Salam,
Sejak kebelakangan ini, betapa banyak pendedahan kes-kes murtad di Malaysia. Paling hangat insiden gereja di DUMC. Selepas itu, isu kanak-kanak sekolah diajar lagu gereja. Sitt Hajjah AlWuzara di mana memaki hamun Nabi junjungan Allah sendiri. Wujudnya kumpulan Atheist dan murtad di Malaysia dan Singapura. Tuduhan terkini yang sedang hangat di pasaran ialah isu Nor Alene Tan yang dituduh sebagai Makcik Sitt Hajjah Al Wuzara.
isu murtad....yang sekarang ini digembar gemburkan. Aku lihat PAS diam aje. Isu JAIS serbu, PAS still tuduh UMNO. hmmm napa yeh? Mereka ni anti sangat dengan UMNO? Memalingkan isu kepada UMNO. Tuduhan dibuat konspirasi UMNO. Padahal JAIS bukan serbu. Isu murtad ni kena pelihara. Dah nama negara Islam Bagi aku tak guna berdebat dengan orang Murtad ni sbb kebanyakkan mereka tidak lagi mempercaya sunnah. Mereka ingin bebas dari segala peraturan. Ikut hukum Islam mmg bunuh tapik sebabkan kita bukan ikut hukum hudud mereka terlepas. So dalam Islam dah lama pikir mengenai masalah ni.
Aku lebih suka nak ulas kumpulan atau individu yang tidak lagi memeprcayai Tuhan. Atheist. Makin lama makin ramai. Mereka ini berfikir seperti mereka hebat. Nak saja aku berdebat dengan mereka. Nak kenal mereka ni....Sbb masa sekolah dulu budak duduk sebelah aku mmg atheist. Dia persoalkan mana tuhan, tunjukkan dia tuhan..kalau ada tuhan mana dia...dan macam2 lagi la. Sama juga dengan yang sekarang. Mereka ini lebih cenderung memikirkan secara logik. Logik la bagi dorang. Dorang tak tahu yang logik dorang tu takleh pakai. Kalau la takder kitab-kitab Allah yang diturunkan di muka bumi, tu la jadi orang gila atau binatang. Sbb tak tahu bagaimana nak cari ilmu. Tapi bila berdebat dengan orang sebegini bagi aku mereka akan menggunkan Al-Quran atau kitab-kitab lain dan suruh kita buktikan. So kalau tak mahir mengenai Al-Quran, jangan main-main dengan dorang ni. Mmg boleh terpesong akidah.
Bagi kumpulan Atheist ni kalau ko dah tak mahu percaya tuhan, ko nak percaya logik korang..... pikir la balik secara logik. Nilai-nilai murni mana datangnya? Bagi aku kumpulan atheist ini ingin membebaskan diri mereka dari sekatan-sekatan yang dibuat dalam agama. Mereka tidak mahu terikat. bagi aku pemikiran mereka amat lemah (kebanyakkan mereka golongan profesional). mereka percaya tiada tuhan...bukankah itu satu kepercayaan? Mereka mula tidak memeprcayai tuhan, apabila telah dewasa. Cuba dari bayi mereka itu diajar tiada tuhan. Mak ayah tidak pernah dididik dalam suasana keluarga yang mempercayai tuhan....di manakah mereka ingin paksikan adat, nilai hidup dan sistem hidup. Mereka hilang kepercayaan kepada tuhan hanya apabila telah meningkat dewasa tetapi semasa mereka membesar, mereka dididik dalam keluarga yang percayakan tuhan. Bagi aku la....baik buat test. Cuba dua anak mereka ini dididik oleh mereka yang mempercayai tuhan dan sorang lagi tidak mempercayai tuhan. Sapa yeh dari dulu tidak mempercayai tuhan....haaa aku tau puak orang asli di amazon. Mereka ini tidak maju sbb mereka tiada tuhan. Kita lihat siapa lebih berjaya. Aku cabar dorang dudukkan 2 budak. Jgn besarkan mereka...sbb kalau sekarang mereka dibesarkan oleh ibubapa yang tidak mempercayai tuhan, tetapi ibubapa tersebut sebenarnya telah dididik dengan nilai-nilai murni agama sebelum ini. hehehehehe mampukah kamu berbuat demikian kumpulan atheist?
No comments:
Post a Comment