melaka pada masa itu adalah kerajaan Maritim tercanggih di ketika itu. Cakap je apa dia...Meriam, askar, taktik semua ada setanding dengan Portugis. Portugis datang ke Melaka kali 2 dengan 20 kapal dengan 2000++ orang.Kali ini Melaka tewas.

Begitulah senario Malaysia masa ini.Tidakkah sama sahaja?? 53 tahun...dan 47 tahun lagi menuju 2057. Dengan senario sekarang adakah kita yakin kita mempunyai pemimpin yang sehebat Tun Dr Mahathir? beliau mampu mengawal negara dan dunia dari menekan Malaysia. Bukan mengaggungkan beliau tetapi itulah Rahmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada Malaysia apabila pada masa ini boleh dikatakan semuanya berilmu, cukup makan, dan cukup pakaian. Tidak seperti di Iraq...negara yang dikurniakan Allah dengan minyak yang banyak tetapi tidak mempunyai pemimpin yang jujur dan ikhlas jadik layu saja negara itu. 2057 aku kalau panjang umur aku 81 tahun. Kalau la jadi peperangan pada masa itu, aku rasa aku ni beban je. Tak mampu mempertahankan diri atau berjuang. Mengaharapkan la keturunan aku.

Kita ambil berita baru-baru ini Nurul Izzah bagi tau media Indonesia yang kapal selam Malaysia tak leh selam?? Hmmm...apa tujuannya tu?? Tak ke bodoh namanya tu menceritakan keaiban negara sendiri kepada negara orang lain. Marah aku dengan perempuan ni. Insiden-insiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini bakal mengundang kehancuran Malaysia kalau tidak dijaga. Pemimpin yang lemah, tamak, gila kuasa, rasuah semua ada sama seperti zaman Melaka bahkan mana-mana kerajaan Islam dahulu.

Persoalan aku yang terakhir ialah anak-anak kita cukup tabahkah menghadapi peristiwa Bosnia, 13 Mei? di mana kita yang tak pernah melaluinya pon tak sanggup laluinya....Mungkin kita leh kata biarlah mereka pikir sendiri...tetapi kenapa aku pikir...sebab Nabi Muhammad sebelum wafat masih tidak melupai umatnya....begitu juga aku...aku sayang keluarga aku dan keturunan aku yang dikurniakan Allah. Tetapi bagaimana aku mempersiapkan anak aku untuk menghadapi zaman2 getir?? Aku pon masih tercari2 formulanya!!

Wednesday, 18 August 2010

Juadah Berbuka Pilihan

Salam,

Bulan puasa ni mmg meriah tempat-tempat beli juadah. Kadang-kadang tu orang beli bukan tak sempat nak masak cuma nak tambah sedikit makanan untuk dimakan bersama keluarga. Bukan apa, aku rasa masa ramadhan ni biasanya satu keluarga akan makan sekali dan serentak dan mungkin siap berdoa!! Hebat kan Ramadhan!. Selain itu aku rasa juga yang orang pergi ke pasar Ramadhan nak beli la juadah berbuka yang menjadi kegemaran anak-anak yang mula belajar berpuasa. Maklumlah nak bagi semangat dan nak tunjukkan support yang dia berpuasa kita akan beli makanan yang digemarinya!

Ari ni aku nak cerita pengalaman meninjau bazaar ramadhan dan mempunyai masakan yang lazat. Satunya di Sri Serdang. Ayam percik gerai penjuru jalan traffic light. Ada 2-3 kat situ tapik jgn konpius. Gerai ni jual ayam percik tetapi biasanya dulangnya dah takder ayam. Heheheh bukan jual dulang Cuma cepat benar abih. Gerai ni tak pakai sistem beratur sapa cepat dia dapat. So biasanya bahagian ayam paling favourite peha la. Yang lain takyah berebut sangat. So cuba-cuba lah….  Harga RM6

