Salam,
Bulan puasa ni mmg meriah tempat-tempat beli juadah. Kadang-kadang tu orang beli bukan tak sempat nak masak cuma nak tambah sedikit makanan untuk dimakan bersama keluarga. Bukan apa, aku rasa masa ramadhan ni biasanya satu keluarga akan makan sekali dan serentak dan mungkin siap berdoa!! Hebat kan Ramadhan!. Selain itu aku rasa juga yang orang pergi ke pasar Ramadhan nak beli la juadah berbuka yang menjadi kegemaran anak-anak yang mula belajar berpuasa. Maklumlah nak bagi semangat dan nak tunjukkan support yang dia berpuasa kita akan beli makanan yang digemarinya!
Ari ni aku nak cerita pengalaman meninjau bazaar ramadhan dan mempunyai masakan yang lazat. Satunya di Sri Serdang. Ayam percik gerai penjuru jalan traffic light. Ada 2-3 kat situ tapik jgn konpius. Gerai ni jual ayam percik tetapi biasanya dulangnya dah takder ayam. Heheheh bukan jual dulang Cuma cepat benar abih. Gerai ni tak pakai sistem beratur sapa cepat dia dapat. So biasanya bahagian ayam paling favourite peha la. Yang lain takyah berebut sangat. So cuba-cuba lah…. Harga RM6
Satu lagi Roti John kat pasar Ramadhan pantai. Dia bukan kat Vista angkasa tu tapik dekat dengan NPE. Kawasan lapang. Bagi yang gemar makan ayam golek ada satu kawasan lapang kat pantai tu. Hehehe situ ada sorang tomboy jual Roti John. Aku rasa mmg sedap la. Tak tau la korangnye selera camner….Harga RM4. Dia sorang je yang jual RM4. Yang lain jual RM3.50. Walau pun mahal 50sen tapik orang beratur mak ai panjang dowh!! So kadang-kadang aku beli awal dalam kul 430petang. Adakala balik keje terus kuar tuju ke sana. So tak lama menunggu sebab yang dah masak dah ada. Takyah tunggu baru masak bukan leh makan lagi pon. So bawa balik akan sejuk gak heheheheh
Kalau murtabak lak nak citer aku nengok banyak Pasar Ramadhan jual murtabak tapi kebanyakkannya fail la. Nama murtabak daging la …ayam la…yang rasa telur gak yang banyak. Daging tak rasa sangat mahupun ayam. Setakat ni aku masih menggemari Murtabak Hafiz di pasar Ramadhan kat Sri Serdang tu. Selalu aku beli daging. Harga RM2. Bagi aku rasa la dagingnya hehehehe…So tak rugi la aku rasa beli murtabak….asal usul nama murtabak mana yeh?? ;)
Kalau membeli lauk (tak kira la bulan posa ke bukan) aku rasa aku confident pergi restoran lagi yang biasa aku gi. Setakat ni aku suka beli lauk pauk di Restoran Bawang Merah di Taman Mutiara Indah Puchong. Kalau korang nak tahu jalan nak ke Saujana Puchong. Kawasan kedai dia tinggi sket. So tak namapk dari main road. So kalau dah nampak gerbang taman mutiara indah masuk situ ada deret kedai situ. Kedai dia kat hujung sket. Masakan dia mmg sedap. Speciality dia Asam Pedas dan Kuah lemak ala Johor. Power dowh!! Asam pedas dia lak korang leh pilih ikan apa. Tapik kene bgtau awal la supaya dia dapat sediakannya dalam asam pedas tu. Aku rasa masa makan kat restoran tu ada orang sampai hirup la kuah asam pedas dia dan kuah lemak. Cina, India mmg tuju restoran dia ni. Cuma dia punya tempat terpencil sket. Tapik aku dengar masa office break makin ramai orang datang kedai dia.
Selain asam pedas dan kuah lemak, aku dengar Mee Bandung dia pon power. Goreng2 dia kalau makan kat situ mmg sedap. Aku selalu minta nasi goreng Cina…Nasi Goreng belacan mihun goreng. Dia lak tak lokek….kalau sapa2 tgh lapar kenyang la…hehehehe Kalau makan malam…nasik lemak dia pon ligat. Sambal dia mmg mengancam!! Kene lak ayam goreng …ayam goreng tu dia akan goreng kalau kita minta…so panas la lagi. But bila baru nak goreng maknanya lambat sket la sampai kat kita makanana tu. So sekarang dah ada western. So aku tak nak la citer apa lagi…so gi je la try…..Nama tokey dia Abg Ramli!! Mmg sporting! So bulan posa ni dia hidang karipap sardin dan ubi kayu ,,,dua2 sedap. ;)
No comments:
Post a Comment