Hi all,
Today aku nak kongsi pandangan aku mengenai Ustaz2 di Malaysia ini. Hmmm....Sebut je ustaz ni surely terpampang nama Ustaz Azhar Idrus kan? heheheh well mmg tak dinafikan UAI adalah penceramah yang berwibawa. Selain itu, Dr Asri, Ustaz Fathul Basri, Ustaz Kazim, Ustaz Don lain2 lagi yang ramai mengikuti beliau. Bagusla sekarang ni senang nak dengar ceramah agama tanpa perlu bersesak-sesakan.
Oklah...pandangan aku yang aku tgk dalam Youtube banyak rakaman ceramah, debat yang di "upload" kan oleh individu atau organisasi. Semoga usaha mereka mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. Bg aku usaha murni mereka tidak akan terbalas dan semoga mereka meneruskan usaha mereka. Cuma yang aku perasan la dalam klip2 video yang dimuat naikkan ni byk bercerita atau menjelaskan Islam itu sepatutnya bagaimana. Ok Aku tau semua berbicara tentang benda yang sama sebenarnya. Matlamatnya ialah memberi pemahaman yang jelas tentang Islam kepada orang Islam. Aku tabik mereka. Cuma ada sesetangah tu ada yang kata ustaz ni salah, ada yang kata ustaz ni salah dan mengikut apa yang mereka belajar semua ini adalah caranya.
Islam telah berkembang selama 1400 tahun. Dunia telah berubah setelah Islam tersebar. Pelbagai kemajuan telah tercapai. Bagi aku dalam 1400 tahun tu berapa ramai ulama sebagai pewaris nabi telah lahir dalam dunia ini. Bahkan berapa mahzab juga telah lahir. So terdapat byk ilmu dalam Islam ni dari segi Ilmu Islam itu sendiri. Begitu juga dengan sains dan teknologi. Lihat la berapa ilmu sains telah berkembang. Asasnya masih sama.
Pada pandangan aku la....berdebat kata orang ni salah, kata orang ni betul tidak membawa kita ke mana-mana. Kita masih lagi ditakuk yang lama. 1400 tahun, kalau 1 cikgu ada 10 murid. Dan setiap tahun lahir 10 ulama lihat la berapa anak didiknya telah dilahirkan. Dan sebagai pengkaji dalam Ilmu Islam setentunya mereka memahami selok belok mengenai Islam itu sendiri. Ada pendapat dan Ijtima mereka sendiri. Islam telah tersebar ke seluruh dunia. Dari Kota Madinah ke Mekah, Parsi, Eropah, Asia dan seluruh pelusuk dunia Islam tetap ada.
Pada pandangan aku la scholars yang ada kat Malaysia ni teruskan la apa yang mereka buat. Bagus. Cuma aku rasa sudah sampai masa mereka memberi ceramah kepada bukan islam di Malaysia ini. Soalan-soalan dari bukan Islam bukan mudah untuk dijawab. Mereka yang telah belajar selok belok tentang Islam Inshaa Allah boleh menjawab dengan baik.
Aku lihat bagaimana Yusuf Estet sebagai contoh. Aku suka tgk klip dia. Dalam ceramah yang beliau beri, ceramah beliau dihadiri oleh orang Islam, bukan Islam, paderi dan sister yang ingin dengar bagaimana beliau berceramah. Beliau menjawab soalan dengan tenang dan bijaksana. Contoh link yang boleh dilihat: http://www.youtube.com/watch?v=rRT_qNN7Pvw
Begitu juga kalau tuan puan remember Allahyarham Yusuf Deedat. Betapa fasih beliau memberi penghujahan dalam debat, ceramah beliau secara terbuka. Scholars kita tidak mampu ke buat apa yang mereka buat? Pada masa ini orang Islam Malaysia juga telah lemah. So apa yang mereka buat sekarang teruskan. CUma untuk melihat Islam kembali kukuh dan penyatuan Islam di Malaysia, sudah tiba masanya tumpuan juga harus diberikan kepada mereka yang bukan Islam. Jangan la dipolitikkan pula. Hanya adakan sesi ceramah dan jawab soalan orang bukan Islam mengenai Islam which orang Islam pon kadang2 tak tahu.
So sebelum semua hukum Islam terlaksana, adalah lebih baik memberi penerangan tentang Islam itu sendiri kepada bukan Islam supaya tiada gusar atau ketakutan terhadap Islam ini. Ni yang dok kata ustaz ni salah, ustaz ni betul, ustazah express kata sia-sia sahaja, kafirkan umat Islam lain untuk apa? Bukankah kitab Islam ni byk dan byk cikgunya. Setiappendapat tak semestinya salah. Jadi takperlu la didebat secara HEBAT.
So pada pandangan aku semua guru ada tafsirannya sendiri. Jadi yang mana betul mana salah aku pon tak tahu. Tetapi selagi dia masih kata rukun Islam ada 5, rukun iman ada 6 dan yang asas tu masih sama....Inshaa Allah betul la tu. Cuma untuk dengar ceramah ni kena hati-hati. Sebab kalau takder asas main terjah je dengar ceramah pastinya kita pegang yang tinggi dan lupakan yang asas. Itu pesan cikgu aku pula. Belajar la yang asas supaya apabila kita mendengar perkara lain, mungkin dia belajar dari kitab lain. Cikgu aku kata dia tak salah sebab kitab dia tak sama dengan kita. Jadi belajar la kitab dia pula. Yang penting selagi dia tak suruh buat benda2 yang salah ikut la. Itu kata cikgu aku yang merendah diri.
Yang pentingnya semua paham mengenai Islam itu adalah agama yang suci dan syumul. Ustaz2 kita ni hebat2 ilmunya. Adalah lebih baik sekarang ini mereka menggunakan ilmu tersbut untuk berceramah dan menjawab soalan bukan Islam. Maybe ada yang bukan Islam ingin tahu mengenai Islam tetapi salah tok guru daaa....Tanya kawan Islam dia yang belajar lebih kurang aku je sampai form 5. heheheheheh
So para sarjana Islam Malaysia .....mungkin patut sekarang anda elakkan berbalah tetapi mula bersatu dan memberi penerangan kepada bukan islam di Malaysia boleh?
No comments:
Post a Comment