Anda suka politik? Anda kisah mengenai perkembangannya? Anda tau di mana anda berdiri dalam isu politik? Kebanyakkan isu politik tidak lagi digemari oleh orang sekarang. Anak-anak muda mahupun lepasan siswazah amat tidak suka menceburi politik. Bagi mereka politik tu kotor, penuh dengan pergaduhan dan hanya membazir masa. Tiada faedah akan diperolehi melalui politik. Bagi mereka politik hanyalah bagi mereka yang ingin mencburi bidang bisnes dan mereka yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai keikhlasan dalam percakapannya. Ini pandangan aku la melalui pemerhatian rakan2ku. Ye bile bercakap mereka akan bercakap juga cuma isu itu tidak mahu dipanjang-panjangkan. Ada yang berkata aku sayang Malaysia tetapi aku tidak suka politik!
Apa erti negara jika politik anda tidak berminat. Isu negara adalah isu politik dan vice versa (bagi aku la). Hanya dengan kekuatan politik barulah kita dapat membantu negara. Kelemahan dalam politik akan mebawa kehancuran dalam negara. Lihat sahaja Syria, Afghan, Libya, Mesir dan negara-negara yang tidak mempunyai kestabilan dalam politik. Kucar kacir negara dowh!! Ada yang takut atau malu ingin menyuarakan pendirian mereka. Mereka kata aku ikut je....dan ada pulak yang lansgsung tidak berminat mendengar padangan orang lain yang tidak sefahaman dengannya.
Aku lihat perkembangan negara dari penubuhan parti politik di Malaysia ini. Ya mmg UMNO yang ditubuhkan. Aku lihat pada masa itu anak muda ghairah untuk join parti-parti sebegini untuk menyuarakan pandangan atau ingin mendengar pandangan. Pada hari ini aku tak nampak dah orang yang berumur macam aku ni berucap di pentas menyatakan pandangan. Yang aku nampak orang2 middle age (38 and above). So mana pergi mahasiswa-siswi yang dikatakan mendapat ilmu? Kalau dalam uni aku pon tak setuju suruh berucap di pentas politik. Belajar la dulu. Tapik bila dah abih belajar join la.....Aku tak nafikan graduates ini ada yang dihalang untuk menonjolkan diri keranan dikhuatiri mereka akan menggugat kepimpinan yang ada. Aku pernah dengar gak cerita ini. Graduates uni tidak digemari oleh cawangan. Sbb ketuanya bukan graduates dan malu jika berbahas ilmu. Dan graduates ini selalu menunjukkan pendirian mereka dan sukar menerima arahan yang tidak nampak arah tuju. Takat datang suh susun kerusi la, jadi pnyambut tetamu la dan macam2 lagi takyah la. Ini aku lihat dalam UMNO kebanyakkan profesional dah kurang aktif. Ini kerana yang dah jadi Ketua Cawangan...sampai sudah dia cuba kekalkan kuasa tu. Ketua Cawangan akan cuba cari jalan nak jadi Bahagian dan last skali nak jadi exco la. So mereka akan hapuskan sapa2 yang cuba menggugat mereka. Dan semestinya Graduan la. hahahahahah
Perkembangan politik adalah perihal untuk semua orang. Tak kira suka atau tidak, kene amek tahu gak. Sbb kehilangan kuasa politik bermakna kehilangan negara. Kehilangan negara mana nak tuju ooooiiii. Sbb tu apabila berbicara mengenai politik hendaklah berdasarkan bukti dan dengar fakta kalau boleh dua2 pihak. Ada yang dengar satu pihak je. Dah la dengar satu pihak tak analized lak tu. Main terima jeee....itu bodoh nama tu. Bila orang cuba explain tak mau terima. Tu bebal lak tu. Tgk la bukti.
salam fendi...seronok juga baca coretan hang ni....mimpi aku dalam politik cuma nak melihat kemasyhuran islam dibawa sebagai acuan masa depan MALAYSIA.
ReplyDeleteheheheh tq. Just melontarkan pandangan. :)
ReplyDelete