"Takkan Melayu Hilang Di Dunia" - ingat ayat ini? anda kenal siapa yang telah mengucapkannya? Aku rasa every living Malays dalam Malaysia ini tahu ayat ini dan kenal siapanya. Ia disebut 500 tahun dahulu dan hingga kini ayat ini masih terbukti kebenarannya. Ayat ini menggambarkan bahawa orang Melayu memang kaum yang hebat. Semasa ia diucapkan mmg kerajaan Melayu antara terhebat di rantau ini.
Aku rasa la kalau Hang Tuah hidup kembali dan melihat keadaan orang Melayu sekarang korang rasa apa?? Aku rasa la dia akan cakap malunya nak ucapkan ayat yang diucapkan 500 tahun dahulu. Kenapa?? hehehehe Bagi aku la, dia boleh lihat betapa Melayu berada dalam keadaan yang begitu terdesak untuk mencapai kekuasan politik. Dah la kini, kekuatan ekonomi pon takder lagi, ni kekuatan politik juga disanggah. Baiklah aku akan cuba kupaskan kenapa?
Parti politk yang ditunjangi Melayu kini tinggal UMNO sahaja. Ce cite parti politik dalam Malaysia ini yang memelihara kepentingan Melayu?? PAS, serpihan UMNO yang kini tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu. mereka lebih kepada Islam dan memperjuangkan Islam. Seperti aku cakap sebelum ini, nak perjuangkan Islam, sila lah tetapi hak keistimewaan Melayu tu jgn la diganggu malah turut dipelihara. Benda dah ada dalam perlembagaan kenapa nak diganggu hanya semata-mata inginkan kuasa. Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memperjuangkan isu-isu orang Melayu. Mereka memperjuangkan cita-cita individu seseorang yang ingin menjadi PM. Mananya manifesto memperjuangkan Melayu?? Bagi aku tiada. {arti ini multi racial based dan kalau dilihat sanggup menggadaikan hak-hak melayu dan memperjuangkan hak-hak kaum lain untuk mendapat undi. Ingat, asalkan mengurangkan hak melayu kaum lain ok la. Dalam masa yang sama, mereka dapat tambahan lagi. Hak melayu dikurangkan manakala hak mereka ditambah. Mau orang tak sokong?? Siapa rugi?? lu pikir la sendiri.
Parti Cina - DAP, MCA dan Gerakan. DAP dan Gerakan adalah parti yang didominasi oleh kaum cina. Ada orang Melayu jadi Presidennya?? heheheh takder dowh!! Walaupun mereka mengatakan parti mereka ialah bukan berdasarkan racial. Wakil rakyat dia, ada orang Melayu?? takder. Jadi macam mana nak kata mereka memperjuangkan hak-hak orang Melayu?? Ini yang selalu disebut-sebut, tidur lain bantal, mimpi sama. Kalau dalam hal mengurangkan hak orang Melayu, mereka sokong. Terbaru Chua Soi Lek minta orang pulaukan Utusan?? Orang Melayu hentam Utusan orang Cina hentam Utusan apa yang tinggal akhbar Melayu?? Akhbar Cina korang baca ke orang Melayu woii??!! korang tau tak dia tulih apa?? Haaa gi belajar la sebelum hentam Utusan yang menulis membela orang Melayu. Kalau baca akhbar cina korang yang tak ngaji lagi sakit hati.
Parti India - MIC, PPP - ni sama la. Memperjuangkan hak-hak kaum India. Ada bicara tentang hak-hak Melayu?? Takder dowh!!! Minta lebih banyak peruntukan untuk orang India lagi byk adala. So bila masanya kaum Melayu dapat pembelaan?? Lu pikir la sendiri!!!
UMNO - parti yang memperjuangkan hak-hak Melayu kini teruk dihentam. kiri kanan atas bawah depan belakang. Yang kaum lain bantai dan kaum sendiri pon bantai. So apa jadi kalau lama-lama kene bantai?? Lembik laaa!!! Tak kira la gagah mana orang, dah ari-ari kene belasah je mana mampu bertahan. Bila UMNO suarakan Hak Melayu mesti perlihara - orang tuduh racist!! Bila kaum lain minta untuk kaum mereka, dianggap OK. Ingatlah hanya tinggal parti ini sahaja yang memelihara kaum dan agama Islam di Malaysia.