Satu lagi Roti John kat pasar Ramadhan pantai. Dia bukan kat Vista angkasa tu tapik dekat dengan NPE. Kawasan lapang. Bagi yang gemar makan ayam golek ada satu kawasan lapang kat pantai tu. Hehehe situ ada sorang tomboy jual Roti John. Aku rasa mmg sedap la. Tak tau la korangnye selera camner….Harga RM4. Dia sorang je yang jual RM4. Yang lain jual RM3.50. Walau pun mahal 50sen tapik orang beratur mak ai panjang dowh!! So kadang-kadang aku beli awal dalam kul 430petang. Adakala balik keje terus kuar tuju ke sana. So tak lama menunggu sebab yang dah masak dah ada. Takyah tunggu baru masak bukan leh makan lagi pon. So bawa balik akan sejuk gak heheheheh

Kalau murtabak lak nak citer aku nengok banyak Pasar Ramadhan jual murtabak tapi kebanyakkannya fail la. Nama murtabak daging la …ayam la…yang rasa telur gak yang banyak. Daging tak rasa sangat mahupun ayam. Setakat ni aku masih menggemari Murtabak Hafiz di pasar Ramadhan kat Sri Serdang tu. Selalu aku beli daging. Harga RM2. Bagi aku rasa la dagingnya hehehehe…So tak rugi la aku rasa beli murtabak….asal usul nama murtabak mana yeh?? ;)

Kalau membeli lauk (tak kira la bulan posa ke bukan) aku rasa aku confident pergi restoran lagi yang biasa aku gi. Setakat ni aku suka beli lauk pauk di Restoran Bawang Merah di Taman Mutiara Indah Puchong. Kalau korang nak tahu jalan nak ke Saujana Puchong. Kawasan kedai dia tinggi sket. So tak namapk dari main road. So kalau dah nampak gerbang taman mutiara indah masuk situ ada deret kedai situ. Kedai dia kat hujung sket. Masakan dia mmg sedap. Speciality dia Asam Pedas dan Kuah lemak ala Johor. Power dowh!! Asam pedas dia lak korang leh pilih ikan apa. Tapik kene bgtau awal la supaya dia dapat sediakannya dalam asam pedas tu. Aku rasa masa makan kat restoran tu ada orang sampai hirup la kuah asam pedas dia dan kuah lemak. Cina, India mmg tuju restoran dia ni. Cuma dia punya tempat terpencil sket. Tapik aku dengar masa office break makin ramai orang datang kedai dia.

Selain asam pedas dan kuah lemak, aku dengar Mee Bandung dia pon power. Goreng2 dia kalau makan kat situ mmg sedap. Aku selalu minta nasi goreng Cina…Nasi Goreng belacan mihun goreng. Dia lak tak lokek….kalau sapa2 tgh lapar kenyang la…hehehehe Kalau makan malam…nasik lemak dia pon ligat. Sambal dia mmg mengancam!! Kene lak ayam goreng …ayam goreng tu dia akan goreng kalau kita minta…so panas la lagi. But bila baru nak goreng maknanya lambat sket la sampai kat kita makanana tu. So sekarang dah ada western. So aku tak nak la citer apa lagi…so gi je la try…..Nama tokey dia Abg Ramli!! Mmg sporting! So bulan posa ni dia hidang karipap sardin dan ubi kayu ,,,dua2 sedap. ;)

Parti Politik dan Kawan

Aku pagi2 dah bengang...bukan apa...ni pasal kawan aku masa belajar ni. So dalam FB dia buh la parti pembangkang...so aku pon mengusik la sket2. Sekadar tanya buat bodoh. Sedap je orang pembangkang ni nak tarbiyah orang. Ceh belajar sama je ngan aku nak tarbiyah aku macam dorang ni confirm ahli syurga.

