Monday, 25 April 2011

Racist kah kita??

Lately ni kalau tengok media byk betul kita lihat parti politik menuduh satu sama lain mengenai perkauaman. Aku tak tahu sejauh mana kerosakan yang yang telah dibuat. Aku tidak tahu sejauh mana pemikiran rakyat Malaysia telah diperngaruhi. Bagi aku kesemua ini menuju kehancuran. Apakah tidak ada cara lain untuk memenagi hati rakyat selaian daripada memainkan isu perkauman??

Isu perkauaman mmg satu isu sensitif di dunia. 13 Mei 1969 telah membuktikan. Golongan muda tidak melalui dan merasai apa yang dilalui pada masa ini. Even aku pon tidak merasai ketakutan dari 13 Mei ini. Namun demikian, aku boleh lihat betapa ia memperlihatkan kekejaman manusia. Lihat saja di Sudan, Bosnia dan lain lain negara yang melalui perang saudara. Betapa kejamnya manusia. Siapa mangsanya?? Kanak-kanak dan orang tidak berdaya. Wanita dirogol, anak-anak kecil dibunuh tanpa belas ihsan yang lemah menjadi santapan yang berkuasa. Mungkin kita mengatakan bahawa negara-negara ini tidak bermula dengan isu perkauman tetapi kekejaman manusia apabila berlaku perang saudara amatlah dasyat. Manusia bagaikan dirasuk dan tiada lagi sifat peri kemanusiaan. Ini yang tidak dikaji bagi mereka yang memainkan isu-isu sensitif. Adakah kita bersedia untuk menempuhi situasi ini? Siapa yang rugi??

Persamaan ketara yang boleh dilihat ialah keinginan merebut kuasa pemerintahan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kekuasaan hingga sanggup bermain dengan api. Setiap kaum di negara ini amat sensistif apabila disebut mengenai bangsa dan agamanya. Mengapa perlu diapi-apikan perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. DAP inginkan Malaysia apabila setiap kali membawa isu kaum mereka berjaya mengaut undi, BN pula cuba bermain permaianan politik secara fair. Namun demikian, ia gagal membuka minda rakyat. Apa yang harus diketahui ialah, Malaysia tidak pernah menganiaya rakyatnya sendiri. Malaysia tidak akan melupakan rakyat nya. namun rakyatnya telah lupakan Malaysia dek keranan hasutan dan tohmahan tidak berasas.

Apabila membicarakan isu perkauman, harus diingat ianya tidak patut dibuat secara terbuka. Keinginan keterbukaan ini boleh mengundang pelbagai implikasi buruk daripada baik. Amerika, walaupun dianggap negara maju, masih dibelenggu isu warna kulit. Eropah suatu masa dahulu bergelut untuk membersihkan imej buruk penghapusan kaum Yahudi. Bosnia mengalamai perang saudara hanya kerana ketamakan kuasa. Warga asing di Australia kini tidak menyukai warga asing di negara mereka. Keterbukaan ini menyebabkan kecelakaan. Apatah lagi Malaysia. Cakap saja berapa kaum di negara ini selain 3 kaum terbesar. selepas 13 Mei, kita cuba menghalang daripada berlaku tetapi tampaknya ada orang sedang menari dengan kejayaan memainkan isu ini.

Melayu Cina dan India dan lain-lain kaum yang hidup di negara bertuah ini menyebabkan Malaysia jadi seperti sedia ada. Toleransi dalam kehidupan majmuk ini amat penting. Nak kuasa jaganlah diperjudikan nasib mereka yang lemah. Bagi mereka yang kaya mungkin apabila sesuatu buruk berlaku mereka mempunyai keupayaan hidup di negara lain. Bagi yang tidak bagaimana?? Kita sepatutnya bertegas dengan anasir luar yang cuba meruntuhkan negara ini dan bukannya dengan insan tersayan yang hidup di dalam negara ini. Malaysia dikenali sebagai toleransi rakyatnya, dan hendaklah ia diteruskan. Toleransi perlu ada batasannya. Ada masa kita menerima ada masa kita memberi. Dan sikap perkauaman ini sepatutnya perlu dimansuhkan dari masa ke semasa hinggalah wujud satu kaum baru di dunia ini yang bergelar Bangsa Malaysia!

No comments:

Post a Comment