Monday, 28 March 2011

Kuasa Eropah

Salam,

Aku rasa hari ini aku nak memberi pendapat aku mengenai kuasa besar Eropah termasuk la US. Apabila kejatuhan kerajaan Ottoman Islam, maka berpecahla semua negara Islam. Kalau tak silap aku tiada satu negara Islam di bawah kerajaan Ottoman tidak dijajah oleh kuasa barat. Dan selepas kerajaan Ottoman tersungkur, tiada lagi kerajaan Islam di bumi ini yang benar2 digeruni oleh kuasa barat. Tidak sebelum itu, di mana selepas kejatuhan Umaiyah, lahir kerajaan Abassiyah dan seterusnya hingga ke Ottoman.

Melihat kepada kuasa barat, mereka amat tamak. Ketamakkan akan kekuasaan, kekayaan negara orang lain kepada diri mereka sendiri. Lihat la kerajaan Asia, satu demi persatu jatuh ke tangan mereka. Wal hal sebelum itu, negara-negara asia berdagang sahaja dan tidak cuba menakluki kerajaan. India, Melaka, Jawa, Sulu, Brunei, Burma, Vietnam dan China (China hilang kekuasaan mereka ke atas Hong Kong).

Melihat kepada sikap mereka, mereka datang hendak berdagang. Tetapi dalam masa yang sama mereka cuba mempengaruhi kerajaan sedia ada dengan janji manis mereka. Lihat sahaja kedah. Apabila diancam Siam, Sultan Kedah mohon bantuan Kompeni Hindia Timur (KHTI). So apabila Francis Light inginkan negeri Pulau Pinang, dia berjanji untuk membantu. Tetapi apabila kedah diserang oleh Siam, mereka langsung tidak membantu. Begitu juga dengan negeri-negeri lain.

Hari ini mereka masih menabur janji yang sama. Yang hairannya kita masih terpedaya dengan janji manis bangsa ini. Kita masih melihat mereka sebagai kaum yang hebat! Padahal apa yang mereka inginkan ialah kekayaan kita dengan cara mereka. Tak beri mereka akan serang. Itulah yang terjadi. Sama-sama kita renungkan bangsa ini. Masih ingin percaya??

No comments:

Post a Comment