Aku rasa penyokong pembangkang ni bile aku kata otak dia sempit dan tak buka minda dia kata orang UMNO ni dungu dan taksub. Kepala hotak mak bapak dia la...yang dia taksub ngan parti dia tak pikir. Bila orang mahkamah kata Anwar meliwat dia kata fitnah tetapi tidak la mahu pula selidik kebenaran. Tu yang aku kata dorang ni dungu. Ni member leh la kata aku patut berubah. Aku berubah mengikut kehendak zaman la. Cilaka betul punya member. Macam hebat sangat ilmu dia. Yang aku bengang lagi tu kawan2 dia pon sama je. Belum apa2 nak kondem aku kata budak mentah. Setahu aku byk orang yang berumur akal nya sengkat sekarang! Tu yang aku hangin satu badan. Tah pah apa ntah just because aku muda aku tak berilmu. Tu yang aku kata penyokong pembangkang ni otak nya sengkat dan dengkat lagi. Muda je mentah. Tah pah apa ntah. Pastu leh lak kata aku ni takat belajar ITM tak ke mana?? ceh!! Apa dia belajar mana?? Kalau nak riak ngan aku takyah la...aku pon bukan berenti kat ITM je!!. Ilmu tuntut sampai bile2. Pensijilan hanyalah pensijilan. Taik kucing dorang la. Dorang yang pikiran sempit. Baca buku pon idak tu yang dok join usrah kononnya bagus. Join usrah kalau tak membaca tak boleh sebab kita tak tahu mana satu betul mana satu idak. So bila dalam Usrah kita tak ada ilmu kita tidak boleh berbincang secara Ilmiah. Jadi kita akan menjadi manusia yang bodoh menerima sahaja! Bangang dan sempit pemikiran penyokong parti pembangkang ni.

Adalak bgtau ko tak kenal aku!! ceh mengugut ke apa ni?? Haram jadah korang la!!Korang pon tak kenal aku. Mana orang nak dekat ngan korang. Ayat tak best langsung! Mmg la tak kenal korang..korang bukan buat apa2 kebaikan di dunia atau di akhirat kalau kenal pon. Takat dalam FB boleh nak tunjuk samseng apatah lagi bila dalam keadaan berpolitik. No wonder murahan je kawan aku ni.

Bagi aku la kalau nak nasihat orang supaya berubah...takyah la ....ko tau ke perubahan yang ko canangkan tu membawa ke jalan yang benar 100%. Ko tau ke perubahan yang ko canangkan tu bakal membawa kebaikan kepada individu tersebut. Kalau ko canangkan tu takat menyusahkan je...takyah laa....Ibadat ko pon belum tentu diterima apatah lagi nak suh orang berubah!!

Tuesday, 17 August 2010

salleh gregor samsa


Salam,

Aku baru baca tentang komen FB pasal Mamat nama di atas tu hina Islam. Hmm setahu aku la masa bulan posa ini kalau tak posa malu nak ngaku...bebudak skunk dengan tak malunya kata tak posa....yang buat aku bengang lagi ada gak penyokong yang menyokong kebodohan salleh ni. Nama Salleh...pergh...maksudnya pon baik....tapik cursed orang berpuasa tak ingat!. Aku pon tak tau dia ni tinggal nama je ke apa. Sbb yang aku nengok bila dia cakap dia bengang betul dalam IC ada kata dia Islam. Maybe nak kuar tak leh.

Nak buat kitab and nak buat upacara bunuh diri beramai2. Hmmm aku heran napa nak suh orang bunuh diri....aku nak gak salleh ni bunuh diri...berani tak berani. Takyah kumpul 20000 ke 30000 buat kitab adakan upacara kat Armcorp Mall. Heheheh (Aku rasa dia keje kat Armcorp Mall kot) hahahaha So bile bercakap atau menaip dalam FB ni berhati2lah. Tak suke jangan didombakan. Tak suke Malaysia pergilah negara yang ko suka. Ni dak kutuk lagi Mesia. Bosan la aku dengan orang camni!!!. Kalau tak suke jgn hina...ni dak lagi mau hina...tapik mohon perlindungan dari tempat yang dihina. Andai bumi malaysia ni boleh bercakap2 mau nye di lantunkan je Salleh Gregor ni. Hehehehe. Bagi yang belum baca apa dia tulih aku sediakan la....renung2kan.

