
Hmmm...sapa2 ada nengok Majalah Time. Bila aku nengok cover story dia...aku tak tau nak cakap apa!! Marah ada, malu ada bengang ada...semua ada....
Cerita dia simple je.....Dia lari dari suami dia seorang husband yang mendera nya...so bila ditangkap balik telinga dan hidungnya di potong walaupun telah dirayu dan dimaklumkan kenapa beliau melarikan diri....
First of all...Time magazine akan show picture ni....hmmm tau apa effectnya kepada Islam? Maybe kita leh kata propaganda barat....tapik again...wanita Islam di seksa...dah la sebelum ini Islam di label pengganas...dan sekarang pula dilabel kejam terhadap Isteri...hmmm camna nak ubah tu?? Kalau media barat nak alihkan perhatian dia senang je...dari suka berperang kepada agama yang kejam...
2-....ini mahzab mana ni?? Aku yang cetek agama ini la....kalau nak mengajar isteri tu pon boleh dipukul tetapi di kaki. Bila maksud pukul tu bukan la pukul namanya...Ntah mahzab mana....Seingat aku belajar...Siti Asiyah, Siti Khadijah tak pernah pon Nabi pukul...begitu juga dengan Saidina Ali...tak pernah pula ditamparnya Siti Fatima. Tu yang aku heran tu..kalau nak ikutkan Islam itu segala-galanya...namun demikian, semua yang dilaporkan semuanya terbalik dengan ajarannya.
3- Isteri itu pelengkap hidup lelaki....hmm kalau dah potong hidung dan telinga bukan melengkapkan...itu mencacatkan dak?? Aku rasa tafsiran demi tafsiran yang amat salah berlaku dalam dunia Islam ini. Matlamat menghalalkan cara...waimah kalau mencuri sekali pon tidak la dihukum potong tangan...kena siasat dulu...mencuri kerana keperluan atau tidak. Ini tidak bila bab khalwat je bukan main marah dan amarahnya ....Mmg la salah...tetapi selalunya tumpuan ke situ je...
4-Perempuan dalam cover tu akan buat pembedahan plastik...sapa taja?? hehehe takyah la cakap... :) Walau salah bagaimanapun ia tetap mencerminkan Islam...Entahla di mana letakkanya peri kemanusiaan seorang suami terhadapa isteri?? Isteri yang dicinta mohon jgn diapa-apakan tetapi lebih teruk dari itu yang dikenakannya. Kalau kerana kolot...Islam itu tidak kolot...tafsirannya tidak berubah dari 1400 tahun dulu. Kalau sembahyang itu wajib...sekarang pon wajib la....Kalau menjaga maruah isteri wajib...sekarang pon wajib la....Apa lak kolotnya. Tiada tafsiran yang berbeza...Suami itu umpama kepak yang memberi perlindungan kepada keluarganya....dari dulu begitu...so kalau negara itu mundur sekali pon ia tidak berubah! Kalau la isteri itu bersalah...bermain kayu tiga ada caranya...Takder dalam Islam hukum kerat hidung n telinga...potong tangan ada...
Kesimpulannya untuk mebuktikan Islam itu indah amat susah apabila pembawanya tidak berkualiti. Itu je... sama la ngan aku ni...adakalanya ikut adakalanya leka... :)
No comments:
Post a Comment