Monday, 23 August 2010

EPL

Salam,

Musim bola dah kembali....hehehehe Chelsea, MU, Arsenal, Liverpool antara pasukan favourites la. Tak lupa juga dengan team yang mungkin menggegarkan musim ini...Man City, Hotspur, Everton dan Aston Villa...well pre season aku dengar byk ulasan tentang team ini. So kita tgk lah.

Dalam Malaysia ini aku tak jumpe lagi orang tak minat EPL. Sapa minat bola sure dia ikut EPL juga dan juga Piala Malaysia. heheheh EPL ni mmg popular serata dunia!! In fact aku rasa Piala Malaysia boleh jadik camtu kalau bukan dek isu rasuah yang melanda dulu dan FAM yang atas tu tukar. Bila Malaysia dah capai kejayaan....so barulah minat bola. Dulu aku ingat stadium penuh kadang2 tu 50000 orang....Kelab sukan kaya giler....n ofcourse yang menghancurkannya ialah orang dalam tu juga...Ahli politik, rasuah hmm lingkup sampai sekarang. Sekarang ni aku nak sokong bola Malaysia...kim salam la...Aku tak kutuk cuma malas nak sokong...sbb dah tau dah result dia. Football kat mesia ni mendapat layanan kelas satu dan resultnya ialah kelas 3 dan ke bawah. Salah siapa?? Bagi aku la pandangan peribadi yang atas sekali tu lepaskan la....kalau betul2 sayangkan bola mesia. tetapi sebabkan apa jua alasan...sama je hasilnya setiap tahun selepas 20 tahun berada di atas.

Kita lihat yeh EPL. Bagi aku birokrasi, politik semua berlaku dalam EPL cuma bagi aku terkawal la...Masih ramai meletakkan matlamat Kelab itu di hadapan berbanding objektif diri sendiri. Sbb tu liga mereka menarik. Aku akui...England pon tak menang apa2 sejak tahun 1966...tapik dia qualify dowh piala dunia!! Satu tahun je dia tak qualify punya marah orang dengan skuad england. Malaysia..satu je la dapat dibanggakan..layak ke Olimpik dan kemudian menarik diri atas sebab protes...hingga ke hari ini masih dok bangga dengan perkara itu...apa ni?? Pingat emas sukan SEA macam menang Piala Asia....tgk la team bola kita bila lawan kelab asia!! Hancus!!! Again Facility kelas 1

Development....satu perkara yang diabaikan oleh Malaysia. Bagi aku pembangunan bolasepak Malaysia hingga ke hari ni belum menampakkan hasil. Jauh dowh...usaha untuk membangunkan bola sepak lately ni hanya akan berhasil 5 tahun akan datang (paling cepat). Itupon kalau konsisten dan duit pembangunan tidak disapu oleh individu tertentu.

Aku bukan nak bangga la ngan EPL tetapi jumlah penonton di stadium shah alam, merdeka dan lain2 stadium juga mencecah bilangan penonton di stadium-stadium di perlawanan EPL. So bola sepak kita kalau bukan kerana negara tak dapat menang apa-apa tetapi liganya menarik seperti di EPL pastinya membuat orang lebih serius untuk membangunkan bola sepak negara. Sekarang ni FAM ada 2 tugas yang cukup berat......1-Mempopularkan bola sepak dengan menarik lebih ramai orang menonton di stadium dan yang kedua menaikkan imej bola sepak negara.

Heheheh aku rasa FAM nak buat tu?? lama lagi la kot!! Aku rasa senang je FAM nak buat tu....satu haramkan siaran langsung di TV yang menyebabkan kesilapan amat besar. Dah la orang tak nak gi stadium pastu takder perkembangan pon....konon2nya sbbkan TV orang tak pergi stadium!! Ceh sebenarnya orang bosan laa....Semua takleh...Siaran ulasan liga malaysia pon kul 11 malam takpon lepas berita lepas tgh malam. Kempennya tak betul.

Dulu tiket Stadium ada cecah sampai RM25 skunk ni RM10 je kot...paling mahal RM15. hehehe sapa nak gi stadium!! Takder class!! So pikir2kan ler yer!!

No comments:

Post a Comment