Kesimpulannya aku rasa kekuatan orang Islam di akhir zaman ini semakin lemah. Jika bilangannya ramai kualiti tiada tidak guna la dibanggakan dengan majoriti rakyat Malaysia terdiri daripada Melayu....Ini kerana orang sebegini kalau berlaku apa2 bagi aku tidak boleh diharap. namun demikian aku rasa buat masa ini dia belum faham mungkin faktor keluarga atau pendidikannya. Tetapi siapa tahu mati beliau dalam keadaan apa?? Aku pon tak berani nak cakap aku ni mati dalam keadaan apa. Banyak kesah menunjukkan orang alim mati dalam kufur dan orang kufur mati dalam keadaan beriman. Ini semua kuasa Allah Taala. Kita hamba Nya hanya mampu berdoa dan berserah.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam,

Hmm bulan ni kira bulan kemerdekaan la...Aku rasa teruja dengan rancangan Nat Geo dalam bulan kemerdekaan ni. Semalam aku nengok 2 jam Nat Geo pasal Malayan Emergency....Hmmm maybe heronya still British but aku bersyukur la Allah selamatkan negara ini dari cengkaman komunis.

Derita selepas penjajahan Jepun satu hal....derita lagi semasa era komunis. So Chin Peng and the Geng mmg mula2 berkuasa. British baru nak bernafas selepas World War 2. Aku rasa British put segala effort untuk basmi komunis ni kat negara ni maybe satu faktor utamanya ialah kekayaan yang dimiliki oleh negara ini. Getah dan Timah. Mmgh malaya pengeluar uatama 2 komoditi ni masa era selepas perang dunia ke2. Kalau bukan hasil bumi ni aku rasa macam tu je dia lepaskan malaya but maybe dia jaga S'pore. Kekayaan yang dimiliki oleh Malaysia membuat pendapatan British lebih dari US pada masa itu. Untuk memulihkan ekonominya selepas perang dunia ke 2 dia perlukan Malaya untuk bantu England stabilkan ekonominya balik.

Balik kepada kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia for 53 tahun ni. Aku rasa kalaulah Chin Peng berjaya dalam kempennya (which pada awalnya dia mendapat sambutan dari semua pihak) mmg naya Generasi sekarang ni. Chin Peng jadi Presiden Malaya, Sultan dah takder...agama Islam tidak lagi boleh diamalkan, dan segala macam yang kita warisi semuanya akan dimilik negarakan! Sbb tu bila Chin Peng mula mengganas itulah titik tolak penolakan orang Malaya kepada PKM. So ramai orang tak setuju bila dia mula kekejamannya. Yang aku heran tu sampai sekarang aku tak paham, kenapa orang Melayu nak join juga PKM sedangkan dasar PKM sendiri tidak Islam. Yang masuk PKM ni pula bukan calang-calang Ustaz dan Ustazah lak tu. Mereka ni kononnya ingin halau Inggeris tetapi bila Inggeris berjaya dihalau sah2 komunis berkuasa! Apa dia nak lawan komunis lak?? Hmmm camna tu yeh? Muhammad Indera (yang terlibat dalam kes serangan Balai Polis Bukit Kepong) Shamsiah Fakeh..semuanya mempunyai pendidikan Islam yan utuh la...Dengan menyokong PKM bererti bersetuju secara tidak disedari jika PKM berjaya menghalau British, PKM yang akan memerintah Malaysia.

Bagi aku mereka yang terkorban semasa menentang komunis inilah wira negara. Biarlah di bawah British ke apa ke...tetapi hakikatnya British tidak la menghalang orang Islam mengamalkan agamanya...so dasar penjajahan british juga menekankan perkara ini. So tidak timbul bagi aku orang PKM ni adalah wira negara. Zaman pemenrintahan Jepun aku setuju la mereka membantu tetapi bukan la PKM yang menghalau Jepun dari Malaya. Ia kerana bom Atom je. Kalau harapkan PKM lebih lama lagi la...Orang cuba untuk menghidupkan watak Chin Peng sebagai wira negara...dan aku amat tidak setuju. Kekejaman PKM mmg tidak boleh dimaafkan. Tetapi tidak la aku menyokong British 100%. Semua bentuk penjajahan semua jahat dan tidak ada yang baik.

