Salam,
Aku ada bersembang dengan kawan aku mengenai video ini. Nampaknya dengan bukti tersebut masih dikatakan bukan. Hebat betul lelaki Y ini! sudah terang lagi bersuluh masih teguh penyokongnya. Bukan apa, ini mungkin satu tendangan hebat kepada barisan pembangkang. Pahit untuk ditelan. Bila ditelan masih dikatakan manis!. Macam isteri masak...nak kata sedap tak sampai hati jadik kata je la sedap. Nak jaga hati punya pasal.
Ada juga yang tak fanatic sangat mulai percaya. Tetapi mereka ini pula bagi alasan Al Quran, sabda nabi dan macam2 lagi mengatakan ini tidak betul caranya. Aku pon heran bila kes najib, chua soi lek terang2 mereka kata mmg benar. Chua Soi Lek tu ye la dia ngaku. Najib sampai sudah mereka kata cover up walaupun takder bukti. Hmmmm kalau ada bukti wikileaks dah kuar dah. Ni tak kuar2 pon pasal Najib ni.
Penyokong PAS masih ingin membangkang. Aku tak salahkan pon sbb sejak azali kelahiran parti ini ialah membangkang UMNO. Parti ni akan bangkang apa sahaja yang UMNO buat. Apa nak buat....kalau dah lahir camtu sampai ke sudah akan camtu laaa....Tak kesah la sapa yang menentang UMNO mereka akan join.
Bebalik kepada cerita video ini dan tabiat minda penyokongnya....aku dah nampak sangat mereka macam ingin memutar balik fakta dengan menyatakan perkara lain contohnya, konspirasi la, ini satu niat amat jahat dan macam2 lagi supaya isu perhabasan mengenai lelaki tersebut tidak diketengahkan. So mereka cuba pelbagai perkara. Sampai di block kan video ni. Kenapa nak block? rilek aaaa kalau bukan kamu! :)
So bagi penyokong Anwar, pahit untuk ditelan dan itulah kebenaran!
No comments:
Post a Comment