Friday, 25 March 2011

A Doctor in House

Aku suka sangat bila baca buku Tun. A Doctor in the House. Aku harap buku ini boleh diterbitkan dalam edisi bahasa melayu supaya lebih ramai orang boleh baca. Bukan la aku nak kata orang mesia tak pandai bahasa inggeris, cuma adanya tidak berapa mahir dan mungkin maksud yang nak disampaikan oleh Tun tidak sampai.

Buku Tun M bagi aku satu kisah yang panjang sesuai dengan umurnya. Setiap peristiwa yang dilalui dan memberi panduan dalam hidupnya dijadikan pedoman hidup. Perincian cerita semasa melewati zaman beliau diterangkan secara terprinci hinggalah aku juga boleh bayangkan suasana pada masa itu.

Mungkin ramai pembangkan tidak minat membaca kisah hidup seorang yang dianggap musuhnya. Tapi bagi aku Adilf Hitler punya buku pon orang baca sekarang ini. Sbb ilmu bukan sahaj diperolehi dari sahabat tetapi dari musuh juga. Dan bagi aku buku Tun anatar buku biography yang terbaik pernah aku baca. Baru aku sedar betapa sayangnya beliau kepada anak melayu dan rakyat negara malaysia ini.

Aku mungkin bias dalam persepsi ini. Tapi siapa tidak bias dalam dunia ini? Ada orang kita suk ada orang kita tidak. Cuma keterbukaan kita menentukannya. Buku Tun penuh dengan amanat dan panduan yang boleh digunakan. Setiap chapter ditekankan tentang ILMU! beliau sendiri mengakui beliau bukan atlet atau mempunyai fizikal yang kuat. Tetapi ilmulah yang menentukan kekuatan keperibadian atau fizikal seseroang. Cinta beliau terhadap ilmu tidak pernah luntur. Aku rasa bagi mereka yang berniat jahat terhadap beliau lupakan lah. Baca buku beliau dengan minda dan hati yang terbuka.

Dalam buku inilah diceritakan sebab musabab setiap keputusan dibuat. Dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husseinsemua diceritakan kenapa beliau berbuat demikian. So terpulan lah kepada pembaca untuk menerima atau tidak. Everyman has his own reason for doing things. So does him. Kita leh la kata yang ni cuba cerita tentang kebaikan la, cuba tutup kesalahan dia...namun bagi aku itu reason dia. Nak terima..terima la. Tak nak sudah. Cuma kita yang membaca hendaklah berfikir semasa membaca. Macam baca kitab ke Al Quran, bukan sekadar membaca, tetapi selidik.

No comments:

Post a Comment