Orang kata mana contoh kekejaman PKM...bagi aku apa yang terjadi di Bukit Kepong sudah memadai untuk menceritakan semua perihal perilaku PKM ini. Tiada belas ehsan sama je kejamnya dengan Jepun dan Nazi. Kalau benar la PKM ini memperjuangkan Malaya dan bukannya agenda jahat Chin Peng, bagi aku dia dah stop semasa Malaya mendapat kemerdekaan dan tidak perlu lagi darurat diteruskan. Ni darurat diteruskan sehingga tahun 60 dan PKM hanya menyerah diri pada hujung tahun 80an. Dalam syarat penyerahan Chin Peng tidak dibenarkan masuk Mesia selama-lamanya...ni ada lak kutu nak bagi dia jadi Hero dan minta dibenarkan masuk Mesia! Cis dah la bunuh dan seksa orang ni ada muka nak tunjuk diri kat Mesia...apa dia nak cakap? Maaf...hmm aku rasa baik la dia tak masuk Mesia daripada dia dibenarkan. Dia boleh kata dia tak seksa orang...mungkin orang2 dia yang buat...Ko sebagai ketua kena la bertanggung jawab. Aku heran kenapa dia tak dibawa ke mahkamah tribunal jenayah perang antarabangsa...

Tuesday, 10 August 2010

Politik dan Politik

Politik...satu isu yang bakal membuat kita bertegang urat tidak kira dengan siapa. Baik keluarga ataupun rakan. Politik ini bagi aku satu tiang utama dalam negara. Ia mempertaruhkan dasar seseorang. Sebab itu, orang selalu bergaduh bila berbicara tentang politik. Ia menyentuh pegangan, prinsip individu itu. Ada yang cuba berhujah kononnya secara berhemah namun demikian apabila sampai satu tahap seorang lagi petah berkata-kata...individu satu lagi akan mula rasa kecewa, kecil hati dan marah. Mulalah perbalahan. Kenapa berlaku...kerana ia menyentuh prinsip seseorang itu. Sebab itu, apabila berbicara tentang politik semua orang akan berasa dia yang benar dan sukar menerima pandangan orang lain.

Dasar dan prinsip individu tidak boleh diubah. Hanya boleh diubah jika individu itu benar-benar berfikiran terbuka. Pada masa ini aku rasa tak ramai yang mempunyai sikap sedemikian walaupun mereka mengatakan keterbukaannya. Yang banyak terbuka tentang pakaian je. hehehehehe debat politik sama hangatnya dengan debat agama. Biarlah 1000 fakta dibentang tetapi masih tidak mahu mengubah pendiriannya tidak ke mana dalam mencari kebenaran.

Dalam banyak perbincangan tentang politik ini aku melihat individu bukan berbincang atau memberi pandangan tetapi cuba mempengaruhi individu yang tidak sama haluannya mengubah prinsipnya. Hehehehe Inilah punca perbincangan tentang politik menimbulkan suasana tidak selamat. Aku rasa inilah yang terjadi dalam banyak-banyak pergaduhan di Malaysia sekarang ini. Cuba mengubah prinsip individu. Semua orang salah dia yang betul! eheheheh bagi aku yang kata semua salah dia betul tu la yang salah. :)Yang bestnya dalam perbincangan tentang politik...semua cerita jahat yang didengar dari Polan A punya kawan punya kawan boleh dipercayai tetapi apabila dibentangkan fakta depan mata takleh lak percaya. Semuanya tipu belaka! Camno tu!! Sama la cerita Hang Tuah yang tak mati....sbb tak jumpa kubur orang kata dia ghaib. Hmmmm....camner tu..Ikut fakta yang ada...Hang Tuah lari semasa Melaka diserang. Dan itulah penghujungnya.

