Tuesday, 17 August 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam,

Hmm bulan ni kira bulan kemerdekaan la...Aku rasa teruja dengan rancangan Nat Geo dalam bulan kemerdekaan ni. Semalam aku nengok 2 jam Nat Geo pasal Malayan Emergency....Hmmm maybe heronya still British but aku bersyukur la Allah selamatkan negara ini dari cengkaman komunis.

Derita selepas penjajahan Jepun satu hal....derita lagi semasa era komunis. So Chin Peng and the Geng mmg mula2 berkuasa. British baru nak bernafas selepas World War 2. Aku rasa British put segala effort untuk basmi komunis ni kat negara ni maybe satu faktor utamanya ialah kekayaan yang dimiliki oleh negara ini. Getah dan Timah. Mmgh malaya pengeluar uatama 2 komoditi ni masa era selepas perang dunia ke2. Kalau bukan hasil bumi ni aku rasa macam tu je dia lepaskan malaya but maybe dia jaga S'pore. Kekayaan yang dimiliki oleh Malaysia membuat pendapatan British lebih dari US pada masa itu. Untuk memulihkan ekonominya selepas perang dunia ke 2 dia perlukan Malaya untuk bantu England stabilkan ekonominya balik.

Balik kepada kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia for 53 tahun ni. Aku rasa kalaulah Chin Peng berjaya dalam kempennya (which pada awalnya dia mendapat sambutan dari semua pihak) mmg naya Generasi sekarang ni. Chin Peng jadi Presiden Malaya, Sultan dah takder...agama Islam tidak lagi boleh diamalkan, dan segala macam yang kita warisi semuanya akan dimilik negarakan! Sbb tu bila Chin Peng mula mengganas itulah titik tolak penolakan orang Malaya kepada PKM. So ramai orang tak setuju bila dia mula kekejamannya. Yang aku heran tu sampai sekarang aku tak paham, kenapa orang Melayu nak join juga PKM sedangkan dasar PKM sendiri tidak Islam. Yang masuk PKM ni pula bukan calang-calang Ustaz dan Ustazah lak tu. Mereka ni kononnya ingin halau Inggeris tetapi bila Inggeris berjaya dihalau sah2 komunis berkuasa! Apa dia nak lawan komunis lak?? Hmmm camna tu yeh? Muhammad Indera (yang terlibat dalam kes serangan Balai Polis Bukit Kepong) Shamsiah Fakeh..semuanya mempunyai pendidikan Islam yan utuh la...Dengan menyokong PKM bererti bersetuju secara tidak disedari jika PKM berjaya menghalau British, PKM yang akan memerintah Malaysia.

Bagi aku mereka yang terkorban semasa menentang komunis inilah wira negara. Biarlah di bawah British ke apa ke...tetapi hakikatnya British tidak la menghalang orang Islam mengamalkan agamanya...so dasar penjajahan british juga menekankan perkara ini. So tidak timbul bagi aku orang PKM ni adalah wira negara. Zaman pemenrintahan Jepun aku setuju la mereka membantu tetapi bukan la PKM yang menghalau Jepun dari Malaya. Ia kerana bom Atom je. Kalau harapkan PKM lebih lama lagi la...Orang cuba untuk menghidupkan watak Chin Peng sebagai wira negara...dan aku amat tidak setuju. Kekejaman PKM mmg tidak boleh dimaafkan. Tetapi tidak la aku menyokong British 100%. Semua bentuk penjajahan semua jahat dan tidak ada yang baik.

Orang kata mana contoh kekejaman PKM...bagi aku apa yang terjadi di Bukit Kepong sudah memadai untuk menceritakan semua perihal perilaku PKM ini. Tiada belas ehsan sama je kejamnya dengan Jepun dan Nazi. Kalau benar la PKM ini memperjuangkan Malaya dan bukannya agenda jahat Chin Peng, bagi aku dia dah stop semasa Malaya mendapat kemerdekaan dan tidak perlu lagi darurat diteruskan. Ni darurat diteruskan sehingga tahun 60 dan PKM hanya menyerah diri pada hujung tahun 80an. Dalam syarat penyerahan Chin Peng tidak dibenarkan masuk Mesia selama-lamanya...ni ada lak kutu nak bagi dia jadi Hero dan minta dibenarkan masuk Mesia! Cis dah la bunuh dan seksa orang ni ada muka nak tunjuk diri kat Mesia...apa dia nak cakap? Maaf...hmm aku rasa baik la dia tak masuk Mesia daripada dia dibenarkan. Dia boleh kata dia tak seksa orang...mungkin orang2 dia yang buat...Ko sebagai ketua kena la bertanggung jawab. Aku heran kenapa dia tak dibawa ke mahkamah tribunal jenayah perang antarabangsa...

No comments:

Post a Comment