Selama ini kita sering didenda untuk membayar kepada pihak bank, berkuasa, majlis tempatan sekiranya kita lewat untuk membayar apa-apa bayaran. Sepetrti contoh kereta, motor rumah dan sebagainya, sekiranya lewat 1 hari, kita akan dikenakan interest. Interest ini amat tinggi dan pengguna terpaksa membayar untuk mengelakkan beban yang lebih tinggi di masa akan datang.
Apa yang nak aku utarakan sekarang ialah bagaimana jika pihak bank, pihak berkuasa atau mana pihak yang berhutang dengan pengguna lewat untuk mebayar? Tiada apa charge kah dikenakan kepada mereka? Jika ingin dicharge perlukah pengguna/rakyat membawa kepada mahkamah. Aku lihat pada masa ini pengguna/rakyat di Malaysia tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Semuanya syarikat kongolomerat yang diutamakan. Mereka ini boleh buat sesuka hati.
Mari kita lihat..... Anda seorang pembeli yang membeli perabot. Dijanjikan penghantaran pada hari ke-3 selepas anda membuat pesanan. Anada bersetuju. tetapi kemudian selepas membayar deposit, anda menerima panggilan bahawa barang anda hanya boleh dihantar selepas seminggu? Siapa yang susah?
Delivery kereta. Anda membuat tempahan kereta.....kereta boleh diterima selepas 2 minggu. Selepas selesai urusan membayar dan menguruskan pinjaman, anda dimaklumkan kereta anda hanya akan diterima selepas 1 bulan kerana ketiadaan stock!! Sapa yang menanggung kerugian??
Anda mengalami kemalangan dan selepas selesai perbicaraan mahkamah anda dibayar ganti rugi sebanyak sekian jumlah. Daripada tarikh selesai perbicaraan hingga anda menerima duit pampasan tiada tarikh yang ditetapkan. Bagaimana tu?
Anda menggunakan perkhidmatan lebuh raya....semasa menggunakannya berlaku kesesakan lalu lintas sejauh 5 km? Apa anda boleh claim dari pemegang konsensi? tiada kan? Beratur je la....nak kata pemegang konsesi akan hantar air minuman, makanan atau apa2 untuk membayar pampasan...tiadawaimah nak kurang rm0.10 sen pon idak!!
Inilah yang sedihnya....kita pengguna/rakyat sentiasa sahaja dibuli oleh syarikat kongolomerat kerana buat masa ini negara ini tidak mementingkan hak pengguna. Hak pengguna tidak dihebahkan secara meluas dan ditekankan!!
No comments:
Post a Comment