So bagi aku, pendirian orang, prinsip orang tidak boleh diubah tanpa kemahuan sendiri. Berbincanglah cara ilmiah. Tetapkan objektif perbincangan apa yang ingin dicapai kemudian lontarkan la pandangan. Tapik kalau just nak sembang2 takder objektif lebih baik mendiamkan diri dan dengar saja. Nyampuk la sket2. Bagi panas je. heheheheheh

Tuesday, 3 August 2010

Movie Review



Salam,

Citer kartun despicable me. Woo in 3D. Heheheh aku first time nengok citer 3D ni. Mmg menarik! Kalau tak pakai spek 3D tu kabur sket nengok citer tu.

Anyway citer kartun yang aku nengok ni story line dia simple. 2 orang penjahat dan mereka bersaing untuk menjadi penjahat. Aku baca review tu pon aku dah gelak. So macam-macam la dia buat. Curi piramid la, Statue of Liberty... (yang kat Vegas je hehehe) dan siap buat pinjaman bank untuk curi bulan pula. So bagi aku nenngok citer ni bawa anak mmg ok. Aku bawa anak aku umur 6 tahun dan 1 tahun 10 bulan Alhamdulillah tak byk meragam. Yang kecik tu je bile masuk panggung dia resah sket sbb gelap dan advert dia kuat sangat. Bila dah start citer ok je....

So bagi family aku rasa sesuai la nengok citer ni. Story line dia mudah dan kelakarnya not solely on dialog. Gelagat minions dia bleh buat kita gelak. :) Enjoy!!

Movie Review



Salam,

Movie inception yang baru ni mmg lain dari lain. No wonder la dia still carta atas dalam US Box Officce untuk minggu ke-3 berturut-turut. Even Salt (Angelina Jolie) belum dapat tewaskan kedudukan movie ni.

Aku nengok movie ni mula-mula rasa cam boring je. But bile aku nengok review di Yahoo rating dia makin baik dan makin baik so aku decided pergi tgk la. Mmg lain. Dia thriller dan untuk tgk citer ni kena concentrate la. So not adviseable bawa anak. Kang takut miss bab-bab penting sebab nak bawa anak pergi tandas....buat susu anak...bawa anak kuar sbb dia nangis. Heheheh

Aku rekon la sapa2 nak tgk wayang dengan ister, awek atau sorang2 tgk la citer ni. Still hot dalam panggung kita!. Ending dia...hehehe takyah aku citer la sbb jadik spoiler. Abih la debaran tu. :) So enjoy!

Monday, 2 August 2010

Isteri dan Islam







Hmmm...sapa2 ada nengok Majalah Time. Bila aku nengok cover story dia...aku tak tau nak cakap apa!! Marah ada, malu ada bengang ada...semua ada....

Cerita dia simple je.....Dia lari dari suami dia seorang husband yang mendera nya...so bila ditangkap balik telinga dan hidungnya di potong walaupun telah dirayu dan dimaklumkan kenapa beliau melarikan diri....

First of all...Time magazine akan show picture ni....hmmm tau apa effectnya kepada Islam? Maybe kita leh kata propaganda barat....tapik again...wanita Islam di seksa...dah la sebelum ini Islam di label pengganas...dan sekarang pula dilabel kejam terhadap Isteri...hmmm camna nak ubah tu?? Kalau media barat nak alihkan perhatian dia senang je...dari suka berperang kepada agama yang kejam...

2-....ini mahzab mana ni?? Aku yang cetek agama ini la....kalau nak mengajar isteri tu pon boleh dipukul tetapi di kaki. Bila maksud pukul tu bukan la pukul namanya...Ntah mahzab mana....Seingat aku belajar...Siti Asiyah, Siti Khadijah tak pernah pon Nabi pukul...begitu juga dengan Saidina Ali...tak pernah pula ditamparnya Siti Fatima. Tu yang aku heran tu..kalau nak ikutkan Islam itu segala-galanya...namun demikian, semua yang dilaporkan semuanya terbalik dengan ajarannya.