Undi cina dan India tak kira mereka undi siapa, mereka takkan rugi. Semua yang diundi memelihara hak mereka. Kalau Melayu tak undi UMNO (BN) melayu akan rugi. Sbb jika mereka undi DAP, DAP cakap terima kasih la. Tapik nak bawa isu melayu takkannya. Undi Melayu sekarang pecah 3 - UMNO, PAS, PKR. Kalau ada 10 orang 3 sahaja akan undi UMNO. 3 undi mmg hancur la BN dan lagi tepanya UMNO. UMNO nak wakil melayu tak disokong, tapik kalau undi DAP ke MCA, MIC dan PPP mereka akan pastikan suara kaum mereka didengari. Hati-hatilah Melayu Malaysia oooiiii!!! Inilah peringatan pemimpin UMNO berikan tetapi biasa la Melayu, ambil mudah dan mudah lupa. Mereka anggap itu hanya ingin menakut-nakutkan.
Ramai akan kata, kalau undi UMNO, mereka ni korup, pentingkan diri dan ambil kekayaan untuk diri sendiri dan langsung tidak memikirkan apa rakyat minta. Beginilah...undi parti lain tu menjamin ke?? Kalau lepas ni, anak kita takder bantuan pinjaman, nak buat surau pon tak boleh, nak azan pon tak boleh, nak masuk Universiti pon tak leh dan yang lebih teruk lagi nak minta kerja pon dah tak leh, baru lah susah. Anak-anak muda yang kini dilimpahi kekayaan yang syik nak berseronok nak merempit je dan suka kan violence, bila dah besar merempat baru la terhegeh melutut sana sini minta belas ihsan. Sedih aku nengok. Dulu kaum Melayu satu bangsa yang amat digeruni. La ni jangan kata gerun, pandang pon idak la.
Kuasa Politik takder, kuasa ekonomi tiada, ilmu takder so apa jadiknya?? Aku jamin orang Melayu akan jadik pencerita kehebatan kerajaan Melayu. Siapakah pencerita ini?? Ini adalah cikgu yang mengajar Sejarah di sekolah-sekolah. macam la tamadun Islam!!! Yang kini tinggal kenangan dan umat Islam sebok dok menceritakan kehebatan kerajaan Islam. Makin lama makin kebelakang orang Islam dan orang bukan Islam dipaksa dengar. Mereka bukan berminat sangat dengar kehebatan kerajaan silam. Yang mereka minat bagaimana nak majukan diri mereka. Itu je. Kita pulak dok berhujah orang islam cipta tu, cipta ini padahal hakikatnya mencipta sahaja tidak cukup untuk memajukan ummah. Bila dah cipta kena la improvise!!!. Kita dok cakap dalam Al Quran dah cakap, padahal kita tak tau pon apa maksud Quran tu. Kita hanya tahu bila orang bukan Islam discover baru kita paham apa yang cuba disampaikan oleh orang Islam. begitulah Melayu. Jangan kita biarkan bangsa yang yang hebat ini menjadi pencerita sahaja. Gah di zaman dahulu, hina di zaman sekarang dan akan datang. Bila berbicara tentang Hak Melayu janganlah keterlaluan dan menyinggung tetap janganlah takut bersuara hanya kerana ingin menjaga hati orang. Ingat, anak cucu kita akan memaki datuk nenek mereka yang di dalam kubur nanti kerana kegagalan kita menjaga warisan berharga. Ini terbukti apabila kita memarahi pemimpin Islam dan rakyatnya dahulu hingga kerajaan Islam tenggelam di muka bumi ini! Kalau kita boleh marah pada mereka yang bukan negara kita pon sama-sama kita pikirkan anak cucu kita bakal membuat perkara yang sama apabila kita tiada di dunia ini. Yang ada kalau dapat menceritakan apa alasannya tidak akan didengar/ pokonya kita gagal menjaga hak mereka kerana mereka juga ingin menikmati perkara yang sama!!! Takkan melayu Hilang Di Dunia hanyalah ungkapan yang bakal digelakkan oleh generasi akan datang!!! Wallahhualam!!!
No comments:
Post a Comment