
Salam,
Aku baru baca tentang komen FB pasal Mamat nama di atas tu hina Islam. Hmm setahu aku la masa bulan posa ini kalau tak posa malu nak ngaku...bebudak skunk dengan tak malunya kata tak posa....yang buat aku bengang lagi ada gak penyokong yang menyokong kebodohan salleh ni. Nama Salleh...pergh...maksudnya pon baik....tapik cursed orang berpuasa tak ingat!. Aku pon tak tau dia ni tinggal nama je ke apa. Sbb yang aku nengok bila dia cakap dia bengang betul dalam IC ada kata dia Islam. Maybe nak kuar tak leh.
Nak buat kitab and nak buat upacara bunuh diri beramai2. Hmmm aku heran napa nak suh orang bunuh diri....aku nak gak salleh ni bunuh diri...berani tak berani. Takyah kumpul 20000 ke 30000 buat kitab adakan upacara kat Armcorp Mall. Heheheh (Aku rasa dia keje kat Armcorp Mall kot) hahahaha So bile bercakap atau menaip dalam FB ni berhati2lah. Tak suke jangan didombakan. Tak suke Malaysia pergilah negara yang ko suka. Ni dak kutuk lagi Mesia. Bosan la aku dengan orang camni!!!. Kalau tak suke jgn hina...ni dak lagi mau hina...tapik mohon perlindungan dari tempat yang dihina. Andai bumi malaysia ni boleh bercakap2 mau nye di lantunkan je Salleh Gregor ni. Hehehehe. Bagi yang belum baca apa dia tulih aku sediakan la....renung2kan.
Kesimpulannya aku rasa kekuatan orang Islam di akhir zaman ini semakin lemah. Jika bilangannya ramai kualiti tiada tidak guna la dibanggakan dengan majoriti rakyat Malaysia terdiri daripada Melayu....Ini kerana orang sebegini kalau berlaku apa2 bagi aku tidak boleh diharap. namun demikian aku rasa buat masa ini dia belum faham mungkin faktor keluarga atau pendidikannya. Tetapi siapa tahu mati beliau dalam keadaan apa?? Aku pon tak berani nak cakap aku ni mati dalam keadaan apa. Banyak kesah menunjukkan orang alim mati dalam kufur dan orang kufur mati dalam keadaan beriman. Ini semua kuasa Allah Taala. Kita hamba Nya hanya mampu berdoa dan berserah.
No comments:
Post a Comment