Wednesday, 25 August 2010

Hak Keistimewaan Orang Melayu

Salam,

lately ni banyak dah isu-isu yang minta supaya keiistimewann orang Melayu dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. Mereka semakin berjaya dan telah dibuka sedikit demi sedikit untuk membolehkan mereka menikmatai kekayaan dan keisitimewaan orang melayu.

Suara-suara sumbang ini semakin kuat. Mereka minta macam-macam selepas Tun meletak jawatan. Dan yang aibnya bagi aku ialah ia dipohon oleh orang Melayu sendiri. So sekarang ini dalam dilema. Kalau yang bukan Melayu yang pohon pastinya ia boleh mencetuskan peristiwa 13 Mei atau boleh dikenakan tindakan ISA. Tetapi apabila orang Melayu sendiri yang memohon ia mungkin menimbulkan kekeliruan dikalangan orang melayu. Ini taktik yang digunakan oleh orang lain yang aku percaya didalangi oleh pihak-pihak tertentu.

Kenapa orang Melayu harus bersongkol untuk menghapuskan hak2 keistimewaan yang diberi kepada kaum pribumi?? Sebenarnya tidak perlu menujukkan rasa adil kita kepada mereka semua ini. bagi aku mereka juga inginkan kalau boleh tetapi tidak. Justeru itu mereka pohonla dibenarkan sekolah kebangsaan mereka dibenarkan...kalau negara lain jangan harap. bukankah kita telah memberi keistimewaan juga??

Ada satu parti politik berkata Islam tidak membezakan mana-mana...yang penting agama dan bukannya bangsa! Aku setuju! tetapi kalau dah diberi keistimewaan kenapa ingin menolak? Secara normalnya manusia ingin mudah. Tetapi aku tak tahu kenapa parti politik ini sanggup menggadaikannya. Kalau tidak mahu menggunakannya jangan pula menidakkan hak kepada mereka yang memerlukannya. Aku contohnya...kerana ada keistimewaan ini aku boleh melanjutkan pelajaran dalam keadaan keluarga aku tidak la mampu sangat. Kalau idak mana nak cekau duit dowh!! Aku pon yakin yang mengatakan tidak tu juga sebenarnya pengguna terbesar hak-hak ini cuma ingin memancing undi dia cakap la...sbb tu aku rasa sekarang ni satu bangsa satu agama tetapi perjuangan menghancurkan diri sendiri. berbeza dengan kaum lain...mereka berbeza parti tetapi mempunyai mimpi yang sama.

Aku hairan mereka yang telah berjaya menggunakan saluran keisitimewaan ini sekarang ini berlumba-lumba untuk menghapuskannya. Mentang-mentang la mereka telah memperolehi kekayaan dan kemewahan dan boleh menanggung apa jua perbelanjaan tanpa mengharap bantuan kerajaan. Tetapi ingat la anak cucu keturunan kita belum tahu boleh hidup senang macam kita.....mungkin masa itu mereka akan menuduh datuk moyangnya yang menghapuskan peluang mereka. Bagi kita yang susah pula sekarang ini percaya lah hak keisitimewaan bumiputera ini anda boleh guna dengan sebaik mungkin. tetapi ikutlah syaratnya. Kalau kene gi kursus pergi la. Dan hendaklah berani menempuhi apa jua rintangan. Bukan mudah nak senang dan amat mudah nak susah!

Keisitimewaan orang Melayu ini telah pon dikongsi dengan kaum lain. Felda, Felcra, MRSM semuanya boleh dijdikan contoh. Kenapa perlu mengecilkan lagi. Adalak kata 10% perlu diberi kepada kaum lain. Ni dah kira mereka ambil kekayaan negara 80%! Kita diperutnukkan 30% je dah bagi 10% apa tinggalnya. dan Bayangkanla kita korbankan 10% berapa ramai peluang anak melayu dan Islam yang telah dibiarkan begitu sahaja!

Kesimpulannya Hak Keistimewaan yang ada dalam perlembagaan ini tidak perlu diperdebatkan oleh sesiapa yang bergelar bumiputera hingga orang lain boleh mengambil kesempatan. jika tidak mahu menggunakannya tak perlu ambil dan tidak perlu dipertikaikan hanya semata2 ingin memancing undi. Ingatlah ada ramai lagi pada hari ini dan akan datang ingin menggunakannya!

No comments:

Post a Comment