Salam,
Malaysia negara tercinta!! Bukan gitu?? hehehe bagaimana kita tunjukkan rasa kasih dan cinta kepada negara?? Sebenarnya terus terang aku pon tak tau. Takat kibar bendera kat umah aku ada la buat but itu tidak la benar-benar mengukur cinta aku kepada bumi bertuah ini.
Kalau dulu semasa zaman perang dunia pra, semasa dan pasca perang, kita lihat bagaimana rasa cinta kepada ini sehingga nyawa dipertaruhkan untuk mempertahankan bumi ini dari anasir jahat. Begitu banyak halangan dan dugaan menimpa. Keluarga hilang ketuanya, isteri hilang suami dan anak menjadi yatim apabila perjuangan perlu diteruskan. Byk la nama yang tak perlu aku sebut dalam blog ni.
Sekarang bagaimana? Rasa senang dikecapi oleh kita sampai bila bertahan? Keamanan yang kita perolehi sampai bila kekal? Tiada yang kekal bukan?? Ada ura-ura orang cuba bermain api lately ni. Pertikaikan hak kaum bumiputera! Hmmm...kalau dibiarkan boleh melarat...tapik bolehkah kita mengharungi pertistiwa 13 Mei lagi?? Adakah kita bersedia melalui era itu yang berkemungkinan lebih dasyat dari 13 Mei?? Kita mungkin susah tetapi hidup dalam negara aman...tapik kalau hidup susah dalam negara tidak aman aku rasa lagi la teruk.
Hak bumiputera menjadi sekian lama isu kaum bukan bumiputera. Cina dan India cukup anti bende ni. Tapik aku nak cakap kalau la buang hak ni sedikit demi sedikit...apa kata tiada lagi sekolah jenis kebangsaan di Malaysia?? Sanggupkah anda melupakan sekolah jenis kebangsaan ini?? Dan seterusnya tiada lagi penggunaan nama cina atau india. Kita buat cam Indon dan Spore?? Amacam??
Aku lihat setiap kali peralihan kuasa dalam negara tidak kira kerajaan pembangkang, kaum2 ini akan cuba menguji. Jika lemah maka mereka akan teruskan tekanan. Sbb tu aku suka Dr Mahathir walaupun ramai yang tak suka. Sbb bagi aku, zaman pemerintahan dia tak berlaku benda2 mengarut ini. Aku rasa kaum Melayu dan Umat Islam di Malaysia kuat masa tu. Sekarang ni aku rasa aduhh....
Kita lihat yeh sejarah kerajaan di Malaysia. Kita ambil Kerajaan Melaka (senang sebab history dia mudah) Kerajaan Melaka bertapak di Malaysia 100 tahun. 1411 hingga 1511. Walau hanya 100 tahun, kesannya kepada negara ini cukup kuat.Kita lihat pemimpinnya. Aku rasa ramai yang kenal Bendahara Tun Perak. Siam, Majapahit semua tunduk di tangan Melaka masa beliau menjadi Bendahara. bagi aku Dr Mahathir ini penjelmaan Tun Perak laaa. Namun demikian, jatuh kerajaan Melaka pasal apa? Kalah ngan portugis?? Betul tetapi pandangan peribadi aku, jatuhnya Melaka kerana kegagalan Melaka mempunyai Bendahara yang sehebat Tun Perak selepas matinya beliau. Insiden demi insiden berlaku selepas itu yang membawa Melaka kehancuran. Rasuah, tamak, dengki dan berpaling tadah bertambah-tambah. Apabila portugis sampai ke Malaka dan menyerang kali pertama, ia berjaya menghalaunya. tetapi korbannya dipihak Melaka juga tidak kurang hebatnya. Melaka pada masa itu adalah kerajaan Maritim tercanggih di ketika itu. Cakap je apa dia...Meriam, askar, taktik semua ada setanding dengan Portugis. Portugis datang ke Melaka kali 2 dengan 20 kapal dengan 2000++ orang.Kali ini Melaka tewas.
Begitulah senario Malaysia masa ini.Tidakkah sama sahaja?? 53 tahun...dan 47 tahun lagi menuju 2057. Dengan senario sekarang adakah kita yakin kita mempunyai pemimpin yang sehebat Tun Dr Mahathir? beliau mampu mengawal negara dan dunia dari menekan Malaysia. Bukan mengaggungkan beliau tetapi itulah Rahmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada Malaysia apabila pada masa ini boleh dikatakan semuanya berilmu, cukup makan, dan cukup pakaian. Tidak seperti di Iraq...negara yang dikurniakan Allah dengan minyak yang banyak tetapi tidak mempunyai pemimpin yang jujur dan ikhlas jadik layu saja negara itu. 2057 aku kalau panjang umur aku 81 tahun. Kalau la jadi peperangan pada masa itu, aku rasa aku ni beban je. Tak mampu mempertahankan diri atau berjuang. Mengaharapkan la keturunan aku.
Kita ambil berita baru-baru ini Nurul Izzah bagi tau media Indonesia yang kapal selam Malaysia tak leh selam?? Hmmm...apa tujuannya tu?? Tak ke bodoh namanya tu menceritakan keaiban negara sendiri kepada negara orang lain. Marah aku dengan perempuan ni. Insiden-insiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini bakal mengundang kehancuran Malaysia kalau tidak dijaga. Pemimpin yang lemah, tamak, gila kuasa, rasuah semua ada sama seperti zaman Melaka bahkan mana-mana kerajaan Islam dahulu.
Persoalan aku yang terakhir ialah anak-anak kita cukup tabahkah menghadapi peristiwa Bosnia, 13 Mei? di mana kita yang tak pernah melaluinya pon tak sanggup laluinya....Mungkin kita leh kata biarlah mereka pikir sendiri...tetapi kenapa aku pikir...sebab Nabi Muhammad sebelum wafat masih tidak melupai umatnya....begitu juga aku...aku sayang keluarga aku dan keturunan aku yang dikurniakan Allah. Tetapi bagaimana aku mempersiapkan anak aku untuk menghadapi zaman2 getir?? Aku pon masih tercari2 formulanya!!
No comments:
Post a Comment