3- Isteri itu pelengkap hidup lelaki....hmm kalau dah potong hidung dan telinga bukan melengkapkan...itu mencacatkan dak?? Aku rasa tafsiran demi tafsiran yang amat salah berlaku dalam dunia Islam ini. Matlamat menghalalkan cara...waimah kalau mencuri sekali pon tidak la dihukum potong tangan...kena siasat dulu...mencuri kerana keperluan atau tidak. Ini tidak bila bab khalwat je bukan main marah dan amarahnya ....Mmg la salah...tetapi selalunya tumpuan ke situ je...

4-Perempuan dalam cover tu akan buat pembedahan plastik...sapa taja?? hehehe takyah la cakap... :) Walau salah bagaimanapun ia tetap mencerminkan Islam...Entahla di mana letakkanya peri kemanusiaan seorang suami terhadapa isteri?? Isteri yang dicinta mohon jgn diapa-apakan tetapi lebih teruk dari itu yang dikenakannya. Kalau kerana kolot...Islam itu tidak kolot...tafsirannya tidak berubah dari 1400 tahun dulu. Kalau sembahyang itu wajib...sekarang pon wajib la....Kalau menjaga maruah isteri wajib...sekarang pon wajib la....Apa lak kolotnya. Tiada tafsiran yang berbeza...Suami itu umpama kepak yang memberi perlindungan kepada keluarganya....dari dulu begitu...so kalau negara itu mundur sekali pon ia tidak berubah! Kalau la isteri itu bersalah...bermain kayu tiga ada caranya...Takder dalam Islam hukum kerat hidung n telinga...potong tangan ada...

Kesimpulannya untuk mebuktikan Islam itu indah amat susah apabila pembawanya tidak berkualiti. Itu je... sama la ngan aku ni...adakalanya ikut adakalanya leka... :)

Cepat Kaya

Salam,

Skim Cepat Kaya....wooooo...mmg cepat kaya dowh....tapik kebanyakkan yang aku nengok yang cepat kaya tu cepat la miskinnya.....rata-rata lak kebanyakkannya lebih cepat miskin!! hehehe

Aku pon pernah terjebak perkara ini 2-3 kali. Nak cepat kaya laa dowh!! Macam-macam la taktik...menanng dan gores, jual barang komisyen tinggi....labur dalam koperasi....semua dah buat. Hehehe mmg tak serik. Pada mulanya ko rasa dah menyesal...lepas tu bile diterangkan sistem yang berbeza, kita mula terpengaruh balik.

Biasa la mula2 suh ko bg duit kat depa minimum 10000 ada, 20000 ada....tapik perasan tak perasan ko dah bg RM10000 yang dah kumpul kat baper tahun pada orang yang tak dikenali. Mmg senang. Operasi skim cepat kaya ni lebih mudah tertipu bila sedara atau kawan baik yang telah menikmati keuntungannya. Hmmm camno tu??? Bila sedara atau kawan baik yang approach kita dan kata dia dah berjaya?? MMg susahkan. hehehehe

So aku rasa dan setelah habih kat puluh ribu ringgit ni aku simpulkan camni la....

1 - Kalau skim cepat kaya dia mesti suh kita invest duit pada dia seminimum RM1000....kalau nak lagi cepat pulangan cecah angka 5 beb! Heheheh...pastu bagi barang suh kita guna atau jual lak...ceh takyah la....Kalau betul la....RM1 je cam ASB tu. Korang tanya la kalau invest RM1 baper leh dapat balik?? hehehe kalau RM1000 leh dapat RM10000 takkan RM1 takleh dapat RM 10? Lepas duit rokok. Padahal dia suh invest beli barang tu yang mereka pon dah terjerat. Kalau dia kata takleh ...baik jalan daaa....

2 - Mereka yang datang ini akan kata semua orang tak pandai dan mereka adalah ingin menolong bumipuitera. Sapa lagi mau tolong kalau bukan Bumiputera....Kim salam daaa....Yang betul2 nak tolong la MARA ngan PNB dah ada....so pakai tu je la. Nak berniaga MARA adakan macam2 tapik kene la ikut syaratnya baru betul....ASB lak 7% setahun (more or Less) kira dividen yang tertinggi di dunia! Dunia beb bukan Mesia je!! Dan ASB ini je ada dalam dunia!! hehehe tak caya gi la check! Oh lupe skunk ni ada Koperasi FELDA. Offer dividen 13% tapik tak tau la baper lama leh sustain!

