Thursday, 27 December 2012

Artis Berubah

Hi all,

Aku rasa hari ni aku nak tulis pasal artis berubah. heheheh ada nama dah terbayang dalam pala otak korang kan?? hahahahaha

Ok la. Bagi aku berubah ke arah kebaikan mmg bagus. Dan aku pula tidak la kata keje artis ni teruk. Ada kerjaya lebih teruk dari menjadi artis. Bagi aku sekarang ni ramai artis yang dikatakan berhijrah kononnya selama ini mereka alpa dan lagha....kalau dah sedar tu bagus la....kita ni perlu berubah.

Cuma sekarang ni ada la 2-3 artis yang cuba menunjukkan perubahan diri mereka dengan mendekati agama. Wow hebat bukan. Ada artis wanita tu pula bukan main ke sana sini dok pergi berceramah. Orang suka dengar ceramah nya pula...hehehe ye la ceramah nak cerita perubahan diri.

So artis wanita ni dengan tweetnya la, ceramah kat pasar malam pon ada!!! hehehehe mungkin la pegangan dia kata berdakwah di mana sahaja. cewah hebat bukan. Tetapi ye ke begitu?? Tu la gi la belajar dulu. Dia pula kalau dalam ceramahnya siap tanya ada tak orang ------parti ni sini. bukan main ceramahnya....boleh bertanya begitu lagi dowh!!

Ok la aku nak utarakan padnagan aku. Perubahan bukan semestinya dizahirkan depan khalayak ramai. Islam itu amat tinggi nilainya...Dakwah bercakap tentang ugama mmg baik tapi biarlah bertempat. Berdakwah di Pasar Malam....mana nilai Islam yang tinggi tu. Tida terpikirkah pada masa itu orang sedang mencari rezeki? Dengan ceramah yang dibuatnya boleh menggangu pendapatan peniaga yang mencari rezeki untuk hari tersebut. Pikir2kan la.....

Kemudian, ada la aku tgk bila berceramah siap bertanya ada tak orang dari politik ini....kenapa jadi begitu? Kalau la ada orang dari parti tu pon....dia Islam kenapa nak cuba bertanya sedemikian? Ceramah la....toksah tanya2. Sampaikan mesej yang ko nak sampaikan. Ceramah ko pon pasal pakai tudung je...heheheh tu pon orang malas nak dengar sbb itu ustazah sekolah mengajar fardu ain dah cakap. Tapi ko cakap macam ko bg dah belajar kitab 7 langit!! heheheh

Satu lagi bila berubah kenapa mesti masuk PAS? Kecewa? Ada artis tu cerita betapa sorang pemimpin tu dia nak minta bantuan tak dapat....tapi beli lembu.... So kalau ko minta tolong kalau tak dapat takyah la nak melalak kata menteri tu tak tolong. Just because ko celebrity ko tak dapat ditolong ko kecewa dan wawarkan pada semua orang. Sebelum ko cerita yang ko tak ditolong cerita la berapa banyak dah menteri tu dah menolong. Buat baik orang tak tunjuk. Ko pk nasib ko ngan satu Malaysia sama je?? Logik akalkah itu??

Balik cerita artis yang gile berceramah. hehehehe kecik2 tak nak masuk pidato...ooppsss lupa sekolah pon tak tinggi mana pon.....mak bapak suh belajar ko nak menynayi...heheheh ntahla aku pon tak tau. Cuma artis gile ceramah ni menumpang ceramah2 orang yang popular. Kononnya bila dia ceramah ramai la yang datang.  Bukan pasal orang nak dengar dia ceramah...orang nak dengar penceramah utama. Bla ceramah kat pasar malam dia sorang je...takder orang datang pon. Ye la ceramah ubat lagi orang suka dengar. Aku rasa peniaga kat situ rasa diganggu. Aku rasa la sbb orang tgh cari rezeki ko sebok nak cerita pasal bende lain. Tak sama wave kak ooiii.

Baru2 ni kluar lak statement dalam twitter nye kata orang gi Palestine tu melancong ke? hehehehe menyindir namanya tu. Tapi beginila apa tujuan dia gi sana menolong ke, melancong ke...tak salah bukan?? Kurang2 dia berada di tempat suci umat Islam. Bersembahyang dari situ dan mengambil iktibar apa yang terjadi di sana. Ko ada? Jgn kan kat sana....umrah pon minta sponsor aku dengar.Common la.....Umrah tu kalau mampu pergi la...biar pakai duit sendiri. Napa masa tgh glamer tak simpan duit? Buat cam Dato Siti and Farid Kamil. Habis ko jolly katak ke kemut nak pakai duit sendiri.

Itula jadi bila belum belajar asas dah nak cerita yang besa2. Hehehehe cerita la...hanya akan menampakkan kebodohan diri sendiri. Ilmu tanpa amalan sia2, amalan tanpa ilmu sesat. Jgn kata kalau dalam Parti Islam ko takleh sesat. Sedangkan dalam Islam ni ada byk mahzab yang dipertikaikan. So pk2 la kak oooiii. Senang je...nak jadi ustazah belajar dulu....pastu berbakti semula. Orang pon tak menyampah. Ni belum apa2 kata semua salah. Harap kawan2 artis kembali ke pangkal jalan. hehehehe ko tau ke sapa sebenarnya berada di jalan yang benar? Dalam perang unta pon dua2 benar....so jgn la disebabkan ko dah pakai tudung, dah bercakap di pentas ko kata orang lain salah. Islam ada 5 rukun. Kalau dia dah buat 5 rukun tu takkan ko nak kata dia tak benar? Islam ada 6 rukun iman....kalau dia dah percaya 6 rukun tu ko nak kata dia bukan Islam? Itu asas nye la....Ni punca Islam tidak maju. Bila berubah bukan nak berdakwah kepada mereka yang belum mendengar pasal Islam dok kata yang sedang Islam tu salah.

Cuba2 la buat macam Sheikh Yusuf Estates. Sapa dia? Haaa gi la Youtube bagaimana beliau berhijrah dari seorang paderi kristian kepada Islam dan apa yang dia buat mula2. Bukan isi borang kak oooii!!! Sekian!! Maaf kepada yang terasa!! ;)

No comments:

Post a Comment