Salam,
Ari ni aku nak sembang sikap pemandu kenderaan di Malaysia. Ini aku nak cerita pengalaman aku la.....3 minggu lepas aku balik kampung di N9. So on the way pulang ke KL ada satu mamat naik kereta MPV nasional....so pada masa itu ada laluan memotong..dan dalam keadaan mendaki bukit. So aku pon change gear la!! hehehe cucuk belakang dia supaya momentum aku tak lari. Dia ketepi dan aku memotong la kereta dia. So bila dah daki mesti menurun lak kan?? Di depan dalam 2 km ada sedang dalam keadaan menuruni bukit dan ada satu selekoh tajam di situ. Mamat yang aku potong tadik dengan tetibe di double line dan selekoh terus potong aku...Mak ai terjeut biawak aku!! Haram jadah!! dah la double line...selekoh tajam dan ada kete di arah bertentangan. Just imiagin kalau la kereta tu cepat sket....naya aku satu family!!
Kes dua....on the way balik dari kampung ke KL la....aku bawa ikut had laju yang ditetapkan. Maklumla puasa takleh la bawa laju sangat takut gak....so kebanyakkannya aku di lane tengah dan kiri sahaja. So masa nak sampai susur keluar dari highway ni ada satu alphard...dengan takder signal terus mencelah depan aku. Aku terkejut la..hon dia...dia besit!! Tgk2 dia exit sama ngan exit aku!! hehehehe apa lagi....gua kejar la dia...Bangang nye orang....apa salahnya guna signal...cibai tul!!
So dalam kedua-dua insiden ni dalam keadaan tidak jem...orang bawa cam pelesit....ni masa raya ni aku tak sure la...aku minta aku dan keluarga aku selamat dalam perjalanan pergi dan pulang dan sentiasa selamat di jalan raya. Bukan apa kadang2 orang ni bile dah pakai kete besar...mula la rasa besar juga. Mereka rasa kenderaan slow atau yang dipandu dalam halaju yang normal tu menyusahkan. Mereka nak bawa laju lagi!! Just imagine la dalam dua2 insiden yang aku hadapi tu kedua2nya boleh membawa maut...potong di selekoh dan double line dan sudden change lane. Byk kes accident jadik pasal ni.
Ada pemandu rasa mereka mempunyai keyakinan yang tinggi!! Mereka dikatakan cekap!! Ni aku nak habaq....Juara dunia F1 pon accident dalam litar lumba...ni jalan biasa. Ko je rasa nak lumba. orang lain tak!! So nak bgtau Juara dunia F1 bila bukan dalam litar mereka tak berlumba sbb mereka tahu bahaya!! Ni orang yang kononnya dilahirkan pelumba tak lak dapat masuk berlumba....So takat bawa laju dan motong giler2 tu takyah la...bukan apa kalau ke je nyawa melayang takper ni kalau ada orang jadi anak yatim, mak ayah yang harap anak dia kerja tapik mati ko kerjakan, sapa nak tanggung?? Ko nak tanggung?? ceh!!
So Kesimpulannya aku harap kita semua selamat semasa berada di jalan raya...Bersabar lah yeh!!
No comments:
Post a Comment