3 - Kereta mmg power dowh!! hehehe nengok la kereta orang2 ni pakai...mmg power....Fair lady, BMW, MERZ, macam2 dowh! Aku pon termakan gak...but lately ni aku dah tak caya daaa....Bukan nak merendahkan mereka....tapik itu semue orang yang dok kat atas skali dan baper ramai mrk dah songlap duit tu...hehehe Bengang aku percaya pasal depa pakai kete...tapik aku ni manusia....kita percaya apa yang dilihat ...tetapi tidak mampu berfikir dengan tenang....

4 - Kalau mereka betul2 kaya mereka akn simpan sorang laaa tak yah minta downliner lagi....hehehe masalah mereka hadapi mereka kata downliner mereka carikla....kita duduk je....apa ni?? nganga dapat duit?? Fuh mmg best...so takyah belajar tinggi2 .....Knowlegde is Power....so apahal nganga dapat duit???

5 - Tiada jutawan dunia ni yang berjaya tanpa usaha....Skim cepat kaya ni usaha gak...t6apik 100% on the downliner...bukan product or brain mereka. brain mereka berfungsi camna cara baru untuk tarik downliner bukan cipta konsep. GM Motor leh bankrupt...Daewoo leh bankrupt....Bank pion leh bankrupt.. tu yang dah bertapak dalam dunia perniagaan berkurun lamanya...ni yang pass SPM dapat SAP leh jadik jutawan?? hehehe aku bukan memandang rendah la...but they are good in convincing people...itu je..bukan innovatif produk.

6 - Berniaga bukan straight line. Nothing come easy....itu je konsep berniaga....Apa yang ada dalam skim cepat kaya bukan berniaga....itu aku pasti...N then dia mula cakap artis ni dah join....orang kenamaan ni dah join siap tunjuk gambar lagi...padahal celebrity tu datang untuk function apa ntah ....maybe nyanyi 2 lagu ke atau kebetulan ada kita mana tau!! Lebih teruk lagi super impose!!hahahahah

Kesimpulannya yang aku paham mengenai kekayaan ini ialah...kalau nak kaya mesti berusaha (bukan dapatkan orang downliner) dapatkan orang jual produk. Aku rasa teori investment yang paling betul sampai sekarang ialah...High Risk High Return and Low Risk Low return....mmg tepat...skim cepat kaya Low Risk high return which is very terbalik. Kalau dak semue tycoon dunia dah pakai konsep ini. Kalau high risk ni kalau betul2 la nak kaya...ialah main saham or commodity!!! Ni kene ada ilmu beb!! mmg ko dok la KLSE tu dari pagi sampai petang!! Ini mmg leh kaya but very high risk....Kalau nak low risk....invest dalam emas....very low risk but will offer you good return. Emas stabil....tapik kenaikan dia slow....

Anyway terpulang la pada semue nak kaya kan. Tapik kalau dah ada RM10000 ke RM 20000 ke bukan dah kaya ke??Tanya je kalau RM1 dapat baper?? baru betul la nak tolong tapik kalau ada minimanya...kim salam je la...takpon bgtau den takdo duit!! Kalau dia suh buat pinjaman ke apa bgtau camni je la.....ok camni saya takder duit dan saya tak nak buat pinjaman tapik gini abg dulukan duit abg / kakak dulukan duit dulu nanti untung saya amek pokok abg amek ....kalau betul nak tolong la....hehehe pastu jalan.....hehehe pikir2 la mengenai cepat kaya....very trickie and orangnya tak mudah mengalah nak dapatkan downliner...sbb dia dah nampak duit dia....hehehehehe kita ni yang belum nampak apa2 tu yang main ikut je... :)