Politik...satu isu yang bakal membuat kita bertegang urat tidak kira dengan siapa. Baik keluarga ataupun rakan. Politik ini bagi aku satu tiang utama dalam negara. Ia mempertaruhkan dasar seseorang. Sebab itu, orang selalu bergaduh bila berbicara tentang politik. Ia menyentuh pegangan, prinsip individu itu. Ada yang cuba berhujah kononnya secara berhemah namun demikian apabila sampai satu tahap seorang lagi petah berkata-kata...individu satu lagi akan mula rasa kecewa, kecil hati dan marah. Mulalah perbalahan. Kenapa berlaku...kerana ia menyentuh prinsip seseorang itu. Sebab itu, apabila berbicara tentang politik semua orang akan berasa dia yang benar dan sukar menerima pandangan orang lain.
Dasar dan prinsip individu tidak boleh diubah. Hanya boleh diubah jika individu itu benar-benar berfikiran terbuka. Pada masa ini aku rasa tak ramai yang mempunyai sikap sedemikian walaupun mereka mengatakan keterbukaannya. Yang banyak terbuka tentang pakaian je. hehehehehe debat politik sama hangatnya dengan debat agama. Biarlah 1000 fakta dibentang tetapi masih tidak mahu mengubah pendiriannya tidak ke mana dalam mencari kebenaran.
Dalam banyak perbincangan tentang politik ini aku melihat individu bukan berbincang atau memberi pandangan tetapi cuba mempengaruhi individu yang tidak sama haluannya mengubah prinsipnya. Hehehehe Inilah punca perbincangan tentang politik menimbulkan suasana tidak selamat. Aku rasa inilah yang terjadi dalam banyak-banyak pergaduhan di Malaysia sekarang ini. Cuba mengubah prinsip individu. Semua orang salah dia yang betul! eheheheh bagi aku yang kata semua salah dia betul tu la yang salah. :)Yang bestnya dalam perbincangan tentang politik...semua cerita jahat yang didengar dari Polan A punya kawan punya kawan boleh dipercayai tetapi apabila dibentangkan fakta depan mata takleh lak percaya. Semuanya tipu belaka! Camno tu!! Sama la cerita Hang Tuah yang tak mati....sbb tak jumpa kubur orang kata dia ghaib. Hmmmm....camner tu..Ikut fakta yang ada...Hang Tuah lari semasa Melaka diserang. Dan itulah penghujungnya.
So bagi aku, pendirian orang, prinsip orang tidak boleh diubah tanpa kemahuan sendiri. Berbincanglah cara ilmiah. Tetapkan objektif perbincangan apa yang ingin dicapai kemudian lontarkan la pandangan. Tapik kalau just nak sembang2 takder objektif lebih baik mendiamkan diri dan dengar saja. Nyampuk la sket2. Bagi panas je. heheheheheh
No comments:
Post a Comment